Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, June 30, 2010

Cool Jumper Contest.

Apek lompat!Depan ada longkang.Lompat! Lompat! Lompat! Ok stop. Pe jadah ko terlompat2 ni Ena oi. Ni ha..kena tag dengan cik Mazlinda ni pasal lompat melompat. Alang2 dah kena tag, aku join jela contest ni terus. Mana tau kot2 menang. Kot2 je la kan sebab saingan terlampau sengit nih. Ramai contestant taruhkan pic lompat yang menakjubkan!! Canggih betul.

Syarat2 nye senang je. Kacang.

  1. Rakamkan sebarang gambar anda atau bersama kawan2 dengan aksi lompat yang paling cool.
  2. Gambar yang diedit secara sederhana atau yang unedited juga diterima.
  3. Be my follower --> Nina Aman
  4. Repost entri ini di blog2 anda dan tag 4 kawan.
  5. 2 foto dengan aksi lompatan paling cool akan disiarkan di blog saya dan berpeluang menerima hadiah menarik.
  6. Tarikh tutup: 4 JULAI 2010                                                                                                                   
Haaa..senang je kan. Dengan itu, aku mempertaruhkan pic ini.....


 Wehuuuuuuuu~

3 orang gadis sedang lompat riang ria. Ni masa dekat Perth, berlatarbelakangkan umah sewa "daddy " angkat kami ;)). Bersama adik Aina & Su.(Aina sempat angkat sebelah kaki je).Aku suka tengok pic ni sebab terserlah keriangan kami & suka tengok Su tu melompat. Ada style bebybeh! Pastu bayang2 kat pic tu cantekk. Suka2! Nampak sangat kami sedang melompat riang di hari yang panas terik. Even panas terik tapi anginnya sejuk menusuk tulang.Tetiba rindu dekat Perth pulak.Huhu (T_T). Jom kawan2 kita gi Perth. Tiket Air Asia murah sekarang.Hanya RM249. Eh..sempat lagi promote. Ngee ;p

Oh, syarat contest ni kena tag 4 orang kan..dan orang yang bertuah mendapat tag lompat2 ni ialahhhhh....

1) Hemy (ko first sebab aku tau ko banyak pic lompat best2! )
2) Peanut (Jom yunk jom contest ni ;))
3) Stilla ( Kitak pun join juak yunk ;))
4)Aidy ( Yayay! Akhirnya ko kena tag! Haha)


Alang2 dah kena tag tu, korang joinlah contest ni eh. Tarikh tutup 4 Julai. Yang lain2 tu jom la join. Senang je. Just lompat2 bagaikan juara. Yeahhh!

Monday, June 28, 2010

Bergumbira sebelum bertapa.

Apakah tajuk macam tu? Haha. Lantaklah. Tak tau nak bubuh tajuk apa. Hari Ahad semalam apa aktiviti kalian semua? Eceh..tanya2 pulak. Sebenarnya nak bagitau, aktiviti aku semalam ialah ke Sunway Lagoon. Lalalala. Ye..2 bulan berturut2 pergi Sunway Lagoon. Belum sempat sunburn yg dulu pulih, datang sunburn baru lagi.Sadisss.(T_T) Kali ni bergathering dengan member2 masa kerja dulu. Macam2 idea aku bagi tuk aktiviti gathering ni, ajak piknik kat Bukit Cerakah lah, karok la sebab nak elak pergi Sunway Lagoon punye pasal, last2 majority mengatakan.."Kami memilih tuk berjimba2 di Sunway Lagoon!".Huu..pasrah je lah. Lagiii best sehari sebelum ke Sunway Lagoon, bendera jepun datang melawat.Perghhh! Bulan lepas gi Sunway Lagoon tak dapat mandi, kali ni pergi pun tak dapat mandi jugak.Adakah ini sumpahan?? Pasrah lagi buat kali kedua (T_T)

Nah2. Tempek gambar banyak2. Memandangkan aku tak dapat mandi, aku main puas2 kat drypark tu. Baru rasa berbaloi bayar tiket RM60.Bulan lepas masa gi ngan family tak dapat main banyak sangat, kali ni main puas, sampai rasa nak muntah.Haa..amik ko! (@_@ )


From left: Akmal, Fara, Maria, Pudin & Lalan



Haha. Excited lebih


Kembali ke alam dinosor. Even permainan tak mencabar tapi peduliikkk!
Main jugak.Haha


Weeeeeeeeeeeeeeee!


Kayu balak sungai Rajang. Benda ni besttt! Bikin jantung stop 3 saat.
Budak2 laki dua org ni gila tau, kalo bab jerit suka je. Jerit ngade2. Padahal takde mende pun, tapi suka suki jerit bazir suara. Ishhh..siku kang! haha


Akibat permainan tadi, kami semuaa keceburrrr!! Kebasahan.


Roller coster tak mencabar.Haha


Yang tengah tu kena hukuman sula sebab berkelakuan lucah melampau.


Roller coster ni bestttt! Syok2! 

Dah puas main permainan yang suam2 kuku je thrill nya, kami ke permainan yg super duper thrill pulak!


Kapal berpusing 360 darjah di langit biru!
Weeeeewuuuuuuuu!


Adakah anda berani naik kapal damn scary ni. Saya berani!. Mari saksikan kronologi saya menaiki kapal ini.



Bersemangat beratur dengan gigih


Mencari posisi tempat duduk dengan selesa


Siap2 pasang penghadang dada dengan semangatnya.

Tiba-tiba!

Teringat kenangan dulu2, pernah naik kapal ni, lepastu dada sakit berdenyut2 2 hari akibat penghadang dada tu!

Akhirnya amik keputusan drastik.

Untuk turun dari kapal itu serta merta.

Hahahaha.

Eh..eh..tetiba Fara pun join turun kapal sama.
Dia kata tetiba cuak.

Tapi betul, pengahadang dada tu bagi impak besar. Sakit tau kena tekanan. Dahla ketat benda tu. Huhu. Kesimpulannya, saya memang berani untuk "naik" dan duduk atas kapal sebelum ianya mula bergerak.Syabas kepada saya. Hahahaampeh!


Akhirnya, 3 org je dari kami yang naik. Lan, wan, maria.
Cayalah Maria! Dia first time naik kapal disaster ni. Memang cuak gila, siap jerit smpai takde suara dah. Hee.Cian dia ;p


Weeeeeee~


Yeahhh! Part ni yg best nih. Haha

Habis je, bila semua orang dah turun. Maria terhuyung hayang.Nangis2!
Holoh oloh holoh. Cian adik aku sorg ni. Hee. U go girl! ;)
Pasni nak naik lagi tak? Ngeeeee ;p


Dan setrusnya ke widlife park....sekali lagi (T_T). Macam dah siaran ulangan pulak
Tetiba aku kelihatan seperti sedang mengandung 5 bulan. Abaikan.Haha

Tapi yang best kali ni kau dapat gomol2 ngan haiwan kat situ. Haritu pergi ngan family tak sempat lama2 kat sini, lagi pun bawak baby Iman kan, tak boleh duk lama2 kat tmpat binatang ni. Takut asma

Nah..kekura pasrah! Agaknya aku ni org yang ke berapa ratus ribu la yg dok angkat2 dia kan.Nasiblah..siapa suruh ko comel dan pasrah. Haaha


Nah..arnab gebu pulak! Fara feeling pegang arnab sampai terpejam2 mata pulok!.Hoho

Akhir sekali.


Nah! Ulaq sawa albino. Aloloh..comeynye ko ulaq sawa..kunin gitu. Sesuai buat rantai raya ni. Baru exotic.
Tetiba feeling Brtiney bila pegang ulaq albino ni. Awww~
Hahaha.

Dan seterusnyaa..ke taman basah. Wetpark
Memandangakan aku tak boleh mandi, aku lepak kat kerusi panjang tepi pantai ala2 macam tengah buat sunbathing. Sambil2 melihat diorang mandi manda denagn seronok. Ishhhh!Nyampah ai tau. Ai hate u olls!Eceh..tetiba nak emo pulak. Blame it on hormone. Tetiba ;p


Dalam pukul 3 camtu aku mintak izin gerak dulu sebab kena jaga kedai petang tu. Kalo stay pun bukan bole mandi kan.Sob sob sob. So, terimala gamba ni sebagai penutup entry.

 Bersama jejaka2 basah.
Motip letak pic ni sebab dalam pic ni jelas kelihatan,aku semakin sehat, tembam, montel bagaikan juara.
Montel tanda bahagia. Setuju? ahaha.

Oklah,sekian terima kasih.

Wednesday, June 23, 2010

Apa ada dengan Cik Lisa?


1. Ada perfume yang wangi. Oh, kena dua baru lengkap
Kena pink lagi berseri2 ;)


2. Tak cukup dengan perfume tadi, dia ada Little Trees lagi
Oh, Cik Lisa memang sukakan bunga, dia rela bunga pink tu menjalar dekat rearview mirror nya



3. Haa..tengok! Ada lagi bunga..kan da cakap Cik Lisa suka bunga.
Suatu masa dulu bunga goyang gedik2 ni sangatlah fofuler. Setiap kereta wajib ada.Kalau takda memang masuk kategori kodi. Memula nampak comel, tenang je tengok ia bergoyang2 lembut, tapi bila dah lama2 rasa annoying pulak.Nasib yang ni dah rosak, statik je tak tergedik2 dah. Letak sebagai hiasan.


4. Road tax holder yang comel
Bunga2 jugak. Barulah feeling hawaii.Hoho



5. Tong sampah mini.

Diletak antara 2 seat.Ok, aku rasa setiap kereta wajib ada tong sampah mini supaya senang korang nak buang apa2 yg kecik contohnya cam tisu ke, pembalut gegula ke, plastik goreng pisang ke. Takdelah lepas makan goreng pisang, bukak tingkap pastu dengan tanpa rasa serba salah buang plastik tu kat luar, nak lagi tragis, plastik tu melayang2 pastu..kecepuk! kena kat muka pembonceng motosikal Tak ke haru?Not good ok.

Hmm..lagi ada apa dengan Cik Lisa eh? Hmmm..Oh! Ok2!
Car Sign!

6. Ni car sign pertama Cik Lisa. Ahaks! Sangatlah gedik bukan? ;p


Zaman study degree dulu car sign sangat fofuler. Setiap kereta wajib ada. Pastu jenis car sign taknak kalah."Future Millionaire on Board". "Hot chick on Board". Macam2 pesen lah.Dulu selalu jugaklah kena hon gara2 ayat car sign yang gedik ni. Memula aku macam kompius jugak, apehal la diorg ni main hon2 kan..pintu tak rapat ke ape, sekali tengok dari cermin rearview, kelihatan mamat bawak kancil serta rakan2nya sedang melambai2 smbil tersengih. Oh, diorg hon sebab kereta aku cute rupenye. Hahaaha .Memang gedik.Ada jugak aku kena hon sebab lambat jalan kat traffic light hijau. Tapi aku anggap jelah org tu hon sebab kereta aku cute. Hoho.Boleh gitu?. Dah hari2 kena hon, jadi jiwa ini sudah sebati dengan hon.


Tapiiiii..aku tak boleh lupe ngan satu kejadian ni. Masa tu kat petrol station, tengah isi minyak. Belakang aku ade lah satu kereta ni, dipandu oleh seorang mamat dan seorang awek disebelahnya.Lepas habis isi minyak, tengah drive keluar, tetiba ada kereta hon. Aku buat bodo jela. Dalam hati "Yeahh..i know my car is cute. Thanks". Sempat lagi terperasan. Tapi macam dah jauh sikit. Kereta hon lagi. Pon! Pon!! Pon!! Kali ni bertalu2 pulak. Ish..apahal ni? Tengok side mirror, eh..ni mamat yang kat belakang kereta aku tadi. Takkanlah hon nak mintak no tepon pulak kan, sebab awek ade kat sebelah.Berani betul. Pastu aku nampak diorang tunjuk2 atas kereta aku sambil buat muka saspen. Aik?? Pehal ni? Aku pun turut saspen.Ada lembaga ke atas kereta aku. Haishh! Mintak simpang!Aku pun berhenti kan kereta kat tepi..cepat2 keluar nak tengok ape menda yang ada atas kereta aku. Rupa2 nya.........................................cuba korang teka ape?















Penutup tangki minyak kereta aku tertinggal atas tu!!
Aku lupa nak pasang balik lepas isi minyak.
Wahahahahahahaha!!


Boleh pulak aku perasan orang tu hon sebab kereta aku comel. Duhh!! Tu la..pakai lagi car sign tu, kan dah terr..perasan. Aww..malu ai! ;p Terima kasihlah kat mamat tu & aweknya yang bersemangat waja menghon kereta aku sebab nak bagitau penutup tangki ada kat atas tu. memang tragis kejadian ni.Tihihi.

Dan disebabkan kejadian tu, aku pun cabutlah car sign yang gedik tu. Tak nak guna dah. Menarik perhatian orang ramai je.Sekarang simpan wat kenangan :)

7. Car sign kedua
I luv it so much. Kenangan indah masa gi Perth dulu ;)


8. Car sign ketiga
Yeahh! I'm fast beybeh! Tapi takdelah stok racing2 tu kan, fast tapi still pemandu berhemah. Sign ni aku jumpa kat Pyramid. Kebetulan warna pink tu pun ala2 warna Cik Lisa. Grab terus! Buat penambah seri lagi.


Sekian sahaja cerita pasal Cik Lisa. I'll always lap u beybeh. 
Lap bagi kilat2 selalu :)
Ada apa dengan kereta anda pula??


Tuesday, June 22, 2010

Tumpang tanya boleh?

Apakah ini?Buffered Earnings? Untuk apakah ini? Apakah kegunaannya?






Dan apakah pula ini? Metered Earnings? Apakah bezanya Metered Earnings & Buffered Earnings?




Aku baru perasan benda ni kat akaun nuff aku. Almaklumlah, lama gila tak bukak. Tetiba terkezut pulak ada benda ni. Hmmm..yang kempen2 produk iklan nuff tu kena buat sebab ada benda ni ke? Aku tak tahu apa2  ni. Budak baru belajar. Yang aku tahu tempek iklan nuff je. Hehe .Jadinya, kepada otai2 nuff sekalian, sila beri tunjuk ajar kepada newbies ni ye ;))


P/s: Tetiba duit nuff dah ada RM60 lebih. Hehe. Excited! (baru RM60 lebih je punn ;p)

Monday, June 21, 2010

Durian..durian..siapa nak durian?


Sekarang dekat kampung tengah musim durian. Yay! Musim buah memang best. Tapi yang tak best nye, on the way nak balik kampung semalam, terpaksa mengharungi jem (baca: kesesakan lalulintas) yang amat dahsyat! Tak pernah lagi kena bertarung dalam jem sedahsyat semalam. Bayangkan, perjalanan pergi Muar yang patut amik masa 2 jam je,boleh jadik 4 jam!! Gila bosan. Kereta pun bergerak ciput2 je macam hidup segan mati tak mahu.Dari masuk Seremban sampai ke Ayer Keroh jem! Argghh..tension! Masa tu dok pikir, tak guna jugak bawak kereta besar,sama je tersangkut kat jem. Terasa bawak motor jugak yang best time tu, boleh cilok2 sambil babai2 kat pemandu kereta yang tengah tension dalam kereta.Huh!



Jem tahap gaban! Tensi guwe!



Pemandu stress yang cuba menghilangkan stressnya dengan mengunyah kinder bueno. Malangnya, ia tidak membantu, tetap jugak aku stress! huhu..

Dah sampai Ayer Keroh baru smooth perjalanan. Aku pun tak pastilah sebab apa yg buat jem tu, tapi keadaan jalanraya penuh debu, dengan kaca pecah bersepah2, pekerja2 highway tengah sibuk bersihkan debu2 tu. Lori simen tumbang mungkin. Huu.


Dan masuk je simpang Kampung Sungai Mati, perasaan yang stress tadi secara automatik bertukar jadi tenang.Bila nampak je rumah, perasaan yang tenang tadi terus secara automatiknya lagi bertukar jadi happy. Yay! :))

Home Sweet Home beybehh!
Syukurlah selamat sampai ;))

Ingatkan malam tu nak pekena mi bandung marveles, tapi hampa, gerai makan tu tutup lah pulak. Huhu

Jadi,sebagai pengganti mi bandung: Sup tulang+ kailan ikan masin+ sotong goreng tepung+telur dadar pun sodap!
 Burpp! Alhamdullilah ;)

Pagi esoknya bersemangat wajar bangun awal, nak hirup udara kampung punya pasal. Pusing2 halaman rumah kejap, jenguk kebun belakang rumah, check pokok mana yang dah berbuah.

Kebun belakang rumah.Macam2 ada~

Sambil2 jalan jenguk atas tengok buah durian, cuak jugak, takut buah durian gugur atas kepala. Ishh..mintak simpanglah kan (T_T)



Kelihatan buah durian yang melambai2 riang di atas sana tunggu hari nak jatuh ;)



Ehee..buah rambutan pun dah start nak masak. 2 minggu balik ni konfem boleh buat kenduri rambutan ;)



Pokok duku langsat pun dah start nak keluar buah. I loikee ;)



Buah limau nipis yang lebat. Buat air limau ais pun syok nih!



Mangga muda. Makan masam2. Cecah kicap pulak. Slurpp. Tetiba terliur ;p



Pokok nenas Sarawak pun banyak yg dah berbuah. Tapi yang ni pelik sikit. Hehe. Perasan  tak apa yg pelik?

Dah puas meronda2 kebun, apa lagiiii..melantak time lah. Melantak apa? Haa..mestilah Raja Lawak! Blergh..tak lawaklah. Raja Buah yang sebetulnya ;p


Breakfast durian, lunch durian, dinner durian. Huishhh..heaven!~


Kena pulak yang isi kuning kunyit & gebu camni.Nikmatnya!!
Makan sambil tutup2 mata ;p

Hee..dahla, sampai sini jela eh entry ni. Tetiba blank pulak. Mata dah ngantuk. Sok sambung lagi. Boleh gitu? Ehh..tetiba mari idea, ni kalau bawak geng2 memuah balik kampung pekena durian ni, macam best jugak kan. Haa..siapa nak pergi makan durian? Angkat tangan!! :))










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015