Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

LOVE COWAY


Wednesday, June 19, 2013

La Tahzan. Jadilah wanita yang paling bahagia.


Sedang membaca dari satu blog ke satu blog lain, aku terjumpa satu entry yang cukup indah ini. Seolah2 penulisnya, adik Nor Adibah Saiden menulisnya untuk aku. Cukup cantik bahasanya. Membuatkan aku tersenyum sambil mengalirkan air mata bila membacanya. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.
Wanita,
Kadangkala diuji sehebat-hebat ujian.
Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.

La Tahzan.

Optimislah dengan ujian. Itu hadiah dari Tuhan.
Bersyukurlah. Beruntunglah.
Dari jutaan, engkau pilihanNya.

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.
Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.
Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya
Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita
Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.

Jalan takdir Allah tak pernah salah.

Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.
Ya, percaya

La Tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.

Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.

Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dah tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.
Buka surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu
" Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)" [Yusuf:18]
La Tahzan
Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.
" Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati"  [Al-Maidah:7]
Dan ingatlah,
“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
La tahzan.
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)




Monday, June 17, 2013

2 orang ayah dihatiku.


Haji Abu Bakar Bin Yusof. Bapaku yang tercinta. Seorang ayah yang sangat2 rajin. Dari aku kecil lagi, ayah memang sentiasa rajin dengan kerja2nya. Susah nak tengok ayah duduk berehat2 santai. Susah. Macam2 kerja ayah buat demi membesarkan kami adik beradik. Nadi ayah ialah berniaga. Memang ayah suka berniaga. Sekarang ayah memang sentiasa di gerainya, Fradoo Abc. Walaupun ayah orangnya nampak garang (bila tak senyum), suara ayah besar (bekas tentera memang suara besar), tapi ayah sangat baik. Pemurah. Suka tersenyum sama macam Aqil. Ramai cakap Aqil Hamzah ada iras2 tok ayah dia. Dahi luas sama macam tok ayah, Ayah sama macam ayah2 yang lain, sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak2 nya. Ayah tak pernah berkira dalam soal belanja anak cucunya. Masa Aqil  ada dulu, tok ayah selalu bagi Aqil, "duit saku", biasanya pada hari Jumaat. Bukan pada Aqil je, pada semua cucunya. Memang pemurah. 

Kalau nak ceritakan pasal pengorbanan ayah pada kami anak2 nya, memang tak kan cukup satu entry ni. Terlalu banyak. Dulu masa kami kecik2, ayah garang sikit. Memanglah..nak membesarkan anak2 yang tengah degil, kenalah garang sikit. Kalau tak kerana garang ayah, takdelah kami jadi "manusia" sekarang ni :). Sekarang umur ayah 58 tahun. Dah tua dah ayah. Memang jelas nampak umur ayah dari kedut2 dahinya. Tapi ayah tetaplah tak duduk diam, tetap jugak aktif ke kedai. Setiap minggu balik ke Muar, tengok kebun2 nya. Kami yang kadang2 letih tengok ayah. Tapi itulah ayah..rajin.

Ayah jenis susah nak menangis. Rasanya 2 kali je seingat aku pernah tengok ayah mengalirkan airmata. Masa Aqil pergi, ayah sebolehnya taknak tunjuk kesedihan dia. Ingat lagi waktu ayah melawat Aqil di HDW, aku tau ayah risau, ayah sedih. Tapi dia cuba untuk tenangkan diri dia dan tenangkan kami dengan cerita2 kelakar dia. Masa Aqil dah pergi, aku berborak dengan ayah pasal Aqil, nampak mata ayah berkaca2. Ayah tak menangis. Tapi aku tau dihatinya sedang menangis. Ayah sama juga macam aku yang rindukan Aqil. Aqil rapat dengan tok ayahnya. Tiap kali nampak atok ayah dia balik, cepat2 merangkak ke tok ayah..depakan tangan. Mintak tok ayah dukung.Ayah sangat penyanyang. Mungkin dia tak berapa tunjukkan kemesraan sayangnya pada kami sebab kami dah besar panjang tapi ayah tunjuk sayangnya kepada cucu2 dia. Cucu2 ayah pun rapat dengan ayah. Ayah selalu cakap, takpelah..kita redha pemergian Aqil. Satu hari nanti kita pun akan pergi juga. Cuma lambat atau cepat..kita tak tahu :')

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku seorang ayah yang hebat. Semoga ayah dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badannya dan sentiasa di dalam lindunganMu Ya Allah.

Kenangan tok ayah bersama Aqil :')

Masa hari raya tahun lepas :')


Masa pergi Sabah akhir tahun lepas 






Sama kan muka Aqil dengan tok ayah :')


Amir Fozy Bin Osman. Suami ku tersayang, ayah kepada Aqil Hamzah.Seorang ayah yang sangat baik dan penyabar. Dari saat Aqil Hamzah dalam perut lagi, sabar dia melayan karenah isterinya yang dia tau perubahan hormon sebab pembawakan budak iaitu anaknya. Tak pernah mengeluh sepanjang membesarkan Aqil. Aqil memang sangat2 rapat dengan ayahnya. Setiap kali ayahnya balik, terus "melekat" je dengan ayahnya. Manja sangat. Bila Aqil dah tak ada, baru kami sedar kenapa Aqil rapat dengan ayah nya bila ayahnya ada. Sebab dia nak bahagikan kasih sayangnya sama rata dengan mama dan ayahnya. Seharian dengan mama di rumah dari saat dia bangun tido, puas bermanja2 dengan mama.Jadi bila ayah balik kerja, masa untuk bermanja2 dengan ayah pula. Aqil memang anak yang baik :')

Ayah Aqil pun seorang sangat tabah. Sama macam ayah, susah nak tengok suamiku menangis. Kali pertama aku tengok menangis semasa di hospital. Saat Aqil sakit, air mata dia tak pernah kering. Dia sangat sayangkan Aqil tapi dia redha. Sewaktu di ICU selalu dia bisikkan di telinga Aqil " Aqil kuat kan sayang, tapi kalau Aqil dah tak kuat, ayah redha Aqil pergi". Lepas Aqil pergi, tak pernah lagi tengok dia menangis. Ayah Aqil sangat kuat. Dia selalu ingatkan aku, kalaulah menangis hari2 tu akan kembalikan semuala Aqil, dia akan menangis. Tapi Aqil tak mungkin akan kembali. Aqil dah bahagia di syurga, dah tak sakit, dah gembira2 di sana, kenapa mesti menangis. Allah dah makbulkan doa dia supaya Aqil menjadi anak yang soleh..dan Aqil memang anak yang soleh.Dia sekarang ada dekat syurga. Ayah Aqil kehilangan ayahnya tersayang waktu umurnya 10 tahun, dan kehilangan anak tercinta pada umur 27 tahun. Sungguh hebat dia diuji. Allah ambil 2 lelaki kesayangannya. Tapi dia tabah dan redha. Aku juga kena setabah dia. Aku kena tabah dan kuat demi dia. Aku taknak susahkan dia, risaukan dia, mementingkan diri sendiri dengan hanya bersedih. Aku taknak "matikan" perasaan seorang ayah dengan perasaan sedihku. 

Aku bersyukur pada Allah kerana menemukan kami. Semoga Allah panjangkan umur suamiku, murahkan rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Semoga jodoh kami terus berpanjangan hingga ke akhir hayat dan semoga kami terus sentiasa sabar, tabah dan redha menjalani kehidupan akan datang. 

Aqil dan ayah :')

Ayah yang selalu menceriakan Aqil.

Ayah yang menjaga Aqil sebaiknya2


Ayah yang sangat penyayang

Ayah yang selalu menggembirakan Aqil.


Ayah yang menjadi "cikgu" Aqil.

Ayah terbaik kepada Aqil Hamzah.
Semoga menjadi ayah terbaik untuk adik2 Aqil Hamzah juga. InsyaAllah :)

Walaupun Aqil dan takde depan mata ayah, depan mata mama. Aqil sentiasa ada dalam doa, ingatan dan hati ayah dan mama sayang. Setiap saat. Terima kasih Ya Allah untuk khalifah kecil yang bernama Aqil Hamzah ini. Penghibur kami, penyeri kami dan saham syurga kami. Al-Fatihah buat mu sayang :)


Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan aku 2 orang lelaki dan ayah yang hebat ini.Alhamdulillah.

Friday, June 14, 2013

Anak ialah anugerah, amanah dan ujian dari Allah.


" Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." [Al Anfaal:28]


Aku bersykur dianugerahkan olehNya, Aqil Hamzah, zuriat kami yang cukup sempurna. Aqil seorang anak bijak, baik budi dan sangat menyenangkan kami. Senang makannya, senang tidurnya, senang di bawa kemana2. Tidak banyak kerenah dan ragamnya. Kami senang membesarkan dia. Dari saat kami menjadi ibu bapanya hingga ke nafasnya yang terakhir, Aqil tidak pernah menyusahkan kami. Dan sepanjang membesarkan Aqil, kami belajar erti sabar. Aku bersyukur kerana kami membesarkan dia dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Seingat aku, kami tidak pernah memarahi Aqil, bercakap kasar dengan dia, mencubit dia, pukul apetah lagi, memang jauh sekali. Sememangnya Aqil anak yang baik budi, memang tak ada sebab untuk kami memarahi dia. Keletahnya yang manja, sikap suka tersenyumnya membuat kami sentiasa bahagia dan tenang. Dan kami yakin, kami telah menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Aqil Hamzah. Walaupun dipinjamkan olehNya hanya untuk 1 tahun 2 bulan dan 10 hari tapi  kami yakin kami telah menjaga, membesarkan dan menjalankan tanggungjawab kepada amanah dari Allah ini sebaik2nya. 

Anak juga adalah ujian dariNya. Dan ujian dariNya untuk kita adalah berbeza2. Mungkin ada ibu bapa yang diuji dengan kerenah anak yang macam2. Anak sakit. Anak hilang dan sebagainya. Tapi percayalah, ujian yang didatangkan ini untuk menguji kesabaran kita, ketabahan kita. Allah tidak menguji kami sepanjang membesarkan Aqil, tapi Allah uji kami dengan "mengambil semula" pinjamanNya. Tapi kami percaya setiap yang terjadi ada hikmahNya. Kami sentiasa bersangka baik padaNya. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyanyang. Allah ambil Aqil sebab Allah sayangkan dia, dan sayangkan kami juga :') Semoga kami terus diberi kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi hari mendatang. Dan kami akan terus sabar dan menjalankan tanggungjawab kami sebagai ibu bapa terbaik untuk anak2 kami yang lain nanti sepertimana kami membesarkan dan mengasihi Aqil Hamzah. InsyaAllah :)


Genap 6 minggu Aqil meninggalkan kami. Mama sentiasa akan merindui kamu sayang. Budak comel yang suka tersenyum. Alfatihah


Tuesday, June 11, 2013

Semua sayangkan Aqil :)

Aqil ada 2 orang kakak, 4 orang abang dan 2 orang adik. Adik beradik sepupu. Yang semuanya amat sayangkan Aqil. Sayang sangat.

Teringat lagi waktu jenazah Aqil dibawa pulang ke rumah, abang Ammar masatu tengah sibuk bermain dengan adiknya dan sepupunya yang lain. Dia nampak Aqil dibalut dengan kain batik."Kenapa Aqil kena balut?" tanya abang Ammar. Abang Ammar yang sebelum ni tak tahu keadaanya adik Aqilnya macam mana sebab hari terakhir dia melawat Aqil di wad kanak2 HKL, dia yakin adiknya itu hanya sakit biasa. Lepas Aqil dimasukkan ke HDW dan ICU, dia langsung tak boleh melawat Aqil.

Bila jenazah Aqil dibaringkan diruangtamu, di bukakan kain di mukanya. Abang Ammar terkejut dan tak henti2 menangis. Ibunya memberitahu abang Ammar yang Aqil dah meninggal. Abang Ammar sangat sedih. Menangis sampai lemah, lembik tak bermaya. Sayu hati aku melihat Ammar masa tu. Walaupun dia baru berumur 6 tahun tapi dia faham, dia tahu adiknya takkan hidup lagi. Adiknya dah pergi buat selama2nya. Esoknya abang Ammar menyaksikan semuanya. Dari saat Aqil dimandikan, di kapankan dan abang Ammar juga sama2 solatkan jenazah Aqil. Betapa sayangnya dia kepada Aqil.

Abang Iman, adik kepada Ammar, umur 4 tahun. Juga amat terasa kehilangan Aqil. Pernah sekali tu dia taknak masuk rumah sebab sedih teringatkan Aqil. Sayu tengok dia masa tu.Lepas pemergian Aqil, abang Ammar dan abang Iman selalu tanya dekat ibu dan ayahnya pasal Aqil. "Kenapa Aqil kena tanam?" Dekat syurga siapa yang buatkan susu Aqil?" Aqil pakai baju apa kat syurga?" Semua diorang tanya. Agaknya risau  memikirkan adiknya sorang2 di sana. Aku cakap Aqil dekat sana Nabi Ibrahim yang jaga dia. Aqil ramai kawan kat sana. Semua ada. Toys banyak, swimming pool besar, macam2 ada. Teruja diorang tiapkali aku ceritakan pasal indahnya syurga. "Nanti abang pun nak masuk syurga lah" kata abang Ammar. " Abang Iman pun nak masuk syurga". Walaupun mereka masih kecil, mereka tau syurga itu indah. Mereka tau adiknya tengah gembira di sana. Alhamdulillah makin hari diorang semakin ok. Kurang sedihnya. Aku yang rasa sedih kekadang tengok diorang sebab diorang masih kecil lagi untuk merasai "pedihnya" kehilangan adik tersayang.

Pernah sekali tu abang Ammar masuk ke bilik, ambik Ipad Aqil. Nak main. Di tekan2, tak boleh on. Aku cakap dekat dia " Mamacik tak charge Ipad Aqil, mamacik nak simpan. Nanti kalau mamacik tengok abang main Ipad Aqil, mamacik rindu Aqil. Sedih je". Abang Ammar diam je. Pandang ke bawah sambil ditekan2 home button Ipad yang dia tahu takkan hidup. Sedih. Lepastu dia cakap " Simpanlah, nanti adik Aqil boleh main pulak". Comel je abang Ammar. Lepastu abang Ammar tanya lagi " Baju2 Aqil semua, kasut2 dia semua mamacik dah simpan ke?'' "Haah, dah simpan" aku jawab. Abang Ammar cakap "Nanti kalau Aqil ada adik, bolehlah adik Aqil pakai kan. Kalau lelaki lah. Kalau adik Aqil girl kena beli semua baru". Senyum aku dengar ayat dia. Dia tambah lagi " Mamacik makan lah banyak2, biar perut mamacik besar. Nanti adik Aqil 2 orang, sorang mamacik jaga, sorang ayahcik jaga". Ketawa aku dengar ayat abang Ammar. Mendoakan adik kepada Aqil kembar. Comel sangat :D

Abang Iman pula satu hari tu kami bawa dia melawat pusara Aqil. Balik tu ayahcu dia tanya "Adik gi mana tadi?. Dia jawab " Adik pergi syurga..tengok Aqil". Comel je. Mungkin bagi dia, di dalam pusara itulah syurga :)

Abang Ammar dan abang Iman yang rajin melayan Aqil. Suka diorang kalau dapat tengok Aqil ketawa. 

Aqil bersama abang Iman dan abang Ammar :')

Aqil tunggu abang2 dekat syurga ye :)

Abang Ayish, umur 6 tahun, juga sangat sayangkan Aqil. Memang suka main dengan Aqil. Aqil pun suka main dengan abang Ayish. Terbayang2 Aqil ketawa terkekek2 bila tiap kali main dengan abang Ayish. Ya Allah..Aqil macam happy sangat2. Abang Ayish buatlah apa pun mesti Aqil akan gelak terkekek2. Minggu lepas abang Ayish melawat pusara Aqil. Lepas siram pusara Aqil, dengan tanpa disuruh,abang Ayish cium batu tanda di pusara Aqil. Seolah2 dia mencium Aqil. Sebak betul aku bila abangku menceritakan kelakuan Ayish masatu. Lepastu sama juga macam abang Ammar dan abang Iman, banyak juga soalan2 yang di tanya pasal syurga dekat ayah dan mamanya. Abang Ayish kata dekat syurga ada sungai susu, nanti Aqil boleh minum dari sungai je :)



Gelagat Aqil dan abang Ayish. Aqil memang suka main dengan abang2 nya :')

Kakak Intan, beza 7 bulan dengan Aqil. Kakak Intan lah yang paling banyak kenangan dengan Aqil. Sebab kami tinggal serumah. Sama2 tinggal di rumah mama. Kami mula pindah ke rumah mama di Shah Alam sejak akhir November tahun lepas sebab rumah kami di Lembah Beringin kena buat "major upgrading". Setiap hari, kakak Intan lah kawan Aqil. Mereka juga adik beradik susuan. Ummi Intan menyusukan Aqil. Aqil suka main dengan kakak tapi Aqil juga selalu buli kakak :D.Aqil selalu tarik rambut kakak. Tapi kakak redha je.  Main sama2. Mandi kolam sesama. Gi jejalan sesama. Semua sama2. Kalau kakak Intan dah petah bercakap mungkin banyak dah dia tanya pasal adik Aqilnya. 

Makan sama2.

Tengok Upin Ipin sama2.

Main sama2
Semuanya kenangan terindah Aqil bersama kakak :')

Tapi kakak kecil lagi untuk faham. Tapi kekadang kami dapat rasakan dia "kehilangan". Kalau ditunjukkan gambar Aqil di henfon, tanpa disuruh..dia akan cium gambar Aqil "Mmwahhhhh!". Lepastu dia jenguk di belakang henfon..dia ingatkan Aqil menyorok di belakang henfon. Kekadang sebak aku tengok keletah Intan sebab rasa rindu kepada Aqil semakin kuat tiap kali tengok Intan. 


Sama juga bila aku melihat Ilyas. Memang membuatkan aku teringatkan Aqil. Iyas tua sebulan setengah je dari Aqil. Keletahnya sama seperti Aqil. Dulu bila tiap kali datang rumah mak, Iyas akan main sama2 dengan Aqil. Memang geng. Waktu baru2 Aqil pergi..Iyas macam tercari2 Aqil. Dia masuk bilik cari Aqil. Masa kami sampai rumah mak, dia dah tunggu di pintu pagar rumah sambil panggil "Aqillll". Tak sabarnya dia nak jumpa adik dia. Sayunya hatiku melihat gelagat Iyas. Iyas dah pandai cakap. Bila di tanya "Aqil mana?" " Aqil takde..." dia jawab. Comel sangat. Sama macam kakak Intan, bila kita tunjukkan gambar Aqil di henfon.."mmmwahhhhh!" dia akan cium gambar Aqil :') Bila bersama2 dengan mereka aku dapat rasakan seperti aku bersama Aqil. Terasa macam Aqil ada je bermain2 gelak tawa bersama mereka. Mungkin tak dapat nampak di mata kasar aku, tapi mungkin nampak di mata suci mereka :)

Abang Ilyas dan Aqil :')

Abang Arif juga terasa kehilangan Aqil. Abang Arif berumur 10 tahun, semestinya dia boleh merasa kesedihan kehilangan adik tersayang. Teringat lagi saat di luar ICU, betapa abang Arif nak sangat masuk berjumpa dengan adiknya. Tapi tak boleh. Peraturan ICU memang ketat, tak membenarkan kanak2 bawah 12 tahun masuk. Bila dia dapat tahu adiknya dah takde, abang Arif menangis. Betapa sedihnya dia. Tak boleh aku ingat saat itu sebab pasti aku akan menangis. Tapi lama kelamaan abang Arif redha, sabar. Dia tahu adik Aqil nya sedang gembira bermain2 dengan adik kandungnya, Abdullah di atas sana.

Aqil dan abang Arif.

Kehilangan Aqil juga turut dirasakan oleh kakak Amal, 13 tahun. Kakak Amal sangat sayangkan Aqil. Dia rasa terkilan sangat sebab tak dapat bersama2 Aqil sewaktu nafas Aqil yang terakhir. Cerita tentang Aqil, dia abadikan di blognya. "Jangan sedih ye kakak, Aqil akan selamanya ingat kakak seperti mana kakak ingatkan dia. Aqil sekarang tengah gembira bermain dengan Abdullah" :)

Adik Dhia dan adik Sofia.

Walaupun adik2 Aqil ini terlalu kecil tapi aku pasti mereka juga merindukan Aqil. Mungkin abang Aqil juga ada "datang" bermain2 dengan mereka :)

Sejak kami berpindah ke rumah mama, hubungan kami adik beradik semakin rapat dan merapatkan lagi Aqil dengan kakak2, abang2 dan adik2 nya. Mungkin ini adalah hikmahnya kami pindah ke sini.Aqil nak bagi kenangan manis pada semua kakak dan abangnya. Memang cantik aturan dari Allah ni kan?? Setiap yang diaturkan Allah..yang terjadi pasti ada hikmahnya. Hikmahnya yang perlahan2 akan disedari oleh kami.

Walaupun Aqil, hayatnya hanya 1 tahun 2 bulan dan 10 hari, tapi kenangan bersama Aqil akan berada di dalam mereka sepanjang hayat. Abang Ammar, abang Iman, abang Ayish,abang Arif, kakak Intan, kakak Amal, adik Dhia dan adik Sofea semua sayangkan Aqil Hamzah. Semua sayangkan Aqil sangat2. Aku bersyukur kerana adanya mereka. Mereka pengubat rinduku pada Aqil. Mereka anak-anakku juga. 


Bahagialah di sana wahai anakku, Aqil Hamzah. Alfatihah.


Friday, June 07, 2013

Antara Sabar dan Sedih.

Assalamualaikum

Aku terinspirasi dengan sebuah kisah dari buku "La Tahzan. Jangan Bersedih Khas Untuk Muslimah Bijak Bistari". Penulisnya ialah Nurhawanis Othman. Kisah tentang kesabaran seorang ibu tatkala menghadapi kematian anaknya dihadapannya.

Manfusah binti Zaid al-Fawaris pernah ditimpa musibah iaitu kematian anaknya di pangkuannya. Kemudian dia memandang anaknya yang sudah kembali kepada Tuhannya seraya berkata " Demi Allah, aku lebih suka engkau mendahului aku daripada engkau menyusul dibelakangku. Kesabaranku terhadapmu lebih penting daripada kesedihanku di atas pemergianmu. Tiada apa yang lebih besar musibah bagiku melainkan melihat kematianmu dan tiada yang lebih memedihkan selain melihat mayatmu terbaring di hadapanku. Walaupun perpisahan denganmu sangat menyedihkan, namun kebaikan akan kuperoleh melalui pahala yang aku harapkan".Kisah Manfusah telah memberi contoh teladan yang tinggi kepada kita semua ketika menghadapi musibah, dan ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Sesungguhnya sabar itu hanya pada goncangan (timpaan) yang pertama"

Kata-kata Manfusah itu bermaksud kematian anaknya dan harapan agar dikurniakan pahala oleh Allah kerana peristiwa tersebut lebih disukainya daripada hidup anaknya sekiranya beliau meninggal dunia. Ini bukan bermaksud bahawa beliau tidak menghargai kehadiran atau tidak menyayangi anaknya, bahkan kematian anaknya adalah musibah terbesar dalam hidupnya. Namun beliau mengharapkan pahala dan ganjaran daripada Allah supaya beliau lebih dapat mengurangkan kesedihan dan menerima musibah dengan hati yang redha.

Kisah Manfusah menunjukkan bahawa kesabaran para wanita solehah adalah hasil daripada keyakinan akan ganjaran sabar dan kebaikannya. Oleh kerana itu mereka memilih sabar daripada perasaan sedih dan kecewa. Kisah ini juga turut berlaku pada wanita- wanita solehah lain yang menghadapi kematian anak dia hadapan mereka, dan mereka turut menyatakan perkara yang sama.

Seorang Badwi pernah menjawab kata-kata Manfusah: " Kami sentiasa mendengar bahawa kesedihan hanyalah milik kaum wanita. Maka diharapkan selepas ini tiada lagi seorang lelaki yang sedih kerana suatu musibah. Sungguh mulia kesabaranmu dan kau tidak menyerupai kaum perempuan". Lalu Manfusah menoleh kepadanya lalu menjawab :" Tidak ada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dan sedih kecuali dia akan memperoleh di antara keduanya jalan yang jauh lebih berbeza daripada keadannya. Jika dia sabar maka dia akan dilihat sebagai mempunyai akhlak yang terpuji. Sebaliknya jika dia bersedih dan tidak menerima takdir, dia tidak akan mendapat apa-apa kecuali dosa sahaja. Sekiranya kedua-dua sifat ini digambarkan sebagai dua orang lelaki, maka sabar akan lebih diminati kerana berwajah tampan serta bersifat mulia di dunia dan akhirat. Cukuplah apa yang dijanjikan oleh Allah padanya bagi orang yang mendapat insiprasi padanya".

Tersenyum aku lepas membaca kisah wanita hebat ini.MasyaAllah. Kehilangan orang tersayang adalah perkara yang sangat "sakit". Dan aku sangat "sakit" kehilangan Aqil. Berkat doaku, doa dari mama, ayah, mak, suami , adik beradik, keluarga & kawan2 semua membuatkan diri aku semakin hari semakin kuat. Alhamdulillah. Redha membuatkan aku berasa tenang. Sabar menjadikan aku lebih dekat denganNya. Aku redha dengan apa yang telah terjadi sebab aku yakin perancangan Allah adalah yang sebaik2nya. Redha dan sabarlah dengan ujianNya kerana ujian adalah caraNya untuk mengangkat darjat hambaNya. Jangan sia-siakan peluang yang diberi dan jangan merendahkan darjat kita dengan mengingkariNya. Semoga diriku  sentiasa tabah, sabar dan redha atas kehilangan anak tersayang..sama seperti Manfusah. InsyaAllah :)

Harini genap 5 minggu Aqil meninggalkan kami. Gembiralah kamu di sana sayang. Mama selamanya akan merinduimu, Aqil Hamzah..si manja mama & ayah yang comel :')

Alfatihah














Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015