Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Thursday, February 28, 2013

Birthday present Aqil :)

Aqil dapat banyak hadiah. Sukaa!! Aqil suka, mama pun suka. Takyah beli toys setahun. Hehehe. Syukurlah :)

Aqil feeling cam pengantin baru gitu, dapat banyak hadiah :D

Hadiah2 yang Aqil dapat. Best2 belaka. 
Set pinggan mangkuk yang warna warni, hotwheels, buku cerita, flashcard Upin Ipin. Macam2. Aqil teruja je nengok satu2 hadiah dia.Mama pun teruja sama :D


Hoohohohoho. Comel Memuah versi kartun ni. Yang obvious sangat yang tengah tu, takyah susah2 fikir siapakah gerangannya. Hahahahaha. Ops opsss. Takley ketawa lelebih. Nanti masuk kategori adik derhaka :P


Ini dari Memuah.Suka haa dia dapat riding toys baru. Boleh boucing2 lagi. Siap berbunyi2..toink! Toink!! Berlagu2 :D


Play tent dari ibu. Suka lah Aqil. Berduet main ngan kakak Intan :D



Dapat car warna pink lagi :)
Seronoklah dia mengexplore 1 rumah, main ngan mainan2 baru dia. Bukak2 semua hadiah pastu pening tak tau nak simpan mainan kat mana. Hehehe

Tido pun ngan mainan baru. Alahai anak.

Terima kasih banyak2 semua yang sudi bagi hadiah kat budak umur setahun ni. Moga kalian dimurahkan rejeki. Aminnn :)


Wednesday, February 27, 2013

Wordless Wednesday: Candy buffet tag :)











Sempoi tapi puashati sebab hasil dari tangan sendiri :)

Tuesday, February 26, 2013

KFC Birthday Party Package :)

As requested by mommies..here we go! Nak share pasal pekej2 birthday party yang ada di KFC. Ada 3 pekej semuanya, minimum spend RM250+ per party. Tema untuk party ni Jungle Safari, memang tema yang disediakan oleh KFC.

Inilah minimum party package nya. 
Package A: RM250++
For 10 adults & 10 kids. 
Bagi kanak2, ada Chicky mini meals mereka sendiri. Boleh pilih samada nak ayam goreng & fries atau nugget & fries. Air semestinya milo (less ice). Masa birthday Aqil haritu mama Aqil pilih nugget & fries.10 adults ni bukan semestinya untuk 10 orang je, 1 barrel ada 21 ketul ayam. Jadi, pekej makanan ni cukup untuk lebih kurang 20 orang (10 dewasa ngan pasangannya).Air ada 10 je untuk dewasa, mak paknya kongsi2 la air. Barulah sharing is loving tak gitu??. Tak pun sharing sikit air milo ngan anak. Hehehe


Party Package B: RM 350++
For 15 adults & 15 kids.
Ada 2 buckets, 30 ketul ayam. Jadi mencukupi untuk 30 orang tetamu :)


Party Package C: RM450++
For 20 adults &  20 kids
Pekej ni yang mama Aqil pilih untuk birthday Aqil haritu. 2 barrels, ada 42 ketul ayam. Jadi mencukupi untuk lebih kurang 40 orang. Masa birthday Aqil haritu mama Aqil topap lagi  pekej combo bucket, nak bagi semua happy makan2. Biar lebih makanan, jangan terkurang. Betul tak?? :)  Jadi total semua yang perlu kami bayar haritu, package C ni + pekej combo bucket (15 ketul ayam) ialah RM551. Termasuk dah dengan taxes segala. Tapiiiiiii..bukan makanan je yang kami dapat dapat dalam pekej ni...


Yup. Kami dapat ni semuaaaaa!!!
For Freeeee!

Cool invitation poscards.
Sorry semua..tak sempat nak poskan poscard ni, terceruk je dalam laci. Disaat2 akhir baru teringat. Sigh.Eh, tapiiii..sesapa yang nak buat birthday party anak kat KFC nanti, agak2 kekurangan invitation card, dengan hati terbuka mama Aqil boleh kad bagi dekat korang :D


Attarctive party packs!!
Ada party hats, party folder, Safari board game & macam2 creative learning set. 
Serius comel semuanya.

Party packs.Macam2 ada . 


Disebabkan Aqil Chicky club member, Aqil dapat 1 kg kek birthday percuma! Boleh pilih perisa coklat atau vanilla. Nampak tak kek nya tu?? Lupa nak snap pic kek Aqil dekat2. Huhuhu.

Dan semestinya ada Chicky appearance (maskot KFC) dan juga fun games! Game ni depends ngan bebudak yang hadir, kalau ramai kanak2 macam 4-8 tahun, adalah game macam musical chair, tiup belon dan sebagainya. Untuk baby2 kecit macam Aqil & friends, game mencari harta karun yang sesuai untuk mak pak diorang main juga. Hehehe. 

Haaaa..semua ni termasuk dalam pakej..berbaloi kan with the price??? For me, serius berbaloi. Sebab tempatnya selesa, semua pun enjoy, makan kenyang dan yang penting, tak perlu penat2 dah lepas party. Tak perlu fikir pasal goodies bag lagi sebab party packs diorang memang best. Boleh baca pasal Aqil's first birthday party kat sini.

Berminat??  Simple steps to plan your party!


Lagi, antara yang mommies perlu tahu:

 *Tarikh mesti dibooking 2 minggu awal sebelum tarikh party.
* Outside foods & drinks are not allowed. Tapi kalau macam candy buffet, choclate2 semua tu boleh :)
* Duration party ialah 2 jam. Tapi boleh start 1/2 jam awal untuk setting welcome ke, candy buffet ke.
* Plastic & kotak tapau semua pihak KFC dah sediakan. Senang.
*KFC Extreme Park tempatnya sangat selesa untuk buat birthday party sebab tempatnya tak bercampur dengan customer lain. 
* Sesiapa berminat dan buat party di kFC Extreme Park boleh call 03-55103953/55103951

Apelagi momies, cepat2lah booking tarikh untuk birtday party anak kesayangan. Anak2 happy, kita pun happy :)



Monday, February 25, 2013

Aqil's 1st Birthday!! :D

Sabtu lepas,23.2.2013..genap Aqil Hamzah setahun. Syukur Alhamdulillah. Sebulan sebelum tarikh tu dah dok sibuk2 discuss ngan encek hubby nak buat birthday Aqil macam mana.Biasalah, bab2 ni mesti mama budak je yang hover. Ayah budak rilek2 je. Hohoho.Macam2 plan. Kejap2 nak macam ni lah, lepastu tukau plan nak macam tula...last2 timbul idea nak buat dekat KFC je.kFC Extreme Park, Shah Alam menjadi pilihan. Sebab utama pilih KFC ialah mama dia suka makan ayam KFC. Ehh..bukan2.Tu bukan sebab utama..sebabnya senang dan mudah. Dan setelah dilihat pada pekej2 birthday party yang ditawarkan, memang sangat menjimatkan. So, senang, mudah dan jimat! :)

Majlis bermula pukul 3pm.Rancang nak pergi KFC jam 2 sebab nak siapkan setting2 sikit, sekali pukul 2.30 Aqil baru bangun dari afternoon nap. Kelam kabut kami terus ke KFC. Sampai2 sana tinggal 5 minit je lagi nak pukul 3pm. Macam lipas kudung menyiapkan candy buffet dengan welcome table segala (eceh..siap ada welcome table lagi koo..dah macam wedding je.Heee). Makanan2 ngan party gifts untuk tetamu pihak KFC yang siapkan. Senang. 

Tak lama lepastu datanglah tetamu. Happyyyyy!! Makin lama makin ramai. Meriahhh sangat. Family tercenta, kawan2 terdekat, mommies bloggers. Seronok. Dengan kekanaknya..dengan babies. Memang happening. Birthday boy?? Mestilah dia pun happy!! Hehehe. Merangkak sana sini nak kutip belon, main ngan kawan2 sebaya dia, mulut tak benti2 potpet. Tapi kekadang dia macam moody sikit sebab macam tak puas tido pun ada.

So let the pictures tell u the thousand sweet story ok :) 
(Serius banyak gambar ni..jangan fengsan tau)

Jungle Safari Birthday Party.
Let's celebrate Aqil first birthday! :)

Welcome table.
Welcome board & guestbook 100% buatan mama Aqil.
Mama Aqil memang suka lah buat2 menda gini :D


Candy buffet dari mama Aqil juga :)


Party gift :)

Para tetamu yang sudi hadir :)

 Thank u so much B dan Nani :)
Sorry..lupa sangat nak bagi party gift kat adik dan abang. Sigh.

 Meet Aty "Aku Bukan Bidadari"
Akhirnya..berjumpa juga kami. Selalu baca blog dia je.Suka! :D


Mommies & babies :D
Ramai kawan2 Aqil..suka dia :)

Mama2 melayan anak makan :)



Tengok si Naila..ngape buat muka gitu?? hihihi

Dalam pukul 430pm gitu..keluarlah Chicky. Maskot KFC. Wahhhh..ingatkan bebudak je eksaited..mama2 ngan ayah budak pun eksaited. Ada game 'mencari harta karun". Comey gila game nih. Harta karun yang kena cari ialah handbag, duit singgit, fries ngan kasut baby. 4 terawal yang jumpa harta karun dapatlah hadiah. Semua pun cepat2lah carik. Hahaha. Gamat kejap suasana.We had so much fun!


Semua dok fokus kat Chicky haa..


Amboih..Daddy Naila suka kemain dapat manyak hadiah.
Hahaha

Aisy kekaguman tengok Chicky.Hee

Lepas abis game, sesi potong kek pula. Yeayy!



Happy birthday to you..
Happy birthday to you.. 
Happy birthday to Aqil Hamzah..
Happy birthday to you..
Yeay!

Aqil masa ni dia saspen je tengok Chicky.
Habis je semua orang nyanyi, Aqil nangissss..sebab takutkan si Chicky.
Aololo. Cian anak mama

Kek yang disediakan oleh pihak KFC. 
Termasuk dalam pekej jugak. Niceee ;)


Sesi Chicky menyampaikan hadiah pada birthday boy :)
*Aqil cuak*


Sesi bergambar2 bersama Chicky pula :)
Babies menyerbu Chicky :)

Terima kasih bebanyak sudi memriahkan majlis Aqil :)

Erin & Family :)

Wawa & family :)
*tu ngape dua org budak tu pandang bawah pulak*

Kak Mimy & MommyCha serta family :)


Ayu & family :)


Memuahhhhhh!! :D


My beloved family in law :)

My beloved family! :')
Sayangggg semuanya. My family my life.


Umie & family :) 
*birthday boy dah tdo kepenatan masa ni*

My sporting aunty :)

Actulally party habis pukul 5pm, tapi kami mintak extend sampai pukul 6pm. Staff KFC tu memang sporting lah. Terima kasih staff KFC sebab tolong sediakan semua! Terima kasih juga pada semua tetamu sebab sudi luangkan masa memeriahkan majlis Aqil. Mahap andai ada terkurang kat mana2. Sorry kalau tak sempat nak duduk borak2 lama2. Diharap semua yang hadir, pulang dengan perut yang kenyang dan ada kenangan manis untuk disimpan. Eceh.


Terima kasih dari kami sefamily
InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi :)










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015