Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Monday, July 30, 2012

Parenthood Expo 2012

Akhirnyaaa,ke sini juga kami setelah lamaaa tak ke expo barangan baby ni. Macam biasa, ramai tetap ramai walaupun bulan puasa.Dipenuhi dengan preggy mommies dan juga hot2 mommies.Preggy2 mommy ni kalau bab shopping automatik ada power berganda tau.Semangat berkobar2 time shopping tak kira lah masa bulan puasa pun.Hehe.Bercakap melalui pengalaman. Tapi walaupun ramaiiii..expo ni memang best!! 


Tips: Pakai carrier lagi senang dari bawak stroller kalau nak ke tempat ramai orang gini.
Gambar blur pulak.Tskk!

Kami ke sana awal pagi. Jam 10.30 dah sampai di MidValley. Walaupun baru setengah jam hall tempat expo ni bukak, dah mula ramai. Tengok kaunter register dah berjela orang beratur, so skip registration. Terus kami ke booth Whoopee dulu takut ramai orang.Sekali sampai tak ramai pun..sukaa! Maka boronglah 4 packs terus. 1 pack = RM25. Kalau yang dulu punya expo 1 pack, RM20 je, mungkin promotion price sebab Whoopee ni brand baru. Ohh, Aqil sekarang dah tukar daripada MamyPoko kepada Whoopee. Bagus diapers Whoopee ni, dahla murah,kualiti sehebat MamyPoko pulak tu. Serius. MamyPoko yang baru ni entahlah..macam dah kurenggg sikit kualitinya. Macam tak serap bau.Sorry MamyPoko. Huhu.

Lepastu terus ke booth Pureen pulak. Masa ni ayah Aqil duduk kat kerusi tepi hall je sebab Aqil tido. Jadi dengan sepantas kilat mama Aqil ni amik segala keperluan Aqil, wet tissues 5, liquid cleanser 2, detergent 2, baju lubang2 4, baju tido 2, towel 1. Terus bayar. Haaa..tak sampai 1/2 jam pun kat Pureen tu. Koser nak lelama kat booth tu. Semput mak nak berasak2 dengan orang ramai. Habis je mamanya shopping terus Aqil terjaga. Ayah Aqil hantar barang2 yang banyak tu ke kereta dulu. Maka berlegar2 kejap Aqil dengan mama dalam expo tu untuk cuci2 mata kejap.

Beli mainan Aqil sikit, stokin, pastu beli sabun Tropika jugak. Selalu nampak iklan sabun ni kat majalah Pa & Ma,sabun dari minyak kelapa dara, tanpa chemicals & steroids untuk baby yg berkulit sensitif dan ekzema. Menarik! Belikan untuk Aqil sebab kulit Aqil memang sensitif, tak boleh kena sabun.Pakai Sebamed pun tak jalan. Jadinya selama ni dia memang mandi tak bersabun, tak bersyampoo semua. Berbedak pun tak pernah. Kalau pakai nanti naik merah2 badan dia. Huhuhu. Ciannn.Tapi tetap mangiiii tau. Bau lemak masyam2. Nyumm!  Masuk harini dah 2 hari dah Aqil pakai sabun & baby oil Tropika ni badan dia ok je. Takde merah2. Mungkin serasi. Alhamdullilah :) Beli Auntumz nursing bra juga. 50% off. Memang murah gila! 


Sabun RM13.90, Baby Oil RM20
Tapi masa kat expo semalam beli 2 ni dapat RM28 je.



Detergent pun haruslah untuk baby yg berkulit sensitif.


Pukul 1230 macam tu kami pun balik. Hebat tak? 2 jam je hokey dekat expo. Hehehe. Tak boleh lama2, takut terbabas beli barang2 yang takde dalam list pun.Sukurlah napsu serakah masih terkawal lagi. Memang membeli ikut list je walaupun gerammmm je tengok baju melayu corak comel2 kat sana.Arggghh! Masa tengok barang2 yg menggeramkan tu cepat2 beristigfar dalam hati, jangan ikut nepsu! Aqil dah ada 4 baju melayu (makcik2 dia bagi, tak beli pun. Murah rezeki anak mama nih), jadi tak perlu nak tambah lagi. Lebih dari cukup tu. Baju2 raya Aqil yang lain pun dah dibeli sebelum ni jadi memang takde shopping baju raya la. Beli baju2 lubang2 je sebab si Aqil ni memang kuat berpeluh.Baju lubang2 yang sedia ada ni pun dah kecit, dah tak muat kepala dia nak masuk. Hehehe

Baju lubang2 Pureen. RM10 je sepasang. Murah kann. Dah la kainnya lembut. 

Jadi kesimpulannya memang berbaloi2 la pergi expo kali ni. Dah la melambak2 booth yang best, barang2 pun banyak yang murah tapi macam breastpump & stroller tu still harga dekat online lagi murahlah. Kepada mommy to be sekalian, nak beli barang2 keperluan baby, pergi expo macam ni je ok. All u can get here. Senang.Sekali harung je shopping semua. Nanti nak buat entry pasal keperluan barang2 baby pulaklah, untuk rujukan mommy2 to be sekalian. Oklah, bye.


Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday: Iftar Memuah 2010












Lepas berbuka, eksesais pulakkk.
Apa pun tak boleh!!
 Hahahaha.

Tuesday, July 24, 2012

Aqil Hamzah 5 bulan :)

Alhamdulillah. Dah 5 bulan dah Aqil.Memang terasa sangat kejap masa berlalu. Huhuhu. Kejap je terasa anak mama ni dah besar.Semalam ke klinik desa, tempat biasa untuk monthly checkup Aqil. Berat terkini 8.9kg, panjang 68cm.Syukur. Masa cucuk rilek je tak nangis.Nurse check perut dia semua,ok takde masalah. Aqil pulak peramah bukan main semalam.Nak borak2 je dengan nurse. 

Antara perkembangan Aqil sekarang ialah sangat aktif mengiring. Kekadang je terlangkup meniarap tapi still tak dapat nak adjust tangan sebelah yang terhempap bila meniarap tu. Mama yang tolong betulkan tangan dia. Lepastu, kalau dapat meniarap mula lah nak angkat2 montot, menonggeng.Tak taulah style meniarap apa tu.Hehe.Tangan dah pandai capai2 mainan.Capai2 masuk ke mulut.Tarik rambut, tudung, baju mama, tarik janggut ayah dia pun dah advance. Air liur jangan cakap..berlemuih je baju semua.Dah pandai menyembur2.Pandai berlakon jugak..kalau baring merengek2 nangis manja2, bila angkat senyum kemain. Baringkan balik mula merengek balik. Hehehe. Banyak akal dah ni. Bila tengok orang makan pulak..tenungggg je lepastu mulut dia pun ikut mengunyah sekali. Ololololo..kesian sangat tengok. Tapi kekadang bagi jugak dia rasa sikitttttt, lepastu mesti dia buat muka teruja macam nak lagi :D Hohoho. No sayang..nanti masa raya baru leh makan ye. Masa tu dah 6 bulan Yeayy! Lagi satu, Aqil ada habit baru. Kalau masa menyusu, tangan kanan dia akan tepuk2 rambut dia sendiri sampailah dia tertido.Mungkin tu cara dia popok diri sendiri agaknya. Tak pun menikmati enaknya susu sambil tangan tepuk2 rambut sebab teruja melampau. Hahaha.Comel la haiii perangai kamu ni anak. 


 Isap ibu jari. Tandanya dah ngantuk. 


Buat muka comel kesian dekat ayah dengan harapan ayah belikan swing ni ;p


Perkembangan mama Aqil pulak. Sedang bersedia fizikal,mental & emosi untuk menghadapi masa akan datang (tetiba ayat novel). Harapnya semuanya berjalan lancarlah hendaknya. Nevesss! Lepastu rambut sekarang gugur bagaikan dedaun di musim luruh. Kalau lepas mandi taknak tengok lubang air tu sebab takut tengok rambut2 gugur yang berkumpul. Huhuhu. Rambut ni dah lah jenis nipis, semakin menipis. Siap tanya encek hubby "Kalau saya botak,sayang lagi tak?". Sayanggg..cintaaaa sangat katanya.Ok, terus tak risau2 dah. Hehehe. Perubahan hormon. Semua ibu2 lepas bersalin komfem alami masalah yang sama jugak kan ;)

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah. Teringat Ramdahan tahun lepas,tengah preggy 2 bulan, fasa mabuk2 yang kronik. Tapi berjaya jugak berpuasa. 2 hari je tak puasa sebab tak larat. Masa tu encek hubby yang bangun pagi gigih sediakan sahur semua. Terharu betul kalau ingat balik.Kali ni saya pula yang sediakan sahur untuk dia (dah memang tugas isteri kan.Hehehe). Pagi tadi masa kami tengah bersahur, Aqil pun bangun jugak nak bersahur. Potpetpotpet mulut dia bercerita.Lepastu tetiba tertido sendiri. Hehehe.Oklah, selamat menjalani ibadah berpuasa semua. Semoga kita diberkati olehNya. Jom kumpul banyak2 pahala :)

Wednesday, July 18, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Jom Jombali.

Rupanya harini dah Selasa.Boleh tak ingat semalam ialah hari Ahad dan hari ni hari Isnin. Sebabnya semalam encek hubby cuti.Terlepas nak update blog dan yang sadisnya tak tengok #DejavuDiKinabalu semalam. Huhuhu. Takpe, nanti boleh tengok kat Tonton. 

Weekend lepas kami ke mana? Jalan2 cari makan sajok. Kami ke Jombali, Carrefour Wangsa Maju. Asalnya nak shopping barang2 dapur sekali tapi disebabkan terlalu ramai umat manusia (encek hubby memang tak gemar bersesak2 nih),jadi kami pergi makan je. Shopping barang2 dapur kat tempat tak ramai orang seperti NSK contohnya.Dahla tak berapa ramai orang, harga murah2 pulak tu :)

Mama & Aqil the Stitch :D
Ayah Aqil suka Aqil pakai baju2 costume gini, barulah baby2 katanya.Kalau pakai jeans ngan kemeja dah macam budak besar. Takmo Aqil besar cepat2 sangat.*Aqil kepasrahan* Haha.


 2 si bulat :)


Okla restoran ni. Selesa.Service pun bagus.Menu macam2 pulak tu.


 Opah Aqil :)
Semua menikmati bandung. Masa order tak perasan pulak memasing amik bandung, sekali air sampai semua pink. Saya order bandung sago, mak order bandung laici, encek hubby order bandung laici selasih.Senang kerja pembuat air.Ngihihi.


Nasi Goreng Chicken Chop saya punya :)
Memang sangat sedapppp dan portion sangat besar. Sendat perut menghabiskan nya.Harganya RM17.90.

Harga berpatutan, tempat makan selesa, makanan sedap, service pantas.Puas hati! Best restaurant to go.Oh, Jombali pun ada cawangan baru dekat Setapak Platinum.Sila lah terjah ok :)

Friday, July 06, 2012

Budak banyak akal :D


Hehehe. Aqil nangis, mama dia amik kamera nak tangkap gambar dia terus diam.Suka kamera betul budak ni.

Nangis2..baru bangun tido.


Cebik2.Ololohh..


 Perasan ada kamera. Senyap dah..tapi mata berair lagi.


Krikk..krikkk...krikkkk
*control encsem*


Tetiba terus senyum :D 
Eh eh..magicnya!

Hai lah anak. Macam2 keletah kamu ye.Cair hati mama.
Kekadang tengok keletah diorang ni memang menghiburkan hati.
(^_^)


Selamat hari Jumaat semua. Terasa kejap betul dah hari Jumaat balik kan :)


Thursday, July 05, 2012

Surirumah Berijazah :)

Ye..itulah saya. Dapat uruskan rumahtangga, makan,minum, pakaian suami.Dapat jaga anak,dapat tengok perkembangan dia setiap hari.Syukur Alhamdulillah.Memang betul penat study tunggang terbalik dulu untuk dapatkan segulung ijazah, tapi InsyaAllah saya takkan sia2kannya. Ini adalah jaminan untuk saya di masa akan datang. Saya pun nak balas jasa mama dan ayah, berbakti pada mereka, nak balas jasa mereka dengan hasil titik peluh saya sendiri.Bila anak dah besar, bila ada peluang terbuka,encek hubby pun izinkan saya untuk bekerja, saya tak teragak2 untuk kerja balik. Rezeki Allah dimana2.Untuk masa sekarang, biarlah anak tu membesar depan mata.Dan saya bangga menjadi surirumah :)


Sumber di sini :)

Pemenang Cornetto Uda dan Dara :)

Akhirnyaa..pemenangnya ialah Munir! Wehuuu! Tak sia2 kami gigihkan diri tengok rancangan ni demi mu Moon :) Memang dah jangka dia menang sebab dia jenis yang cool,tenang je lepastu dia boleh buat semua task dengan bijak.Lakonan dia masa final pun comel2 je.Walaupun nampak sikit dia macam malu2 tapi he did his best.Well done dik!Big congratz from us. So proud of you .Encek hubby excited gila adik dia menang :D.Pemenang untuk dara pula ialah Nadia. Me not so like her,lebih suka Sue tapi tengok pakaian yang Sue pakai masa final tadi terus out.Kesian budak tu jadik mangsa fesyen.Huhu.Takpelah..tak kesah lah siapa menang janji Moon menang.Kumpulan Tikus Merajuk..Twiitt Twittt.(So BBNU.Lol).Hadiah untuk pemenang ialah wang tunai RM10 ribu dan percutian ke Bali & Langkawi (if i'm not mistaken). Berbaloi2 lah :). Jangan lupa aiskrim untuk Aqil ok.

Munir sekarang dah jadi abang Uda. Aww ;D
Konfem ramai peminat lepasni. Hehehe
Sekali lagi..Tahniah Moon :)

Wednesday, July 04, 2012

Wordless Wednesday: Aqil The Bookworm :)








Hehehehe
(^_^)


P/s: Aqil pinjam spek mata mainan kakak Intan.Takde cermin pon :D


Tuesday, July 03, 2012

Cornetto Uda dan Dara




Siapa tengok rancangan ni?? Saya dengan encek hubby mengaku kami tengok rancangan ni. Hahaha. Rancangan tajaan Cornetto untuk carik uda dan dara bagi mempromosikan aiskrim cornetto terbaru,black & white.Emmm..emmm..rancangan ni sangatlah..emmm..ntahlah, tak tahu nak cakap macam mana.BBNU sangat. Sesuai untuk ditonton oleh muda remaja 23 tahun ke bawah je kot ;D

Kami gigih semangat kental tengok rancangan ni semata2 sebab nak bagi sokongan dekat Munir, salah seorang peserta Uda. Dia ni junior encek hubby masa belajar kat kolej dulu, agak rapat jugak lah dengan encek hubby,dah macam adik. Masa first time tengok rancangan ni encek hubby pun  macam tak percaya yang adik dia ni join rancangan semacam ni. Hahaha.Tapi sesuai lah dengan karakter dia yang cool & sweet, kelakar pun ye :)


Ye..itulah Munir. Sekarang dah jadik abang cornetto. 




Jadi pengapit masa kami kawen dulu.Ehemm..ehemm..dia masih single tau.


Eceh..suruh bagi nama anak moon lagi. Kecomelan.

Apa2 pun all the best to u Moon. Chaiyok2! Kalau menang jadi Uda, jangan lupa sponsor sekotak cornetto tiap bulan untuk Aqil ok.Oh, esok last episode Uda & Dara, siapa pemenangnya? Munir ke? Rasanya Izmar & Sue kot sebab diorang macam comel2 je. Eh..Munir pun comel :). Saksikan dekat astro Ria jam 9 malam ok. 




P/s:Haihh..demi Munir je ni kami tengok, kalau takde dia, komfem bukan takat rancangan ni, tiap kali iklan cornetto uda & dara ni pun kami terasa macam nak tukar chanel lain. Hahahha



Monday, July 02, 2012

Aktiviti Jumaat Sabtu Ahad


Malam Jumaat lepas ada gathering mini Memuah dekat Fradoo. Memula rancangnya nak ke SolGarden,tapi cancel..ke SolFradoo pun bolehlah.Memasing dok ngidam Fradoo. 

Wafa & Iyan pun ada sekali, datang dari Bahau. Tak sempat nak snap pic dengan dia. Wuwuwu


Ni redvelvet buatan Wafa. Serius sedappppp sangat!!!!!Metacey Wafa :)


Aqil yang baik budi. Tido je sesampai kat Fradoo.Pakcik Keri dia gelak kuat macam kuda laut sebelah dia pun dia nyenyak je tido. Ada aku kisah? Hahahaha

Masa ni dia baru bangun. Pakcik Keri buat muka skeri hantu gigi emas.Aqil "Padddiaaa nih..paddiaa kat belakang aku nih?" .

Thanks to Memuah sebab sudi datang menggegarkan Fradoo. Tapi kalo Jard, Hemy & Kak Aima ada kompem lagi bergegar :D Oh, jangan lupa, bulan puasa kita kasi gegar Nando's ok.


Hari Sabtu pulak kami ke GM yo. Akhernyaaaa..ku jejakkan kaki juga ke GM Klang nun. Dari mengandung lagi duk ngidam nak pergi GM,sampai Aqil dah 4 bulan baru tercapai hasrat.Wehooo! Baca dari blog2 lain katanya GM ni best, banyak benda murah2. Mari kita selidik..

Bangunan GM ni setingkat je,tapi ada banyak blok,tak silap 4 blok kot.Lepastu dalam blok2 ni banyak kedai2 kecik.Ada aircond..dun worry,baby takkan kepanasan.Masa kami pergi ni takdelah ramai sangat orang,tapi kalau ramai orang kompem sesak serabut sebab lorong jalan dalam tu agak sempit.Banyak kedai jual barang2 baby. Serius! Segala baju baby yang branded2, rompers,busha, baby leggings,kasut comey2 memang banyak.Mainan2 baby pun banyak. Kedai jual tudung & brooch pun melambak. Tapiiii..harganya takdelah murah, biasa2 je macam harga kat tempat lain,cumanya kalau kita beli banyak2 barulah dapat murah. Kiranya konsep harga borong la ni.Hmmm..setelah meronda2 dalam GM tu lebih kurang sejam, apa yang dibeli hanyalah brooch comey yang felt bunga2 tu, 8=RM10,baju Aqil 3 helai. Itu sajokk!  Hohoho. Oklah,nak lepaskan hajat kan.


Oh, masa nak balik tu sempat belikan Aqil menan caterpillar nih. Geram je tengok bergantung2. Bagi kat dia suka je dia pegang,jadi teruslah beli. RM20, kira murah la tu kan banding harga kat luar & kat internet.




Nak bergambar kat dalam,segan. Bergambar kat luar pun bulehhh.Pada yang nak tahu, GM ni terletak dekat Bukit Tinggi, Klang. Betul2 sebelah Aeon Bukit Tinggi.Parking luas, jadi memang takde masalah nak carik parking, cumanya masalah bila nak ingat balik parking kat mana. Hahaaha.Sebab agak konfius sikit. Lepastu dalam ni takde kedai makan, takde foodcourt, yang ada hanyalah gerai2 kecik tepi blok tu jual air & makanan2 simple.Takde nursing room juga.Tapi agak2 dah boring pusing dalam ni, terus lah pergi Aeonn sebelah tu. Konfem tak boring. Hehehe. Tapi satu perkara yang kami perasan ialah GM ni memang ramai ibu2 mengandung. "Agaknya semua ibu mengandung memang mengidam nak pergi GM la sayang", kata encek hubby. Hahaha. Mungkinlah.


Hari Ahad pulak kami ke One Baby World, Shah Alam. Nak belikan si Aqil playgym :D


Kami try duduk kan dia kat Anbebe baby seat ni, suka dia. Teruja! Sekarang OBW ada sale, baby seat ni RM149.Tapi kami tak beli pun, ayahlong & maklong dia dah belikan dah baby seat untuk dia :) 

Lepastu ke Giant Seksyen 13..lama gila tak pergi Giant sana. Selalu kalau beli barang2 dapur pun dekat Giant seksyen 18 yang comel tu je.Masuk je sana ramainya la hai umat manusia, sesak! Panas pulak tu. Huhuhu. Encek hubby terus banned Giant 13 tu, dia kata lepas ni pergi Giant kecik je senang.Hahaha. Baiklah..baiklah.

Aqil pun dah busan pusing dalam tu. Panas.Boring.
*Duduk macam bos *

Ini lah playgym Aqil. Simple Dimple. Harga RM79.90. Dah ada playgym ni rajin2 lah exercise ye nak, biar makin taf. Eh.


Oklah, sekian aktiviti hari minggu kami.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015