Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti 29.1.2011

Semalam adalah hari yang sangat padat. Padat dengan aktiviti. Selalu kalau weekend, lepas subuh terbongkang tido balik (apa buruk punya perangai ni ;p), tapi semalam, tak tido ok. Bersemangat waja berkobar2 untuk mengemas bilik yang telah siap direnovate. Wehuuuu!! Gigihla bersihkan stor semua, mop, bersihkan cermin segala. 

Lepastu tengahari ke wedding Nanie. Schoolmate masa sekolah menengah. Orang nye kecik comel lote je.Dah la pakai baju warna fuschia pink, lagilah nampak tersangat comel. Pelamin pun cantik, baju pun cantik, make up pun cantik. Serba serbi cantiklah ;)


Bergambar dengan schoolmate yang lain
Suka pelamin itu!.
Pelamin tiang roman & kerusi highback.
Just like mine nanti. ;p


Kami amik berkat pengantin ni. Hehe
(terserlah ke"giant" an kami & kekecik comelan pengantin)
Aiseh, pengantin lelaki tido plak.;p

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan mencari barang2 hantaran ( aku paling suka aktiviti ni.Hoho). Kami pusing2 area Shah Alam je. Malas nak gi KL, jem gila pulak. Terus ke Plaza Masalam, masuk Clarks, belek dan try2 kasut yang berkenaan di hati dan selesa di kaki dan terus beli.Senang cerita ;). Dundon Bombay, kau kini milikku. :) :) :)

Sambung berjalan ke kedai jam pulak. Kami memang dah survey2 sebelum ni. So semalam terus try2 dan beli. Minat sangat dengan jam tu!! Rasa macam nak pakai sekarang je. Boleh? Dasar rakus.Haha

Ehem..ehem..sekarang lah masa untuk demand 
dengan encik tunang kan? Maceh sayang :) :)
(padahal lepasni encik tunang demand lagi high kan, 
siap sedia jela aku. Haha)

Dan aktiviti terakhir adalah makan makan ( ni pun aku suka gak. Hoho). Memula ingat nak pergi makan sate kat Hj Samuri PKNS nun, tapi alang2 dah kat Plaza Masalam, gi Laksa Shack sudey. Laksa Shack disitu yang ibarat hidup segan, mati tak mahu, kosong je semedang. Tapi nasib baik sedap.Nyam2!


Kami berdua makan laksa Sarawak!
Terbaikk wok!


Choc blended for him, soursop + peach blended for me

Eh cop cop, tu bukan aktiviti terakhir, aktiviti terakhir ialah aku jaga kedai a.k.a Fradoo malam tu (sebab ayah balik kampung sat), sampailah pukul 12 mlm. Sambil duduk jadik cashier, sambil tengok bola. Selangor kalah yo. Ape nak buat, KFCM ada. Bola Selangor kompem tak lepas punya. Sabar jelah ok wahai peminat Selangor. Dan pukul 11 malam macam tu, Fradoo dibanjiri oleh peminat2 Selangor yang hampa. Nak kasi sejuk hati balik, kenalah makan abc betul tak? Haha

Sekian, tamat sudah aktiviti aku semalam. Asik senyum2 je tak henti ni.
(^_^)



Saturday, January 29, 2011

Saya terrr..menangis setiap kali melihat ini


                                                                    
First time tengok Chris Medina ni, saya dah terr..menangis
Dan setiap kali tengok video ni pun saya akan terr..menangis jugak
                                                                             (T_T)

Nak tahu kenapa? Sila rajinkan diri tengok video ni . Anda akan amazed dan mengharap dia akan menang AI10.

Thursday, January 27, 2011

Teaser: Kad Kahwin

Tadi ke kedai kad kahwin, untuk pertama kalinya melihat kad kahwin kami yang telah siap (baru softcopy). Cantikkk! ;) Tapi, kena edit lagi beberapa benda kat kad tu sebelum di finalize kan & di print 1000 keping. Kena check dengan teliti. Especially bab map.Nanti kalau orang tak paham, kesian kalau mereka sesat2. Huhu. Ejaan pun tengah check satu2. Ni ada perkataan ke hadrat ilahi. Sepatutnya ilahi, I huruf besar= Ilahi. Tak boleh pandang remeh je tau.Lagi, kalau bulan Islam macam Rabiulakhir, kena dekat ke jauh Rabiul dan akhir tu? Macam ni ke (Rabiulakhir) , atau (Rabiul Akhir). Rasanya dekat kan? Dari balik kerje sampai sekarang duk menilik kad kahwin lagi. Discuss dengan mama, mana yang dia tak berkenan, aku ubah bagi sampai dia berkenan. Ye..kena happykan hati semua pihak ye. Barulah senang hati masa kahwin nanti ;)


Cebisan kad kahwin saya ;)

Alhamdullilah. Semoga segala berjalan lancar ;)


P/s: Mata dah ngantuk, tapi hati keriangan takmo tido. Gedik kan? ;p

Tuesday, January 25, 2011

Perihal bilik pengantin

Bilik pengantin saya nanti kecik je. Bilik anak dara, yang ada single bed, almari simple ikea, rak buku & meja tulis yang akan ditransformkan menjadi bilik pengantin. Jadi, bilik kecil itu saya akan hias simple2 je biar nampak cantik dan tak serabut. Google kejap, cari2 idea ;) (Semua gambar ihsan google ye)




Serius berminat design yang macam ni. Simple! Warna putih plus cermin besar. Terus nampak bilik ni luas kan



Saya berminat jugak dengan cermin Ikea yang kecik2 macam ni








Lepastu dekat penjuru sudut nak letak almari kecik  yang ada drawer putih macam ni





Atas almari kecik tu nak bubuh lampu & frame2 gambar macam ni


Wohoo! Cantik kan lampu ni.Sweet gila!


Lepastu nanti nak pasang satu rak kat dinding..nak bubuh bunga2 atas rak tu. Contoh macam ni

Tapi takdela labu sayung tu kan ;p


Lagi, nak gantung pomander balls yang saya buat ni..

Ye..sekarang dah ada dua ;)


Dinding sebelah lagi satu pulak..nak hias dengan jam comel macam ni



Akhir sekali, nak bubuh kelopak2 bunga rose atas katil macam ni

Awww. Baru lah feeling2 pengantin baru kan ;p


Oh..berangan memang indah. Harap2 jadi kenyataan la ye. Hehe.
Tak sabar nak tunggu bilik siap renovation! ;D

Monday, January 24, 2011

Mesti cakap terima kasih

Tengahari tadi, lepas lunch, mintak kebenaran encik boss, nak pergi buat HIV test dekat klinik kerajaan berhampiran. Dekat je pun dengan opis. 5 minit sampai.Encik boss sporting, boleh saja katanya. Aku pun berdesup lari kejap. Kena buat hari ni jugak sebab lepas ni kompem dah busy, takut tak sempat buat. Tangguh2 kang, nangis. Huhu. Encik tunang dah setel dah borang kebenaran kahwin dia, aku je yang terhegeh2.


Bagus klinik ni, tak ramai orang plus tak payah nak buat appointment2 bagai. Isi borang, amik no giliran. Tunggu kejap. Pastu misi (nurse) dah panggil dah.




Erkkk!! Sakit. Huhu. (sikit je pun. Ngade lebih ;p)

Prosedurnye pun kejap je. Misi pakai ala2 pregnancy kit untuk buat HIV test ni. Kalau pregnancy test pakai urine, ni pakai darah. Setitik je pun. Bubuh dalam kit tu, tunggu seminit, nah..keluar line. Kalau single line..Tahniah!! anda bebas HIV. Kalau double line..errr..pepaham jelah ye. Dan ofkos aku bebas HIV. Syukur Alhamdullilah ;)

Lepas dah buat test ni, kena masuk satu bilik lagi, untuk ambil balik borang yang dah disahkan plus kena ada sesi kaunseling sikit lah oleh pembantu perubatan pasal HIV ni. Dia tanya tau tak HIV tersebar ni macam mana,kena buat test ni 6 bulan sebelum kawen etc. Lepastu ada satu insiden tak boleh blah berlaku. Kelakau aku rasa. Kalo teringat balik mesti terasa macam bunguk diri ini.Pembantu perubatan (PP).

PP: Lepas ni awak dah tahu ye macam mana HIV ni tersebar?
Aku: Ye, saya tahu. 
PP: Tadi dah jumpe misi kan? Misi cakap apa??
*Yang aku pulak dengar MESTI cakap apa??*
Aku: Err..(sambil buat muka blur comel2). Mesti cakap terima kasih lah.
PP: Haaa? Misi tu cakap terima kasih? (sambil senyum2)
Aku:Oooo..misi tu cakap saya normal. Ingatkan tadi encik cakap mesti cakap apa? (tersipu2 malu)
PP: (bantai gelak dengan sopan)

Hahahahahaha.Bunguk betul. Mesti cakap apa katanya. Hahaha. Adehh! Malu ai tau ;p





P/s: HIV Test: Done! :)





Cari persamaan adik dan kakak.

Masa ni kat DEMC open day. 
Semalam.
Muka masing2 cuak nak buat HB test.
Macam ayam berak kapor je.
Hahaha

Biru adik, pink gelap kakak.

Perbezaan banyak. 
Persamaan rasanya ada tak? 
(^_^)

Friday, January 21, 2011

Khurafat: Perjanjian Syaitan

Rabu malam haritu kami, yakni aku dan kakak Masy kesayangan telah berjaya pegi menonton pilem terbaru anak pakcik Usop Haslam, yang dikabarkan sangatlah menseramkan dan menakutkan dan mensaspenkan.Cadangnya nak pergi menonton di JJ Bukit Raja je, sebab dekat kan, balik dari kerja aku terus lah pergi Bukit Raja nun, nak beli tiket, sekali tengok..amboihhhhh! Panjangnya orang beratur. Tengok kat skrin tv biru tu, Khurafat dari jam 7 pm, 845 pm, 1030 pm, 1215am adalah FULL! Betul2 hebat ni.Kalah fenomena pecah panggung 5 juta pilem DrRozmey ni.Haha (sindir)

Kami bukan model Jusmate. Sekian

Kemudian, plan bertukar nak ke OU pulak,tapi FULL jugak, last2 ke IOI Mall Puchong. Jadi lepas Maghrib bergegas lah kami ke sana. Terima kasih adik Keri sebab tolong belikan tiket. Sayang ko lebey2. Kalau tak beli tiket awal2, kompem memang kempunan kami nak tengok pilem tu. Sebabya..bayangkan pukul 920 pm pilem tu start tapi pukul 9 kami stuck kat dalam jam lagi.DEYM! Aku bawak Kak Masy lalu jalan Kesas, mana tahu kat situ sangat jem malam2. Haha. Sorry kakak. ;p Kak Masy dah mencicit2 comel dah dalam kereta.Lepas berjaya redah jem,masa tu dah pukul 910 pm,slumber parking kat shopping lot sebelah IOI tu, naik jejantas seberang jalan, jalan laju2 dengan kangkangan maksimum, sampai panggung,duduk2 je pilem pun terus start. Cun2! Very nice punya time management (padahal dah semput2 jalan lelaju kan).Pheww~

Start2 je pilem, anak pak Usop, selaku Johan, hero dalam pilem ni dah nangis2. Pe ke hey nye dia nangis kan? Lepas tu bermulalah ceritanya..10 minit pertama, ok lagi. 10 minit lepas tu dah start saspen. Ok. Ada adegan2 bukak tutup peti simpanan mayat pulak. 10 minit lepas tu aku dah start peluk beg kuat2.Tutup muka pakai shawl.Takuttt.Dan adegan seterusnya sangatlah omaigodd!! Why cerita ni sangat menterkejutkan. Whyy??!! Asal masuk scene malam je, aku mengendeng kak Masy.Serammm! Huhu. Sampai ada satu scene ni, 1 dewan termenjerit secara jemaah.Termasuk aku. Deymm betul! Terkejut gila antu nya.

Antu pulak pesen2 dari atas siling gini. Mau tak seram. 
Deym!


Ada lagi satu scene yang lagi deym, scene dalam van jenazah, masa tu si Johan ni ditugaskan tuk kebumikan jenazah ex dia. Dalam van jenazah tu, kena kacau kaw2 sampai van tu terbabas masuk gaung, driver van nyawa tak panjang. Tinggal la si Johan bersama mayat ex dia tu. Boleh pulak dia gigih angkat mayat ex tu demi nak kebumikan dia. Dalam hutan, tengah malam, gigih angkat mayat? OMG!! Why tak tunggu pagi je? Whyyyy???!! 


Tengah2 gigih dia angkat mayat ni, tetiba mayat tu terjatuh dalam lubang pulak.
Deyyymmmm! (lagi)

Apa jadi seterusnya? Sila lah pergi tonton sendiri ye.Dijamin seram sampai peluh2 dan termenjerit 3 harkat! Tapi ade 2-3 scene yang bikin pilem ni sedikit cacat. Watak makcik cleaner yang tak mantap. Kalau dia takde pun takpe.Lyana Jasmay a.k.a Aisyah macam terlalu muka budak2 untuk watak isteri Johan. Dan ex Johan , si Anna saiko tu,kenapa dia dah dihantar pergi sepital, esoknya dia mati bunuh diri kat rumah pulak? So tak paham. Tergantung disitu.Overall, bagi 4 bintang lah.Tapi ada jugak kata pilem ni tak best, bagi aku best je. Even antu2 dalam ni sangat menseramkan, tapi percayalah, diorang adalah antu yang penyayang.


Sebab suka peluk2 manja si Johan ni dari belakang.
D.E.Y.M!



Wednesday, January 19, 2011

Mungkin saya ada bakat terpendam..

untuk menjadi..


Wedding planner??




Interior designer?


Professional sketcher?


Ba ha ha.Ape aku merepek ni? Sebenarnya tengah mengantuk gila. Sejak semalam dan kemungkinan 2 minggu akan datang terpaksa tidur di ruang tamu. Tidur kat ruang tamu, tau je lah, mana nak nyenyak macam tidur dalam bilik sendiri kan.Kejap2 terjaga. Kenapa tidur kat ruang tamu? Sebabnya bilik aku sekarang tengah ada major renovation . Huhu. Mungkinkah bilik anak dara pinky2 itu akan bertukar seperti bilik hotel 5 bintang? (hahaha..5 bintang katanya). Kita tunggu dan lihat sahaja ye. Bye2 bilik anak dara pinky2..sob sob.


P/s: Yeehaa! Geng Memuah,Khurafat malam ni jom!

Tuesday, January 18, 2011

DIY: Pomander Ball

Lagi kisah si pomander ball.Ehehe. Malam Sabtu lepas, lepas balik dari Nilai 3, gigih terus buat pomander ball.Even still ada lagi saki baki bengang kes sponge bulat tu, tapi pedulikan, lantaklah situ, yang penting semangat tengah berkobar2 ni. 

Cara2 membuatnya ialah (eceh..macam chepwan pulak ;p)


1. Sediakan bunga2, sponge bulat & playar
 (Cantik kan warna bunga tu..merah hati..i loike!)


2. Potong tangkai bunga2 tu guna playar. Tapi jangan sampai habis. 
Tinggalkan sikit tangkai, biar senang nak cucuk kat sponge tu.



3. Lepastu cucuk bunga2 tu rapat serapatnya. 
Kelihatan seperti pomander ball botak tengah. Haha


4.Oop..opp..lupa pulak. Sebelum cucuk bunga2 tu, ikat riben dulu,
biar senang nak gantung nanti. Lepas dah ikat riben, sambung balik 
cucuk bunga2 tu sampai penuh satu sponge bulat tu.
 Riben yang telah diikat. Kelihatan pomander ball hampir siap 90%


5. Tadaaaa!! Dah siap.Buat dalam masa setengah jam je.
Hasil yag sangat2 puas hati ;)
Yeayy! Dah boleh gantung kat bilik tidur penantin.Aww~

Tapi nampak macam terang sangat pulak pomander ni bila pakai flash.
Ishh..merah menyala.

Ni versi tak pakai flash. So niceee ;)

Pomander ball ni versi yang besar, jadinya lebih kurang 55 kuntum bunga diperlukan.Bunga besar tau. Kalau kecik maybe dalam 60-70 kuntum macam tu. Senang je buatnya ni. Best buat DIY ni. Nanti nak buat projek lain pulak. Lalala. Anda semua, selamat mencuba ye ;)

Monday, January 17, 2011

Rombongan ke Nilai 3

Hari Sabtu lepas, rombongan Cik Midah  ke Nilai 3 untuk membeli barang2 doorgift dan bekas hantaran.Rombongan kali ni disertai oleh Cik Midah ialah mama, aku, mak andak & sepupu aku Kak Han. Sampai2 je kami ke kedai VR. Barang2 dalam tu semua tertarik, menarik dan murah. Tapi kami taklah terus beli, nak survey dekat kedai2 lain dulu sebabnya kat Nilai 3 ni, harga barang setiap kedai adalah sangat berlainan. Tak masuk akal betul. Jadi, rajin2 lah survey untuk mengelakkan kekecewaan dan ke"meroyan"an.

Lepastu kami ke kedai Bagus pulak, as recommended by my friend, katanya kat kedai tu barangnya murah2. Masuk2 tengok barang, hati tertarik dengan pomander balls yang cantik tergantung2 kat kedai tu. Memang dah lama dah teringin nak buat sendiri pomander ball ni, sebab tengok tutorial DIY pomander ball ni kat blog B2B yang lain, macam kacang je buatnya. Plus, lagi jimat kata mereka. Lagi bersemangat la aku.Terus amik 2 sponge bulat, dan bunga2 dalam 9 tangkai (setiap tangkai ada 5 kuntum bunga),dan terus bayar. Tak terfikir pulak nak tengok2 kat kedai lain sebab fikir tak mungkin pulak sponge biasa2 tu berbeza sangat harganya. Yang bunga tu pulak sebab bagi aku dah murah, RM3.90 setangkai, warna bunga tu pulak aku dah sangat berkenan. So just grab jela dan bayar tanpa was2. Oh ye, sebiji sponge bulat biasa harga RM4.50.

Lepastu (lagi), rombongan kami terus ke kedai ZC. Kedai ni sangat2 lah cantik, barang2nya menarik dan harganya sangat berpatutan. Even dari luar nampak kedai ni macam mewah, tapi percayalah, once dah masuk dalam, tengok barang2nya semua, amatlah berpatutan, dan murah compare dengan dua kedai sebelum ni. Bukan murah sikit2, tapi banyak, adalah beza dalam singgit, 2 hinggit macam tu. Tula, harga barang2 kat Nilai 3 ni memang ntah hape2 skit.Ridiculous! Jalan2 pusing2, kagum tengok bunga pahar diorang, cantik gilos. Serius! Pastu mata ni terkagum tengok pomander balls diorang pulak. Comel & sweet2 belaka.




Inilah dia si pomander balls.Cantik kan?? 
Saya mahu banyak2 macam ni di bilik tidur saya!!


Jalan2, belek2 barang, sekali mata ni terpandanglah dekat sponge bulat, sama yang macam aku dah beli dekat kedai Bagus sebelum ni dengan harga RM4.50. Sama saiz, sama diameter, sama jenis, sekali aku tengok harga sponge bulat yang ni...






RM1.90 je!!! 
WTH! Pfftttt @#*^%#@%!!!

Macam bongok je kan. Tak sangka pulak sponge bulat tu sebegini murah, tapi apehal kedai Bagus tu jual sampai Rm4.50!! Bagus sangatlah tu kan!! Termeroyan aku kejap. Nasib aku beli 2 bijik je, kalau ikut napsu sebenarnya nak beli 4 biji terus. Tapi 2 biji pun= RM9.00, kat kedai ZC ni tambah lagi 50 sen aku boleh dapat 5 biji weh!! Ye..5 biji!!  Nak meroyan lama2 pun tak guna, nasi dah jadik bubur. Mama asiklah duk gelakkan aku, katanya tak penyabar sangat, kan dah rugi. Ye..ye..salah saya (-_-"). Haisshh..survey2 pun terkena jugak. Mama kata, anggap je lah sponge aku tu mahal, sebab berkualiti. Ye la mama, sponge yang saya beli tu made from Italy. Sebab tu mahal kan? Huhu.

Masa tengah pilih bunga untuk bubuh atas dulang hantaran, mama jumpa bunga ni,bentuk semi bulatan, lepastu bawah dia macam ada tempat gam.Paham tak macam mana??




Macam ni ha bunganya. Separa bulat.

Tiba2 mama panggil,lepas tu mama amik lagi satu bunga ni, mama buat2 lekatkan kat tengah2 dia. Jadilah bulat." Nah chik, mama buat pomander ball tak sampai 2 saat je".Sambil ketawa2. Baik punya perli kan. Huuuu..nangis. Dahla mama, takmo dengar perkataan pomander ball dah. Kiciwa!


Pomander ball 1 saat buatan mama.
Cantik jugak kan. Dah la senang. Lagi jumat dan  mudah.
I love ur idea mama ;)

Jalan2 lagi, terjumpa satu benda yang sangat menarik jugak. Sireh palsu. Yee...artificial sireh. Baru tahu kewujudan sireh ni. Serius nampak macam ori.Bagus jugak pakai sireh palsu ni, takdelah layu, taklah membazir dibuang2.Tak ke sadis, dah penat2 gubah,tempah mahal2, akhirnya ke tong sampah. At least, kalau pakai yang palsu ni, boleh simpan kan.Tuk dijadikan kenangan dan perhiasan. Betul tak? ;) Lagi satu, dah boleh siapkan sirih junjung awal2, kalau pakai yang betul, kene tunggu sehari sebelum baru gubah, takut layu. Kalau artificial, dijamin segar sepanjang masa.



Macam2 warna ada. Pilihla mana yang berkenan di hati. 
Sirih junjung pink? Bha ha ha




Macam2 contoh sireh junjung ada, semua pakai artificial sireh ni

Yang ni cantik!!






Ni pun cantik. Gubah sireh jadi bunga rose. Rose hijau. Kreatip!




Haaa..ni lagi sempoi. Gubah bentuk bunga besar satu dulang. Senang






Aku tergoda dengan yang ini. Sweet. Tengah2 ada lilin wangi pulak. 
Sesuai bubuh kat bilik tido ni. ;)




Bagusnya kedai ZC ni, dia ada membership card. Boleh collect point. Nanti boleh redeem ngan hadiah. RM10 je buat kad ni.




Yess..ZC merealisasikan impian ku ;)





Inilah dia kedai tu. Perghh! Aku promote2 ni macam aku dapat komisyen pulak kan. Takdelah bukan apa, kedai ni sangat bagus. Ni barulah layak bagi nama Bagus. Sebab apa aku kata kedai ni bagus, sebab adalah lebih kurang 40 minit lepas kitorang keluar dari kedai ni, lepas dah beli2 semua. Sorang pekerja ZC ni call mama (diorang tahu no hp mama sebab mama baru apply membership card haritu), dia cakap ada tersalah punch barang dekat resit mama. Bila mama check balik resit, yess..ada satu benda ni mama takde beli pun, tapi pekerja ni terrpunch pulak, dan benda tu takde kat kami pun. Kot2lah lepas punch tu pekerja tu termasukkan sekali kat barang kami kan. Actually benda tu customer sebelum kami yang punya.Pekerja tu ingatkan kami yang punya, tu yang dia terpunch sekali tu. Harga benda tu RM29.90. Pekerja tu minta mama pergi kedai dia balik, diorang nak pulangkan duit RM29.90 tu. Tengok!! Bagus tak bagus nya kedai ni. Sikap yang harus dipuji.Kalau kedai lain, aku rasa tak buat kot.

Lagi satu recommended shop ialah VR, sederet dengan ZC jugak Barang2 kat sini pun murah. Banyak jenis dulang2 hantaran..Buy 1 free 1. Dah boleh jimat dah kat situ. 5 jam dekat Nilai 3, almost semua barang2 untuk doorgifts dan dulang hantaran dah beli. Alhamdullilah. Balik rumah dengan kereta yang padat dengan barang2. Terima kasih tak terhingga dekat mama dan ayah sebab tolong belikan semua ni.Terima kasih sangat2! Terima kasih untuk mak andak & kak han juga sebab sanggup join rombongan kali ni. Penat wooo..Tapi penat yang berbaloi. Pheww~ Next trip bulan dua pulak. Shoppping barang2 untuk bilik tidur. Yeay~



Friday, January 14, 2011

Hari comel-comel sedunia

Semalam adalah hari comel2 sedunia sebabnya telah berjumpa dengan macam2 benda yang comel. Balik dari jumpa customer semalam, singgah di JCO sebab tertarik dengan baby donuts nya yang comey lotey ni. Automatik teringat kat anak buah comey yang suka makan donut. Sesuai sangat, tak comot2 dia makan donut lepas ni. Memang comel untuk budak2 kecik. Budak tak kecik pun comel jugak. Sekali ngap je, hilang tanpa dikesan ;p

Introducing...J.PoPs, the baby donuts!!


24 biji = RM 17 lebey2
Comey kan? Comey kan?
(^_^)

Balik tu, singgah ke Empire Gallery kejap. Saje nak jejalan, tak pernah pergi sana walaupun dekat je dengan rumah. Jalan2 cuci mata, sekali terjumpa kafe comel yang menjual makanan2 comel.Aaaa..terus mata berkilau2 bila jumpa makanan comel dalam kafe tu, yang telah lama aku idam2 kan. Selalu baca blog orang cerita pasal kesedapan & kekiutan makanan ni je, sekali semalam jumpa depan mata. Oh, sangat comel!!


Whisk! Ini lah kafe comel itu.

Memang sangat comel. Kecik molek je kafenya.Rasanya dalam tu muat 10 orang customer je kot.Tapi interior design nye sangat memikat hati. Simple tetapi sangat comel ;). Homemade cake dia nampak sangat menyelerakan. Nyummay!! Dan makanan comel yang buat aku teruja sangat tu ialah ini..


Tadaaaa!!!! The Macarons!!

Holololoh. 
Comey gila kan? Tengok kat internet dah comel, tengok depan2 lagilah comel.Apa itu macaron? Macaron ialah kuih orang Perancis.
Sebiji = RM2 (padahal besar duit 50 sen je ;p)
 

  Setiap warna lain2 flavor.
 
Yang pink tu rose, yang putih tu vanilla, yang purple tu blackberry blueberry, yang kuning tu lemon, yang paling sedap sekali ialah biru!! Peanut butter! Rasa  macam sayang gila nak makan.Macam nak susun cantik cantik, pastu frame.Hehe.Rasanya?Sedap..manis2!Lemak berkrim.Mmm..sambil makan (geget kecik2),sambil tutup mata. Sebab nak feeling keenakkannya. Mahal kot. Haruslah makan dengan penuh nikmat ;p



@ Whisk cafe ;)


Dan benda comel terakhir ialah terjumpa dengan ini..

Toilet for mommy & little daughter!
 Sangat  comellll kan. First time jumpa toilet sebegini comel.
Toilet bowl untuk little daughter tu tersangatlah kecik comel je.
"Come daughter, we shi shi together" kata ibu kepada anaknya.
Haha..sumpah comel.

Dey apa daa..atas2 gambar makanan, last sekali gambar toilet bowl pulak. Haha. Terbantut selera korang kan ;p. Suka lah benda2 comel ni, kalau kita dikelilingi dengan benda2 comel, contohnya macam  suka kumpul sticker2 comel, miniature comel2,bilik tidur comel, katil comel, kereta comel, tunang comel, ooops!! secara automatik kita akan merasa happy selalu dan feeling2 comel kan? Kesimpulannya, benda comel menceriakan hati. Boleh gitu? ;)











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015