Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, July 18, 2011

Sekarang...

1.Saya amat takde mood nak update blog.Walaupun tersangat banyak cerita yang mahu dikongsi bersama.Tapi bila buka je blogspot ni, takde mood.


2. Twitter pun sama juga. Takde mood nak mentweet apa2.


3. Tapi saya rajin membaca. Setiap update dari member blogger saya akan baca, twitter pun sama. Hanya buka dan baca. Hehe


4. Selera makan amatlah kurang. Kalau bangun pagi, punyalah bercinta nak fikir nak makan apa. Semuanya kelihatan tidak menyelerakan.Sampai perut berbunyi2 pun, susah juga nak suapkan makanan. Akibatnya saya turun 2-3 kg.Ishh.Nasi kandar ke laksa ke chicken chop ke durian ke, semua makanan kegemaran saya,semuanya takde perasaaan (T_T)


5. Amat sensitif dengan bau2an. Especially bau bawang, yang tengah dipotong ke, di goreng ke.Memang tak boleh terima. Belum lagi bau yang bergoreng2, tak suka betul. Jadinya, minyak angin memang peneman setia hidung sekarang.Oh, bau peti ais rumah saya sekarang pun saya tak suka. Erghh!


6. Bukan sahaja deria bau je sensitip, tapi emosi pun sekali ganda sensitif. Tengok drama apa2 pun kalau ada babak2 sedih, kompem air mata sederas air terjun. Get easily annoyed too.Janganlah ada orang buat pasal dengan saya, saya akan menyampah dengan orang tu berhari2, tapi lepastu ok balik. Hehe. (perangai yang tak bagus ni)


7. Cepat letih. Takde mood saya nak pergi jalan mana2 sekarang sebab saya tahu lepastu saya kompem akan melepek keletihan.


Banyak perubahan drastik yang berlaku pada diri saya sekarang, yang kekadang saya pun kompius. Macam bukan diri sendiri je.Tapi tulah kan, lain orang lain ragamnya. Harapnya perubahan2 yang negatif ni tak berlarutan lah dan semoga yang negatif2 ni berubah menjadi positif nanti. Doakan yang terbaik untuk saya ye kawan2 ;)




Orang yang banyak bersabar dengan perubahan drastik dan melayan segala kerenah saya sekarang.Tenang je bila dengan beliau. Terima kasih ya Allah sebab temukan saya dengan lelaki yang paling baik ini ;)




Thursday, July 07, 2011

Review: Bilik Pengantin ;)

Dah 3 bulan kawen baru nak review bilik pengantin? Haha. Ni semua gara2 tadi tengah godek2 folder gambar, terjumpa pulak gambar bilik masa tengah major renovation dulu2. Mengubah dari bilik anak dara yang kecil ke bilik pengantin yang amat simple ;).Teringat entry ni jugak, perihal bilik pengantin, aku nak design bilik yang macam mana, nak bubuh cermin la, itu la ini la. Dan akhirnya..jadi juga bilik pengantin yang di idam2 kan. Simple tapi cantik (di mata aku lah) ;)



Menjadikan design bilik ini sebagai inspirasi.
Credit Google.



Sebelum. Ni belah kanan bilik
Bilik pink. Dulu penuh bintang2 glow in dark. Tu yang putih2 tu.Hehe




Selepas. 
Dinding dah cat putih.Rak merah & almari putih ;) Both from Ikea.
Atas rak merah tu dihiasi ngan frame gambar & pomander ball.




Atas almari putih pulak dihiasi gambar2 kami, kad kawen, hand bouquet & kelopak2 mawar. Tujuan nya ialah ada lah port cantik untuk OP & OV boleh focus nanti ;)



Sebelum. Ni belah kiri bilik pulak.




Selepas.
Bubuh cermin bebanyak supaya bilik kecik nampak luas. 
Cermin Ikea, 4pcs=RM20 tak silap.




Sebelum.Ni center bilik.
Kat sini dulu ada rak buku dengan rak mekap.




Selepas. 
Hehe.Katil sempoi yang tak ada palang kepala ;p
Acually mama ada belikan katil dan tilam baru untuk bilik ni tapi memandangkan bilik ni tingkat atas, jadi aku rasa macam leceh lah nak angkat2 katil bagai ni. Jadinya, katil dan tilam baru tu bagi kat mama & ayah jela.Mereka lebih layak ;)

Simple gila kan? Tapi aku puas hati. Memang nak bilik sesimple ini sahaja. Tak perlu langsir2 mahal, almari baju mahal. No no. Ohoo..bercakap pasal almari baju, bilik ni takde almari baju pun. Just ada rak baju Ikea je. Haha. Sebab masa anak dara pun pakai tu je, takde almari baju jadi tak perlu lah disebabkan kahwin yang sehari tu nak berabis beratus2 just untuk beli almari baju.Lagipun lepas kawen, pindah umah, baiklah beli almari baju dekat rumah sendiri je nanti. 

Moh kita lihat gambar bilik dari lensa kamera OP kami pula ;)


Ahaaa..itula rak baju simple tu. Tempat gantung baju pengantin je pun



Masa ni mak andam tengah touchup makeup untuk majlis sanding. Memang agak kelam kabut sebab paginya tu majlis nikah kan.Oh, sila fokus kepada bilik simple itu ;)




Masa ni sesi inteview kejap oleh OV kami.Tak tahu lah borak apa sampai muncung2 tu.Haha.Oh, nampak cermin tu? Sukaa ;)



Posing di atas katil comel ;)

Sekian review tentang bilik pengantin yang amat simple ni. Tak perlulah nak membazir masa kawen sebabnya lepas kawen nanti lagi banyak nak guna duit sebenarnya. Bersederhana lah, ikut kemampuan diri. Sometimes less is more ;)


 P/s: Bestnye kawen!! *tetobe*

Monday, July 04, 2011

Review: Wedding Album ;)

Hari Sabtu lepas, 2 Julai, genap 3 bulan kami menjadi suami isteri. Album kawen pun selamat sampai ke tangan kami.Hehe. Memang hasilnya sangat sangat sangat puas hati! Ok, nampak sangat puas hatinya tu.Berbaloi lah kami amik Mr.YusdiYusoff sebagai wedding OP kami.


 Kami dapat 2 photobook album bersaiz 8.5'x12'. 40 pages each


Apa bezanya photobook & storybook album? Photobook album ni lebih nipis mukasuratnya, ala2 macam magazine tapi daripada kertas kalis air yang berkualiti tinggi lah.Hard cover.Yang penting ringan. Storybook album pulak yang jenis mukasurat tebal each page tu. Kami tak minat yang tu sebab besar sangat & berat & tak boleh nak dibawa ke mana2. Terperap di rumah je. Hehe.


Cover depan album kenduri belah saya. 2 April 2011.


Cover belakang album pula. Niceee ;)


Gambar2 di dalam album pula ;)


Cover depan album kenduri belah encik hubby. 9 April 2011.


Cover belakang album pula. Comelll. Suka konsep photobook ni.


Dalamnya pula.Susunan gambar yang teratur& kemas :)


Bukan photobook album sahaja, kami juga dapat 2 keping gambar besar yang telah diframekan. Hmm..tak ingat pulak berapa inci ukuran gambar ni. Tapi memang besarlah!



Cuba bandingkan dengan lighter tu. Besar bukan? hehe
Satu gambar dari kenduri encik hubby satu lagi gambar kenduri belah saya ;)Cantik2!


Encik hubby suka betul tengok gambar ni. Yela, gambar kereta kesayangan pun ada sekali kan.


:)


Dan juga dapat ini

 2 DVD yang mengandungi kesemua undedited picture masa kenduri haritu. Beratus2 keping gambar!Love the DVD cover. Cantikk sangat!

Dan total yang dibayar untuk unlimited shoots+ outdoor + kesemua di atas ini + kenduri kedua2 belah majlis+ majlis nikah =RM2350. Bagi kami sangatlah berbaloi :). Hmm..tapi tu harga pekej tahun 2010 tau, tak tahulah kalau pekej sekarag dah lain harga. Apa pun,service Mr Yusdi ni sangat bagus & highly recommended untuk B2B sekalian. Untuk gambar yang lebih terang & menarik, klik lah di websitenya ni YusdiYusoff Photography.



P/s: Hobi baru sekarang adalah membelek album kawen dari kulit ke kulit ;D

Pernikahan Umie & Hazril~

Kedua2 mempelai ini sahabat aku dari UiTM Sarawak dulu.Terasa pelik pulak letak Hazril kat title tu sebab aku biasa panggil beliau Abang Boya je.Hehe. Dia senior kami masa belajar dulu.Setelah 9 tahun mereka menyulam cinta, akhirnya percintaan mereka di akhiri dengan sebuah ikatan perkahwinan. Alhamdullilah :) 9 tahun ok, lama tu!

Sabtu,2 Julai 2011, jam 11 pagi bertempat di Masjid Al Raudah, Tanjung Karang, majlis pernikahan mereka berlangsung. Disebabkan kami datang agak lewat, tok imam tengah bagi khutbah.Jadinya kami snap gambar dari luar je.Tak mahu menganggu tetamu2 yang tengah kusyuk mendengar.Dan akhirnya,dengan sekali lafaz ijab qabul, halal sudah mereka berdua menjadi suami isteri.Syabas Abg Boya , Syabass!;)


Saat2 nebes


Saat bergelar isteri. Ohooi..sempat lagi Puan Umie ni pandang kamera. Alert je. Hehe.Senyum je pengantin ni ;D


Sesi bergambar dengan family belah lelaki. Saling pandang memandang yu pasangan pengantin ni.Aww! Baju pengantin perempuan adalah sangat gojes. I like it so much!

Sesi batal air sembahyang dilakukan di rumah pengantin perempuan lepas tu, jadinya teruslah kami ke rumah Umie yang terletak lebih kurang 5 minit dari masjid tadi.Sesampai je rumah pengantin, teruja tengok guest board yang disediakan oleh pihak Umie ni. Amatlah kreatip!


Bawah tu ada gambar2 diorang. Comel!


Memo note.


Paku tekan + segala macam paku comel2


Mestilah ai tak lepaskan peluang untuk say something kan. Bersungguh2 tu tau.


Pengantin lama :)

Dan masa upacara batalkan air sembahyang tu diadakan kami duduk dekat luar je sebab bagi peluanglah dekat ahli keluarga & sanak saudara pengantin yang memeriahkan dalam rumah tu.Kami & kawan2 lain tunggu kat luar je.Ok, lauk yang dihidangkan memang sedap gila! Sayur labu masak lemak, sambal udang, ikan goreng, kari ayam, kerang rebus. Memang terbaik! Lama dah tak rasa masakan kampung yang betul2 kaw macam ni.

Dan seterusnya sesi bergambar dengan pengantin. Dan2 time ni pulak bateri aku nak kong. Nasib sempat bergambar ngan Puan Umie.Gambar yang lain tunggu photographer jela. And yes mereka guna khidmat OP yang sama masa wedding kami haritu. Mr Yusdi Yusoff :)

Alhamdullilah.

Kepada kedua2 mempelai,Umie & Abg Boya. Tahniah! Selamat pengantin baru, semoga berbahagia setiap hari dan selamat menempuh alam rumahtangga yang indah ni .Lepas ni boleh pergi cuti2 Malaysia sama2 ;)

Friday, July 01, 2011

Bersyukurlah~

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada kerja bagus, gaji besar.Mewah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab walaupun kita hidup serba sederhana, kita ada family yang bahagia.Anak2 yang comel.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia dapat kerja yang kita idam2kan.Pergi pejabat, jadi orang hebat.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita pun dapat kerja yang dia idamkan, duduk rumah jaga anak2. Siapkan makan minum suami. Jadi surirumah hebat.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bergaya,pakai barang branded2, berkereta mewah, gah.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita bergaya sempoi je tapi tetap nampak menarik. Kita pandu kereta kecil, senang nak cilok2 time jem dan yang penting, kita dah habis bayar hutang kereta.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dapat sambung belajar tinggi2.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita dah ada pengalaman kerja yang lama. Dah settle bayar hutang PTPTN pulak tu.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab badan dia kurus, slim melim je.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan badan kita yang montok lagi gebu ni.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia bijak dan pandai. Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ni peramah dan ada ramai kawan. Semua orang senang dengan kita.

Kadang2 kita cemburu dengan orang tu sebab dia ada lebih semuanya.Tapi kita tak tahu, dalam masa yang sama, orang tu pun cemburu dengan kita sebab kita ada semua yang dia impikan. 

Kita cemburu dengan orang tu tapi kita tak tahu yang sebenarnya orang tu pun cemburukan kita.Jadi, bersyukurlah. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi selama ini. Jangan membandingkan diri kita dengan orang lain.Jangan rasa rendah diri. Allah menjadikan setiap manusia itu istimewa.Dia memberikan tubuh badan dan minda yang sihat dan sama kehebatannya antara seseorang individu dengan individu yang lain.Jadi, bersyukurlah ;)


Bersyukur, tanda terima kasih kita kepada Allah ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015