Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, January 26, 2010

Bulan 2, naik 3


Perhatian! Perhatian! Para customers yg dihargai,mulai 1 Feb ini, harga baru untuk Fradoo Abc ialah RM3. Harap maklum. Ini bukan untuk mengambil kesempatan diatas kenaikan harga gula ye. Memandangkan sekarang bukan takat gula, koko, kacang, nata d coco, aiskrim pun naik harga sekali, hasil berbincang dengan para2 peniaga yang lain, kami bersetuju tuk naik kan 50 sen sahaja tuk menampung bebanan kos yg meningkat. Jangan risau, kesedapan & kelazatan abc kami tetap seperti biasa. 100% satisfaction guaranteed!


Dan sekarang, Fradoo dah ada fan pages dekat Facebook.Jadi, pencinta Fradoo abc sekelian, be our fans and keep on supporting us ok.Thank u very very much . Dan kalau ada any ideas or komen membina tuk mantapkan lagi Fradoo abc, sharelah bersama kami ni fan page ini ye (^_^)


Be our fans at Facebook, sila klik gambar ni ye ;)


Selasih+kacang merah+barli+sagu+cincau+cendol+jagung+nata d coco+ limpahan coklat yg superb+ aiskrim nyum2+ longan+ anggur+ kacang2 rangup = RM3. Sangat berbaloi2 kan? ;)


Friday, January 22, 2010

Kawan datang dan pergi


Malam tadi aku belek2 album lama. Zaman sekolah dulu, zaman belajar masa dekat Sarawak dulu. Sedar tak sedar dah dekat 9 tahun aku tinggalkan alam persekolahan (eh, pesal ayat aku dah macam novel pulak ni?? ). Dalam tengah kusyuk2 aku belek sekeping demi sekeping gambar2 tu, tetiba hati aku jadik sayu bila tengok sekeping gambar ni. Gambar aku dengan salah seorang kawan baik aku (lelaki). Masa sekolah dulu, kitorang sangatlah rapat, semua benda nak dikongsi sama2. Sama2 kaki muzik (kot?), sama2 suka berborak. Tapi lama2, kami buat keputusan bodoh tuk teruskan hubungan kami, bukan sebagai kawan tapi sebagai couple (lepas habis sekolah).Alasannya, mungkin sbb dah terlalu serasi, banyak kongsi minat yg sama, kalau jadik couple, mesti takde masalah, semuanya mesti indah2 belaka.


Tapi mmg semua harapan kitorng yg masih hingusan tu tersasar jauh ke laut. Rupa2nya lepas couple, banyak halangan & dugaan terjadi. Aku mintak putus dan nak kitorng jadik macam dulu, macam bestfriend je. Tapi si lelaki kata tak boleh. Dia kata macam mana nak ulang balik jadik macam dulu sbb dia dah sayang aku lebih dari seorg kawan. Susah. Susah bagi dia, tapi senang je bagi aku. Lepas tu, persahabatan kitorang yg dah lebih 5 tahun tu rosak macam tu je. Rosak! Kami dah jarang berhubung dan sekarang, lost contact macam tu je. Hilang sorang bestfriend aku. Ish..ish..


Benda sama jadik kat aku masa kat Sarawak dulu. Terlanjur sayang dekat besfriend sendiri. Bodoh betul. Bila dah clash, try nak betulkan keadaan, kekonon nak jadik bestfriend macam tu, mmg tak dapatlah. Cuba buat macam mana pun, kitorng tetap tak boleh jadik macam dulu. Cukuplah kawan biasa2 je, bukan bestfriend. Haih..hilang lagi sorg bestfriend aku. So, kesimpulan yg aku boleh buat kat sini, jgnlah sesekali kite terlanjur sayang dekat bestfriend kita sendiri (berlainan jantina) sbb benda tu boleh merosakkan (or memutuskan) sebuah persahabatan yg best. Dan bila persahabatan tu dah rosak, don't try too hard to fix back everything. Mmg tak dapat. Jadi, kalau bestfriend, remain bestfriend je, kalau nak berkasih sayang, berkasih sayanglah dengan orang asing yg bukan kawan kita. Sbb kalau jadik apa2 pun, kita kehilangan seorang kekasih je, bukan hilang 2 sekali gus. Kekasih + kawan.


Tetiba aku terfikir, kan best kalau dapat ulang balik masa. Harap semua ni tak pernah terjadi. Mesti kitorg happy2 berkawan sekarang. Boleh lepak & hangout sama2. Share problem & ideas sama2. Tapi aku tak menyesal dengan apa yg terjadi (sedikit terkilan + sedih mungkin) sbb aku yakin & pasti semua yg terjadi ada hikmahnya. Mungkin masing2 termasuk aku, akan ditemukan dengan org yg lebih baik. Let bygones be bygones.Apa2 pun aku bersyukur dapat jadik kawan diorg (even tuk sementara), yg penting kenangan dengan diorg ni sikit sebanyak telah mematangkan aku (^_^)


Ingat..jangan bercinta dengan besfriend sendiri tau. Nanti sendiri yg rugi..



Bersyukur aku ada centahati & Lalan sebagai besfriend sekarang. Hope semua ni berkekalan sampai akhir hayat. Lan, kalau kau kahwin nanti kau tetap kawan baik aku kan?? ;)



Thursday, January 21, 2010

Hari ini dalam sejarah



Dahla langgar kebabom, taknak mintak maaf pulak tu, lepastu salahkan aku pulak. Alahai dik, kalau aku buat repot, memang sah2 la salah kau kan sbb kau yg dengan rakusnya mencium bumper Cik Lisa aku tu. Malas cerita banyak. Balai ceritalah.Eh..lagi satu, tak kena bayar pun la dik oi kalau kau mintak maaf.At least sejuk sikit hati aku tengah membara2 time tu. Takpelah, ko tunggu je lah bil dari aku ok, wahai adik berambut kerinting kekonon Sam Bunkface!


Takde sebarang kemalangan jiwa yg berlaku, tapi hati aku hancur luluh jugaklah tengok Cik Lisa. Bonet kemek, bumper lari sikit dari kedudukan asal, cat tercabut2. Haih..terasa kulitku seperti disiat2. Nak buat macam mana kan, benda dah jadik. Pasrah & redha jelah. Pasti ada hikmahnya semua ni. Chill Erina..


P/s: Sekarang amat busy


Friday, January 15, 2010

Maaf! Tiada cerita lucah di sini ye.



Klik tuk elak rabun


Ni keywords blog aku tuk bulan lepas.Cerita erina 155 hits?? Tak hairan sgt sbb aku rajin tengok blog aku, type kat google je.Haha.Syidot bp?? Siapa pulak tu. Abaikan. Yang aku kelakar tu yang digaris merah2 tu. Boleh dikatakan setiap hari ada je lah manusia horny yg menggoole word burit terpelanting masuk blog ni. Sorrylah bai, blog ni suci ok.Ni semua gara2 satu entry yang aku buat on 16 Disember 2008 dulu. Dah berkurun2 dah.Air burit?? What the fish la..haha. Korang nak baca ke entry tu?? Paiseh, gua tau lu dah pernah bace, so jangan gatal2 klik link ni eh. Hoho. Sebelum tu nak remind awal2 eh, entry tu ditulis tuk share pengalaman aku je, takde unsur2 lucah (mybe tuk gambar tu ada lucah sikit lah kot),tapi bukan letak sesaje je eh, tuk pembelajaran & pengajaran.




Selamat belajar bahasa baru~



Thursday, January 14, 2010

Birthday Otomen yg ke 2

29 Disember lepas, birthday fruitbaby ku yg comey ni. Masuk 2 tahun dah. Tema birthday party dia haritu ialah ultraman sebab budak kecik ni mmg obses gila ngan ultraman. Wuishhh..kalau roh ultraman dah masuk badan dia, siap berlawan hiyak2 ngan sepupu dia si Ammar tu. Jgn tak tau eh,umur baru 2 tahun, cakap pun pelat2 lagi, tapi dah hafal lagu ultraman. Wow Wow Daina Chikara No Kagiri Daina~



Faris Iskandar punya kek



Fuh..fuh..fuh~
Sayang sgt ngan ultraman sampai dia tak bagi potong kek tu.Mama dia potong je dia menjertit sakan. Sedih kot tengok ultraman dia kena potong. Mungkin dia terasa sakitnya tu..holoh..holoh..holoh..comel betul!



My brother happy family ;)

Faris gigih pakai topeng tu, takmo bukak2. Bila terasa dah lemas2 tak boleh bernafas baru dia bukak. Hoho. Tegar betul peminat ultraman sorang ni

Sekarang dia dah pandai nyanyi2. Aku paling suka dengar dia nyanyi lagu ni..

Saya ayam "kok..kok..kok..kok"

Saya lembu "boo..boo..booo..boo"

Tu je dia tau..pastu kalau kite sambung "saya kambing"..dia buat bunyik "bing..bing..bing..bing".Kalau kite sambung lagi, "saya kucing"..dia buat bunyik "cing..cing..cing..cing". Hohohohoho..dia main suka2 buat bunyi ikut last ayat tu. Hoho. Ceria hidup ada budak2 kecit nih.Sorang Ultraman, sorang lagi Ben 10.(^_^)




Wednesday, January 13, 2010

Raja Lawak vs Raja Hantu

Semalam sesi berjumpa centahati tercenta (semalam ku cuti ye kawan2 ;p). Kami ke KLCC. On the way ke sana, sibuklah kami bercerita pasal AJL malam Ahad haritu.

Aku: Ee..best gila kan Aizat perform lagu "kau pergi" malam tu syg? Sayu gila masa dia perform tu

Centahati: Tak best lah! Politik lebih tu..

Aku: Hellooo..ape politik pulak??


Centahati: Yelahh..kekonon 1 Malaysia


Aku: Eh, lagu tu sebijik macam filem dia tau. Kalau tgk Talentime, suara perempuan India & instrument erhu tu mmg ada tau


Centahati: Eleh..tak bestlah! Dah la nyanyi dalam BI, 'kau pergi" jadi Hai O...Hai O..ntah pape ntah..tak de kena mengena..


Aku: Hai O??? Hai O mende nih??


Centahati:Yelah..aizat nyanyi lagu tu mase die perform last tu, kan dalam BI, Hai o..hai o..Ape ntah!


Aku:.........................................(senyap seketika). Hahahahahahahahahaha. Itu dia ckp I go la syg. I go! Mana ada hai o..hahah.Ingat dia duta Hai O ke nak nyanyi Hai O, Hai O ni syg.Hohoho


Centahati:Laa..dia ckp I go ke?? Manelah ubby tau..dgr hai o, hai o je..


Aku: Hahaha..lawak ar syg ni
(gelak smpai mengalir air mata)

Dah reda tu sambung borak balik.


Centahati:Eleh, Aizat tak best..daripada Aizat, best lagi performance Faizal Husin! (cakap penuh semangat)


Aku: Faizal Husin?? Kahkahkahkahkahakhakah. Tu gila2 remaja boleh lah syg..


Centahati:Eh salah, Faizal Tahir lah ( sengih2 sambil tahan malu. Muka dah merah)


Aku: Hahahaha..power lah Faizal Husin masuk AJL


Centahati: Salah cakap lah..huhu..


Hohoho. Lawak gila syg aku semalam. Akibatnya, sepanjang hari kena bahan ngan aku. (Ngee..tak marah kn syg? ;p)

---------------------------------------------------------------------------------------


Semalam kitorg cadang nak tgk Avatar 3D tapi timing tak kena, so kitorg decided tgk cerita ni. Tu pun lepas sedaya upaya pujuk si centahati yg penakut tu.




Ala2 filem "Blair Witch Project". True story recorded. Cerita ni oklah. Tak lah best sangat & takdelah boring sgt. Tapiiii..ada certain part tu memang gila scary. Meremang bulu roma aku. Huhu (-_-"). Kalau korg suka tgk cerita Seekers, Entity semua tu maybe filem ni best gilelah kot, but not for us lah. Bak kata centahati, cite Ghost Lab lagi seram.Ku bagi 2.8/5 stars je lah. Korang tengok pirate cd jelah, lagi berbaloi ;p



Monday, January 11, 2010

Bila bloggers berjumpa, gamat satu Seksyen 2

Malam sabtu lepas ada perjumpaan dengan para memuah sekalian. Sepatutnya memuah leader join sekali tapi terpaksa di cancel di saat2 akhir. Suka tau dia tu. Aku baru je nak temuramah dia. Huhu. Malam tu, hujan adalah sangat lebat, jadi majlis berjalan lambat sikit (majlis?? ;p). Memula Jard sampai dengan kakak housematenya,di ikuti ngan kak Masy yg super comel malam tu, then Kak Zona, Wafa & Keria sampai. Masing2 isi perut dulu, kali ni kami duduk port belakang, gerai2 makanan kat situ sedap2, takde yg kena subsidi garam. Gagaga. Owh, sekarang seksyen 2 dah ada bubur berlauk ye,sila terjah gerai no 7 (Anjung Melur). Sangat sedap. Nyum2~ (terbayang dah aku ni..wuu..lapar). Eh,sempat mempromote pulak ;p




Haaa..super duper comel kan kak Masy kita ni??
Rahsianya..gunalah sabun mandi tuk mencuci muka ;p




Jard & Wafa
Wafa tak berapa ready lagi time ni sbb kamera ku lambat sgt bertindak ;p




Keri the one n only pria (adakah dia sdg buat muka comel?), Kak Zona & kak Masy aum2~
Owh..tu simbol bulat2 tu Kak Masy nye idea, simbolik tuk kuih keria. Agagaga




Us ;)
Ooo..kelihatan bubur sedap itu
(haa..Keri, mamat sebelah ko tu kot yg copet rokok ko tu)




Abc special from me tuk Jard & Kak Masy ;)
Sgt special ok, org lain tak dapat cenggini
(Jard & Kak Masy, sila terharu ye ;p)



Lepas dah konyang, muncul lah tetiba kek yg nyummylicious ni. Actually, idea Wafa tuk beli kek ni. Nyum2. Kek sempena birthday Jard & Kak Masy. Hope korang berdua dipanjangkan unur, dimurahkan rezeki & bertambah2 hepy ;)



Wohoo..tempting nye ko!
The Walnut Cake~





The birthday girls ;)





Fuh..fuh..fuh~
(muncung mahal tu tauuu)




Potong! Potong! Potong!


Ooo..ku lupa, nak cerita satu peristiwa menyayat hati. Masa kami sedang bergumbira, tatkala si Keri busy snap pic2 comel kami (sbb kamera dia power, automatic jadik photographer),tiba2 boleh pulak rokok si Keri ni hilang. Ish..ish..ish..kesian. Rokok pun nak kebas ke. So, kitorng buat derma kilat tuk beli rokok baru ganti rokok yg hilang tu. (holoh holoh holoh..baik kan kami? ;p). Daripada muka monyok cam hilang awek, terus muka dia bertukar ceria. Ajaib jugak penangan rokok ni kan. Haha


Dah selesai acara makan2 segala, tibalah masa tuk balik. Tapi sebelum tu, haruslah ada adegan bergambar terlampau kan. Kata bloggerrr ;p



Say cheeseee :D
(kak Masy & tiang kesayangan..hee)



Sayang kamu2 lah~




Sekali tetiba Kak Zona bagi idea tgkp pic kaki. Haha. Terimalah..


~The Kakies~
Kaki Jard yg kena gigit lintah (gigit ke sedut?)
Sebenarnya gambar ni ada version shekshiiii aww2, tapi tuk menjaga nama baik pihak kaki tersebut, ku tempek yg ni je lah. Haha



Pastu Jard kata, asek gambar kakiiii je, cubalah gambar lain pulak. Untuk itu, tuk penutup entry ni, terimalah......



~The sikus & the lutut pulak~
Hohoho..


Kesimpulan nya, gathering malam tu best. Nanti kite buat lagi ok! Memuah~


Thursday, January 07, 2010

Lebah pun tak busy cenggini



Teh tarik hazelnut ais @ Noodle Station. Sedappppppp! Slurppp ;)


Lately, adalah sangat sangat busy. Huhu. Banyak benda nak kongsi tapi takde mase nak taip.Postpone ke next week la gamaknya. Weekend ni nak rest puas2. Rehat badan, rehat otak. (-_-").Ingat nak gi tgk wayang nanti..any suggestion?? Cerita ape yg best tuk ditonton (selain avatar)?? Share with me ok. Have a nice weekend semua ;)


Monday, January 04, 2010

Idea halus...sehalus kulit bayi




Menyarung baju kurung sambil berposing dengan scooter pink yg comel di bandaraya Perth,cool bukan?? (^_^)


Gambar hanya sebagai hiasan.Tiada kena mengena dengan entry. Kali ni, ku cuma nak mintak cadangan & idea je, cemana kita nak tegur seorang kakak (umur 30 lebih) yg ada masalah bau badan yg kronik?? Cara yg paling halussssss sekali. Nak tegur tapi takut dia kecik hati, tak tegur tapi tak tahan (@_@). Macam mana ni?? First time ku berdepan ngan kawan yg ada body odour kronik ni. Tolong..tolong..




Saturday, January 02, 2010

Best! Best! Best!






Even movie ni dah lebih kurang 2 minggu ditayangkan, aku baru berkesempatan tgk movie ni malam tadi. Pergi dengan adik lelaki aku. Memula dia nak tgk Sherlock Holmes, tapi aku ajak tgk movie ni dulu.Midnite movie.165 minit dalam panggung tgk movie ni mmg sangat seronok!!! Terasa macam betul2 dah ke alam lain. Bila habis je movie nie, keluar ngan rasa sgt PUAS! Puas mata, puas hati! Cerita ni mmg betul2 BEST!! SUPER DUPER BEST! Itulah kesimpulan yg dapat dibuat. Ishhh..nak cerita pun tak tau nak start dari mana, kena tgk sendiri baru tau.Jarang aku tgk movie yg betul2 PUAS camni.Cerita yg penuh dengan semangat kerjasama, kasih sayang, semangat berjuang, semua adalah. Sarat dengan mesej & pengajaran.Sesiapa yg blum tgk lagi..Sila pergi tgk sekarang!!!! Kalau Celcom berbaloi baloi, tuk Avatar ni aku bagi berbaloi baloi baloi baloi baloi baloi baloi! 15/10 stars! Xtra 5 stars lagi. Hee..



Jake Sully & Neytiri


Disebabkan terlalu best, malam tadi aku tido mimpi jadik Neytiri, tgh bersiar2 naik Toruk Macto. Hohoho. Boleh gitu?? Besar betul impak Avatar ni. Aaaa..bestla cerita ni.Tgk biasa pun dah gempak, ku rasa yg 3D mesti super duper gempak. Nak tgk lagi la!












Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015