Heavy metal dlm teh kurus atau lebih spesifiknya " Determination of heavy metals in slimming tea". Tu la tajuk Final Year Project aku atau lebih ringkasnya FYP atau nak senang lagi thesis. Oh, heavy metal ni sememangnya takde kena mengena ngan mana2 band heavy metal. Ni heavy metal yang boleh membahayakan kesihatan. Sem ni aku mmg banyak habis masa buat benda ni. Memula buat experiment ni, excited habis..lebih2 lagi time nak detect heavy metal guna FAAS. Aku suka guna benda alah ni. Mcm dalam CSI je. Haha. Seronok buat thesis ni sebab aku byk belajar benda baru. Bertambah ilmu dan pengalaman tapi ada satu kejadian yang aku tak boleh lupa time buat thesis ni. Cam biasa, teh2 tu aku treat guna "acid digestion". Memula timbang teh kurus tu, pastu rendam teh tu dalam acid nitric semalamam. Esoknya aku panaskan teh tu bawah "fume hood" sampai teh2 tu hancur . Bila dah hancur, tapis teh tu dalam "volumetric flask", tmbah air suling pastu simpan dalam botol ubat.
~ Hai obat..hai obat..mari beli obat~
* ni la sampel teh aku, setiap sampel kena triplicate*
Biasa time aku panaskan teh tu, ok je..takde apa2 masalah, tapi ada satu hari tu time aku panaskan teh, tetiba aku dengar bunyi cam benda meletup. Aku tengok teh yang aku panaskan tadi tu menggelegak pastu meletup2. Aku memang dah panik gila time tu. Encik Kerol (lab assistant) pulak takde time tu, tinggal aku dengan sorang student (kelas lain) yang tengah buat experiment gak. Dia pun cuak. Makin lama makin kuat letupnya sampai terpercik2 ke lantai. Aku tak boleh nak buat apa dah time tu, jantung berdebar2. Aku takut bikar tu pecah, pastu meletup, lab tu terbakar. Masa tu otak aku fikir macam2. Nak tutup suis "hot plate" tu takut sebab nanti teh tu terpercik kena tangan ke, muka ke. Tak psl2 je nanti. Aku biarkan je. Tgk aksi "letupan teh" tu dari jarak jauh. Lama2 letupan tu jadik slow, pastu senyap sebab teh dalam bikar tu dah habis. Semua dah terpecik ke luar. Aku pun pe lagi, cepat2 tutup suis "hot plate" tu, pastu amik kain buruk cpat2 lap lantai yang da kotor kena teh tu. Bila Encik Kerol masuk, aku wat tak tau je macam takde apa2 berlaku. Ngehehe..Tapi akhirnya dia tau gak sebab aku ada meninggalkan bukti yang jelas lagi nyata kat dinding "fume hood" ngan "hot plate" yang aku guna tu. Aku kena bersihkan kesan2 letupan tu sampai bersih berkilat2 guna acetone. Huhuhu.* ni la sampel teh aku, setiap sampel kena triplicate*
~Dinding "fume hood" lepas kena bom teh~
*pastu aku kena bersihkan sampai berkilat..huhu*
*pastu aku kena bersihkan sampai berkilat..huhu*
~"Hot plate" yang terkena bom teh dan"Hot plate" suci~
*aku kena sental benda ni sampai berkilat gak..huu*
*aku kena sental benda ni sampai berkilat gak..huu*
Pas kejadian tu aku terus g repot kat supervisor aku. Rupanya aku dah wat satu kesalahan besar. Tak cover bikar tu time panaskan. Sbb kalau guna "acid digestion" , letup2 ni memang normal. So aku kena cover bikar tu biar tak bahaya. Yang pelik, sebelum ni tak pernah pun jadik. Tapi memndangkan letupan teh aku ni agak over (kuat sangat), supervisor aku ckp mybe "hot plate" tu dah rosak. Ye..mmg patut dibuang ke tong sampah je sebelum ramai yang jadik mangsa.
Tapi sekarang Alhamdullilah projek da settle. Tak payah nak timbang2 teh lagi. Tak payah nak rendam teh kurus tu dalam nitric acid lagi. Tak payah nak panaskan teh tu lagi. Tak payah nak tapis teh tu masuk dalam botol ubat lagi. Semua dah tak payah. Tinggal nak buat hardcover report je. Lalala..
~Aku tgh me"ninja"kan diri~
* tgh tekun wat thesis ni*
* tgh tekun wat thesis ni*
No comments:
Post a Comment
Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)