Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, January 26, 2012

Barang2 persediaan berpantang.


Selalu cerita pasal barang2 little khalifah, harini cerita pasal barang2 mama dia pula. Barang2 persediaan berpantang. Sikit je pun saya beli. Ikut pengalaman kakak sendiri yang dah ada 2 anak, katanya jangan beli yang set2 berpantang, beli asing2 (ubat luaran je) sebab masa pantang & susukan baby elakkan makan apa2 jamu & pil. Macam dia dulu masa anak first, beli yang set punya, last2 pil2 & jamu2 yang banyak dalam tu tak berusik pun. Tak makan. Pembaziran di situ.Mama pun nasihatkan benda yang sama..jangan amik jamu2 masa pantang, jamu panas, takut baby tak sesuai nanti. Jadinya, saya beli ubat luaran je, ikut nasihat orang2 tua ;)

Planning nak beli barang2 ni dah lama tapi dari sehari ke sehari tak beli2 jugak. Kebetulan beli majalah Pa&Ma keluaran Feb baru2 ni ada banyak voucher2 diskaun dari MumDreams, termasuklah jugak barang2 persediaan berpantang, teruslah kami terjah ke MumDreams je. Rupanya dah buka cawangan baru dekat Shah Alam,seksyen 20 berdepan ngan apartment Seri Puteri. Dekat je dengan rumah pulak tu.Best2! (err..best sebab boleh gi shopping lagi letteww..haha)

Inilah voucer2 MumDreams dari majalah Pa& Ma Februari. Banyak gila voucer2nya..so,mommy-to-be sekalian, silalah beli & terjah MumDreams berdekatan ok.Voucer2 ni valid sampai 28hb Feb ni je.


Barang2 persediaan berpantang yang dah dibeli :)


Oh, nappy liner tu bukan kegunaan mama sewaktu berpantang, itu little khalifah punya. Hehe. Ramai kawan2 bagi tips suruh beli nappy liner ni untuk kegunaan baby masa baby baru lahir. Sebabnya baby yang baru lahir  smpai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit2 je.Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru..pampers tadi masih boleh digunakan lagi. Dah jimat pampers disitu ;) Saya beli brand Pureen, RM7.50 (50 pcs). Harapnya sesuai lah baby pakai nappy liner ni.

Saya beli bengkung herba, rempah mandian herba, minyak urut, gel halia & pilis. Itu je. Wihihi. Bengkung herba tu bengkung yang yang dah siap ngan herba untuk diletakkan kat bahagian perut. Jadinya masa berbengkung nanti tak perlu sapu apa2 dah kat perut, pakai je bengkung herba ni.Yang bestnya, beli bengkung herba ni, dapat free bengkung moden yang jenis zap-on tu. Free sebab guna voucher Pa& Ma tula. Berbaloi2 ;). Rempah mandian herba dalam uncang pink tu untuk kembalikan kesegaran. Pilis untuk diletakkan kat dahi, untuk elakkan masuk angin. Minyak urut Mestika & gel halia Leesa Cosmetic tu untuk tujuan urut2 lepas bersalin dan pecahkan lemak2. (Wah..semangat dah nak pecah2kan lemak ;p)

Disposable panties (DP) pun sangat diperlukan nanti time berpantang sebabnya lepas bersalin akan "heavy flow". Jadinya kalau pakai DP ni, in case kalau terkena darah pun, senang nak mencucinya dan terus buang. Dekat MumDreams harganya RM11, 12 pcs. Kalau guna voucher Pa&Ma, buy 3 set, free 1 set. Jadinya amik 3 set teruslah, jimat! ;) Bagusnya DP kat MumDreams ni sebab saiznya besarr..sesuai untuk warga besarr macam saya ni.Hoho.Sebab sebelum ni pernah terkena beli DP dekat Watsons ke Guardian, beli saiz L, tapi bila nak pakai kecik teramat, tak muat langsung, macam saiz S je. Huhu.

Barang2 keperluan berpantang yang lain macam bengkung tradisional ( yang ikat ketat2 tu), batu untuk bertungku, kain batik, stokin tebal. Alhamdullilah dah ada. Bengkung tu recycle je guna kakak & adik ipar punya, still elok lagi kainnya, tak perlu la nak bazir2 kan.Sharing is caring ;). Lega bila semua persiapan dah hampir siap. Menghitung hari je ni.5 weeks to go! Uii..nervous pulak tetiba. Semoga dipermudahkan segalanya ;)

Friday, January 20, 2012

Sedikit tips untuk pengantin.


Untuk bakal, pengantin dan ex-pengantin pun boleh.Berdasarkan dari pemerhatian sendiri & kawan2 yang lain juga, bagus untuk di sharekan supaya perkara yang sama tak terjadi lagi oleh mana2 pengantin. Of course semua pengantin nak kan yang perfect masa hari bahagia mereka, tapi mereka tak sedar yang sedikit kecacatan boleh membuatkan majlis tu nampak hambar & tak meriah. Hmm..

Untuk bakal pengantin.

1. Silalah buat perancangan awal. Ni penting. Sangat2 penting. Semuanya kena dalam perancangan. Kenduri kawen bukan sesimple birthday party. Carik vendor semua tu at least 3 bulan sebelum kawen (lagi awal lagi bagus). Lepas dah carik vendor catering,pelamin, mak andam segala, tiap kali jumpa discuss dengan diorang kalau boleh bawak mak sekali. Ye tahu, kenduri kawen anda, ikut kehendak anda tapi...berbincang dengan mak adalah yang sebaik2 nya. Sebabnya memang kekadang pilihan mak tu macam apa yang kita nak tapi percayalah dia tahu yang terbaik untuk hari kebesaran anda. Dan untuk mengelakkan kita sakitkan hati mak, kita ikut jela cakap dia. Apa yang susah.Dapat pahala lagi. Daripada nanti bersanding kita susah hati memikirkan mak yang tak puas hati dengan pilihan kita.Contohnya, tak bincang2 ngan mak & ayah, sekali vendor datang pasang pelamin dekat rumah mak ayah yang sekangkang kera tu, haaa..ambik,pelamin bersaiz dewan! Dekat rumah tak sesuai pakai pelamin dewan 3 panel dik non. Mau tak pening kepala mak ayah bila tengok pelamin tu. Dah makan banyak space rumah. Berbincang dengan ayah & adik beradik lain pun penting.Sebab masa kenduri, merekalah yang banyak tolong kita.Family! Jadinya, buatlah perancangan awal & berbincang dengan parents untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku ;)

2. Doorgifts. Ni pun kekadang menjadi isu masa kenduri kawen. Si pengantin (biasanya perempuan) selalu sediakan doorgift yang berbeza2 untuk kawan2 dia. Untuk kawan sekolah lain doorgiftnya, untuk kawan office pulak lain, untuk bff lain, tetamu2 ( yang majoritynya kawan mak ayah) lain. Lepastu bila orang yang membagi doorgift tu tersilap bagi dekat orang sepatutnya, marah2 orang yang bagi tu. Haihh..dik non. Pengantin marah2 di hari kebesaran adalah sesuatu perkara yang tak baik. Nak2 bila tetamu2 pandang.Ishh..nak dimarah kepada si pembagi doorgift tu kenapa, bukan dia tau pun yang datang tu kawan awak sekolah awak ke, kawan ofis awak ke.Sebab yang bagi doorgift tu biasanya sepupu2, adik beradik yang tak kenal pun kawan2 anda. Lainlah kalau pengantin yang bagi sendiri doorgift tu kat tetamu, kompem tak silap bagi punya sebab dia je yang kenal kawan2 dia. Jadinya, penyelesaian nya, sediakan doorgift yang sama je untuk semua tetamu. Tak perlu ada beza2. Si pengantin tak pening, si pembagi doorgift pun senang nak buat kerja, majlis pun berjalan lancar. Tenang je.Oh ye, doorgift untuk keluarga belah lelaki bolehlah nak buat special sikit sebabnya mereka memang special. Dalam 30 bags macam tu.Lagipun mereka duduk dekat meja khas masa makan, tak jadi masalah masalah nak bagi doorgift tu nanti.

Untuk pengantin

1. Masa kenduri,ringan2 kanlah mulut untuk senyum dan ucap terima kasih. TERIMA KASIH.A simple word  but invaluable! Kalau berkesempatan jumpa tetamu yang hadir (dari meja ke meja)cakaplah terima kasih. Terima kasih sebab sudi datang memeriahkan majlis.Tak kira lah kita kenal ke tak ke tetamu tu, asal berkesempatan, cakap terima kasih. Terima kasih..terima kasih..terima kasih! Kita tak tahu yang datang tu kawan mak ayah kita yang datang dari jauuuuh, jadinya apa salah ringankan mulut cakap terima kasih.Lagi satu senyum. Memang masa majlis nanti pengantin akan penat, yelah..sehari suntuk busy kan, tapi jangan biarkan kepenatan tu nampak kat muka. Monyok, masam. Buruknye lahai kalau pengantin masam2 masa majlis.

2. Jangan buat2 tak nampak. Ini pernah jadi dekat diri sendiri & kawan2 seangkatan. Beria2 si pengantin menjemput ke majlis kawen dia, sampai je sana, nampaklah pasangan pengantin baru lepas makan beradab. Dari jauh, kami semua dah excited semangat melambai2 kat pengantin ni, pengantin nampak, tapi lepastu buat2 tak nampak dan kekonon busy melayan tetamu lain. Errr..motip? Kenapa perlu buat2 tak nampak. Tak paham la jenis pengantin macam ni.Dah nampak kawan dari kejauhan melambai2, apa salah lambai balik kot ye busy sangat pun. Ni buat kita terasa macam tak diundang pulak, macam tak kenal pun ada.So kepada pengantin2..jangan buat macam ni dekat para tetamu yang dah susah payah datang ke majlis kamu ok. So annoying!  


Untuk ex pengantin:

Dah selesai majlis semua, jangan lupa ucap terima kasih dekat family, orang rewang (kenduri gotong royong), makcik pakcik yang dah banyak tolong masa majlis tu.Bergambar dengan family pun jangan lupa. Tau dah selamat nikah, dah ada suami/ isteri, jangan ralit bergambar berdua je. Panggil family2 semua untuk bergambar sama2. Kenangan ni. Lepastu tolong apa yang patut, yang lelaki, lepas tukar baju, pergilah rajinkan tulang basuh periuk kat belakang tu ( kenduri yang masak sendiri), pengantin perempuan, kemas2 lah rumah sikit. Tak payahlah terus nak masuk bilik, lepastu pagi esoknya baru keluar bilik buat muka tak bersalah. Adoilah..Dan yang last sekali, tau feel pengantin baru, perasaan masing2 masih berbunga2 cinta, tapii..silalah jaga adab. Tau dah halal, tapi tak perlu la kot tunjuk mesra2 alam sangat depan orang ramai. Nak2 depan orang2 tua & budak2 kecik. Setakat pegang2 tangan & rangkul2 pinggang tu boleh diterima lagi, over dari tu, buat dalam bilik sudeyyy..tu pun nak kena bagitau ke? 

Haa..kan dah membebel panjang ni. Harapnya tips2 ni berguna untuk para2 pengantin sekalian ye. Ini sekadar untuk berkongsi pandangan je. Sorry kalau ada terkasar bahasa.Selamat hari Jumaat semua ;) 

Thursday, January 19, 2012

Baked macaroni & cheese ;)

Sejak akhir2 ni rajin pula memasak. Teringin nak makan itu ini, tapi yang masak sendiri. Takmo yang beli2. Adakah ini sejenis mengidam jugak? Hoho.Jadinya hari2 gigih menggoogle resepi. Kali ni nak share resepi baked macaroni & cheese pula. Pertama kali buat. Thanks to kak Nannie for the recipe ;) Saya memang ikut bulat2 resepi dia.(Mintak izin copy & paste resepi ye kak Nannie) :D

Bahan-bahannya:


300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese mozarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

Mixed vegetable (ikut suka banyak mana, saya letak sikit je.Hee)

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

Cara memasak :


1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi bersama2 mixed vege dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.



Makaroni yang dah siap di masak :)

3. Bila dah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

Saya pakai mozarella cheese ;)

4. Masukkan macaroni yang dah siap tadi kedalam bekas pembakar. Taburkan cheese di atasnya. Bakar dalam suhu 180 C selama 40 minit atau sampai keju bertukar ke warna golden brown . Dan hasilnya.. 



Tadaaaa! Siap!
Menggiurkan? Silalah mencuba..memang sedap ;)


P/s: Portion ni sesuai untuk 3-4 orang. Sangat banyak ;)


Wednesday, January 18, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Sardine puff home-made ;)

Semalam petang telah berjaya membuat sardine puff. Iye..rajin ok membuat, bukan beli punya. Aura rajin tetiba datang dah. Memang senang, simple dan yang penting sedap! Nak tahu resepi sardine puff yang senang & sedap ni...jeng jeng jeng..

Bahan utama: Puff pastry jenama Kawan
10 pcs = RM5 sahaja dekat Carefour

Dengan adanya puff pastry ready made ni, tak payah susah payah nak uli2 puff pastry lagi ;)

Dan bahan seterusnya ialah sardin dan sebiji telur.

Sardin tu saya masak dulu, setengah orang lenyek2 je. Ikut selera masing2. Telur tu untuk buat sapu atas puff biar kuning keemasan nanti ;)

Sebelum letakkan inti sardine, hiris2 dulu puff pastry macam kat bawah ni.Separuh je tau, jangan hiris penuh pulak nanti bocor intinya. Hehe



Dan lepas dah letakkan inti, tutup tepi2 puff tu pakai garfu. Nak lekatkan pakai telur atau air pun boleh ;)



Susun comey2 atas tray (sapukan sikit butter atas tray tu nak elak melekat) dan jangan lupa sapukan telur atas puff.



Bakar dengan suhu 190-195c selama 20-25 minit. Dan hasilnya...

Tadaaaa! 

Simple & senang je kan nak membuatnya.Hidang pulak dengan air teh o panas. Uiii..sedapnya!

Inilah resepi dan cara2 membuat sardine puff yang simple. Yums!
Selamat mencuba! ;)



Monday, January 16, 2012

Agenda Terkini

Salam. Happy new year 2012! ( dah 16 hari berlalu baru nak wish ;p). Tatkala menaip ni, si khalifah kecil sangat aktif di perut mama dia. Beralun2 perut ;)Alhamdullilah..semoga semakin aktif dan sihat baby mama ye.Huihh..lama sungguh tak mengupdate apa2 ye. Jadinya mari saya update serba sikit secara ringkas apa agenda terkini.

Firstly, minggu lepas checkup 32 minggu. Alhamdullilah both baby & mama sihat. Berat baby dah 2 kg. Wee..si comel comel! Gynae kata perut saya nampak kecil (kecil eh? saya rasa besar..hehe) tapi baby membesar sihat. Syukurlah ;) Cumanya berat saya turun 600 g. Sepatutnya ibu mengandung kena gain weight 2 kg every month kan,tapi mungkin disebabkan last month saya demam panas & batuk kuat. Jadinya takde selera makan & berat turun. Uhuk. Risau!Tapi gynae & nurse kata dun worry..pasni kena banyak makanan berkhasiat tuk gain weight balik. Oh, bercakap pasal demam panas & batuk kuat..memula saya memang tak makan apa2 ubat (sebab takut makan ubat sebarangan ) tapi demam & batuk makin menjadi2.Tak boleh jadi. Encik hubby kata kalau takmo pergi klinik, jom terus gi DEMC, admit je kat sana.Terus saya ke klinik. Uhuu..taknak kena admit wad.Doktor bagi ubat batuk, antibiotik & ubat demam yang sesuai untuk ibu mengandung. Alhamdullilah..lepas dah habis makan semua ubat2 yang doktor bagi barulah demam & batuk perlahan2 beransur pulih. Huihh..kalau tak, setiap kali batuk terasa sakit kat perut.Sampai terkeluar air mata menahan sakitnya. Minum air madu campur perahan limau jugak membantu untuk legakan batuk. Thank u Kak Masy for the petua ;) Jadinya untuk para2 ibu mengandung, kalau sakit, demam ke batuk ke jangan takut untuk ke klinik & makan ubat yang doktor bagi ok. Jangan dibiarkan sakit tu melarat tanpa makan ubat, jangan risau..doktor tau ubat apa yang sesuai untuk ibu mengandung. Fikirkan baby dalam kandungan.Usaha, doa & tawakal ye.InsyaAllah :)

Lagi..agenda paling excited sekali ialah laundry day!! Hehe..minggu lepas gigih saya membasuh baju2 si khalifah kecil. Mama kata dah boleh basuh & prepare almari baby & beg untuk dibawa ke hospital nanti. Bila dah ada green lite dari mama & encek hubby haruslah mama-to-be ni excited me"laundry" kan. Encek hubby volunteer nak basuhkan tapi kesian pulak kat beliau,penat kerja segala, alang2 kat rumah saya takde buat apa, jadinya biarlah saya yang buat. Exercise ni. Handwash, basuh ala kadar je, setakat rendam kejap ngan baby detergent & bilas & keringkan. Masa sidai baju2 ni..holoh holoh holoh..comeynya semua2 ni. Geram! Hilang terus penat membasuh ;D Tujuan membasuh ni sebab nak bersihkan baju2 baby ni dari segala kotor & habuk. Memanglah baju baru kan,nampak bersih suci je..tapinya kita tak tahu kotor2 yg berselindung disebalik baju2 baru ni (pesal ayat skema tetiba ni). Dan betul lah, masa rendam kejap baju2 & towel2 baby, air yang jernih sebelum tu berubah jadi keruh, means kotorla tu kan. So, better basuh dulu baju2 ni. Kulit baby kan sensitip.

Newborn-3 months old attires ;)
Mostly warna putih & biru je. Ada jugak beli warna merah, hijau, kuning semua tu, tapi untuk 6-9 months. Saya tak basuh sekarang, bila baby dah besar sikit & dah boleh muat baju saiz tu baru basuh.Next batch punya laundry day.


Mittens& booties comel. Ikan2.Ni sebab ayahnya hobi memancing la ni, nak jugak ada unsur2 ikan kat baju baby. Hehe

Bila dah kering semua, lipat elok2 bubuh dalam almari. Wangiiiii! 

1 bakul khas untuk towels, napkins & selimut ;)


1 bakul khas untuk mittens& booties, barut baby & towel kecik ;)



1 bakul kecik bawah tu khas untuk letak segala toilettries (bedak,minyak yuyi, cotton buds) semua ;)Dan itu sahaja baju si khalifah kecil yang dah dibasuh. Tersesat legging pink polkadot pulak. Comel sangat, tu yang beli jugak warna pink.Hoho.Nampak macam sikit je kan baju2 ni, tapi saya rasa mencukupi. InsyaAllah. Baby kan cepat membesar ;)

Dan perasan tak background almari tu ada gambar2 kereta comel2 tu? Disebabkan nampak kosong je belakang tu, jadinya saya lekatkan dengan wall sticker bagi nampak ceria sikit. Ngihiihi. Wall sticker beli kat kedai serbaneka, RM3.90 je.

Ni lah wall sticker tu sebelum dilekatkan ;)

Disebabkan murah & berkualiti (gam nya kuat), saya beli 2! Satu lagi saya beli yang ini..


 Cute height measurement scale chart ;) Deco dekat bilik khalifah kecil.


 Sebelum 


Selepas 

Cute kan?? Hololoh..Nanti boleh deco2 lagi ;) Hmm..nak cerita banyakkk lagi ni tapi stop sini dulu la. Montot dah lenguh duduk lama sangat. masa untuk rehat & membaringkan diri. Wehee..sambung esok ya ;) 









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015