Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Friday, April 27, 2012

Nipple Confusion.

Minggu ni Aqil memang cranky. Ada je yang tak kena. Opah dia kata mungkin "mintak akal" tu sebab nak beralih bulan.Setiap bulan kan ada perubahan baru pada baby. 2-3 hari ni Aqil asek mengamuk je bila nak menyusukan dia.Mengamuk yang beria2, macam kena cubit.Dia taknak bila saya suakan "nenen" dalam mulut dia. Tukar position bagi dia selesa, nangis. Tukar nenen kanan ke nenen kiri pun dia still nangis. Dia seboleh2 nya taknak nenen. Ditolak2 pakai lidahnya.Huhuhu. Memang rasa sedih sampai menangis lah mamanya ni .Mau tak nangis, anak dah kelaparan, tapi bila nak nyusukan dia,dia ngamuk nangis2.Tak tahu nak buat apa.Buntu.Macam2 soalan dalam kepala. "Kenapa Aqil ni, tak sihat ke? Mulut ada ulser ke? Susu mama ni tak sedap ke?.Sedih ada, risau ada,kecewa ada.Macam2 perasaan.Puas opah dia pujuk,dodoi2..last2 tu bila dia betul2 dah ngantuk, mata kuyu sangat,disuakan nenen baru dia nak minum. Maksudnya minum dalam keadaan betul2 ngantuk.Minum dalam keadaan terpaksa sebab dah haus & lapar, penat sebab menangis pun ye. Kesiannya la tengok Aqil.Huhu.Selalunya kalo dia ek ek ek lapar, suakan je nenen..bukan main laju dia minum. Siap berbunyi2.Tak sabar2.Tapi kali ni betul2 mencabar bila nak nyusukan dia.Sedihnya :'(. Tapi bukan tiap masa dia cranky macam ni, bila nak tido malam je dia akan berkeras takmo "nenen". Kalau dia bangun tengah malam & waktu siang ok je dia menyusu.

Biras bagitau mungkin Aqil dah "keliru puting". Masa tu baru tau pasal masalah ni. Nipple confusion atau keliru puting ni adalah antara masalah terbesar dalam penyusuan baby (breast feeding).Saya pun google pasal masalah ni sebab baru tahu dan baru first time dengar (nampak sangat "rajin" membaca.Huhu.). Bila dah baca maklumat & signs of nipple confusion ni, memang betul lah Aqil sekarang tengah mengalami nipple confusion. Antara penyebab nipple cofusion ni ialah penyusuan menggunakan botol. Kalau guna botol kan baby senang je nak minum..laju je susu tu keluar,dia dah selesa.Tu yang bila disuakan "nenen", baby tolak sebab mungkin flow tak sama dengan bila menyusu guna botol.Biasanya masalah ni  terjadi pada baby yang mamanya bekerja dan terpaksa hantar baby ke babysitter. Masa dekat tempat babysitter tu baby akan menyusu menggunakan botol,jadi baby dah terbiasa.

Tapi untuk kes Aqil ni saya jarang susukan dia guna botol,dalam seminggu adalah 2-3 kali sebab nak biasakan dia menyusukan guna botol.Alhamdullilah Aqil dapat terima menyusu gunakan botol (walaupun kadang2 dahi dia berkerut2 masa menyusu tu,maybe dia terasa lain.Tapi dia berjaya juga habiskan susu tu).Salah satu penyumbang kepada nipple confusion ni juga ialah puting nyot2 (pacifier). Yeeeee...itulah kesalahan terbesar yang mama Aqil dah buat.Hukhuk. Sebelum ni memang memain je bagi puting tu dekat Aqil.Bila dia nak tido je baru disumbatkan (sebab even dah lepas menyusu mulut Aqil still macam nak ngempeng..nyot nyot nyot). Lama-kelamaan dah terbiasa. Bila dia ek ek ek je, bagi puting. Meragam sikit je bagi puting.Aqil pun syok je nyot2 sampai kekadang mamai2, leka lepastu tertido. Jadi bila dia dah terbiasa dibagi puting, bila lapar mama nya suakan nenen, mungkin dia ingat mama nya suakan puting (pacifier), tu yang buat dia mengamuk sakan.Menangis2 beria. Sedih hati betul bila tengok baby nangis macam tu.YaAllah..baru saya tau bahayanya bagi puting tu dekat baby. Sorry Aqil, mama tak tahu.Kalau mama tau memang TAK lah mama nak bagi kamu puting. Huhuk. Dari suka2, memain..akhirnya bagi kesan buruk dekat baby.Boleh baca pasal nipple confusion ni & pengalaman ibu2 lain pasal masalah ni dekat sini, sini dan sini.

Dan cara mengatasi masalah nipple confusion Aqil ni ialah dengan katakan TIDAK pada pacifier!! Sejak semalam dah mula tak bagi Aqil puting. Memula tido dia macam tak lena,kejap2 terjaga (sebab selalu kalau pakai puting nyot2 tu lena tidonya), tapi Alhamdullilah dia takde masalah nak direct feeding. Bila disuakan nenen, laju dia minum macam biasa.Sangat lega!! Tapi tu la, bila dia dah kenyang..still macam nak nyot nyot mulut dia tu. Habis jari2 dia hisap. Mungkin sebab dah biasa berputing. Takpe sayang..mama rela kamu hisap jari2 kamu tu dari hisap puting lepastu nanti kamu keliru. Oh tidak.Mama taknak masalah ni jadi lagi. Memang menyedihkan.Huhu. Kesian anak mama ni, patutlah cranky je.Maaf ye sayang, memang salah mama.Lepasni mama kena banyakkan membaca lah, cetek lagi ilmu mama dalam breast feeding ni.

Jadi kepada mommy & mommy to be sekalian, jangan bagi puting kat baby ok.Memang kekadang ianya membantu disaat2 kritikal, tapi bila dah terkena masalah nipple confusion ni mama nya yang kritikal nanti.Huehue.



Say No to pacifier!




Holoh2..Aqil buat muka sedih nak berpisah ngan putingrnya.
Takpe sayang, demi masa depanmu :)

*Toingggg! Buang puting Aqil dalam tong sampah*



P/s: Memang terasa sedih sangat hati mama bila Aqil kena masalah ni.Sedih teramat. Alhamdullilah dah jumpa penyelesaiannya. Sangat lega! :')

Tuesday, April 24, 2012

Cranky..cranky



Si cranky mama ni.

Malam semalam Aqil serba tak kena.Macam tak selesa. Cranky. Tido malam pun tak berapa nyenyak. Kejap2 terjaga..nangis2. Biasanya bangun 2-3 kali je mintak susu.Pagi tadi pun sama..selalu lepas mandi nyenyak je dia tido balik, tapi harini tak. Muka dah mengantuk, tapi dia tahan mata tu takmo tido. Ek ek ek..ada yang tak kena.Sapu minyak yuyi takut kembung, dah buat. Nak susu,dah bagi. Kalaulah baby boleh bercakap kan..mesti dia bagitau kenapa dia serba tak kena tu.Mungkin dia rasa sakit kat tempat yang kena cucuk semalam tu kot (masa cucuk tak rasa lagi, dah malam baru terasa sakitnya tu. Agaknya lah). Takpun cranky sebab rindukan ayah dia.Huhu. Cian anak mama ni. Bila tengok si anak serba tak kena, dan bila kita dah cuba cari apa penyebabnya tapi tak berjaya, terasa macam nak nangis pun ada. Syukurlah diri ini sejak seminggu lepas pantang, dah berjauhan dengan suami (weekend je jumpa), jadi pandailah berdikari sikit. Jiwa kena kental.Penat macam mana pun, tapi demi anak kena usaha jugak carik jalan penyelesaian untuk tenangkan & selesakan diri dia.Baringkan atas katil, popok2 dia takmo tido.Letakkan atas bouncer pun takmo tido jugak. Ek ek ek.Dodoikan sambil tawaf satu rumah pun tak jalan.Still ek ek..bunyi macam tak selesa.Last sekali baru muncul idea nak letak dia dalam carrier..lepastu gerak2 kan,macam baby rocker tu.Lebih kurang 5 minit lepas tu Alhamdullilah Aqil terus tido. Fiuhhh..lega.Tapi nak digerakkan jela, bila berhenti je, dia pun automtik gerak2. Demi mu anak, rela mama gerakkan carrier tu sepanjang masa agar kamu dapat tido lena.Agaknya dia syok tido dalam tu terasa macam tido dalam buai (macamlah dia penah tido dalam buai kan.Aqil tak pernah tido buai pun.hehe) 


Nyenyak diulit mimpi :)

Syukurlah, lama jugak dia tido dalam ni..almost 3 hours. Tapi takdelah mama dia kena gerakkan carrier tu smpai 3 jam. Dalam 20 minit je, lepas tengok dia dah betul2 nyenyak dibuai mimpi, mama dia pun stopkan.Dah boleh buat kerja lain. Bangun2 je Aqil, lapa nak susu.Lepastu ok dah senyum,gelak2. Tak cranky dah.Ok, lepasni kalau Aqil cranky2, mama tau nak buat apa.Berguna jugak carrier ni, boleh jadik car seat & rocker. 3 in 1.Hehe. Tak sia2 kakak Intan pinjamkan carrier ni untuk baby Aqil, besar kegunaannya :).Terima kasih kakak Intan. Mmuahh!

Jadi kesimpulannya, se"cranky" mana pun baby kita,kita kena usaha sedaya upaya untuk tenangkan dia. Baby tak boleh bercakap,jadi kita sebagai ibu bapa lah yang kena cuba semuanya untuk cari jalan penyelesaiannya :).


Monday, April 23, 2012

Aqil Hamzah 2 bulan :)


 Kesayangan mama nih! :)

Lama tak update blog, tetiba dah bertukar format baru, blur2 kejap.Huhu.Ok, berbalik pada tajuk asal..Alhamdullilah,harini genap Aqil Hamzah 2 bulan. Baru lepas pergi checkup pagi tadi, syukurlah tunggu pun tak lama. Pergi pukul 8 pagi, pukul 9 dah siap semua dah. Selalu checkup kat klinik kerajaan kan berjanggut menunggu, tapi kali ni, syukur tak lama.Harini pergi ditemani encek hubby tercenta, yelah..dah ada baby kan, harus kena ada dia..tolong dukung :) Aqil pun masa kena cucuk ek ek sekejap je. Lepastu ok. Tak nangis langsung. Good boy sungguh. Masa cucuk tu ayah Aqil yang pegang Aqil, mama dia dah saspen macamkan mama yang nak kena inject.Tak sampai hati sebenarnya nak tengok Aqil jerit nangis2.Mujurlah dia tak nangis. Berat terkini 6.4 kg, gained 1.3kg dari last month. Panjang terkini pulak 61 cm, last month 56cm. Memang membesar bagaikan juara anak mama ni.Khasiat dari susu ibu :) Yup, Aqil masih minum susu ibu secara ekslusif lagi..no campur2 ok.Semoga anak mama ni terus membesar dengan sihat.Aqil skarang sangat manja dengan ayah dia, agaknya sebab tak selalu jumpa (hari minggu je), jadi dia punya manja dengan ayah dia.amboii..melekat je.Lepaskan rindu la tu. InsyaAllah minggu depan kami balik ke rumah sendiri, nanti dapatlah Aqil jumpa ayah hari2. Yeayy! Mama pun yeayy jugak. Hehehe.


2 butak kesayangan. Muuahh! :)



Friday, April 13, 2012

Majlis Aqiqah Aqil :)

Alhamdullilah, selesai sudah majlis aqiqah Aqil yang diadakan pada hari Rabu lepas,11/4/2012. Majlis ni sekali dengan majlis khatam Al-Quran Caca dan majlis aqiqah Intan sekali.Majlis buat dekat kampung, jadinya memang meriah, dah macam kenduri kawin pun ada sebab ramai tetamu yang datang dari sebelum majlis untuk tolong2 sampailah majlis habis, memang penduduk kampung tak berat tulang untuk menolong :)


Suasana di pagi hari sebelum kedatangan tetamu.


 My sis, Caca (macam pengatin tu tau..hehe), Me & Mama :)
Mama pun pakai baju polka dot.Comellll! Hehe.


Kak Ayu (sepupu) yang banyak membantu & juga Kak Long (my sis in law)


Caca tengah khatam Al-Quran :)
Hiasan belakang tu & babycot kami buat sendiri. Idea kreatif mama ;)

Lepas habis majlis khatam Al-Quran Caca, terus disambung dengan majlis Aqiqah & potong jambul Aqil & Intan :) Dimulakan dengan kami mengelilingi babycot sebanyak 5 kali.Jangan tanya kenapa..ni macam adat orang Johor lah rasanya.Hanya adat, bukan kepercayaan apa2.


Mama pusing keliling babycot sambil buat muka blur.Haha


Kemudian Aqil diletakkan dalam bouncer masa upacara berzanji & berendoi diadakan :)


Good boy anak mama nih, senyap je duduk dalam tu ;)

Lepas berselawat & berzanji, kemudian acara berendoi dimulakan.First time saya dengar & ikut majlis berendoi ni, best ayat2 yang mereka dendangkan (dendang?).Ayat berunsur nasihat untuk si anak.Lama jugaklah upacara berendoi ni, dekat 1 jam.Memang satu pengalaman yang baru bagi saya.

Kemudian,bermulalah sesi mencukur jambul (sebenarnya memotong rambut kan?) ;)

 Aqil disuap dengan air zamzam sebelum rambutnya dipotong sikit.
Aqil yang kena suap,mama nganga lelebih tu apesal? hehe


Aqil & kakak Intan :)


Beloved family in law :)


Mama , Ayah & Aqil Hamzah :)
Masa ni Aqil dah tukar baju..panasss.

Lepas habis majlis,para tetamu semua dah balik, terus sesi membotakkan rambut Aqil sebab Aqil tengah nyenyak tido masa tu, senang sikit nak cukur.Rambut Aqil dicukur sendiri oleh ayah dia. 


Posing kejap ngan mama sementara ayah pergi amik pisau cukur. Hehe


Wuishhh..masa ni mama Aqil yang saspen lebih.Aqil rilek je tido. Ayah pun steady je mencukur,mama yang berpeluh2 kecuakan.


Bila dah cukur kepala Aqil baru nampak kerak2 kepalanya yang banyak. Mencabar jugak nak membersihkan kerak2 tu.Ayah Aqil maintain steady, mama Aqil yang asik mengomel je.Huhu. Saspen2.


Dekat 1 jam jugaklah nak melicinkan rambut Aqil.  5 pisau cukur yang digunakan.Alhamdullilah sepanjang proses cukur tu Aqil tido nyenyak.


Dan akhirnya..botak sudah sayang mama nih :)


Mama, mana rambut Aqil? *sambil usap2 kepala*


Wajah baru Aqil, nampak makin bulat! :)
Terima kasih ayah sebab botakkan rambut Aqil, ayah memang berani. Nanti Aqil nak jadi berani macam ayah :)

Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mama & ayah untuk majlis aqiqah Aqil  yang meriah ni & juga kepada encek hubby & juga family tercinta yang banyak menolong dari awal sampai akhir majlis dijalankan. InsyaAllah, hujung minggu ni saya balik KL. Ishh..mesti sedih sebab lepas ni dah berjauhan dengan mama. Huhu. Dah2..taknak sesedih. Selamat Hari Jumaat semua :)



Monday, April 09, 2012

Perkembangan Aqil Hamzah

128 Mac lepas, Aqil first month checkup. Disebabkan mamanya ni masih lagi berpantang di kampung Muar,jadi checkup Aqil dekat klinik kesihatan (KK) area kampung ni je la. Pengalaman ke KK dekat kawasan memang sangat2 berbeza dengan KK dekat Shah Alam sana tu (or mana2 bandar2 lah) sebabnya dekat KK kawasan kampung ni dahlah nurse2 sangat friendly, dan yang penting sekali sangat lengang. Takde ramai ibu2 duduk bersusun2. Seriously lengang.Memang best sungguh kalau ibu2 mengandung buat monthly checkup kat KK ni, tak payah tunggu lama2 sampai kebas2 montot.

Ditemani mama tersayang. Aqil tido dengan nyenyaknya.Baik budi tak banyak kerenah ;)

Nak tengok betapa lengangnya KK ni?



Haaa..kerusi semua kosong. Mama siap duduk kat sofa sambil tengok cerita Nora Elena lagi. Hehe

Alhamdullilah, perkembangan Aqil dan mamanya sihat. Luka mama dah sembuh sepenuhnya.Blood pressure, hb, urine, berat badan semua ok. Aqil pun membesar dengan sihat, berat bertambah 1.6kg dan panjangnya bertambah 7cm :) Talipusat bersih. Aktif. Dan masa nurse bagi injection kat Aqil pun dia nangis kejap je,sebelum tu dia tido, lepas kena injection..uwekk uwekk nangis, lepastu sambung tido balik. Boleh? Mama dia yang cuak lelebih. Hehe

Sekarang kalau buat monthly checkup kena bawa 2 buku.

Yang biru tu Aqil Hamzah punya :). Yang merah tu mama punya, pakai buku merah yang lama tu (masa mengandung.

Bercerita pasal perkembangan Aqil Hamzah, dia sekarang dah mula nampak (lebih fokus).Kalau sebelum ni pemandangan dia tak berapa fokus lagi, sekarang kalau mama dia agah ke sesiapa agah ke dia dah pandai senyum2. Dah pandai tengok kamera, memang macam mama dia suka kamera. Haha.Mulut pun dah keluar macam2 bunyi. Comey2 ;)

Si mata bulat :)


Suka ketawa2 ;)


Kalau letak kat bouncer, leka je dia tengok tv, kekadang sampai tertido sendiri :)


Tido paling lena atas peha mama dia, kalau angkat je pindah ke tilam terus bangun. Memang magic!

Paling suka bila mandi, excited kaki menendang2. Tapi kalau lepas mandi, lambat sikit pakaikan baju, mulalah dia menjerit sakan. Sejukk!. Minum susu pun makin banyak, sekarang dah 3oz sekali minum. Bangun malam pun dah kurang sekarang ni, tak selalu macam dia baru2 lahir dulu.Sebulan lebih, banyak perkembangan Aqil. Gembira hati bila tengok perkembangan dia. Seronok sangat. Hilang segala penat, ngantuk tak cukup tido segala bila tengok dia senyum2. Eyy..geram! Inilah kelebihan anak kan,penyejuk hati ;)



P/s: Dan hari ini dah 47 hari usia Aqil, mama pun dah habis pantang. Yeayy! Sepanjang tempoh berpantang berjaya hapuskan 16kg lemak2 degil :)

Monday, April 02, 2012

Anniversary pertama :)

Tahun lepas, di tarikh hari ini 2 April, di waktu ini..saya sah bergelar seorang isteri kepada lelaki yang amat dicintai :)

Saat diijabkabulkan :)

Terasa masih baru je lagi majlis resepsi kami yang penuh indah :)







Alhamdullilah, kami jalani kehidupan suami isteri selama setahun ni dengan penuh warna warni :)

Belajar mengenal hati & diri masing2 bersama2 :)



Belajar untuk menjadi suami isteri yang terbaik bersama2 :)


Belajar menghadapi susah senang bersama2 :)


Belajar naik basikal bersama2. Eh eh? ;p

Belajar menjadi ayah & mama mithali bersama2 :)

Alhamdullilah.Banyakkkk saya pelajari sepanjang setahun perkahwinan kami ini. Semoga jodoh kami kekal hingga ke Jannah. Saya bersyukur kerana menjadi rusuk kiri kepada lelaki yang disayangi.Thank you so much sayang for being such a greattttttt hubby & daddy! :)

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan lelaki2 ini dalam hidupku :')

2 lelaki yang dicintai :')
Kelahiran Aqil Hamzah menceriakan lagi hidup kami :)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015