Pages

Friday, December 26, 2008

Sesi menjawab tag (lagi)

Di tag lagi oleh Encik Paiseh yang suka tgk cerita Prison Break.

Syarat dan peraturan tag nya dalah seperti berikut ( ayat gila skema) :

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.* Malang kah aku? Huhu

2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.* Aku tak nak buat.

3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.

4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi. * Apakah??

Oleh itu, 16 perkara tentang aku ialah:

1. Nama penuh aku Erina Asmawani Bt Abu Bakar. Ayah aku memula nak bagi nama Asma je. Mama aku nak nama Erina. Pastu atok aku tambah Wani. Setelah disusun cantik2, terhasilah satu nama yg cukup indah iaitu Erina Asmawani.

2. Aku anak ketiga dari 5 adik beradik. Ada seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Perfect.

3. Masa darjah 6 sampai form 1, aku pindah kat Sarawak sbb ikut mama aku kerja kat sana. Pastu pindah sini balik. Lepas SPM, aku dapat sambung study kat Uitm Sarawak pulak. Memang aku berjodoh ngan Sarawak.

4. Disebabkan kejadian di atas, aku sgtlah fasih ckp bahasa Sarawak. (Ngegeh na juak..agaga)

5. Aku pernah nak bunuh diri masa darjah 4. Siap buat suicide note, tampal kat dinding, pastu ambik segala pin, gunting taruk atas katil. Pastu aku baring atas katil tu. (Aku baring tengah2, pin2 ngan gunting2 tu kat tepi2). Ahaha..ni semua gara2 kucing kesayangan aku hilang. Ish..ish..banyak terpengaruh tv la ni.

6. Masa kecik2 aku bercita2 jadik doktor haiwan, bila dah sekolah menengah cita2 nak jadik jururawat. Sekarang aku tak tau nak jadik apa dah. Cikgu kot. Lol..

7. Aku suka gila warna pink.

8. Aku rabun tahap " kalau tak spek atau contact lens, semua benda aku tgk nampak cam bayang2 je". Nanti aku nak buat lasik.

Ni kalau pakai spek

Ni kalau tak pakai

9. Aku pernah bela lebih kurang 60 ekor hamster. Termasuk yang hilang, mati dan bagi kat orang. Family hamster yang terakhir, aku jual kat mudah.com.my. Huhu

10. Aku tak pernah minum air atau makan makanan yang berunsurkan kopi. Aku bau kopi terus pening, rasa cam nak muntah

11. Aku tak reti drive kereta manual.

12. Aku drive kereta tak pakai kasut. Sebab kalau tak rasa pedal brek atau minyak pakai tapak kaki, rasa tak konfiden.

13. Aku pecinta kucing sejati, tapi tak boleh bela pun.

14. Aku ada 2 orang anak buah setakat ni. Ammar dan Faris. Aku bahasakan diri aku mamacik ngan diorang sbb aku ialah kakcik. Tak kan aku nak bahasakan diri aku makcik kot.

15. Masa kecik2, sepupu dan saudara terdekat panggil aku "Koni". Sekarang nama tu dah terhapus. Ada sorang je sepupu aku yg masih setia panggil aku ngan nama tu.

16. Masa study kat Sarawak, aku pernah jadik naib presiden kelab Taekwondo. Padahal masa tu aku baru belt hijau.


P/s : Lagi satu, aku tak pernah makan ikan keli dan ikan sembilang. Geliii..huhu


No comments:

Post a Comment

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)