Pages

Saturday, November 15, 2008

Selamat pengatin baru & Selamat mengeTag

Baru lepas balik wedding member sekolah rendah merangkap sekolah menengah aku tadi. Zaireen namanya. Tahniah Zaireen & Shauqi. Masuk dia, tahun ni dah 3 orang member sekolah aku kahwin. Bulan 12 nanti ada wedding invitation lagi dari member sekolah ku jugak. Aiyoo..ramai dah kahwin ni. Aku bila? Sabar la...study pun tak habis lagi. Haha. Seronok jugakla tadi. Jumpa member zaman sekolah dulu. Member2 sekolah menengah ( projekian) memang aku still contact lagi tapi yang tak tahan jumpa member2 sekolah rendah balik. Ada sorang dua yang aku still rapat tapi yang lain tu memang aku dah tak ingat. Bukan sebab aku sombong berlagak tapi sebab aku dah lama lost contact ngan dorang sejak aku pindah kat Sarawak masa darjah 6. Walaupun aku tak se"nerd" zaman sekolah rendah dulu dengan spek mata bagai, tapi dorang still kenal aku. Agak terharu jap. Tahi lalat aku ni yang buat dorang kenal aku lagi kot. Member2 perempuan, semua stok dah kerja. Mantain comel2 lagi. Tapi member2 laki, yang dulu time sekolah rendah muka stok comel lote, handsome & digilai ramai, sekarang dah stok bapak2. Yang mana dulu stok tak comel, rendang2 je, sekarang dah tinggi lagi hensem. Ahaha..Last aku jumpa dorang masa darjah 5, 11 tahun, sekarang aku dah 24 tahun. Huiiyoo..memangla dorang ( termasuk aku) berubah fizikalnya. 13 tahun yang lalu pulak kan. Yang penting, happy dapat jumpa dorang balik. Korang, keep in touch ok. Apa la guna Friendster, Myspace, Facebook korang tu kan. Sila lah add aku. Hee..

~Semoga berbahagia Shauqi & Zaireen~
* gambar candid..hehe*

~Awek2 ex-projekian~
* gambar blur*

~ Ex- SRK Seksyen 18~

Oh ya..Masa aku tengah tunggu member2 lain sampai, sebelum gerak gi wedding Zaireen tadi, aku menyempatkan diri tengok blog jap, rupanya aku telah ditag tuk pertama kalinya. Apakah?


RULES :

1. Take a recent picture of yourself & take a picture of yourself right now.
2. Don't change your clothes, don't fix your hair... just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 10 people to do this.

Di tag oleh Encik Paiseh yang suka makan buah hati manis..ahaha

RESULT :

Sempat pulak aku tangkap gambar macam nak hantar kat majalah Mangga kan? Haha..
* sengal*

Gambar ni aku snap sebelum gi wedding Zaireen tadi, jadi haruslah aku dalam keadaan sangat ayu. Tak payah tukar2 baju, tak payah betul2 kan rambut. Haha.Kena tag 10 orang jugak ke? Kalau Encik Paiseh bagi diskaun 50% kat diri dia sendiri sebab dia still freshie, orientasi pun belum. Aku bagi diskaun 100% kat diri aku sendiri sebab aku bukan takat belum orientasi, kad matrik pun belum buat lagi. Haha.. Jadi, aku tak payah la tag siapa2..lalala..

2 comments:

  1. waaa.. mana aci.. dah siap2 g kenduri...!!
    comey laa kamu.. hukhukhukhuk..!!

    ReplyDelete
  2. moral of the story, sila check blog sebelum g kenduri..haha

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)