Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, March 30, 2012

Introducing.. Little Intan :)


Salam mommies semua..masih tercari2 romper Carter's yang comel2 untuk si kecil tersayang? Mitten & booties Carter's yang kiut miut untuk baby tercinta?  Semuanya ada di Little Intan :)

Romper pelbagai corak yang comel2 dan juga dari pelbagai saiz. Dari newborn, 3months, 6 months, 9 months dan juga 12 months. Material dari kain kapas yang sangat bermutu & tak panas. Memang sesuai untuk kulit baby yang lembut tu :)

Antara corak comel2 untuk baby boy :)


Untuk baby girl, coraknya lagi comel2! Gerammmm!
Harga untuk romper 5 in 1 ni pun sangatlah murah. Seriously! 
RM35 sahaja termasuk pos :) 
Berbaloi2 kan..

Mitten & booties newborn gift set ni pun sangatlah comel. Corak untuk baby boy & baby girl. Materialnya pun dari cotton yg sejuk dan jenis berkualiti tinggi, tak longgar bila dah dibasuh.


Harganya RM15 sahaja, termasuk pos :)
Murah kan? 

Banyak lagi romper comel2, romper angry bird, romper bola, leggings..semua ada di Little Intan. Untuk beli dan tengok banyak lagi produk & baju comel2, boleh lah add Little Intan di facebook.Semua urusan jual beli boleh dibuat di facebook Little Intan je. Simple.Oppss..ni bisnes adik ipar tersayang. Saya tolong promote kan sahaja ;)

Ramai customer sangat berpuas hati dengan produk Little Intan. Bukan je harganya murah, tapi materialnya pun berkualiti tinggi. Dan salah sorang pelanggan tetap Little Intan ialah...

Aqil Hamzah :)
A happy customer. Hehe
Aqil pakai romper size 3 months, newborn dah tak muat.

So, to mommies sekalian, sila terjah Little Intan ok. Dijamin puas hati :)
Facebook Little Intan.




Thursday, March 29, 2012

Selepas 36 hari :)

Latest update selepas 36 hari :)

Sebelum. Mengandung 9 bulan.
Berat 81kg


Selepas 36 hari menjadi mama.
Berat 65kg :)


Aqil Hamzah hari pertama
Berat: 3.52kg
Panjang: 49cm


Aqil Hamzah selepas 36 hari.
Berat: 5.1 kg
Panjang :56 cm
Fully breastfeed :)

Alhamdullilah.Moga Aqil terus membesar dengan sihat dan mama terus mengurus dengan sihat juga. Hehe.Tengok anak membesar depan mata memang satu anugerah yang tak ternilai.I am a happy mom! :)


Thursday, March 22, 2012

Kuruskan badan dengan cara yang happy ;)

Kalau dulu masa baru2 kawin, mulut ni selalu mengkomplen diri sendiri ni montel la, berat dah naik la, itula, ini la.Tapi bila dah bersalin ni, tengok balik gambar masa baru2 kahwin dulu..alahaiii..kurusnya dulu.Baru terasa yang dulu adalah kurus bila dibandingkan dengan badan sekarang.Wihihi. Apapun saya bersyukur sebab sihat walafiat.Azam terkini, mengembalikan berat badan macam dulu2 tu tanpa diet dan makan pil kurus. Kuruskan badan dengan cara yang sihat dan happy iaitu dengan menyusukan baby. Orang kata kalau rajin nyusukan baby, berat badan akan susut.Dan saya rasa memang betul, dah 29 hari menyusukan baby, berat saya berjaya turun 15 kg. Lagi 5 kg untuk kembali ke berat asal. Yeahh. Chaiyokk pada diri sendiri ;)

Ni gambar tahun lepas masa Memuah penang Trip, bulan 6,2011 ;)

Muka maintan chubby takpe. Wiii ;p


Wednesday, March 21, 2012

Monday, March 19, 2012

Yang sangat diperlukan selepas bersalin..

Lepas bersalin, automatik semua akan berubah. Takde lagi tido yang lena, makan yang sedap2 (berpantang kan), masa yang cukup untuk diri sendiri..banyak lagi. Emosi dan fizikal lepas bersalin pun automatik berubah. Penat sebab tak cukup tido memang buat emosi tak stabil, fizikal pulak makin mengurus (yang ni sangat seronok sebenarnya.hoho). Oh,walaupun happy sebab dah turun berat badan,tapi jangan disangka perut yang licin tanpa strecth mark masa mengandung akan kekal licin mulus lepas bersalin ok. Macam saya, sebelum ni memang happy tengok perut bebas strecth mark tapi lepas bersalin,bila perut dah meleper terus nampak stretch marknya. Huhu. Walaupun sikit je (bahagian bawah perut) , tetap jugak rasa stress sebab terasa perut ni dah tak sexy.Mengundang ketidakstabilan emosi juga. Haha. Tapi tu perasaan kejap je, lama2 dah ok.Boleh terima.Bukan masalah besar pun.Ni lah pengorbanan menjadi seorang mama kan.Betul lah orang cakap, lepas bersalin, emosi memang ke laut.Benda kecik2 pun nak stress.Sebab tu kena banyak bersabar & istigfar banyak2.Tapi memula je emosi tak berapa betul, dalam seminggu pertama..lama2 kelamaan dah mula biasa :) Dah tahu nak uruskan masa dan diri sendiri macam mana. Tau dah macam mana nak susukan baby (masa mula2 agak kekok sebab festime kan, tambah pulak ngan c-sect, jadinya memang kekok bila nak kendong baby masa menyusu tu).Tau dah nak tukar pampers, pakaikan baju baby segala. It's a learning process for me & encek hubby.Bila dah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ni, stress pun hilang.Terus rasa enjoy menghabiskan masa membesarkan si kecil ;)

Alhamdullilah harini dah 26 hari saya menjadi mama. Jadi saya nak kongsi sikit apa dan siapa yang sangat2 diperlukan lepas bersalin..

Yang pertama sekali, mama & mak kesayangan.

Tok mama & Aqil Hamzah :)

Mama sangat2 diperlukan lepas bersalin. Mama yang tolong jagakan saya dan baby. Walaupun dalam masa yang sangat emosi, tapi bila mama datang tolong, semua stress tu hilang sekelip mata. Aura penenang seorang mama memang menakjubkan. Lagi satu, segala makan pantang saya beliau yang jaga. Tak kira kena makan ikan bilis & ikan haruan hari2, tapi bila mama yang sediakan, saya makan berselera (bila BF, memang sangat lapar & haus ok). Tak tolak & mengeluh pun sebab saya tahu mama tahu apa yang terbaik untuk saya.Standard la makan masa berpantang, yang rebus2, bakar2,halia banyak.Jangan nak banyak songeh sangat memilih makan. Nama pun berpantang kan. Lepas pantang nanti makan la sedap2 sesuka hati.Hee.Mama memang penjaga yang terbaik. Terima kasih sangat2 mama :') Dah jadi mama ni barulah saya tahu macam mana perasaan seorang mama tu macam mana. Sentiasa buat yang terbaik untuk anak2 nya.


Opah & Aqil Hamzah :)
Masa ni opah tengah bagi Aqil kurma & madu.

Mak mertua juga penting sebab beliau bagaikan mak sendiri. Mak pun ada pengalaman melahirkan anak secara c-sect, jadi banyak nasihat & kata2 semangat yang mak bagi. Lagipun mak dulu bekerja sebagai ketua jururawat, jadi kalau ada apa2 nak tanya pasal luka c-sect ke pasal baby ke cepat2 refer kepada mak. Kalau ada apa2 yang saya blur pasal menyusukan baby, baby kembung ke apa, saya tanya je dekat mama & mak.Diorang masing2 ada pengalaman menjaga anak kan.Lebih tau segalanya. Jadinya tak payah susah2 google kat internet.Tanya je kat mereka.Saya lebih percaya kepada mereka dari percaya dekat encek google :D Saya bersyukur sebab adanya mereka dalam hidup saya. 

Yang kedua adalah encek suami

Suami adalah penting juga. Dia adalah peneman & juga pemberi semangat. Lepas bersalin, encek suami kena banyak bersabar & kena rajin ringan tulang untuk tolong si isteri. Yela, isteri masih dalam keadaan lemah kan, nak menstabilkan emosi & mental lagi, jadinya dengan adanya encek suami di sisi, betul2 membantu.Kekadang terfikir sebenarnya encek hubby saya adalah orang yang lebih penat berbanding saya.Yela, masa mengandung, penat melayan karenah saya selama 9 bulan, lepas bersalin,penat menolong  saya dan baby pula. Walaupun saya tahu encek hubby saya penat, tapi dia tak pernah mengeluh atau say no. Sentiasa ada disisi saya sepanjang proses kelahiran anak kami,gigih tukarkan pampers Aqil, gigih bangun malam2 untuk panaskan susu, encek hubby berusaha belajar untuk jadi ayah yang terbaik. Terharu :') Kekadang macam tak percaya je bila tengok dia tukarkan pampers Aqil semua, dia tak kekok. Terima kasih sayang untuk segalanya :').Jadinya para2 encek suami, cubalah menjadi suami dan ayah yang terbaik ye. Lepas isteri bersalin, rajin2 kan tulang untuk tolong si isteri.Kalau kekok nak uruskan baby, tolong lah dari segi lain, basuhkan baju baby ke, urut2kan badan si isteri ke, sediakan makan si isteri ke. Banyak yang boleh dibuat.

Ayah Aqil superdad! Sambil cakap tepon, sambil bedung si Aqil :D


Yang ke tiga yang sangat diperlukan ialah Breastpump! 

Yup..ianya sangat penting lepas bersalin sebab walaupun kita DF (direct feeding), tetap jugak bila sampai satu2 masa miss B akan membengkak sebab susu dah penuh. Bila miss B bengkak, dah semestinya sakit sangattt, baby pula masih kenyang, jalan penyelesaian ialah pump! Pump sampai lega dan kumpul stok BM (breastmilk) banyak2 untuk kegunaan masa depan. Dan juga nasihat saya, breastpump tu jangan terus beli yang mahal2 dulu, sebab kita tak tahu susu kita banyak mana lagi, cukuplah awal2 tu beli yang termampu dulu (tapi berkualiti) macam Avent manual,bila susu dah mula banyak mencurah2, barulah beli yang mahal (ikut kemampuan). Sebab bila kita spend mahal2 untuk breastpump, tapi bila kuantiti susu sangat sikit masa awal2 tu, kita akan stress.Avent manual memang sangat selesa dipakai, ia ada silicon massager, jadi tak sakit bila mengepam. Memangla agak lambat sikit sebab manual kan, tapi memang berkesan. Saya pakai ni masa awal2 berpantang dulu (masa susu tak banyak lagi). Sekarang saya guna Spectra3, memang bagus dan laju. Jadi saya recommend mommy-to-be sekalian kedua2 brand ni :D Dan BF baby adalah sangat menyeronokkan :)

Dan yang keempat ialah Nursing cream @ nipple cream. 

Ini bagi saya penting sebab masa lepas bersalin, baru nak belajar menyusukan baby, kita jadi kekok, lepastu cara menyusukan tak betul. Bila cara menyusukn tak betul,baby hisap pun tak betul jadinya nipple akan sakit dan crack. Nipple crack amatlah sakit Huhu .Jadinya, nursing cream adalah penyelamat. Saya gunakan Palmer's Cocoa Butter Nursing Cream. Memang sangat berkesan. Saya apply pagi, tengahari tu dah boleh BF baby macam biasa, dah tak sakit dah. Jadinya mommy-to-be sekalian, sediakanlah nursing cream ni awal2 before bersalin ye, supaya senang nanti. Macam saya langsung tak terfikir nak beli nursing cream ni sebelum bersalin, bila dah sakit, baru emergency mintak tolong encek hubby carikan, mujur dia tahu nak cari nursing cream mana yang bagus :)

Lagi satu, saya nak share dengan mommy-to-be sekalian, prepare yourself mentally & physically for labor. Bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Walaupun kita yakin yang kita boleh melahirkan anak secara normal, setiap kali  antenatal checkup, semuanya ok,takde tekanan darah tinggi, takde kencing manis, takde penyakit2 yang berisiko,tapi kita kena bersedia untuk c-sect juga. Kita hanya merancang tapi sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Jangan bersedih kalau ditakdirkan tak dapat melahirkan anak secara normal sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya :) Macam kes saya, sebabkan takde masalah setiap kali antenatal checkup dan yakin boleh lahirkan anak secara normal, tak prepare langsung untuk c-sect. Sebab tu bila kena c-sect, saya jadi terlalu sedih. Jangan2 sedih2 ok, lahirkan anak secara normal ke c-sect ke, masing2 ada kelebihannya, yang penting baby dan mama selamat :) Dan saya yakin semua wanita nak lahirkan anaknya secara normal, tapi kalau dah ditakdirkan c-sect, kena terima dengan redha dan  tabah. Sebenarnya, c-sect takdelah seteruk yang disangka ;) 



 Hilang segala stress bila tengok keletah si kecil ni :')
Aqil..Aqil..kekadang mama rasa kamu ni macam dah besar :)




Thursday, March 08, 2012

Yang baik budi, pintar & kebijaksanaan :)




Uuu..mama..apa tangkap gambar masa saya tengah tukar pampers ni?
Maleewwww la kitewwww ;p
Oh, masa ni saya ada talipusat lagi, dah tanggal masa saya umur 8 hari. Bye2 talipusat sayang yang banyak berjasa ;)


Yang baik budi,pintar & kebijaksanaan.Itulah maksud nama saya, Aqil Hamzah Bin Amir Fozy ;).Mama ngan oyang saya yang pilih nama ni. Umur saya harini Alhamdullilah genap 2 minggu. Saya sangat kuat menyusu..nom nom nom..susu original dari mama! Hee.Susu formula saya minum jugak sebab kekadang saya rasa lapar je, macam tak cukup susu.Berat saya masa hari ke-10 dah 3.6 kg.Mama saya pula dah makin kurus, 2 minggu mama saya dah turun 10 kg :) Tapi Alhamdullilah mama semakin sihat, dah boleh jalan laju2, hari2 mama makan ikan haruan.Mama tak banyak songeh bila bab makan masa berpantang ni, apa yang atok mama masak, mama makan. Mungkin sebab tu luka mama cepat sembuh ;).Bila siang saya suka tido je, bila malam saya bangun berjaga ajak mama main2.Bulat mata saya tak nak tido.Mama sekarang berpantang dekat kampung Muar, atok mama jaga. Ayah Aqil balik jumpa saya setiap minggu, ayah Aqil kena kerja.Walaupun ayah Aqil jauh, dia hari2 msg & call mama tanya pasal mama & saya. Ayah siap downloadkan berpuluh2 movie untuk mama supaya mama tak boring bila berpantang kat kampung.Oh, Aqil rindu ayah! Tak sabar nak tunggu Sabtu..nak buli ayah pulak.Jadi zombie malam2. Hee..oklah, Aqil nak ngempeng ni.Nanti kalau mama free, dia update secara banyak sebab banyak dia nak cerita tu. Bye bye.











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015