Pages

Monday, November 10, 2008

Kucing apa yang mula dari T?

Malam semalam, kul 730 camtu, g LCCT jemput mama yang baru balik cuti dari Bandung. On the way g sana, aku agak boring, ajak la caca (adik perempuan aku yang umur 8 tahun) main game ABC. Maka berlangsungla dialog di bawah. Aku= kakcik.

Kakcik: Ca, jom kita main game ABC. Kalau kakcik cakap apakah benda yang mula dari T, aca cakap la tisu ke, tuala ke, apa2 je yang mula dari T. Kita main tuk benda, buah2an ngan negeri je tau.
Caca: Ok2! Caca start dulu eh ( ngan nada yang xcited gila!). Ok kakcik, buah apa yang start dari A?
Kakcik: Eley, senang je..Anggur.
Caca: Betul!! Kakcik pandai..
Kakcik : Ok ca, negeri apa yang mula dari S?
Caca: Kacang je..Selangor la. Ok, aca pulak tanya * diam* (berfikir jap). Mmmm.. apakah kucing yang mula dari T?

Aku agak nak ketawa bila dengar soalan ni, dah la lari tema benda, buah2an ngan tempat. Tetiba masuk kucing pulak. Kalau dia tanya binatang apa yang mula dari T aku boleh terima lagi.
Hahaha..aku pun layan kan jela.


Kakcik: Mmmm..(tengah berfikir jap)
Caca: Ala..Lambat la kakcik ni jawab. Jawapan nya senang je. Kucing TOMPOK!
Kakcik: Ahahahahhaha (ketawa sakan sampai kena berhenti kat R&R Dengkil sebab pundi kencing tetiba rasa nak pecah! Sakit perut aku ketawa)

Lepas tu, kami sambung perjalanan ngan borak2 biasa je. No more ABC game. Haha. Bila dah sampai LCCT. Mulut dia bising2 tanya kenapa airport ni burukla, tak macam airport kita selalu jemput mama. Kenapa tak sejukla, kenapa tak de nampak kapal terbangla. Aku pun jawabla semampunya. Sebab ni baru 1st time dia jejak kaki kat LCCT, so dia rasa pelik. Selalu kitorang jemput mama balik out station kat KLIA. Masa sampai sana kul 8.30, kami tengok list ketibaan, flight dari Bandung dah tiba. Kira on time la kami ni. Kami tunggu mama kul 8.45 tak keluar lagi, kul 9 pun tak keluar lagi, kul 915 pun tak ada bayang. Caca dah bising2 tanya mana mama ni? , mana mama ni?. Aku cakapla, memangla lambat sikit ca, mama kena ambil beg lagi, cop lagi..bla..bla. Aku suruh dia duduk kejap, sebab memang dari tadi dia tak duduk. Kehulu-kehilir tak sabar2 tunggu mama keluar. Dalam kul 9.45, mama pun keluar. Caca excited habis. Terlompat2, peluk cium mama. Rasa rindu dia macam dah 3 minggu tak jumpa mama, padahal baru 3 hari kot. Tapi budak kecil memang sangat comel =)

Mama cerita kat sana barang2 leather dan jeans sangat murah2 sebab kat sana ada banyak outlet. Mama belikan aku jeans LC yang cun habis saiz 29. Oh tidak! Aku kena kuruskan badan sebab seluar tu agak ketat. Nak zip kena tarik nafas sedalam2nya baru boleh.Huhu..Aku semakin "sehat".



~Muka2 keboringan kami~


2 comments:

  1. ye. ye.. saya percaya seluar tu tak muat berdasarkan foto di atas..

    ReplyDelete
  2. ahaha..yee..program diet harus dimulakan sekarang..hee

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)