Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, November 29, 2011

Checkup 26 minggu.



Harini telah berjaya pergi buat monthly checkup seorang diri tanpa ditemani encek hubby. Hoyeah! Bangga pada diri sendiri kerana berjaya menjadi seorang mama-to-be yang berdikari.Haha (orang lain pun pergi sorang2 la ;p). Kesian pulak encek hubby nak kena selalu amik cuti.Dahla sekarang tengah hujung tahun,jadinya kerja banyak di ofis nun.Kalau checkup swasta memang dia amik cuti, sebab boleh scan & dia pun boleh masuk sekali. Tapi kalau klinik kerajaan, kesian tengok para2 suami. Dah la kena menunggu lama,pastu takde scan pulak.Ciannya.Jadinya saya amik keputusan untuk pergi seorang diri je.Lagipun si khalifah kecil mama ni kan ada (gosok2 perut :D).

Pagi tadi seawal jam 8 pagi saya dah gigih keluar rumah nak ke klinik. Tapi sampai je kat sana..Ya Allah, ingatkan saya lah paling awal, rupanya ramaiiiii lagi yang datang lagi awal. Penuh klinik! Sampai takde seat. Bayangkan klinik kesihatan yang sebesar2 alam tu sampai takde seat. Uhuk huk.Demi kesayangan mama, diteruskan jugaklah agenda, amik nombor dan berdiri kat tepi2 dinding sementara tunggu nombor giliran. Bila nampak je orang bangun, cepat2 duduk kat seat tu. Fiuhh..lega!


Menunggu punya lama sampai kenyok2 kertas.

Dah lega dapat seat..tunggu punya tunggu, apesal nama saya tak dipanggil2 nurse ni. Sabar. Dah 1 jam, tak panggil2 jugak. Duduk mula tak selesa, sakit pinggang,tangan semua dah kebas. Bangun kejap regang2kan badan.Nak mengeluh pun tak baik, lagipun klinik kerajaan kan, dah la free, bersabar je la bayaran yang kita boleh bagi.Akhirnya sampai jugak giliran saya.Amik berat. Berat terkini 73.8kg (mantop bukan? Haha).Alhamdullilah sihat, takde masalah dengan berat badan.Naik secara normal. Lepastu amik BP, urine segala. Alhamdullilah, semuanya pun ok. Kena injection kancing gigi untuk kali kedua jugak tadi. Tak sesakit macam festime kena dulu la. Akhirnyaaa..setelah 3 jam lebih dalam klinik tu, settled semua!! Boleh balik dah. Wehuuu! Lenguh dah kaki2 ni.Perut pun memang sangat lapar!

Balik tu terus ke Secret Recipe, Ole-Ole untuk membelanja makan diri sendiri ini. Oh,I'm sooo in love with SR mee curry! Sedap tak terperi yo. Dahla portion besar! Sedappnyaa! Sekarang tak kesah pergi makan sorang2 pun sebabnya si khalifah kecil kan ada, dialah peneman setia mama ke mana2 jua sekarang. Sayanggg dia nih! (gosok2 perut..lagi :D)


Nyam nyam. Alhamdulilah. Kenyang ;)

Bila dah kenyang, pusing2 dekat kedai baby sebelah SR tu kejap, niat di hati nak cuci2 mata je tapi mana boleh tahan, mestilah tercuci poket sekali.Wihiihi. I bought some cute baby stuff :D

Terbeli topi baby comel, kasut baby comel & toiletries set Anakku. Ingat taknak beli toiletries lagi tapi sebabkan nak bekas bertutup tu, terus beli. Boleh macam gitu? Haha. Macam kan takde jual dah je nanti.

Balik tu terus simpan dalam bakul khas untuk barang2 baby.Kasi sumbat semua2 je dalam tu.Semua ada, dari towel, baju2 sampaikan hanger kecik pun bubuh dalam tu. Senang tak sepah2 dah.Nanti nak basuh baju2 tu semua baru keluarkan balik. Sekarang ni misi membeli & mengumpul dulu barang2 si comel :D

Almost full! Maksudnya udah2 la tu beli barang baby. Beli barang untuk mamanya pulak lah lepas ni. Set berpantang semua tu. Ngee..baiklah!(nasihat diri sendiri).

Simpan dalam picnic basket je pun. Hoho.Tapi senang nak bawak pergi mana2 nanti. Masukkan je semua barang baby dalam ni.Tak payah bawak beg2 dah :) Penat buat checkup tadi terus hilang bila tengok barang2 si kecil ni.Alahaiii anak mama, membesar dengan sihat ye sayang ;)


Monday, November 28, 2011

Great Times & Great Friends~





Saya tak perlu kawan yang beribu tapi dari yang jenis batu api, pendengki, busuk hati, bercakap buruk pasal saya dan family saya, penuh dengan unsur2 negatif dalam diri dia dan sebagainya. Sangat tak perlu.Shuh! Shuh! Cukuplah kawan yang hanya boleh dibilang dengan jari tapi dari yang jenis sangat baik hati, memahami, menjadi diri sendiri,persahabatan yang kekal sampai mati ;).Great friends, great parents,great hubby,great siblings,great family, great family-in-laws. I am blessed to have them in my life. Terima kasih Allah ;)



P/s:Salam Maal Hijrah. Smoga kita sentiasa dalam lindunganNya :)

Thursday, November 24, 2011

I-city berubah wajah.

Lepas jumpa little khalifah semalam, saya berjumpa dengan kawan kesayangan pula. Kawan kesayangan masa study sama2 dulu, nun jauh dari Sarawak beliau datang. Eee..rindu! Last jumpa beliau masa 5 bulan lepas tak silap.Memula sesi mengisi perut & "bergambeh" dulu, lepaskan rindu.

Meet my lovely friend, Maria ;)
at PapaRich, Seksyen 7. 
Shah Alam dah ada Paparich! Weeehuuuu!

Dah puas bercerita segala hot story, perut pun dah kenyang, kami ke i-city pula. Saja nak bawak Maria jejalan dekat sana,dia belum pernah jejakkan kaki kat sana lagi.Lagipun saya pun dah lama gila tak pergi i-city tu. Sampai je kat sana..Wahhh! Dah banyak berubah. Macam theme park dah. Kalau dulu penuh dengan pokok2 yg berlampu tu je,sekarang pokok2 tu dah kurang, banyak permainan2, dah ala2 macam Sunway Lagoon pun ada. Disebabkan kami pergi masa tu dalam pukul 5 petang, jadi tak ramai orang, boleh berposing tangkap gambar sesuka hati. Ramai orang suka pergi memalam sebab suka tengok pokok berlampu2 tu, kalau malam memang cantik! Tapi saya suka pergi siang.Entahlah, tak tahu kenapa saya dari dulu pun suka pergi i-city waktu siang, mungkin sebab malam terlampau ramai orang kot. Pening.Nak2 tengah cuti sekolah macam sekarang ni kan, kompem memalam sangat ramai..Oh, sekarang nak masuk i-city tu dah kena bayar parking, nak main permainanan semua2 tu pun kena bayar jugak, nak masuk snow walk pun kena bayar lagi. Semuanye lah berbayar.

Meh tengok wajah baru i-city.


Cuteness! 
Tema ala2 dalam laut gitu. 
Kalau pergi memalam mesti tak nampak cantik background tu dalam gambar kan. Gelap!

^_^
Saya sebenarnya excited nak naik yang atas tu. Macam roller coaster mini. 2 seated, siap ada pengayuh lagi macam basikal.Tapi ofkos lah big no no dari encek hubby kan.Hehe. Jangan nak mengada. Masa kami pergi semalam benda tu bergerak je, kosong takde orang naik.


The biggest marry-go-round I've ever seen!
2 tingkat tu.Geram nak naik jugak. Tapi kali ni big no dari Maria pulak. Jangan nak mengada kata dia. Haha. Pasrah.


Sama je perut dengan si biru tu :D


Mario bross! :)


Love this pic! Macam ala2 dekat oversea la pulak kan :D

Pusing2 dalam ni kejap je sebabnya hujan dah mula turun tapi puasla bergambar.Masa nak balik tu (dalam kereta), sempat pusing2 dalam i-city lagi. Nampak kapal besar yang berpusing macam dekat Sunway Lagoon tu, buaian banyak2 yang berpusing macam dekat Genting tu pun ada. Ada indoor funfair lagi. Tapi macam banyak lagi permainan yang still in progress.Wuiyoo..ni semua tarikan sempena cuti sekolah lah ni. Meriah2. Sesuai la bawak adik2 dan anak2 ke sini masa cuti sekolah ni. Kedai makan pun dah banyak, dah ada KFC, 7 eleven, bank. Kalau dulu harap gerai2 makanan tepi jalan tu jela.Best2! Boleh datang sini lagi bawak si Caca :D


3D scan :)


Salam. Semalam adalah hari yg sangat bermakna for me & encek hubby sebabnya dapat jumpa khalifah kecil kami secara 3D. Yup, saya buat 3D detail scan ;) Kalau diikutkan appointment yang dibuat oleh gynae, saya sepatutnya buat 3D scan ni awal lagi, masa 22 weeks tapi sebabkan tarikh tu encek hubby tak dapat cuti, jadi kami ubah ke tarikh lain. Kenapa buat 3D scan awal sangat? Gynae yg nasihatkan sebabnya nak tengok kedudukan uri saya sebab masa awal mengandung, uri saya agak rendah sikit.Masa tau tu memang risau, tapi bila tanya kakak saya (masa mengandung anak kedua dulu pun dia ada masalah yg sama), dia kata jangan risau, InsyaAllah takde apa2. Mama pun nasihatkan benda yang sama.Alhamdullilah semalam masa scan, semuanya dalam keadaan baik. Khalifah kecil sihat, kedudukan uri saya pun ok. Gynae cakap tak perlu bimbang sebab uri saya tak menutup pangkal rahim, nanti bila rahim semakin mengembang, InsyaAllah uri akan bergerak ke atas sikit. Semoga segalanya dipermudah kan ya Allah. Memang lega sangat bila gynae cakap macam tu :')

Mula2 gynae scan baby macam biasa dulu tapi lebih details,ukur otak, jantung, kaki, jari, tangan, tulang belakang semua. Masa tu memang rasa excited sangat, nak nangis pun ada.Macam tak percaya si khalifah kecil membesar dengan sangat cepat.Berat dia sekarang da 940 gram.Almost 1 kg.Aktif pula tu. Alhamdullilah. Lepastu gynae switch ke 3D pula. Masa festime tengok wajah dia, tak tau nak cakap perasan macam mana. Tak boleh describe.Happy sampai speechless. YaAllah, baby mama & ayah, comelnya kamu! ;) Tapi speechless untuk sekejap je la, lepas tu terus tanya gynae macam2. Excited kan.Hehe. Encek hubby pun sangat excited. Nampak dalam tu macam ada bubble2, gynae cakap tu bukan bubbles, tu tali pusat dia. Ooo.Pastu gynae tanya, dah tau kan gender baby? Ni tengok dengan lebih detail..nampak tak? Memula kami macam tak nampak, bila gynae pusing sikit baru kami nampak jelas sejelasnya. Eheee..comel! Lama jugak lah 3D scan ni, dalam 30 minit macam tu. Memang puas dapat jumpa si kecil. Tengok aksi dia, mulut ternganga2 macam menguap, gerak sana, gerak sini. Hehe.Lepas scan, gynae explain pasal baby. Semuanya sihat. Alhamdullilah, syukur Ya Allah.Keluar dari bilik gynae asik tersenyum je ;) Pada yang tertanya, 3D scan dekat DEMC, RM250, dapat CD sekali. Dalam tu banyak gambar si khalifah kecil & 4 video. Sekarang ni asik nak belek gambar & tengok video si kecil je :)


Sleeping cutie!
Our precious ;)

P/s: Sangat besar kuasa Allah kan ;)


Tuesday, November 22, 2011

Teh Garam??



Alkisah pada satu malam yang aman damai ni, encek hubby tengah kusyuk baca buku diari hamil. Baca perkembangan bayi dari minggu ke minggu sambil senyum sorang2 (entah apa yg dia seronok sangat baca tu kan..hehe) sampailah ke bab persediaan berpantang. Saya tengok dia kusyuk baca 1 resepi ni. Tanya dia " Nanti masa unny dalam pantang, sayang nak masak kan?"." InsyaAllah, boleh" encek hubby jawab. Alololo..tomeynye! Pastu dia sambung balik kusyuk baca resepi tu. Sekali tetiba encek hubby tanya " Sayang, teh garam tu apa??" sambil kerut2 kening. Haaa..teh garam? Ape tu?Saya pun baru festime dengar. "Mana sayang? Mana yang tulis teh garam tu". "Niiii.." encek hubby tunjuk.







1/2 sudu teh garam.

Encek hubby ingat 1/2 sudu "teh garam". Hoho. Sakit perut ketawa. Adoyai suami ku..comel sungguh!


Monday, November 21, 2011

Sikit-sikit, lama-lama menjadi banyak.


Hari yang ditunggu2 telah tiba..eceh. Alkisahnya pagi Ahad semalam, akhirnya saya dan encek hubby telah ke expo Maternity & Children dekat Midvalley tu.Expo yg sangat ditunggu2 oleh kami ( lebih kepada saya sebenarnya. Hoho). Tips dari kawan2 yang dah pergi expo tu hari2 sebelumnya, diorang cakap..datang awallll!! Kalau tak susah nak carik parking! Breakfast dulu siap2, kalau tak nanti kelaparan masa nak shopping!Oleh yg demikian, lepas breakfast semua,seawal jam 10 pagi kami dah selamat sampai dekat Midvalley.Alhamdullilah..parking banyak kosong lagi time tu. Wee..happy2!

Excited mama & Ayah to be ;)

Teruslah kami tuju Exhibition hall tempat expo ni diadakan. Sesampai je kat sana hall tu pun belum bukak lagi. Tapi punyalah ramai yang dah menunggu kat luar. Macam lautan ibu2 mengandung. Bukak je hall tu, meluru semua masuk. Kami terus ke hall 1, cari booth MamyPoko sebab kawan kesayangan pesan belikan pampers saiz M untuk anak beliau. Sampai je booth MamyPoko tu ramainya yang dah beratur. Pantas betul diorang ni.Beratur punya punya beratur sampai je turn kami, nak pampers saiz M, habislah pulak!! Kecewa ni (sebab dah beratur panjang kan),kami pun belilah pampers saiz newborn,52 & saiz S, 48. RM25 je. Dapat free baby bolster pulak tu. Memang berbaloi :)


Open sesame..semua serbu!!

Then bermulalah perjuangan kami dari satu booth ke satu booth mencari apa yang patut. Hoho. Ramai tu memang dah tentu ramailah kan, dengan ibu2 mengandungnya, dengan ibu2 yang bawak bawak baby lagi. Memang padat. Tapi berbekalkan semangat yg kental, gigihkanlah jugak redah.Yang peliknya, selalu kalau jejalan lelama..semputttt. Tapi semalam terasa diri ini memang cargas. Tak terasa pun semputnya. Excited kan.Jalan2, jumpa baby rompers comel gila murah pulak tu, buy 5 free 2, beli. Baju tido baby sepasang siap seluar RM10 je, beli.Baby leggings RM5 je, beli.Bottle storage Autumnz 10=RM27, beli. Mittens &booties,baby detergent, baby wipes, napkin, harga memang murah sangat..beli..beli..beli.Dan dari beli sikit2 akhirnya penuh dah tangan encek hubby nak mengangkut semua2 barang tu.

Dah banyak2 membeli tu, pusing jugak semua hall sebab nak carik breastpump. Pergi booth Avent, breatspump manual+ batteries, RM600, manual je RM200. Berminat dengan yang manual tu.Tapi jalan lagi pergi booth Medela,survey kat situ pulak. Macam2 jenis ada, swing la, freestyle la, range dari RM300-RM2000. Hmm..hmm..tengok Spectra 3 pulak. Harga kat internet lagi murah pulak dari yg kat situ. Hmm..hmm.Nak beli skrang ke nanti? Lepas bincang2 dengan encek hubby, kami amik keputusan beli kat internet jela nanti sebab kat internet sekali ngan pekej2 yg best.Lagipun bak kata mama, tunggu masa pantang nanti je beli. Masa pantang tu baru kita tahu susu kita ni banyak ke tidak, kekadang setengah orang ni susu tak banyak, jadinya kalau beli awal2 pun nanti guna sekejap je,lepas tu tersimpan je, sayang.Hmm..baiklah mama, saya mengikut nasihat! :D

Dah dekat 2 jam dalam tu, akhirnya baru terasa penat kaki ni. Terus kami amik keputusan untuk balik sebab takut lagi lama kat situ lagi memacam nak dibelinya. Yang tak tersenarai dalam list pun nak dibelinya sebab harga semua murah2, lagipun excited baby first kan, semua pun nak beli. Rambang mata. Hehe.Keluar je dari expo terus carik bench..nak dudukkkk! Lenguh kaki. Dan2 kaki lenguh kan..sepanjang2 berpusing dalam tu gigih je pula, takde rasa lenguh2 kaki pun. Hehe.

Dan hasilnya yg dibawa pulang..bermula dari sikit-sikit..

Akhirnya menjadi banyak!

Fuhhh! Tak sangka rupanya banyak yang kami beli. 
Tapi yang penting memang puas hati. Lepas ni dah taknak shopping barang2 baby dah (boleh caye ke ni? Hehe). Rasanya macam dah cukup . Tinggal nak beli toiletries je. Tu nanti2 pun boleh.Dan sekarang tiap kali tengok je barang2 baby ni rasa happy. Bahagia je ;). Semoga segalanya berjalan lancar.

Oh..dan dapat banyak free gift juga!

Pampers, baby book comel, strecth mark krim, topi baby..macam2 lah.
Rezeki si baby. Syukurlah ;)

^_^

Thursday, November 17, 2011

24 minggu.


Alhamdullilah. Dah masuk usia 24 minggu dah si khalifah kecil ni. Lebih kurang 6 bulan. Terasa cepat betul masa berlalu. Betul lah kata orang2 berpengalaman, kalau teruk mabuk2 masa trimester pertama dulu terasa lambatnya la masa berlalu, masa tu nak cepat2 masuk trimester kedua. Tapi bila dah masuk trimester kedua, bila mabuk2 semua dah hilang, terasa sangat kejap. Tetiba terasa..eh eh..kejapnya dah 6 bulan.Banyak perkembangan positif yang saya lalui sepanjang trimester kedua ni. Antaranya ialah:

  • Alhamdullilah, selera makan dah kembali. Takde masalah nak pilih2 makan lagi. Semua pun makan. Tapi tak boleh makan sekali harung banyak2. Perut cepat rasa kenyang. Makan terlebih banyak pun bahaya, boleh mengundang muntah. Jadinya,saya makan sikit2 tapi kerap sebab sekarang memang cepat rasa lapar juga.
  • Berat terkini dah masuk BMW 7 series. 72 kg. Ye..pencapaian paling berat sepanjang hidup. Tapi saya bersyukur sebab berat naik tidak secara mendadak dan kesihatan saya dan baby juga takde apa2 masalah.Kalau berat tak naik2 lagi buat saya risau.
  • Semakin bertenaga. Ada je benda nak buat. Tak boleh duduk diam. Memang beza sangat dari trimester pertama dulu yang sangat lembik, nak buat apa2 pun takde tenaga. Tido je. Zzzz.
  • Suka berjalan2 & shopping2. Bila terasa semakin bertenaga ni suka pulak nak berjalan2. Tapi..cepat rasa penat pulak lepastu. Lepas jejalan, balik tu kompem tido kepenatan macam orang baru lepas lari pusing padang 3 kali. Fuhh..memang terasa penatnya.Berjalan pun dah slow, memang macam ibu2 mengandung. Takdenye nak jalan laju2 dah (apetah lagi nak berlari atau melompat kan. Haha). Encek hubby pun dah belajar jalan slow sekarang.Barulah seiring sejalan :D Kalau tak masa memula dulu saya asik kena tinggal je, semput nak berjalan laju ikut dia.
  • Perut pun makin membulat.Dah obviously nampak perutnya. Kalau dulu time duduk je baru nampak, sekarang time berdiri pun dah nmpak perut yang comel itu. Tapi bukan saja perut, semua pun lah membulat.Especially hidung (muehehe..)
  • Little khalifah pun semakin aktif. Kalau pagi2, dia yang yg akan kejut mama dia ni. Tendang2. Dan tendangan & tumbukan dia pun makin padu sekarang. Memang terasa gedebuk! macam tu. Kalau baring, time dia bergerak, boleh nampak perut saya pun beralun2 bergerak. Dia pun dah boleh respon dengan haba, kalau saya atau encek hubby letakkan tangan dekat perut mesti dia akan bergerak.Comelll! Membesar dengan sihat ye sayang mama ;)
  • Kerap buang air kecil. Pergi jejalan shopping mall sekarang ni harus melawat toilet dulu. Padahal tak banyak pun air yg keluar..sikittt je tapi memang tak boleh tahan2. Baby dah membesar kan, jadinya ruang untuk pundi kencing pun makin mengecil. Kalau over ketawa & terbesin pun boleh terkucil. 
  • Tido berbunyi. Bukan berdengkur tau. Tapi bila baring tu bunyi nafas saya memang kuat. Macam orang kena semput. Tapi bila berdiri & duduk takdela pulak bunyi tu bila bernafas.Saya perasan, nafas saya pun sekarang pun macam makin pendek. Cepat betul mengah kalau naik tangga ke angkat baju ke.
  • Dah terasa dah susahnya nak tido malam. Mengiring ke kiri tak lena, mengiring ke kanan tak lena.Serba serbi tak kena.Jadinya sekarang ni memang saya elak tido petang, biar malam tu saya betul2 ngantuk, senang sikit nak tido. Kalau duduk lama2 dalam kereta pun rasa tak selesa, sakit pinggang.
  • Emosi semakin stabil, semakin ceria dan gembira :D
Hmm..itu jelah kot perkembangan & perubahan diri ini sepanjang trimester kedua ni.Lagi 4 minggu akan masuk trimester ketiga pula.Alhamdullilah.Semoga kesihatan saya & baby terus baik sepanjang mengandung ni. Tinggal 16 minggu je lagi.InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segalanya.Aminnn ;)

Gambar terbaru. 24 minggu ;)
Dah ada baju kurung mengandung dah. Weee.

Oh oh..sebelum terlupa. Mommy2be sekelian, weekend ni ada expo baby dekat MidValley. Moh le kita serbu tuk survey2 & beli apa yang patut.InsyaAllah kalau takde pape hal saya akan pergi sebab sementara masih larat ni lah nak bershopping kan :) 

2nd maternity & Children Expo
18th-20th November 2011
10am-9 pm
Midvalley Exhibition Center


Wednesday, November 16, 2011

Tuesday, November 15, 2011

Kisah buah delima

Buah delima (pomegranate) atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia adalah antara pokok di syurga. Antara khasiat delima yang dinyatakan dalam surah Al-An'am ayat 99 ialah“Dan Dialah yang menurunkan hujan.Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” 

Secara jujurnya saya start kenal buah delima ni masa mengandung ni lah. Sebelum ni pernah dengar nama buah delima je tapi tak pernah tengok rupa bentuknya macam mana. Haha. Sadis sungguh. Sejak mengandung ni memang buah ni lah antara buah feveret saya. Ramai yang nasihatkan saya makan buah delima masa mengandung ni. Banyak khasiatnya. Antaranya (hasil google, copy paste je. Bahasa Indonesia) buah delima ni mengandungi potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.Banyak khasiatnya untuk ibu mengandung & baby kan? ;) 

Dan alkisahnya Ahad lepas, saya ke MBG fruit shop. Mata ni terus terpandang buah delima  yang gemuk2 kat situ. Tengok tanda harga, tulis RM1.78. Wahhh..murah! Teruja ni.Selalu beli kat pasar pun tak semurah ni. Tangan pun terus capai 2 biji dan terus beratur bayar. Taknak pandang dah buah2 lain.Sekali masa bayar total harganya jadi Rm15.50. Terkejut mak yong! Rupanya RM 1.78 per 100 gram!. Hahaha. Itulah gelojoh sangat kan. Ingatkan RM1.78 sebiji, terus tak nampak tulisan per 100 gram tu.Adoyainye pun. Nasib amik 2 biji je, kalau terus amik 10 biji tak ke haru. Haha.Tapi berbaloi jugak lah bayar dengan harga tu sebab buahnya memang sangat la gemuk dan isinya sangat manis!! Saya suka buat jus..sedap!Masam2 manis gitu ;)

Si delima yg gemuk itu :D 




Puas hati. Hehe



11 November 2011

Tarikh keramat. Ramai pasangan pilih tarikh ni untuk melangsungkan hari bersejarah mereka, tak terkecuali cousin kesayangan saya sorang ni.Alhamdullilah, lepas solat Jumaat,majlis pernikahan mereka berlangsung dengan lancarnya. Saya suka pergi wedding2 ni dan tolong apa2 yang patut. Bila tolong2 prepare untuk kenduri,teringat masa wedding saya dulu. It was the best moment ;)

Pengantin tengah dimakeup kan ;)

Menunggu saat bergelar isteri. Dalam hati debar2.

Dan selepas lafaz akad, ada lafaz sakinah. Ni memang wajib diadakan kalau nikah di Johor. Ya Allah, sedihnya waktu mak pengantin perempuan bacakan ayat untuk anak perempuan dia ni. Mostly semua yang hadir masa majlis nikah ni mengalirkan air mata. Mak buyung ni lagilah..jangan cakap, sikit lagi je nak teresak2 tersedu sedan. Over kalahkan pengantin ;p

Mereka dah sah sebagai suami isteri. Alhamdullilah.
Dah boleh pegang tangan!! (hahaaha)

Kepada pasangan Waheda & Asrul, tahniah buat kalian. Selamat menempuhi alam rumahtangga yg indah ini. Bersabar & bertolak ansur tu sangat penting ok dan semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga ;)Sama padan kan diorang ni. So sweet ;) Muda lagi, memasing umur 24 tahun dan mereka ialah cikgu. Pasangan cikgu ok.

Dan esoknya, hari Sabtu ialah majlis persandingan mereka. Walaupun cuaca hujan lebat,jalan becak penuh tanah merah,tapi Alhamdulliah, everything went well. Dan sangat meriah. Dengan live ghazal nye, dengan acara tol2 sebelum bersanding nya ( kalau majlis persandingan dekat Johor memang wajib ada acara tol2 ni. Pengantin lelaki kena bagi tol dulu sebelum dapat naik bersanding kat pelamin. Banyak halangan nya, banyak la tol yg kena bayar.Hehe)

Pengantin cantik dalam persalinan ungu cair.
Senyum lebar tengok orang bersilat :D


Pengantin lama. Eh eh..nak jugak. Haha

Seminggu sebelum majlis kenduri ni, as requested by pengantin, nak saya tolong buatkan doorgift untuk orang sebelah (pihak lelaki) dan untuk kawan2 dia. Jadinya saya buatkan doorgift yang comel ni.Disebabkan saya suka buat choc chips cookies (dan itu pun yg paling simple, tempek2 je), jadi saya buat cookies je la ;)

Made with full of love ;)

Dan saya letak dalam bekas comel warna warni ni. Actually nak pakai bekas ikea, tapi memandangkan saya tak berkesempatan nak pergi sana, just beli dekat kedai serbaneka berhampiran je. Lagipun bekas ikea dah ramai orang guna, yang ni lain sikit kan ;)

Lepastu saya ikatkan riben. Dekat penutup tu saya lekatkan sticker tapi tak sempat pulak nak snap.Jadilah doorgift yg simple yet cute ni. Saya buat lebih kurang 150 bekas. Nasib ada assistant, kalau saya bersilat sorang mau nangis lenguh pinggang2 ni.

Masa majlis persandingan pula, kakak ipar saya buatkan oreo choc untuk pengantin. Seriously sangat cantik. Kalau dah cantik, rasanya pun op kos la sedap! Sedap sangat!

Haaa..cantik kan?? Kalau berminat nak tempah silalah terjah website beliau.Harga pula sangat berpatutan & dijamin puas hati. Sesuai dijadikan untuk doorgift & hantaran ;)
Klik sini--->I love chocolate.

Kakak kesayangan saya pula buatkan muffin ni. Ya Ampunn..muffin ni pun sedap gilak! Muffin susu topping with choc & strawberry. Saya suka rasa susu muffin ni. Enak menjilat jari. Ni bukan puji sesaja ok, ni pujian bebetul ikhlas. Memang sedap!

Tengok pun dah menggoda kan ;) Berminat nak tempah? Sila ke website beliau
Klik sini---> Lynn Chocs

Kakak2 saya ni memang suka buat choc & kek. Mula dari suka2 sekarang dah buat bisnes. Syukurlah ;) Tinggal adik dia ni je ikut jejak mereka.Saya minat baking2 ni, tapi kalau nak berbisnes secara serius tu tengok mood dulu. Maklumlah, mak buyung ni mood macam2 sikit, kalau datang rajinnya rajinlah, kalau mood tak rajin dah datang,apa pun tak boleh. Hehe.InsyaAllah satu masa nanti.

Saya pula sumbangkan kek ni buat pengantin. Tapi beli je. Heheehe. Nak jugak bagi sumbangan even bukan dari air tangan sendiri ;p

 Warna warni :D

Jadinya bila ketiga2 yang di atas ni disusun dekat meja kek pengantin, jadilah begini..

Comell!

Demikian sahaja cerita 11 November saya. Dari cerita kawen terus termasuk cerita choclate, muffin, cookies segala. Haha. Dan untuk sesiapa yg berminat nak tempah choclate & muffin tu, silalah terjah website kakak2 saya tu ok. Memangggg sedap! :D

Tuesday, November 08, 2011

Baby headband ;)

2 minggu lepas, angin kerajinan untuk buat felt craft tetiba datang. Mungkin sebab dikelilingi oleh baby yang ramai. Terus ting ting! Timbul dea nak buat baby headband ;)

Memula buatkan untuk Intan tersayang,lepastu buatkan untuk Trisya pula. Just a simple headband. Saya gunakan felt yg jenis lembut tu, senang nak gunting dan lekatkan. Try juga nak jahit tepi2 words tu tapi hasil jahitan amatlah tak kemas, jadi buat keputusan gam kan aje pakai glue gun. Senang & dijamin melekat kuat. Jadi..inilah hasilnya  ;)


Intan punya ada riben, Trisya punya big flower ;)


Haritu pergi melawat baby Trisya, kami hadiahkan sekali baju & set mitten & booties. Haruslah pink, nak padankan dengan headband tu. Hehe. Ok, pilih baju2 baby girl amatlah merambangkan mata. Semuanya comel2!

Dan si comel2 dengan hedband masing2 ;)

 Intan Maisarah & Ummi nya;) Comey! Buat muka terkejut pulak Intan.Geram!


Baby Shameena Trisya @ Trisya yang bam bam! :)

Sekarang dah terajin pulak nak buat felt craft ni. Kita tengok sampai bila angin craft ni bertahan.Hehe. Buatkan untuk Xiyad pun comey jugak ni, tapi idoklah headband. Tunggulah suprise dari Aunty Ena k ;)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015