Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Wednesday, October 23, 2013

Mereka menunggu kita di syurga :')

Assalamualaikum



Buat ibu2 yang kehilangan anak tercinta. Jangan meratapi ujian Allah ini sayang. Ye..memang bukan senang. Ujian Allah tidak ada yang senang. Tapi ujian inilah yang membuatkan kita kuat. Bukankah ujian diberi untuk hambaNya yang boleh menanggung ujian itu?? Kita insan kuat..kita insan terpilih. Bersabarlah dan redhalah. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahNya. Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)



Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.


Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)



Indah bukan? Perpisahan ini hanyalah sementara.Kita terpisah dengan anak tersayang di dunia tapi dengan izinNya, kita akan bertemu semula dengan anak tercinta kita di sana nanti. InsyaAllah. Ini adalah janjiNya. Kita di sini kena berusaha kuat untuk sama2 kita berjumpa dengan anak tersayang kita di sana kelak. Anak2 kita, wildan kita sedang menanti kita, saham syurga kita :')

Coretan indah di atas telah dikongsikan oleh Kak Hanis, seorang ibu tabah kepada Maryam Saffiyah, ahli syurganya yang telah pergi 3 tahun lepas. Dan Allah telah kurniakan Kak Hanis pengganti Maryam, Yasmin yang sangat comel dan indah, seiras Maryam. MasyaAllah..Allah Maha Adil kan.

Coretan ini juga saya kongsikan kepada semua ibu2 tabah di luar sana. Kuatlah. Redhalah. Senyumlah. Kesatlah airmata mu sayang. Anak kita menunggu kita di pintu syurga :')

Al-Fatihah~


Friday, July 26, 2013

Yes to PnD protection campaign.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah syukur ke hadratNya, kami selamat kembali ke tanah air dari mengerjakan iadah umrah. Banyak yang saya nak kongsikan pengalaman sewaktu di Madinah Al-Munawarah dan Mekah Al- Mukaramah. Memang pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Sungguh indah. Tapi sebelum tu izinkan saya ingin berkongsi dengan kalian tentang kempen Yes ini. Menjadi tanggungjawab saya untuk berkongsi secebis ilmu dan pengetahuan saya berkenaan kempen ini. 

Telah saya kongsikan di entry sebelum ini tentang bahayanya penyakit Pneumococcal dan cara untuk melindungi dari penyakit ini adalah dengan pemvaksinan. Kempen "Yes to Pneumococcal Disease (PnD) Protection", kempen inisiatif usaha sama daripada sebuah pertubuhan NGO, Parenting2u, Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP) dan juga Malaysian Paediatric Association (MPA). Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan vaksin pneumococcal secara percuma di semua klinik kesihatan. Menurut pakar kanak-kanak Dr Yong Junina, pemvaksinan adalah cara yang paling selamat untuk melindungi kanak-kanak dari dijangkiti bakteria Streptococcus Pneumonia yang mengakibatkan penyakit pneumococcal ini. 10,000 pledges (kad ikrar) akan diedarkan kepada ibu untuk diisi sebagai tanda sokongan mereka terhadap kempen ini. Kempen yang bermula pada bulan April lalu akan berakhir pada bulan September ini. 

Untuk informasi lebih lanjut tentang kempen Yes ini, boleh di baca di link ini

Dan sepanjang minggu depan,29 Julai hingga 3 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 3 petang, kempen Yes akan diadakan di Assunta Hospital, Petaling Jaya bersempena Mommy & Baby Week. Anda semua dijemput hadir sebagai tanda sokongan anda terhadap kempen ni. Selain kempen Yes, turut diadakan seminar tentang penyusuan bayi, teknik dan tips. Ada juga demonstari mengurut dan berbedung bayi. Sesuai dihadiri oleh ibu bapa baru yang bakal menimang cahaya mata. Di samping anda datang untuk memeri sokongan terhadap kempen Yes, boleh juga menambah ilmu di alam parenting :)


Ini adalah usaha saya, usaha ibu bapa lain juga yang ingin melindungi anak-anak mereka. Saya sedar ada kalangan ibu bapa yang kurang senang tentang pemvaksinan. Setiap ibu apa ada ada cara dan pendapat masing2 untuk melindungi anak mereka. Yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik. Saya disini bukan hendak berdebat tentang isu vaksin ini, tidak. Siapalah saya?? Saya hanyalah ingin berkongsi ilmu pengetahuan sahaja. Saya menghormati cara kalian dan kalian hormatlah cara kami. Hormat menghormati. Jangan lah ada yang memperlekehkan usaha kami. Jika anda tidak mahu menyokong kempen ini, jangan perlekehkan. Berdiam diri adalah cara yang lebih baik daripada memburuk2kan dan memperlekehkan usaha kami.


Pledges (kad ikrar) Yes Campaign.
Say Yes to Pneumococcal Disease Protection. 

Aqil Hamzah menjadi penguat semangat saya untuk aktif dalam kempen ni. 
Semoga objektif kempen ini dapat direalisasikan satu hari nanti. InsyaAllah.











Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015