Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, April 28, 2011

Review: Bunga telur

Harini nak review pasal bunga telur atau bunga pahar pulak.Tapi ada juga yang panggil bunga renjis.Tak kira bunga apa pun ia dipanggil, yang penting bunga ni wajib ada dalam setiap majlis kahwin untuk dijadikan cenderahati ;)

Ini ialah bunga telur masa majlis saya haritu.
Bunga tisu jenis gantung ;)



Comel kan? Suka sangat! Serius ia diperbuat daripada tisu. Orang penyabar & tangan berseni je boleh buat ni. Yela, tisu tu dah tentu2 halus kan. Kena tangan kasar macam saya ni kompem koyak je. Haha



Masa ni baru amik. Kak Sue letakkan dalam kotak supaya tak rosak. Good service ;)


Bila siap digantung. Sukaaa ;)
Tapi masa ni belum bubuh telur lagi. Oh ye, saya pakai telur masin sebabnya telur tu putih. Kena dengan tema wedding. Merah putih ;)


Dan ini pulak bunga telur untuk pihak lelaki. Masa datang bertandang. Tema purple putih

Kemas sangat2 hasil tangan Kak Sue ni. Memang berseni!



Bebola2 gebu :)


Bila dah diletakkan atas pahar. Cantiknyaaaa!!


Berminat nak tahu pasal harga & nak tempah bunga tisu comel sangat ni? Boleh ke website Kak Sue. Seni Qanasuri. Di jamin anda akan puas hatiiiii sangat2 dan terseyum je bila tengok hasil yang Kak Sue buat nanti. Macam saya yang sangat2 puas hati & happy dengan bunga telur ni. Oh ye, bukan bunga telur je, Kak Sue pun ada buat bunga tisu untuk hiasan hantaran, pom-pom untuk baby shower dan banyak lagi lah. Semuanya comel2. Lawat lah website Kak Sue tu ok ;)


P/s : Terima kasih abang sekeluarga & adik sekeluarga sebab sponsor bunga telur ni. Moga kalian dimurahkan rezeki ;)

Wednesday, April 27, 2011

ShawLover kini kembali ;)

Salam semua.Ada satu pengumuman ni. Atas sokongan dari encek suami tercenta,ShawLover kini kembali aktif. Syukur Alhamdulillah ;) Setelah lebih kurang 9 bulan menyepi(lamanya kan..macam cuti mengandung pulak ),ShawLover kini kembali dengan shawl2 & tudung bercorak terkini.Oh ye, cotton inner pun ada ;) 


Antara yang terbaru dari ShawLover ialah ini..


Inner cotton layer & shawl sweet flowery ;)

Sekarang dah boleh posing2 sikit macam ni, sebabnya dah ada orang yang boleh tolong tangkapkan gambar kita. Kalau tak dulu gambar semua statik je sebab tangkap gambar sendiri. Hehehe.Thank u so much encek suami ;)


Shawl Al Zahra nama diberi.
Cantik. Ada jurai2 lagi ;)



Ni pulak namanya tudung Rose sebab ada bunga rose comel kat tudung ni ;) Serius best tudung ni sebabnya ia memang berbentuk 3 segi, jadi tak susah2 nak belit2 ke nak lipat2 ke, terus pakai & pin.Senang sangat. Dan materialnya dari cotton yang sangat2 berkualiti tinggi. Puas hati tau kalau beli sebab harganya pun murah  ;)


English style shawl~
Ini ialah feveret saya!Sebab pink! Lagipun coraknya sangat cantik& materialnya lembut je.Senang je nak pakai. Sukaa laaa.Harganya berapa? RM14 je. Sangat berbaloi kan ;)



Dan ini ialah produk baru di ShawLover..

Inner cotton layer.
Inner yang comel lagi lembut lagi comel lagi lembut lagi comel! 
Hehehe
(^_^)


Dan yang paling best sekali, ShawLover ada buat comeback offer khas untuk customer2 tersayang. Beli mana2 shawl atau tudung di ShawLover, anda akan dapat sehelai shawl FREE! Yee..Free!!  Percuma! Dan ini adalah antara shawl2 yang akan dihadiahkan nanti.


Cepat! Sementara stok masa ada ;)


Jadi kawan2 sekalian, silalah melawat sambil membeli di ShawLover ok.Banyakkk lagi corak & warna shawl2 & tudung & inner yang menarik kat sana. 




P/s: Jangan lupa "like" Shawlover facebook fan box dekat blogshop ShawLover tu ye sebagai tanda anda support bisnes saya. Thank u very much!.xoxoxo ;)



Tuesday, April 26, 2011

Review: Hand Bouquet ;)

Ok, kali ni review pasal hand bouquet pulak. Masa wedding haritu saya pakai 2 hand bouquet.Satu untuk nikah & satu lagi untuk bersanding. Dua2 saya pilih rose sebab suka sangat dengan bunga rose! Cantik & wangi ;)


Ni hand bouquet masa nikah. 
Combination of light pink & purpelish pink ;)
Masa ni baru lepas spray dengan air, tu yang berembun tu.



Sila fokus dekat hand bouquet tu. Nice kannn ;)
Yang ni harganya RM40 ;)
Puas hati sangat!




Untuk hand bouquet masa bersanding, saya pilih rose merah.Memandangkan tema sanding ialah putih merah.Dan cuba perhatikan dekat bunga tu,ada kain renda2 putih tu kan, comelll..saya rekues untuk letak macam ni.Lain dari yang lain sikit. Hee. Siap ada pemegang plastik lagi bawah tu. Senang nak pegang ;p




Yang ni harganya RM60.
Worth to pay ;)




(^_^)

Dengan adanya hand bouquet, pengantin akan jadi lebih berseri & ceria kan ;) So, pilih hand bouquet yang betul2 sesuai ok.


Oh ye, saya tempah hand bouquet ni dekat Seksyen 25, Shah Alam. Dekat kedai bunga biasa2 je, kedai kecil dekat deretan2 kedai, selepas roundabout. Hmm..tak tahulah nak explain macam mana, tapi rasanya kat Seksyen 25 tu ada kedai bunga ni je.Kedai bunga yang takde aircond & tak mewah.Takde nama pun kedai ni.Kedainya memang sempoi je.Bukan macam kedai florist yang gah. Tapi yang penting memang puas hati sangat tempah bunga kat sini sebab deco nye cantik dan paling penting sekali murah ;) Jadi,untuk B2B dari Shah Alam, nak cari hand bouquet, pergi kedai ni ok. Highly recommended ;)


Monday, April 25, 2011

Hari minggu saya ;)

Semalam ke Jusco Au2 Setiawangsa.Bukan nak tengok bebudak AF9 dalam rumah kaca tu ye, tapi nak pergi makan2 together bersama2 family in law.Weee.Dekat je pun JJ ni dengan rumah in law ku. Masa sampai sana nampak lah jugak bebudak AF ni macam tengah berdiskas dengan Cikgu Fati & Cikgu Adlin nya. Tetiba teringat Amir terkebil2 nangis2 lepas kena komen ngan kak Ogy masa konsert Sabtu aritu. Alololoh..ciannye tengok. Orang nama Amir ni memang manja (eh tetiba ;p)


Rumah kaca.Peacee ;)




Mak, Angah  (abang encek hubby) & Kak Diana.
Tangan kiri pegang tangan mak.Tangan kanan peluk isteri. 
Oh..sweeeetttttt sangat kan! :)
Lelaki2 diluar sana harus contohi sikap sebegini ye ;)


Kami pergi mamam dekat sini as suggested by Kak Diana. Beliau pernah makan kat sini, katanya sedap,jadinya moh la kita terjah.Meaaawww (bunyi kucen lapar.haha)

Menu2 yang diorder oleh kami









Oh, jangan ditanya pasal nama menu.Memang tak hingat satu pun. Hehe. I'm sorryy..






Kak Diana comel & Angah. Oklah,Angah pun comel jugak lah.
Kena bersikap adil. Ngeee :P



2 orang budak gumuk.Yang cumel jugak.Hehe

Kesimpulannya yang boleh dibuat,Alhamdullilah sedap sangat kot makanan kat sini.Hen hao chi! Especially udang butter tu.Nyam2. Harganya pulak tak terlalu murah & tak jugak terlalu mahal. Kira affordable lah. Sesuai tuk belanja family makan kat sini sebulan sekali.Dan untuk Angah & Kak Diana, tocey2 sebab belanja makan kali ni.Lepas ni kitorang pulak belanja ok :D



P/s: 3 minggu kawen, berat naik 4 kg! Niceee sangat kan (-_-")


Sunday, April 24, 2011

Review: Henna Tangan & Kaki ;)

Ok, harini nak review pasal henna yang dipakai masa wedding haritu. Saya tak serabut sangat mencarinya.Since kakak saya pernah buat henna kat kedai ni masa wedding dia dulu, jadinya saya ke kedai yang sama je.Terletak dekat Alam Sentral, Shah Alam, tingkat 2. Sebelah butik Optimo, ada satu kedai kecil ni, ada jual barang2 kemas & tudung dalam kedai tu. Kat kedai tu ada service henna juga. Harganya pun not bad. Kiranya still dalam budget lah.

Saya pilih corak ini. Kakak yang pakaikan henna ni pun kata corak ni memang sesuai untuk wedding sebab coraknya penuh. Yess..ai likee! Saya pakai henna dekat kaki juga. Hehe.Bukan selalu nak pakai henna gini kan.Untuk hari kebesaran je ;)


Untuk corak penuh macam ni + henna kaki + kuku sekali,semuanya RM70. Memang puas hati sebab inainya pekat sangat. Nak rekues kakak tu datang rumah pun boleh, inaikan dekat rumah tapi kena tambah extra RM80 lagi (within Shah Alam). Saya buat dekat kedai tu je. Jimat kos ;p




Ni lah hasil inai lepas dicuci.Pekat kan warna dia ? Sukaa ;)

Henna corak yang dekat tangan tu nanti akan pudar. Dalam 2 minggu macam tu hilanglah. Tapi yang dekat kaki lambat sikit hilang. Henna dekat kuku still remain. Warnanya tak pudar pun. Merah cantik je.




Si kuku kontot ;p
Ini kuku saya sekarang. Setelah 3 minggu menjadi ratu sehari. Syok je tengok kuku merah camni. Kalau boleh nak biar je kuku camni. Nak feeling pengantin baru sampai bebila. Hehe


So warga B2B sekalian, nak cari kedai henna area Shah Alam, pergi terjah Alam Sentral ok ;)



P/s:Orang cakap warna inai ni selalu berkait dengan jenis darah kan.Kalau kena dengan jenis darah kita, merahlah inai tu, kalau tak,jadi warna oren je.



Thursday, April 21, 2011

Outdoor ;)

Masa dekat majlis belah encek hubby, petang tu lepas habis kenduri, bergambar sakanlah kami. Dah tentu kereta kesayangan dia yang comey lotey tu pun join sekali (Perghh..sekali jadik pantun pulak daa..). Ni memang impian encek hubby dari dulu lagi, katanya nanti kalau kami kawen nak jadikan keretanya tu kereta kawen kami dan jugak nak mengabadikan sekali keretanya tu dalam gambar kawen kami. Buat kenangan ;) Dah puas2 tangkap gambar dengan kereta comel tu, aku rekues nak bergambar kat tempat lain pulak. Takkan lah semua gambar nak bergambar dengan kereta je kan, dah macam potoshut cover majalah kereta K-Kompak pulak.Hehe. Dah pakai baju pengantin cecantik, mestilah nak feeling2 romantik sikit. Nak tangkap gambar kat tasik ke, taman ke.Barulah outdoor potoshut namanya. Kita dah bayar OP  (Official Photographer) mahal2, jadinya gunakan bakat beliau sehabis baik. 




Kredit to Yusdi. Our OP :)


Us & our "baby" ;)


 Kredit to Aie. Kawan encek hubby ;)


Disebabkan majlis tu berlangsung dekat Keramat, encek OP tetiba suggest buat outdoor dekat Pavillion. Homak aihh! Grand nye tempat. Mengapa Pavillion yang ekau pilih wahai encek OP? Huhu. Katanya sebab shopping mall, lain dari yang lain.Hmmm..good idea.Tapi kami tak ke Pavillion pun, better pergi area dekat2 je, takut kang stuck kat jem ke apa ke kan, dah membazir masa disitu. Dahla badan dah letih masa ni.Jadinya kami sebulat suara memilih WangsaWalk sebagai lokasi outdoor photoshut kami kali ni. Yeahh! 

Memula bergambar tu sumpah segan sebab yela..shopping mall pulak, semua mata tengok kita. Tapi bila dah lama2, dah tak segan dah. Terus posing bagai. Macam potoshut majalah kawen pulak rasanya. Yang tak tahan, bukan encek OP & kawan encek hubby si Aie tu je yang tangkap gambar kami, orang lain yang kat situ pun tangkap gambar kami jugak. Hehe. Terasa macam model pengantin kejap ;p



Saya comel macam kucen.Yang gumuk. Hehe
Kopipes tapi ubah sikit ayat kak Masy ;p





Ohhh niceee~
Suka bangat pic nih walaupun tangan encek hubby dah ala2 usop wilca. Kita bako..kita bako! Lol


Kesimpulannya best jugak outdoor dekat shopping mall ni. Memang lain dari yang lain. Kalau outdoor belah perempuan dah ala2 romantik dekat taman tasik kan, dekat belah lelaki bagi happening sikit outdoor nya. Barulah bervariasi gambarnya nanti ;) Tak lah sepesen je kan. So, bakal2 pengantin luar sana, outdoor potoshut nanti cuba lah yang lain dari yang lain eh. Meh nak bagi idea sikit, kalau jenis otak gegila kan, pi outdoor kat I-City Shah Alam nun.Tak pun dekat Pusat Sains Negara, dengan dinosor2 kat situ. Kompem gempak! Hehe. Apa2 pun, terpulang kat kome lah nak bergambar kat mana ye, asalkan kome enjoy. Hari wedding tu ialah hari kamu, jadinya, gunakan lah & enjoy sepenuhnya hari bersejarah itu ok :)

Tuesday, April 19, 2011

Jejalanmoon di Teluk Batik ;)


Hari Jumaat lepas, kami berempat, aku, encek hubby, mama & Caca ke Teluk Batik. Actually, mama ada urusan kerja kat sana dan beliau dengan baik hatinya telah membooking satu lagi bilik untuk kami. Jadinya berjejalanmoon la kami di sana. Yeayyy! ;)

Petang Jumaat gerak, dalam pukul 9 macam tu sampai kat sana.Kami stay di Teluk Batik Resort. Nice place. Asalkan dengan encek hubby, pergi memana sekarang pun nampak nice je tempat tu. Hehe. Lepas dah check in segala, kami bertiga terus berdesup carik tempat makan sebab perut memasing dah berkeroncong. Mama tak join sebab beliau ada meeting. Pusing2 cari gerai makan, akhirnya ke restoran ikan bakar ni. Menarik sebab tepi pantai. Sambil makan sambil layan angin laut. Terbaikk!


Sup cendawan,kailan ikan masin, sotong goreng tepung & mestilah wajib ada ikan bakar. Nyam nyam.Sedapnya.Kailan ikan masin tu memang sedap sangat. Sampai repeat order. Hehe



Hasil yang memberangsangkan.Tetiba je ada banyak pinggan kosong. Haha.Nampak sangat banyak tambahnya tu. Harga kat sini pun not bad. Tapi sorry eh,kami terlupa pulak nak tengok nama restoran ni, excited sangat nak makan. Hmm..dekat2 dengan Marina Cove.

Lepas konyang dah perutnya, pusing2 la kami dekat kawasan Teluk Batik tu.Jejalan amik feel bayu laut. Sekali sampai dekat jeti baru yang nak ke Pangkor tu pulak. Dah buka dah jeti tu. Cantik sangat tempatnya. Ingat nak turun tangkap2 gambar,tapi disebabkan dah malam & mat rempit pun ramai berpeleseran kat situ, kami batalkan jela hasrat tu. Huhu. Bergambar dekat jambatan depan jeti Lumut ni pun jadilah.Dari jauh dah nampak macam jambatan Pulau Pinang.


Nice~ Feeling obersi jap ;p

Aktiviti esok paginya pulak lagi best. Lepas breakfast, tetiba Caca request nak jejalan naik basikal pulak. Kat resort kami tu memang ada sewa basikal, jadinya kami layankan la permintaan dia tu. Sewa sorang satu basikal. 1 jam,RM5. Ok sangatla tu kan. Sebenarnya aku pun excited jugak nak berbasikal sebab dah lamaaa gila tak naik basikal. So nak asah skill balik ni.Hee..



Si Caca dengan encek hubby tengah kusyuk memilih basikal. Caca nak yang cantik je. Aku? Pilih basikal yang paling rendah sekali.Haha.Tu yang kuning depan tu. Takut la nak naik basikal tinggi2. Huhu


Yeaahhh! Bersiap sedia tuk berbasikal. Si kakak tu yang excited lebih sebenarnya ;p


Kami pusing2 dekat area2 resort tu je.Depan resort ada pantai & Dataran Hadhari, sesuai sangat untuk berekreasi.Cantik sangat dataran tu. Mehla kami bawak anda semua pusing2 kat Teluk Batik ok. Enjoy the pics ;)


Hnss..hnsss..*Hidung kembang kempis kembang kempis. Budak bangga dapat naik basikal.


Padahal masa memula kayuh tu senget2 benget bawaknya. Tak stabil, lama2 kayuh baru stabil.Hehe. Teruslah kami berbasikal ke pantai, kenonon nak feeling romantik berbasikal sambil hirup udara segar pantai kan, sekali bila dah sampai kat sana, tak boleh nak kayuh basikalnya..tayar basikal mendap dalam pasir. Hahaha.



2 orang budak yang kusyuk tengok ketam.

Disebabkan tak boleh nak berbasikal tepi pantai,jadinya kami berbasikal dekat dataran Hadhari tu je. 

Selamat datang ke Dataran Hadhari, Teluk Batik ;)














Kat sana ada Muzium Siput, tapi baru pukul 9 masa ni..muzium tu pun belum bukak lagi. Huhu. Posing2 dekat luar muzium tu pun jadi lah.











Muziumnya yang ala2 rumah kampung. Cantik ;)


 3 budak gengster. Kononnnn..haha


Disebabkan masa ni awal pagi lagi, lengang je dataran ni. So tak segan nak buat aksi bebas.Lalala ;p



 Jom sayang!!Kita merempit..ai pelok u ketat2 ok.
Tengok la muka encek hubby tu..semangat sungguh. Ngeee..

Aww..fes time naik basikal ngan encek hubby. Seronok..seronok! Kekonon romantik la ni ala2 fullhouse kan. Padahal encek hubby dah semput mengayuh nak bawak isterinya yang seberat baby panda ni.Haha


Rehat jap. Penat2. Pheeeww~
Boleh turun 3 kg.

Then balik bilik, sambung rehat sambil tangkap2 gambar guna lappy.Idea si Caca la ni.Dia guna application yang bila bergambar boleh buat muka jadik macam alien la, empat segi la,hidung besar lah, muka berombaklah. Macam2. Kami bergambar sakan lepastu gelak tak hengat tengok kehodohan muka masing2. Hahaha.Lepas tangkap gambar, gelak, pastu gelak lagi. Hadoiii..sesak napas. Terus jadi lagi penat.Tapi gumbiraa! Lebih kurang pukul 1 camtu kami checkout & pulang. Bye bye Teluk Batik.Ok, sekian sahaja jejalanmoon kali ni. Next month nak pergi candat sotong kat Terengganu pula. Wee..cant wait!


We had a really great time. 

(^_^)


P/s: Ek eley..banyak berpeace2 pulak tangan aku tu.








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015