:,)
Pages
▼
Wednesday, August 24, 2011
Thursday, August 18, 2011
Hobi baru :D
Mengumpul fridge magnet! Wihiii..
Dan hobi ini amat menyeronokkan nak2 lagi bila dah ada peti ais rumah sendiri kan :D .So far dah kumpul fridge magnet dari Lanchang, Kuching, Kedah,Terengganu, Penang (haha..bila tengok fridge magnet Char Kuew Tiow tu teringat kat Keri). Dari oversea pulak dari Dubai, Paris, Vietnam,Sydney, Singapore & Phi Phi Island. Hmm..rasanya tu je kot.Mostly dapat as souvenir dari kawan2 & family kesayangan.
Dalam peti ais pulak penuh dengan buah-buahan! Ni tak taulah hobi kumpul buah-buahan ke apa. Ada 8 biji mangga, 13 biji jambu batu, 10 biji jambu air, buah pear, orange, apple. Malas nak kira dah berapa biji tapi memang peti ais ni penuh ngan buah-buahan. Sebabnya asal berbuka mesti nak makan buah, tapi beli taknak sikit2, sekali berkilo2 terus. Tamak. Haha.Bercakap pasal buah ni baru tahu ada beberapa jenis buah yang tak elok di makan secara banyak oleh ibu2 mengandung. Contoh nenas muda & betik muda sebab masuk dalam kategori "tajam". Laici & buahan2 dalam tin pun kalau boleh di elakkan sebab nya sama macam tadi,"tajam". Dan yang latest ni baru tahu tak boleh makan tembikai secara banyak, sikit2 tu boleh lah sebabnya tembikai ni "panas dalam". Serius baru tahu.Ingatkan tembikai ni kategori buah-buahan sejuk sebabya kalau makan time sejuk2 tu bestnya la kan. Ibu mengandung kena banyak makan buahan2 tapi tak salah kan rasanya kalau ikut pantang orang2 lama ni. Diorang kan lebih berpengalaman :) Semoga baby dalam ni sihat sentiasa dan dijauhkan dari penyakit. Aminn.
Haa,memula cerita pasal fridge magnet tetiba masuk cerita pasal buah pulak kan. Baik berhenti sebelum tetiba termasuk cerita pasal sayur2 dalam peti ais pulak. Haha. Happy Thursday! :D
Tuesday, August 16, 2011
Apam polka dot jadi pelangi ;)
Haritu sempat belajar buat apam mini polka dot dari kakak kesayangan, rupanya senang amat je buat nya. Oh, kakak kesayangan saya ni memang hebat bab2 buat kek, muffin, segala coklat ni. Di hujung jari beliau je. Resepi apam mini ni beliau ambik kat My Resepi ni je. Sebijik2.Jadi, untuk sesiapa yang nak try, klik je link My Resepi tu ok ;) InsyaAllah, jadi.
Dah siap buat adunannya, asingkan dalam mangkuk2 kecik untuk bubuh pewarna kesukaan.
Untuk hasil kerja yang lebih cantik & mudah, bubuh adunan tu dalam piping bag. Senang! Picit2 je
Ini ialah apam polka dot versi belum masak.
Bila dah masak, harus menggebu begini. Kalau tak gebu mungkin disebabkan masa pukul telur tu tak lama, jadi telur tak kembang.
Si comel2 telur dinosor ;)
Tapi disebabkan saya dah bosan buat polka dot ni, saya buat corak lain pulak. Corak pelangi !!
Hoho. Comel bukan?
Lepas ni nak try buat corak ladybird macam ni. Serius comel, dahla gebu sangat!
Si comel2 ladybird! Kredit to Kak Ila
Sangat comel untuk dihidang masa Hari Raya nanti. Cubalah ;)
P/s: Haritu ada someone email tanya no telefon Abg Man pelamin,masa nak reply tertekan button delete pulak, jadinya..tak dapat nak reply. Huhu. Btw,kepada yg bertanya tu..ni no Abg Man tu ok (0192000798) ^_^
Monday, August 15, 2011
Saya puteri baru dalam family ;)
Assalamualaikum. Hai..nama saya Intan Maisarah Bt Mohd Aidil. Saya anak buah baru Puan Erina, saya panggil beliau macik je, singkatan kepada mamacik. Saya lahir pada 31 Julai 2011 haritu, maksudnya sekarang saya dah berumur 14 hari. Masa lahir tu berat saya 3.48 kg, tapi sekarang dah naik 4.13 kg. Hehe. Montelkan saya?
Ini ummi dan ayah saya.Besarkan perut ummi saya masa ni? Kalau tak silap ni 2 minggu sebelum ummi saya lahirkan saya. Ummi saya ni sangat aktif dan rajin masa mengandungkan saya. Macam tak berat je kendong saya ke sana ke mari.Alhamdullilah, hasil keaktifan ummi, saya dilahirkan normal ;).Betul la cakap orang2 tua, sebelum nak bersalin,kena rajin2 berjalan, InsyaAllah senang masa melahirkan. Tapi saya dengar ummi cerita dekat macik pengalaman masa lahirkan saya, bukan lah perkara yang senang. Sakitya hanya Allah saja yang tahu. Sebak saya dengar, Terima kasih ummi sebab sanggup bertarung nyawa tuk lahirkan saya di dunia ini.Alhamdullilah,semuanya selamat. Tempat ummi di Syurga nanti.Intan sayangggg ummi.
Sepanjang ummi saya berpantang, ayah saya & atok mama yang banyak tolong ummi untuk uruskan saya. Memula atok mama yang mandikan saya, masakkan untuk ummi,tapi dah lama2 sikit ayah yang amik alih tugas tu. Ayah yang mandikan saya, basuhkan u'uk saya, masakkan untuk Ummi. Percayalah, ayah saya pandai masak tau. Sedap tak sedap tu tak tahulah tapi ummi saya makan berselera je.Hehe.Terima kasih ayah. Bersyukur saya dapat ummi & ayah yang penyayang ;).Kerja saya, minum susu,tido, minum susu, tido.Bestnya!
Baju ni ayah yang belikan. Comel kan? Intan sayangg ayah!
Untuk pengetahuan semua, saya cucu perempuan pertama atuk ayah & atuk mama.Sepupu2 saya semuanya lelaki, 3 orang.Jadinya, saya ni special :) Saya harap nanti baby macik pun perempuan, barulah saya ada geng. Nak main masak2, main make up2. Seronok! Tapi saya tak kesah sangat lelaki ke perempuan, janji kesihatan macik & baby baik sepanjang 6 bulan mendatang ni.Aminnn ;) Macik saya sekarang pun dah bertambah sihat, dah tak pening2 & muntah2 lagi. Alhamdullilah. Semoga dipermudahkan perjalanan macik tuk menjadi seorang mama.Oklah, saya nak tido, doakan saya supaya dikurniakan kesihatan yang baik,membesar dengan sihat,menjadi anak yang solehah & cerdik pandai ye. Bye ;)
P/s: Intan suka blog macik sekarang, ceria & putih bersih je :D