Pages

Tuesday, May 19, 2009

Aktiviti2 sehat pada hari ini

Hari ni aku gi gym!!! Diulangi sekali lagi..gym! Gymnasium! Permulaan hari yang baik sebagai seorang student (or ex-student kot). Bosan la duk umah asek makan, tido, fesbuk, tv, blog je. Semua ni aktiviti2 yg sgt menyumbang ke arah kegemukan. Kalau sebulan rutin harian aku camni, mmg aku leh join masuk rancangan "The Biggest Loser". Jadinya, hari ni aku berazam tuk mengisi masa cuti aku ngan aktiviti yang sehat!


Akiviti menyehatkan yang pertama:

Workout dalam gym uitm selama 1 jam. Hambek ko. Baru 1 jam. Pancetttt tak hengat!! Takpe2, nak sehat + nak kurus nye pasal. Segala lemak2 degil kat bahagian pinggang ke bawah pecah. Gatal2 ok peha n aset ku. (aset?? kahkahkah). Rasa cam nak menggaru2 je. Tak pun rasa nak gesel2 je atas jalan tar yg keras bergigi2 tu.



Sebelum berpeluh



Berjaya mengayuh sejauh 3 km dalam masa 10 minit



Walaupun pancettt tetap beraksi riang



Aktiviti menyehatkan yang kedua:

Pergi pusat renang akuatik tuk survey kelas2 renang yang ada. See..sangat sehat kan aktiviti cuti aku? Siap nak gi kelas renang lagi tau. Woo..jangan ingat aku tak pandai berenang pulak eh. Basic dah ada. Dah boleh berenang laju2 dah. Aku cuma nak belajar skil2 berenang yang lain cam kuak rerama ke, berenang gaya anjing ke. Haa..gitu2 lah. At least ada gak aktiviti berguna nanti. Semangat..semangat..


Masa gi pusat renang tu, terserempak pulak ngan Dato' Syeikh Muzaffar angkasawan negara yang tinggi lagi hensem tu. (Ceh..word terserempak tu tak tahan!). Beliau tgh buat shooting tuk program ape ntah. Dapat tgk dia secara live, agak proud lah dihati ini. Macam nak je gi kacau dia buat shooting, tangkap gambar ngan dia pastu salam dan cakap "Dato', I'm so proud of u!". Hahaha. Dan ye..beliau sememangnye sangat berciri model dan kacak bergaya.



Beliau berbaju putih segak itu
(Dato' Syed..sila bawa saya ke bulan..haha..tetiba je kan)



Aktiviti menyihatkan yang ketiga:

Haa..aktiviti yang ni mmg betul2 SEHAT lah. Pas gi akuatik tu, terus singgah tesco carik stall 1901. Hari ni kan 19 haribulan, dan setiap haribulan 1901 ada buat promotion. Regular New York chicken & Chicago beef hanya RM 2 sahaja. Harga asalnya RM5. Tak ke murah tu. Jadinya..haruslah aku memborong secara "buat2 lupa yang pagi tadi dah gi gym". Hahaha..



3 New York Chicken + 2 Chicago Beef


Jangan ingat aku tamak-haloba-bernafsu-kuda gelojoh nak makan lima2 hotdog ni pulak. Aku makan 1 je la. Yang lain2 tu tuk mama syg, adik pompuan aku, adik lelaki aku dan tak lupa gak tuk pembantu rumah aku yg sgt rajin. Baik kan aku? Boleh jadik tokoh anak mithali..



Nah..nah..jemput makan~~
Nyummmmyyyy!


Pastu kul 2 ptg camtu balik umah ngan keadaan penat + konyang. Pergghh! Kalau dapat tido nie best nih. Tapi..memandangkan status aku sebagai anak tokey Fradoo yang sgt baik dan rajin, jadi haruslah aku pergi Fradoo petang tu tu jalankan tugas harian. Tapi sebelum pergi Fradoo, sempat lagi aku gigih buat satu lagi aktiviti sehat.


Aktiviti menyehatkan yang keempat:


Masak spageti dan MAKAN!!
Kahkahkah..
(walaupun kuah spageti tu dlm gambar nampak cam kuah kcg, tp serius mmg sdp!!)


Amacam? Sehat kan aktiviti2 aku harini? ;p

10 comments:

  1. warhhh g gym ....
    pasni mesti lagi cun..hehehhee




    kekekeke jadi org pertama komen ni.. ader abc free ker.. hihih

    ReplyDelete
  2. lu punya kuah spageti tu kalu taruk petai trus bulih upgred jadi sambal petai gua syak. hahahahaa...!

    ReplyDelete
  3. erina!

    nak tny ko something. tp bkn kt cni.

    ada ym id tak?

    add me pls : earthangel0201@yahoo.com =)

    see ya!

    ReplyDelete
  4. wahhh..eja ade ajk N g gym...tgh tggu mase je ni....besh2...

    ReplyDelete
  5. gila ahhhh!!! akak dapat jumpa syeikh muzaphar!!! fara penah jumpa dia skali.. nak jumpa lagi..... warghhhh jeles jeles!!!!

    ReplyDelete
  6. nk blaja berenang gak.. kat mana tu???

    ReplyDelete
  7. Woit bukan syed muzaffar ler! Syeikh muzaffar ler!

    ReplyDelete
  8. phewittt
    pegi gym dah tu
    izza ni duk umah pun rs dah makin kembang jekkkkkk

    ReplyDelete
  9. nice blog, im from ur fs.. saje jalan2 blog

    ReplyDelete
  10. Burk:
    nanti kakcik belanje k..wiwiwi ;P

    Paiseh:
    don't judge a kuah spageti by its look..hahaha..rasa dulu baru tau

    Ell:
    Sharing is caring ;)

    Princess N:
    Jom N gi gym sesame..biar fit!

    Fararusdi:
    Beliauu sgt kacak kan fara? wuwu

    Jard the great:
    Jom jard, kat pusat renang akuatik shah alam, sebelah tesco ;)

    Aku dia dan kamu:
    Heee..thanx sbb gtau! Dah diperbetulkan ejaan nama beliau

    Sweethoney:
    Dah jadik cikgu ni xyah g gym da izza, konfirm kurus sbb byk kerja..

    Luth Textile:
    Thanx for visiting ;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)