Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, October 12, 2009

Mari belajar bahasa

Hari ini mari belajar beberapa perkataan Sarawak. Ini semua gara2 terjumpa seorang adik junior dari Uitm Sarawak, Fid membuatkan secara automatiknya aku rindu dekat sana, Sarawak tercentaa. Baiklah, mari kita mulakan.

1) Lawa
Jgn ingat kalau anda kena kacau dengan mana2 mat rempit kat sana dan anda tak layan mereka, pastu mereka panggil anda lawa, anda terus terasa bangga kembang2 hidung kerana menyangka mereka mengatakan anda cantik, hakikatnya mereka memanggil anda sombong!


2) Kacak
Jika anda seorang perempuan dan ada orang memuji anda kacak, tak kira lah yg memuji anda itu lelaki mahupun perempuan, anda jgn konfius. Jgn ingat muka anda kacak seperti seorang lelaki hensem. Anda patut merasa bangga kerana mereka memuji anda cantik.


3) Kemeh
Sesetengah negeri, kemeh ialah kemas kan? Tapi kalau kat sarawak lain. Kemeh ialah kencing. Jgn pulak ingat masa kat Sarawak, sedang anda menggunakan toilet awam sekali ada org diluar mengetuk2 pintu toilet anda dengan rakus sambil berkata dengan kuat "Cepat! Cepat! Nak kemeh!", anda ingatkan org tu nak mengemas. Wuhuhu..


4) Gago
Takde kena megena dengan tarian agogo. Gago bermaksud sibuk. Busy gila la tu. Sesuai jugak digunakan tuk org yng suka menyibuk. Gago lah kau!


5) Babo
Comel kan perkataan ni? Babobabobabo. Perkataan je la comel. Hakikatnya sesiapa yg babo tak comel pun. Babo ialah pelupa.


6)Nyaman
Takde kaitan ngan udara yg nyaman lagi segar. Nyaman kat sana bermaksud sedap! Khas untuk makanan2 sahaja


7) Ngegeh
Lebih kurang macam terhegeh hegeh tapi tuk lebih spesifiknya mengada- ngada. Perempuan gedik2 tu ngegeh la tu.Oppss!


8)Polah
Student mestilah rajin polah assignments. Polah ialah buat. Kalau nak tegur jiran sebelah..Yuuuuhuuuu..polah apa tu?? hoho


9) Mun
Bukan bulan. Mun ialah kalau. Mun ada umur panjang, esok kita jumpa lagi ;)


10) Motor
Disana motor ialah kereta. Yg motor bertayar 2 tu dipanggil motosikal.


Ok, smpai disini sahaja kelas kita pada hari ini. Kalau ada masa sambung lagi. Anak2 murid semua boleh bersurai sekarang.



P/s: Asuk dan pusuk. Anda tahu maknanya ;p?


Sunday, October 11, 2009

Sindrom berbunga bunga

Akhirnya..mataku bertentang matanya, tanganku menyalam dan mencium tangannya, segala penyakit ketaq lutut, sejuk2 tangan hilang serta merta. Nya yg dimaksudkan ialah bakal mak mertua ku. Thanx to Hemy & Arabella dengan tip2 yg dikongsi. Semuanya berjalan dengan lancar & sgt baik. Alhamdulillah ;)


Sebelum jumpa macam2 bermain dalam otak. Takut, cuak, gelabah semua ada. Tapi bila dah jumpa..alahai..baiknya lah beliau. Aku je yang fikir bukan2. Ingatkan beliau garang ke apa ke. Rupa2nya tak garang langsung & sangat friendly. Berbaloi jugak la tangan kena belah dengan pisau haritu.Wihihi.Oh bukan setakat berjumpa dengan mak cintahati tapi dengan abang cintahati bersama keluarganya juga. Hopefully mereka pun happy berjumpa dengan aku ;P


Hari ni banyak jugaklah perkara pertama kali berlaku dalam hidup ku.
1) Pertama kali jejakkan kaki ke rumah cintahati.
2) Pertama kali berjumpa dengan bakal mak mertua (InsyaAllah)
3)Pertama kali drive secara SOLO ke Wangsa Maju. Selalunya mesti berteman sebab takut masuk KL.Huhu
4) Pertama kali pakai tudung lembik (shawl)
5) Pertama kali pergi Wangsa Walk


Disebabkan happy,selera makan naik mendadak.Lepas ke rumah cintahati, pergi ke 2 buah rumah yg buat openhouse dan destinasi terakhir adalah ke Wangsa Walk.Hasilnya,pulut kuning+ rendang daging+air sarsi+air coke+sate+laksa johor+air oren+yogurt cheesecake+ais lemon tea+chicken & cheese crispy ada dalam perut aku sekarang. Wohoho



Nyum2~





Nyum2 lagi~

\(^_^)/

Camnelah nak diet kalau gini kan? Wihihu










Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015