Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Tuesday, March 29, 2011

Cerita pasal hadiah..



Alhamdullilah. Dah kurang dah stressnya :) Thanks semua sebab sangat supportive. Terima kasih tak terhingga juga kepada jiran2 & makcik2 tersayang yang banyak menolong tuk buat persiapan kawen ni.Hmm..pagi ni nak share satu entry dari Ann (Most Fabulous Bride 2010) berkenaan dengan hadiah. Wedding gift. Which is for me, entry ni sangat menarik.

Inilah yang beliau tulis, entry bertajuk Wedding gift:Perlu atau tidak:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Salam ladies,



Ok. Kita serius. *Gila ahh cik puan Ann serius ;p* Ini tentang hadiah perkahwinan.Atau wedding gift.Atau hadiah kepada pengantin ;p Ann tetiba rasa nak post entry pasal ni sebab.. Bila dah kawen, baru Ann tau camne perasaan bila dapat hadiah. It's not just a gift. Yes. More to sentimental value :) Sangat appreciate even hadiah biasa2. :) Pengantin baru/lama..korang camne? Sama tak cam Ann rase? ke Ann je feeling2 sentimental sengsorang?ahahaha.


And sepanjang experience I bersama ex-pengantinss duduk tengok mereka sama2 buka hadiah and kira duit salam kaut..no words can describe camne muka dorang & family bila kira duit & nampak hadiah yg dorang dapat..hehe..macam2 expression. Bukak2 hadiah, muka ada suka gila, ada happy, ada TERHARUUU, ada sedih, ada marah tapi ketawa kuat2 etc.


Hadiah itu subjektif.

Daripada HARGA= Tidak semestinya perlu MAHAL or BRANDED orRARE.

Daripada BENDA= Tidak semestinya WAJIB beli SET CAWAN/BARANG2 DAPUR. Maksud Ann,if nak bagi hadiah, ada pelbagai jenis IDEA boleh di anggap hadiah. Bukan hadiah kahwin=wajib kita beli bagi pengantin gelas.Kalo bagi benda lain macam tak kena. Lain orang,lain la taste nya. Ada yang bagiTIKET HONEYMOON / VOUCHER2 / LAMPU TIDUR / BUKU2 tentang perkahwinan / brg2 untuk TETTTTT ;p etc sebagai hadiah perkahwinan. Ala, gelas pon hadiah jugak ape. Apa yang paling penting,NIAT nak bagi hadiah tu mesti IKHLAS.. jgn kerana ada niat lain ok :)

Cuma apa yang Ann kesalkan,ada segelintir orang yang tidak tahu erti bergurau atau serius dalam bab bagi hadiah. Ape2 pon kite mesti jaga sensitiviti pengantin. Pada pendapat Ann, wedding ni 1 event yg suci. *ewah ;p* nama pon acara meraikan pengantin baru. So, tak semua benda boleh di bawa bergurau. Sebagai contoh:

Kes pertama
1 of my friend punye wedding. Dia excited bukak sampul duit daripada sorang kawan dia. TEBAL. Siap member dia tulis nama lagi kat sampul ok. Bukak2, ........ kertas tulis 'Selamat pengantin baru' Ko mesti ingat aku nak bg ko duit kan?haha Ok. nak nangis ke ketawa?

Kes kedua
1 of my client's wedding, then rapat jadik kawan ;) Kotak punye besau. Dalam kotak ada kotak. Dah macam nak bagi surprise bday present. Last2...cuba teka apa? Tupperware. 2 bijik yg DAH GUNA. Tsk tsk. Again, nak ketawa or sentap?

To me,daripada bg benda2 ntah ape2,siap bgtau nama, if tak sempat sangat nak beli hadiah, LEBIH BAIK salam kaut. Tak kisah la bg berapa2.Yg penting ikhlas. At least,duit2 daripada salam kaut tu la boleh buat pengantin mulakan hidup baru. Or kalau tanak bagi duit/hadiah, then datang je as a guest  & bawak badan dtg makan memeriahkan suasana. Itu sudah cukup buat pengantin.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ok, dapat tak mesej yang cuba disampaikan oleh Ann tu? Yes..hadiah itu subjektif. Yang penting ikhlas. Janganlah pedajal orang macam kes pertama & kes kedua tu. Kalau niat nak bergurau pun, tak eloklah buat macam tu kan. Sentap hati mak nak kalau dapat barang2 gitu.Oklah, ni nak bagi hint sikit pasal hadiah. Bukan meminta2 ok, just bagi hint je supaya tak pening kepala kawan2 fikir nak hadiahkan apa masa wedding saya nanti.


Lepas kahwin nanti saya akan duduk di rumah kami which is baru lagi.Rumah baru, pepaham jela kan,serba serbi ada kekurangan lagi. Jadinya, barang2 rumah ialah gift yang paling ideal masa wedding saya nanti ;) . Tak kesah lah set pinggan mangkuk ke, set cawan ke, toaster ke, comforter set ke, rice cooker ke, iron ke, set periuk ke, blender ke, oven ke, kipas ke semua ni memang sangat2 berguna untuk rumah kami nanti. Apa yang penting, ikhlas kan. Bak kata Ann, tak bawak hadiah pun takpe, bawak badan datang makan memeriahkan suasana pun dah cukup buat pengatin :)




Ok, itu je yang nak share pagi ni. Have a great day~ :D



Inilah Ann masa wedding dia. Cantikkk kann?? Dia punya pelamin memang lain dari yang lain. Suka! Klik sini kalau nak baca blog dia, yang penuh dengan mesej2 best pasal wedding ;)



Monday, March 28, 2011

Stress..

Debar2.Rasa macam banyakkkk benda nak buat lagi. Hari Khamis baru cuti kawen. (T_T). Ye, saya tahu..lambat cutinya tapi sekarang saya tengah busy untuk R&D day Rabu ni. Tak boleh nak tinggalkan kerja yang tak siap macam tu je.Kalau lah badan ni boleh di klon kan sekelip mata. Klon Erina 1, pergi amik bunga pahar yang dah siap kat Sungai Buloh nun. Klon Erina 2, pergi fitting baju dekat Banting sana. Klon Erina 3, hias bilik pengantin cantik2. Klon Erina 4, pergi buat spa & scrub badan. Klon Erina 5, pergi buat manicure & pedicure. Klon Erina 6, pergi tempah hand bouquet. Klon Erina 7, siapkan hantaran, hias bagi comel2. Klon Erina 8, pergi pasang inai cantik2 kat jari & tangan tu. Klon Erina 9, pergi tolong siapkan doorgift. Klon Erina 10, pergi siapkan jahit manik baju pengapit. Majlis besar saya lagi 4 hariiii je ni. Sempat ke ni??? Stress...stresss! Jerawat pulak tumbuh seketul cantik je kat dahi ni. Triple stress! Ya Allah ya Tuhanku, permudahkan la segala urusan ku ini.





Saturday, March 26, 2011

Transformasi ;)



Ini baju nikah saya masa buat hantaran tunang dulu.
 Beli baju dah siap je ;)



Ini selepas baju nikah ditambah manik ;)
Saya senyum sampai ke telinga setiap kali tengok baju ni ~



Ini jam bilik saya dulu. Masa bilik anak dara.




Ini jam bilik saya sekarang. Bilik pengantin ;D
Cantik kan? Beli dekat Romantika dengan harga RM59 sahaja ;)


Sekian sahaja transformasi pada minggu ini ;)

Dah terasa dah debaran bakal pengantin baru..


Thursday, March 24, 2011

Gunakan setiap peluang yang datang..

Sebab mungkin peluang itu hanya datang sekali je dalam hidup kita. Betul tak? Harini aku pergi interview dekat Kementerian Pendidikan Tinggi. Last minute dapat tahu pasal inteview ni. Jadinya harini aku cuti.Perasaan adalah happy masa dapat tahu pasal interview ni. Dapat tak dapat kerja tu belakang kira, yang penting dapat peluang pergi inteview. Tak pernah di interview oleh kerajaan lagi.Hehe

Sekarang dah start usha2 vacancy dekat company lain memandangkan peluang dekat Sime Darby ni masih samar2 lagi. Kawan2 yang sama join Sime Darby Management Apprenticehip Programme (MAP) ni dulu pun ramai dah chow kerja kat tempat lain. Tapi memang masa mula2 join program ni pun diorang (Sime Darby) dah bagitahu awal2, this is not a job-guarantee program.So, aku macam tak letak harapan menggunung la. Just buat yang terbaik & termampu je. Kalau dapat absorb dalam Sime Darby, rezeki. Kalau tak, mungkin rezeki kat tempat lain ;)

Dah la masa nak bangun pagi tadi punyalah liat bukan main.Kata hujan lebat kan,so sejukkkk je rasa. Syok berselubung dalam selimut. Tapi fikir harini ada inteview, gigih gak celikkan mata. Siap2. Seawal 7 pagi dah bertolak dari rumah.Kang bertolak lambat sikit kang kompem jem. Kak Masy, akak nampak kita eh pagi tadi?Kita nak pergi inteview ni lah. Hehe. Sampai2 sana ramai jugak candidate dah sampai.Dah start cuakebebeh dah aku time tu.

Dan Alhamdullilah,everything went well. Inteviewer pun sangat baik. Hehe. Sekarang hanya mampu berdoa. Kalau dapat kerja ni memang rezeki pengantin baru lah. Kalau tak, stay jelah dekat Sime Darby sampai habis kontrak . Kawan2, doakan aku ok ;)


Sekian sahaja luahan perasaan bakal pengantin lagi 8 hari ni.
Very the chubby kan? Ahhh..tak nak fikir pasal diet dah.
Nak fokus pasal kawen je.
Lalalalala~   

(^_^)

Wednesday, March 23, 2011

Keyword minggu ini

*klik untuk besarkan


Ini keywords untuk minggu ini.Yang aku yakin mostly keyword2 ni di google oleh bakal2 pengantin.Harap2 dapatlah membantu mereka. Tak kurang juga yang baru dalam dunia blogging, so mereka google cara nak tukar background blog. Berguna jugak tutorial yang pernah aku buat dulu tu kan. Good ;)

Err..malam pengantin pun ada jugak orang google. Mesti yang meng google tu hampa bila taip2 je malam pengantin, masuk blog ni, takde pun apa yang diorang harapkan. Beli buku adab malam pengantin la brader kalau tahap curiosity tu tinggi sangat. Hahaha :D

Tapi kan..dalam semua2 keyword kat atas ni, ada satu keyword ni buat aku scary. Erina Asmawani. My full name. Sangat scary ok bila setiap hari ada orang meng goole nama penuh kita. I mean, kenapa diorang atau seseorang tu nak google nama aku? Kenapa?? Kenapa?? Why?? Adakah mereka ini stalker? Ataupun peminat misteri? Tak pun maybe boss sendiri yang meng google nama aku? Ala..kalau dia google pun, jumpa blog ni, bukan ada apa pun. Cerita pasal aku je. Bebel2. No issues. Tapi kan paling scary kalau yang meng google tu ialah seorang penjenayah. Pembunuh bersiri? or perogol bersiri? Ya Allah. Takut kan. Mintak dijauhkan.Huhu.Tengok aku dah start fikir bukan2 & paranoid. Sebelum ni selalu juga check keyword, tapi takde pulak keyword nama penuh aku. Minggu ni je tetiba ada. Kalau google sekali boleh terima lah, ni kalau dah 7 kali google nama penuh aku, deym! Scaryy lah.

Ok, kawan2 sekalian..cuba bagi jawapan kat aku tengah cuak ni kenapa perlu seseorang itu meng google nama penuh orang lain? Kenapa eh rasa2 nya? Takut takut (T_T). Ni yang rasa macam nak private blog ni. Serius!


Wordless Wednesday: Saya mahu wedding cake macam ini. Yang ada cupcake comel2 ;)













(^_^)


Tuesday, March 22, 2011

We are getting married ;)



Alhamdullilah. 11 hari lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan ;)


Kepada pembaca setia blog ini, tak kira lah rakan2 tercenta, mahupun silent reader ( rasa2 nya ada ni yang yang jadi stalker ni ;p) dijemput semua hadir ke majlis perkahwinan saya pada 2 April ini ya. Kalau nak map ke majlis saya, sila email saya.Sekian, terima kasih ;)

Monday, March 21, 2011

Comel & murah ;)


Jom kita buat bunga perhiasan untuk bilik pengantin. 
Versi comel lagi murah ;)


Bunga2 kecil comel berharga RM2.90 sejambak.
Beli dekat Hot Market, Alam Sentral. Tingkat 2.



Cari pasu2 comel dekat Romantika, Alam Sentral. Tingkat 5.

Suka sangat pergi Romantika ni sebab kat sini banyak barang2 vintage & pinggan mangkuk yang comel lagi unik. Untuk pasu kecil comel kat atas tu, yang merah tu RM5,belang2 putih & hitam RM4. Dan yang warna greyish purple tu RM1 sahaja.4 biji pasu comel =  RM 14 sahaja. Murah kan  ;)


Lepastu gunting bahagian bawah bunga dan masukkan ke dalam pasu comel..dan hasilnya..



Wallaaahhh ;)



Bunga2 comel + 4 biji pasu comel = RM28.50 sahaja
Ingat nak beli bunga comel lagi, topup kat pasu belakang tu bagi gebus sikit ;)


Ok, sekarang hati girang berbunga2 sebab bilik pengantin dah ada bunga2 comel ini.

(^_^)



P/s: 12 hari lagi. Happy yet berry2 nebes! ;)

Friday, March 18, 2011

Jawapannya ialah...


Kompem bila anda semua tahu jawapannya anda akan rasa teruja.Sangat2! Macam saya yang teruja ni :D




Saiznya kecil molek. Sebesar broadband je. Sekali pandang memang nampak macam card holder. Macam wallet kecil pun ada ;)






Eh eh, bila buka..dah macam buku nota kecil pula.Buku comel ;)



Tapi salah.Ianya bukan card holder, bukan buku nota kecil,
 bukan wallet dan bukan juga souvenir.

Ianya ialah jeng..jeng..jenggg..







Mini Tiny Wedding Album!!


Yes, it is a wedding album kawan2 ;)



Tak percaya?? 

Meh tengok ni..heehee















Sweet je kan :)




Haaa..percaya dah??


Teruja tak?? Comellll kannnnn???? Wedding album sebesar broadband. Sangat2 comel! Actually ni album officemate saya, dia baru je dapat wedding album dia. Dan yang menariknya, official photographer dia siap hadiahkan sekali album mini tiny ni. First time saya jumpa wedding album secomel ni. Teruja sangat. Dah la kecil comel, senang nak bawa pergi mana2.Buh je dalam handbag ;) Kalau kawan2 nak tengok wedding album nanti, tak perlu bawa photobook besar godang lagi berat tu ke ofis. Bawa album mini ni je cukup kan. Comel sangatlah! 


Ni yang nak rekues encik OP saya buat album mini tiny macam ni juga nanti :D




P/s: Macehhh kepada semua yang meneka semalam ;)

Thursday, March 17, 2011

Cuba teka ini apa?



Yang saya pegang tu tau, bukan broadband maxis tu. Broadband tu sebagai ukuran je.Siapa dapat teka dengan tepat saya belanja dia ABC Fradoo extra coklat melimpah dengan kacang goreng lebih2. Huisshh..sedap tu. Nyam nyam. Ok, cepat teka cepat :)


Tuesday, March 15, 2011

Kawan ;)

Apa beza kawan & kawan sejati? Kawan, rasanya semua orang pun ada kawan kan.Tapi kawan sejati?? Hmm..susah nak cari. Kawan ni pula ada banyak kategori. Kategori baik = kawan baik.Kawan baik ni, yang sangat baik dengan kita. Baik yang jujur. Bukan baik yang bersebab.Bila kita berkawan dengan mereka, kita dapat rasakan the warmness of their friendship.Betul2 ikhlas. Kita pun rasa sangat sayang dengan kawan kategori ini.Tak kiralah baru kenal ke, dah lama kenal ke, tapi bila mereka masuk kategori kawan baik ni, automaticly kita akan sayang mereka.Anggap mereka macam adik beradik sendiri.Even kalau duduk berjauhan pun, ada rindu dalam hati ;)

Kategori lain pula ialah kawan kategori busuk hati = kawan jahat. Ehh..ehh..ada tau kawan jahat, yang busuk hati dengan kita, tapi still jugak kita yang baik hati ni labelkan dia sebagai kawan. Kategori yang macam ni tak tahulah nak cakap mana eh, kekadang dia sangat baik dengan kita tapi pada masa yang sama dia ada perasaan tak puas hati dengan kita. Tak tahulah tak puas hati kenapa, tapi ada jelah perasaan tak puas hati dia tu. Pelik. Merangkap kawan talam bermuka jugaklah ni. Mintak di jauhkan la ye dengan kawan sebegini.


Yang ni pula kategori kejap ada, kejap tak ada = kawan chipsmore namanya. Kawan kategori ni..hmmm..ibarat bila dia susah takde duit, dia akan datang cari kita, tapi bila kita pulak takde duit..dia pun hilang entah ke mana. Tak pun kawan yang dah lamaaaaa tak jumpa, tetiba dia ajak jumpa konon rindu segala, sekali dah jumpa dia kenalkan kita dengan bisnes MLM dia.*Sigh. Biasanya kategori macam ni tak memberi kesan pun dalam hidup kita. Dia datang, lepastu pergi. Kita pun tak rasa apa2.

Kawan sejati pulak macam mana?Kategori ini yang persahabatannya kekal selamanya. InsyaAllah.Kawan yang biasanya dia boleh jadi semua untuk kita. Jadi kawan, jadik adik beradik, jadik tukang bagi nasihat, tukang dengar, tukang simpan rahsia, tukang marah, tukang nangis,tukang sokong.Eh,semua jenis tukang lah. Yang memang kita sangat2 serasi bersama dan orang yang paling kita percaya. Tanpa ragu2 kita luahkan segalanya kat dia. Yang kadang2 dengan adik beradik sendiri pun kita susah nak buat macam tu. Yang bila masa senang dia ada, kalau masa susah lagilah dia ada bersama. Yang kalau gaduh pun ( uishh..tipulah kalau kawan tak ada salah faham kan), kita saling maaf memaafi. Senang nak maafkan kawan kategori ini.Sebab kita sayang dia sangat ;)

Dan terima kasih Tuhan sebab temukan saya dengan kawan2 yang baik.Tak terhingga syukurnya bila ditemukan dengan kawan sejati yang seorang ini.Yang saya kenal 12 tahun lalu. Masing2 berhingus lagi. Zaman masing2 duk fanatik dengan cinta monyet masing2. Hahaha. Dari sekolah, universiti, kerja & berkeluarga,dia akan tetap jadi diri dia. Dan saya tetap menjadi saya. Sebab tu lah kami ngam together ;)


Mungkin sebab kami kawan baik, jadi muka kami pun orang kata macam nak sama?Jodoh kuat ni. Lol


Erina & Nazliah & Baby Luqman ;)

Babe, ingat tau..nanti kita preggy sama2. Weehee~

(^_^) 


Monday, March 14, 2011

2 benda merah yang ditunggu ;)



Bunga tisu~




Red velvet cuppies~

(^_^)

Adab Malam Pengantin




Buku yang dihadiahkan oleh kakak kesayangan ;).Terkejut masa dapat buku ni. Memula kakak cakap dia ada belikan buku untuk saya, saya main2 je lah teka, saya tanya "buku adab malam pengantin ke?". Sekali tengok betul ok. Hahahaa. Tak sangka betul. Sebenarnya dah tertarik dengan buku ni masa pergi MPH haritu, bukan sebab tertarik dengan tajuknya, tapi tertarik dengan design cover buku ni. Alahai, tersangatlah comel. Kekonon masa tu macam nak beli tapi macam..err..segannya..err..takpelah.Sekali tengok kakak kesayangan telah menghadiahkan nya.Memang beliau sangat paham kehendak adiknya ini. Hehe. I love lah! Buku ni dah lah comel, siap ada panduan berilustrasi pulak tu.Memula agak nebes jugak nak buka & baca. Ingatkan ilustrasi macam mana la kan, rupanya kartun2 comel. Kartun cicak bawah katil pengantin.Haha. Lawak je ;p




Cicak yang tension. Haha ;p

Disertakan dengan doa2 sekali.Dan ada juga dibincangkan tentang masalah yang selalu dihadapi oleh para pengantin baru pada malam pengantin.Lepas baca buku ni (bukul kecil yang boleh khatam dalam masa 20 minit je), baru faham dengan lebih jelas tentang adab2 dan peranan isteri & suami masa malam bahagia itu nanti (malam bahagia katanya..hihihi..agak gedik disitu). Sangat2 sesuai untuk semua bakal pengantin macam saya ;).Nak dijadikan sebagai hadiah untuk B2B pun sangat sesuai tau. Jangan risau, buku ni bebas lusyah. Terima kasih kakak kesayangan untuk buku comel yang amat berguna ini ;)


P/s:Open minded pliz. Jangan ingat yang bukan2 pulak ok, entry ini sekadar untuk berkongsi info ;)



Wednesday, March 09, 2011

Wordless Wednesday: To-do-list 3 minggu sebelum menjadi isteri orang. Hmmm..


Badan je dekat Avillion..

Tapi hakikatnya hati ini separuh tertinggal dekat Shah Alam, separuh lagi tertinggal dekat Lembah Beringin (T_T). Apa pun saya tetap bersyukur sebab terpilih untuk attend course ni. Sebab bukan senang, majority yang attend kursus ni pun stok manager2, chemist2 yang ada working experience lebih dari 5 tahun. Saya ni hanyalah budak mentah yang baru belajar.Tapi seronok dapat berkawan dengan diorang, yang datang dari luar negara,macam dari Filipina, Thailand, Europe, Nigeria, Jepun. Eh, dari macam2 negara lagilah.They are very friendly. Even pangkat mereka besar, tapi sangat humble.Tak lokek ilmu dan tak segan silu makan lunch & dinner semeja bersama.Rasa terharu :,)

Walaupun kursus ni diadakan dekat Avillion, taraf 5 bintang. Tapi hati ni tiap hari memberontak rasa nak balik rumah je. Tolak tambah lagi 3 minggu je hari bahagia saya. Nervouss! Dup dap dup dap! Wedding favour, baju, kasut nikah.Huhu. Semua dok berlegar2 dalam fikiran sekarang.Belum lagi kusut fikir bilalah hari yang free untuk buat manicure & padicure & parmanent laser hilangkan bulu keti dari MilkADeal tu.(boleh?) Huhuhu..semakin dekat tarikh, makin kuat paniknya.Tapi panik2 pun bila dah jumpa benda2 comel kat bawah ni terus hati manyak sinang bunga2 woo. Badan secara automatiknya merembeskan hormon gembira :)


~The Desserts~
















Mana boleh tolak kan? Nyam nyam!
Lepas makan tetiba baru teringat. Erkk!! Lagi 3 minggu nak kawen??!!
Camne nak kurus nih? Ah!! I hate u Avillion!




P/s: Cepatlah hari Khamis. Tak sabar nak balik rumah. Nak lari dari makanan2 comel kat sini.Huuhu


Friday, March 04, 2011

Avillion, Port Dickson

Sewaktu menaip ini adalah dalam keadaan sangat penat & mengantuk sangat2! Minggu ni yang sangat hectic. Kerja yang boleh dikatakan lebih banyak dari biasa. Yang menjadikan ianya lebih banyak dari biasa sebabnya next week department aku akan organise satu kursus ni. Dan kursus ni bukan yang calang2, international course. Yang attend ni pun nanti those dari obersi nun. Jadinya haruslah buat sehabis baik. Tak boleh nak main2, nanti bikin malu company & Malaysia sekali. 

Kursus ni akan diadakan dekat Avillion, Port Dickson. So, pagi tadi aku dan encek bos telah pergi ke sana tuk tengok tempat tu. The meeting room, accommodation semua tu la.Plus nak berbincang pasal tentatif program kami dengan kakitangan hotel yang bertanggungjawab nanti. Sesampai je dekat sana, terus terkasima. Macam "Woahhhhh!! Cantiknya tempat ni!! Mavelles!! Fantastic!!". Haa..lebih kurang gitula keterujaan aku. Aku tau encek bos pun teruja sekali tapi buat lagak biasa2 je.Tapi serius, Avillion memang sangat menarik.Selama ni aku gi PD apesal tak pernah perasan pun tempat ni . Maybe agak tersorok kot. 

Lepas dah bincang2 dengan marketing exec kat situ, dia pun bawak lah kami berdua pusing2 area resort tu. Tunjuk kat mana meeting room kami nanti, biliknya, tempat makan nya. Semualah. Yang bagi aku memang macam "Ok, aku kat PD ke kat obersi ni.". Cantikk sangat kot! Tak percaya..tengok nih


 5 bintang diberi





 Water Chalet. 
Kalau air pasang memang nampak macam terapung la chalet tu






Niceeeee! Nama pun adults pool. So pepaham jela eh


Ada rabbit, ayam serama, burung merak.
Comellll!!!!! Sukaaa!! :D


Serious cantik! View pulak nampak laut. Nice!



Open air bathroom. Hahaha. Agak scary di situ
Nak mandi pun tak selesa kot berlubang bumbungnya tu.
Tapi ada bathtub tepi tu, bertutup. So lega sikit lah.


Yang sangat2 menariknya kat sana ialah Avi Lounge & Avi Spa nya.


OH EM GEE!! Cool gila kan. Boleh lepak2 kat sini sambil tengok sunset. 
Cantik gila!


Teruja tak?
Nak tahu lebih lanjut pasal Aviilion ni

Gambar spa lupa pulak nak amik sebab terlalu terkasima dengan spa nye. Lepas dah jalan2  tengok2 semua, kami pun pergi lunch. Try rasa masakan kat sana. Harga memang paham2 je lah kan. Lepastu menu pulak ala2 errr..ni apa..ni apa ni. Ha...macam tu lah. Encek bos pilih menu bla bla ostrich bla bla with rice. Aku lupa full name menu tu. Yang pasti aku ingat ada ostrich lah. Masa dia order tu aku macam..errr.."Encek bos, u pernah makan ostrich ke?". Dia kata tak pernah, sebab tu nak try. Ok.Exotic sungguh. Aku order nasi goreng kampung je. Bak kata encek bos, nasi goreng kampung kat kafe ofis kita pun ada. Haha. Tak sama kot. Ni Avillion style.


Ostrich di dalam nenas.Menu encek bos

Masa sampai je menu ni encek bos pelik. Dia tanya kenapa daging ostrich ni macam ni. Aku jawab "Ntah, ni pun first time saya tengok daging burung unta". Encek bos terkejut. Lepastu dia cakap, "Oh I tot ostrich is ayam belanda".Hahaa.Rupenya beliau dah tersalah anggap! Dia ingat ostrich tu ayam belanda.Scary kot tengok daging ostrich tu.Aku pun try la amik seco'et nak rasa (encek bos offer eh,kang jangan ingat aku slumber plak nak rasa tanpa segan silu) Masuk je mulut, kunyah sikit.Erkkk! Rasa daging kambing. Kembang tekak. Encek bos pun makan macam ala2 terpaksa je, sudahnya beliau pun tak berjaya habiskan.Kecian dia.


My nasi goreng kampung = RM28
Nasib baik sedap. Alhamdulliah

Lepas dah settle semua, kami pun chow balik opis. Banyak kerja lagi nak kena buat.On the way balik, boleh pulak aku tersengguk2 mengantuk. Haiyooo..ni semua gara2 nasi goreng kampung la nih. Mesti encek boss perasan aku terlentok2 tu. Malunyaaa! Huhu. Sampai opis, sambung balik kerja. Finalize buat sijil, name tag, settlekan gift semua untuk participant nanti. Fiuhhh~ Baru aku tahu macam mana nak organise event ni. Bukan kerja senang. Kena deal dengan ramai orang. Tapi aku suke je. Sebab diberi peluang untuk organise benda ni. Dapat belajar benda baru :)



Balik kerja terus sms encek tunang. "Sayang, nanti honeymoon tak payah lah gi jauh2 lah. Gi Avillion sudah ;)"

Ok, masa untuk tido. Rabak dah mata ni. Selamat malam~



P/s: Bulan yang amat busy (T_T). Kepada kawan2 tersayang, nanti saya akan jumpa kalian k untuk bagi kad. Jangan merajuk tau kalau saya bagi lambat sikit. Huhu. Sorry.













Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015