Pages

Saturday, December 20, 2008

Siri tak kan lupa sampai bila2 #01

Tarikh : Tak ingat bila tapi tahun 1997 ( masa tu aku 13 tahun)
Lokasi : Dalam flight, seat belakang sekali, duduk sebelah kakak aku
Kejadian : Kisah aku ngan steward hensem

Masa ni dari Sarawak, kami nak balik semenanjung. Dalam flight tu ada sorang steward ni, mmg hensem gila ( umur 13 tahun dah pandai menggatal tgk laki hensem..haha). Pastu biasalah, kalau naik MAS, mestilah ada serve meal. Pastu, mestilah ada steward/stewardess tanya nak minum air apa kan. Sekali kebetulan yg serve air tu ialah steward yang hensem td tu. Aku dengan penuh excitednya, tak sabar nak tunggu steward hensem tu datang kat aku. Bila dah sampai kat aku (aku duk hujung sekali), aku dah tersengih2 teruja smbil terus angkat cawan palstik tu tinggi2, biar senang dia nak tuangkan air. Pastu dia tanya..

Steward hensem : Do you want coffee or tea?
Aku yg malu2 : Yess..Yess ( sambil tersengih2 cam kuda)
Steward hensem : Do you want coffee or tea?
Aku yg excited : Yess..Yess ( jawab ngan excitednya..tapi ngan nada kuat sikit sbb time tu aku rase maybe steward tu tak berapa dengar)
Steward hensem : Dik, saya tanya awak, awak nak air kopi ke air teh? awk kena pilihla air kopi atau teh..bukan jwb yes..yes..saya tak tau awk nak yg mana.
Aku yg malu gila : Ooooo..bagi saya air teh eh (sambil tersipu2 malu gila, rasa macam nak tutup muka pakai beg muntah..maluu gila nak mampos).

Kakak aku kat sebelah dah tergelak2 cam haram. Terus aku tgk muka steward yg hensem tu, jadik tak hensem langsung. Padahal dah malu. Agagaga. Excited sgt ngan sterward hensem tu sampai tak faham soklan. Steward tu tanya tanya aku nak air teh ke air kopi?. Aku jawab..Ye..ye. Maluuu gilaaa!! Siap steward tu ulang tanya soklan yg sama, aku still jwb yes..yes. Konfiden je ingat steward tu tak dengar. Haha. Mengong betol. Nasib baiklah time tu kecik lagi. Baru nak membesar. Aku boleh maafkan diri sendiri lagi. Haih..aku tak kan lupa la kejadian ni sampai bila2. Bila teringat balik boleh buat aku ketawa sorang2. Hahahaha..

4 comments:

  1. whoaa.. kecik2 dah join seminar YES...
    hahahahaha....!!

    *sila tonton YES MAN.. di pawagam berdekatan..

    ReplyDelete
  2. hohoho..best ke cerita tu? kasik bape bintang?

    ReplyDelete
  3. best cite tuh..aku kasik 4 stengah..huhuhu..
    -pyan-

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)