Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, September 26, 2012

Wordless Wednesday: Senyum itu kan sedekah :)
















Ok, ni mama ngan ayah yang senyum.
(^_^)

Jom kita sedekah~

Ahli keluarga baru :)

Syukur pada Ilahi. Ahli keluarga kami bertambah lagi. Kakak ipar selamat melahirkan seorang puteri comel secara normal lebih kurang jam 3 pagi tadi. Alhamdulillah.Setelah 5 tahun berusaha untuk dapatkan anak kedua, dapat baby girl pulak tu, memang berganda2 gembiranya kan. Allah pun makbulkan doa along untuk bersalin secara normal kali ni. Seboleh2nya dia nak rasa macam mana 'nikmat" sakit bersalin normal tu sebab sebelum ni dia czer. VBAC.Allah Maha Mendengar dan Maha Penyayang.Bestnyaa! Harap dapat merasa jugak bersalin normal 1 hari nanti :)

Baby S sebaik je dibersihkan. Comeynyeee kan! Suci putih mulus. Bau baby baru lahir memang mendamaikan. Tunggu esok mamacik balik nak cium2 kamu! *tetiba terasa macam nak ada baby lagi, boleh? hihihi*


Dahi kerut ikut tok ayah. Idung ikut abg Ayis. Heee.

For both Abang & Along, congratz on your newborn. Moga jadi ibu bapa yang bertanggungjawab dalam membesarkan baby S dan moga baby membesar menjadi anak yang solehah :') Lepasni ada geng la kakak Intan.


Abang Ayis yang koreng. Hahaha.
Lepasni jangan nak koreng2 sangat lah. Dah jadi abang :D

Tuesday, September 25, 2012

Si Kuntai :)

Si Kuntai ialah seekor kucing yang pemalu. Kisah si Kuntai ni sangatlah misteri. Si kucing yang sangat sayangkan tuannya. Ni cerita sebenar tau, bukan direka2 mahupun cerita dongeng. Diceritakan sendiri oleh tuannya (pakcik kami,Pakcik Ibrahim).

Alkisahnya, Kuntai dibela oleh Pakcik Ibrahim sekeluarga dari kecit. Lepas 3 tahun, Kuntai tetiba hilang. Hilang tak tahu mana perginya. Dari sehari ke sehari Kuntai tak balik2 rumah. Huhuuhu.Sedih kan kalau kucing hilang. Pecinta kucing yang kucingnya hilang je boleh tau camne perasaan sedih dan rasa  kehilangannya tu. 

Satu hari ni, lepas 3 tahun kehilangan Kuntai ( 3 tahun ok , 3 tahun!), pakcik Ibrahim perasan ada sekor kucing asiklah datang ke rumah dia. Keadaan bulu comot2 sikit dan sedikit kurus. Memula pakcik Ibrahim tak perasan , tapi bila diamati betul2 kucing tu,di belek kakinya,fizikalnya semua. Kesan "tanda" kucing tu dekat kaki memang sama dengan Kuntai dan kucing tu memang Kuntai! Bila pakcik Ibrahim bawak masuk je Kuntai dalam rumah, semua pelosok rumah tu diexplorenya sambil ngiau2. Macam nak cakap kat tuannya "saya pernah duduk rumah ni dulu, ni rumah tuan saya!". Dan sekarang Kuntai kembali menjadi "ahli keluarga" pakcik Ibrahim & live happily ever after. Sekian. Hehehe

Misteri betul kan kucing yang hilang 3 tahun boleh balik semula ke tuannya. Mungkin dia termasuk kat dalam lori pastu lori tu ke tempat jauhhhh. Jadi Kuntai pun mengembara selama 3 tahun tuk kembali ke tuannya. Tak pun dia kena culik.Tak pun dia kena langgar pastu orang yang melanggarnya tu rasa kesian, bawak Kuntai balik untuk ubatkan dia. Eh..macam2 lah andaian. Kalaulah Kuntai boleh bercakap, mesti segala persoalan dalam otak kita terjawap. Dan dapat tengok kat sini betapa seekor kucing sangat sayangkan tuannya. Lepas 3 tahun hilang pun masih mencari2 & balik ke rumah tuannya. Terharuuu :')


Inilah si Kuntai. Kucing yang setia :")

Dan kucing memang antara jenis haiwan yang sayangkan tuannya selain dari anjing. Pernah jugak dulu "buang " kucing dekat 1 gerai makan yang boleh jauhnya lebih kurang 2km dari rumah, 3 hari lepas tu kucing tu balik semula!! Bila kejadian tu berlaku terus tak jadi nak buang dia. Huhuhu. Rasa kesian pulak :( Dan lagi satu, kalau kucing "ntah sapa2" tetiba datang mengiau2 kat rumah kte mintak makan, janganlah kita halau. Sedekahkan lah sikit makanan & minuman dekat kucing tu. Sama2 berkongsi rezeki. Kucing tu pasti akan doakan kebaikan untuk kita. Berbuatlah baik sesama makhluk Allah :)

Monday, September 24, 2012

Baby Bites :D

Aqil dah masuk 7 bulan semalam. Syukur Alhamdullilah. Sihat membesar. Makan pun dah macam2. Tapi his most feveret is bubur ayam campur sayur. Nyumm! Bubur ikan dengan sayur pun dia suka. Yang Aqil tak berapa nak suka ialah buah! So far dah bagi puree apple,kurma dan jugak pisang (pisang ni lenyek2 je). Terkulat2 dia nak makan. Makan sambil buat muka pelik.Huhuhu.Tak selaju dia makan bubur2 feveret dia tu.Mungkin sebab manis sangat kot kan dan tekstur pun macam lembik2 licin gitu. Setengah baby suka manis2 kan, tapi Aqil tak.

Aqil pun dah diperkenalkan dengan baby bites ni. Diperbuat dari beras, rusk yang keras diluar cair dimulut. Amik perasa pisang. Biar dia familliar ngan rasa pisang. Yang bagusnya biskut ni, tak manis! Dan semestinya la homemade foods are still the best! Hee

Inilah dia Baby Bites nya :D
Satu kotak ni ada 15 packets dan each packet ada 2 rusk. Harga RM8+ tak silap, ke more or less.Err..tak ingat pulak dah. Beli dekat Carrefour.


Peket kecit dan senang nak dimasukkan ke dalam handbag mama untuk di bawa ke mana2. Hee

Baby bites ni bukanlah di bagi ke Aqil as makanan harian ke apa, just macam snek la. Kalau nak ke mana2, shopping mall misalnya, time mama ngan ayah dia tengah makan, mesti Aqil pun terkebil2 tengok mama ngan ayah dia makan. Dengan mata bersinar2, dengan mulut terkumat kamit macam nak makan jugak. Kan kesian je menengoknya. Takkanlah nak disuapkan kat dia apa yang kita makan. Jadi penyelasaiannya, bagilah baby bites ni. Mesti dia suka! Mama ngan ayah makan, dia pun makan jugak :D


Om nom nom nom :D

Geram betul dia menggigit rusk ni.Aqil suka gigit2 rusk ni. Dijadikan teether pun boleh. Teether yang cair dimulut. Hee.

Jangan lupa bawak sekali air kosong or susu. Standby. Lepas makan rusk ni bolehlah bagi baby minum air kosong or susu. Jadi perut dia pun kenyang (sekejap). Lepasni nak try buat homemade baby biscuit resepi dari Mommy Cha ni.Senang dan simple je.Mesti buat! :D


Friday, September 21, 2012

Agar terpelihara dari gangguan .




Mommies boleh amalkan doa ni. Semoga anak kita semua terpelihara dan dilindungi Allah SWT. Aminnn :)

Thursday, September 20, 2012

Masa mandi lebih ceria :)

Dengan adanya Wet & Stick tub joy ni.Wehuuu! Bukan takat Aqil je teruja bila mandi, mama pun teruja sekali. Rasa nak mandi sama2 dengan Aqil sambil main2 :D

Ini lah dia Tub Joy tu. Ada 24 pcs. Macam2 corak comel2!


Diperbuat dari soft EVA form. Memang selamat untuk baby. Ada permukaan licin dan jugak yang bertexture.Warna2 yang terang boleh merangsang otak baby dan jugak permukaan bertexture boleh merangsang deria rasa baby :D



Tadaaaa!!! Macam ni lah..basahkan dinding bilik air (make sure dinding bersih) dan lekatkan form2 comel ni. Oh, memang form ni akan melekat kuat dekat dinding basah.


Jadi..masa mandi Aqil jadi lebih ceriaaaa! Mandi sambil belajar.Bestnyeee!!


Aqil pun memang suka sangat dengan rubber duck dia tu. Asal masuk tub, tak sabar2 nak main ngan itik tu. Suka dia picit2..kan ada bunyik. Tiap kali dapat bunyikan itik tu, dia buat muka bangga. Hahaha


" Itu rama-rama. Butterfly.Warna biru. Blue". Haa..bilik air pun bertukar jadi tadika kejap :p


Yeaaahh! Butterfly also can swim.Heee.

Memang suka lah Aqil kalau tiap kali mandi. Kekadang tu bila kita angkat, dia nangis pulak.Tak puas mandi. Kalau dulu mandi kejap je, sekarang kena extrakan 5 minit, bagi dia puas2 main dulu. Aqil mandi air suam lagi. Tihihi.Tu yang dia syok je berendam lelama. Tapi jangan lama2 sangat tau, lungs baby kecit lagi :)

Pada yang nak tahu,Tub Joy ni beli dekat Carrefour, harga RM8 je. Itik tu pulak kami beli dekat kedai baby, brand Tollijoy RM7.90.Sekali pergi Carrefour banyak rupanya rubber toys ni. Lagi murah pulak tu. RM10 ada 5pcs. Macam2 bentuk, ada buaya lah, singa laut, kekura. Hohoho.Takpelah, cukuplah tu itik sekor untuk Aqil. Kang memacam dalam tub tu kang lagi Aqil tak mo keluar. Nak main je.Oklah, Happy Mandi babies! :D


Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday: Kaki dan adik?


Tak wordless lah, ada ayat sikit. Tihihi. Kenapa kalau orang2 lama nampak baby masukkan kaki dalam mulut lepastu mesti cakap "Haaa..ni nak dapat adik ni tak lama lagi". Kenapa? Whyy? Apa kaitan gigit kaki dan dapat adik? Sampai sekarang masih blur, tak nampak kaitannya. Korang tahu? 



P/s: Cuakebebeh jugak kalau mulut makcik2 ni masin -_-". Aqil tecit lagi la nak dapat adik.



Tuesday, September 18, 2012

Wok Jowo in the house :D


Topi jowo itu ayah Aqil punya masa beliau umur 1 tahun. Aqil pakai muat2 je kepalanya. Baby cot tu pun ayah Aqil punya. 26 tahun dulu tapi both items still in good condition. Takde rosak apa2 pun.Hebat kan.Punyalah tahan lama. Ayah dia pun tak percaya yang anak dia pulak boleh pakai barang2 dia masa dia baby dulu.Hehehe. Amir Fozy junior :D 


Monday, September 17, 2012

Pap smear test

Korang dah buat? Kite dah. Alhamdulillah. First time buat pap smear test ni. Perasaan?Mestilah nebes tahap kekura. Padahal takde menda pun. Hohoho. Tulah, banyak sangat dengar cerita dan baca cerita pelik2 pasal pap smear ni, ada yang kata sakitlah, pedih lah. Tapi trust me, tak rasa sakit pun  :)

Sungai Mati tu kampung kiteww :)

Buat pemeriksaan dekat Klinik Kesihatan dekat kampung sebab kebetulan minggu lepas stay kampung 4 hari,jadi..tak buat apa.Terus rekues kat mama nak pergi klinik buat pap smear sebab tahu klinik ni tak ramai orang. Dan memang tepat pun jangkaan, masa kami datang takde sorang patient pun,semua nurse yg baikhati kat klinik tu pun tengah bersenang lenang.Hehehe. Syiok betul kalau duduk kampung kan.

"Aqil duduk dengan tok mama kejap eh, mama nak masuk dalam kejap jumpa nurse" :)

Prosedurnya amatlah sekejap. Tak sampai 10 minit rasanya.Baring atas katil dengan keadaan kaki macam nak cek bukaan masa nak bersalin tu, lepastu ada 1 lampu spotlight suluh dekat "situ".Segan? Mestilah segan woiii. Maluu hokey. Tapi nurse tu sporting..dia kata jangan malu2. Ni kan nak check rahim sehat ke tak.Aku dengan berdebarnya masa nurse nak masukkan speculum tu sempat lagi tanya "Err..nurse, sakit tak?". Nurse senyum2. "Alahh..takde sakit pun. Kalau sakit pun sikit je. Tarik nafas ye kalau terasa sakit". Bagus kan nurse ni. Dan memang betul, masa nurse masukkan speculum tu dan amik sikit sample pangkal rahim memang tak terasa sakit pun. Aku je yang cuak lebih.Nurse cakap lagi "Tengok keadaan pangkal rahim awak ni sihat, merah, takde nampak jangkitan tapi resultnya kena tunggu dari makmal lah ye".Lepastu siap!! Klinik akan call untuk beritahu resultnya nanti. Dalam masa sebulan. Mudahan2 takde pape.Aminn :)

Apa itu pap smear test? Kenapa kita kaum wanita kena buat test ni?


Pap smear test ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks,samada jangkitan fungus atau yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser. Wanita yang sudah berkahwin memang digalakkan untuk buat test ni sekurang kurangnya 3 tahun sekali. Untuk lebih info pasal pap smear test ni, bolehlah baca dekat sini dan sini.Macam yang kita sedia maklum, kanser pangkal rahim ialah kanser kedua pembunuh utama wanita, jadinya..kita mestilah ambil langkah berjaga2 ni.Buat pemeriksaan awal dan amalkan cara hidup sihat. Eceh..dah macam iklan tv pulak. So semua diluar sana, buatlah pap smear test ni ok. Mencegah adalah lebih baik dari merawat :).Tapi pap smear ni untuk yang dah berkahwin je boleh buat tau, yang masih anak dara jangan ngengada pulak nak buat. Pergi klinik mintak suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) lagi baik.Hehehe


P/s: Untunglah remaja perempuan sekarang umur 13 dan 15 tahun dapat suntikan vaksin HPV ni untuk elakkan kanser serviks percuma dekat sekolah  . Bersyukur ye adik2 ku semua.

Monday, September 03, 2012

Setia City Mall :D


Jom Aqil kita pergi jejalan! :D


SCM adalah shopping mall baru yang best! 2 minggu lepas rasanya kami ke sini. Kaki melangkah je masuk mall ni terus jatuh centa. Dahla nak pergi ke sini tak jem (kalau dari Shah Alam lalu NKVE amik exit Setia Alam, 10 minit dari exit tu dah sampai dah), parking banyak dan yang bestnye tak ramai umat manusia. Mungkin sebab shopping mall ni pun baru je 4 bulan beroperasi jadi tak berapa ramai yang tahu, lagipun dekat tempat yang baru nak membangun.


 See..the parking lot is very kosong. Dapat parking betul2 depan lif. Syiokk!

Seronok jejalan dalam ni sebab macam2 ada. U name it, they have it! Kalau fashion ada Guess, Zara, Nichii, Mango, Esprit, Uniqlo, Padini Concept Store, Brands Outlet,F.O.S, Hush Puppies, Giordano,Cotton On.H&M.Lagi ape eh? Haa..Dressing Paula yang ada baju comel2 tu ada jugak.Restaurant pun ada macam2.Seoul Garden, Tony Roma's, T.G.I Friday, Sushi King, Subway. Lepastu Chatime, Delicious pun ada. Ahh..banyak lah. Tak ingat semua tapi tempat makan best2 ada kat sini. Ada Parkson, Daiso & Urbanfresh jugak. Urbanfresh ni supermarket ala2 macam dekat Aeon tu la. 


Kena buli ngan ayah! Oooo..ooo *bunyik owl* :D
Daiso ni memang berhantu kan, asal masuk je dalam ni mesti ade je barang yang nak dibeli. Masa ni beli bekas simpan makanan Aqil. Comel2. Set of 4=RM5. Boleh panaskan dalam microwave lagi. I like! :D

Yang lagi best, kedai barangan2 baby semua satu level je. Jadi senang nak jejalan dari satu kedai ke satu kedai. Yang ingat ada Mamours & Mothercare. Oh..Lovely Lace Baby pun ada.Ok, ni yang tak best.Jaga2 ok bila masuk Mamours. Kat sana,salesgirl dia akan ikut je kita lepastu nanti dia bagi toys(yang baru dia bukak dari plastik) kat baby , dah tentu2 lah baby akan grab & masukkan dalam mulut mainan tu kan. Tetiba salesgirl tu cakap"Wahh! Your baby suka lah dengan mainan ni!" dan terus promote toys tu.Masa kejadian berlaku tu saya pandang encek hubby. Encek hubby pandang saya. Krikk krikk krikk *background bunyi cengkerik*. Terus tak pasal2 kena beli toys tu sebab yela, baby kita dah amik, dah masuk mulut, berlemuih dah mainan tu dengan air liur dia,takkan nak pulang balik. Kalau tarik kang confirm2 Aqil jerit sakan. Marah dia kalau dia tengah syok2 main mainan (kertas ke kain ke),kita amik balik. Licik betul taktik Mamours ni kan nak suruh beli barang. Bahaya! Mujurlah mainan tu pun murah je. Kot yang harga ratus2 tu memang pengsan la nak beli.Hehehe.Oh,baby room pun sangat la cantik, bersih & very cozy!Takde masalah nak tukar diaper & susukan baby :D




Kebetulan masa pergi ni,esoknya ialah anniversay kami yang ke 6 tahun. Anniversay kapel yo.Gedik kan dah kawen pun nak ada annivesary kapel lagi.Wiwwiwi. Eh, op kozlah kena ingat tarikh bersejarah ni sebab tarikh ni lah detik percintaan kami berputik. Ececeh.Dan disebabkan itu,dengan baiknya encek hubby belanja makan dekat Seoul Garden. Yeayy! lama dah ngidam nak makan kat sini. Akhernyaa..dapat makan dengan sepuas hati :D



Macam tak percaya je dah 6 tahun bercintan cintun.Moga kekal rasa sayang & cinta ni sampai akhir hayat. Aminn. Ailebiu banyak2 lah sayang! ;)


Oh sambung cerita pasal Setia City Mall lagi. Sangat sejuk mall ni, jadi disarankan kepada yang bawak baby tu kena bawak blanket sekali sebab memang sejuk. Kita yang dewasa ni pun terasa sejuknya apetah lagi yang baby kan.Lepastu kalau penat berjalan, jangan risau, tiap sudut ( dekat tengah2 pun banyak) mall ni disediakan kerusi yang comel2 untuk korang rehatkan badan .Tempat yang sesuai untuk family bershopping dan jalan2 dan juga beriadah sebab dekat luar shopping mall ni ada taman yang cantik siap ada tasik & air pancut lagi. So,mark this place as your new favourite place to go ok! 


P/s: Pehh..dah macam duta SCM pulak dah. Tihihi.









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015