Pages

Sunday, July 26, 2009

Kehilangan sebutir permata

"Without crying, my dear, there is no laughing.
These 2 feelings tell you something important,
that your soul is alive"
-
Yasmin Ahmad





Bagi orang lain yang tak kenal siapa Yasmin Ahmad dan yang tak layan filem2 dia , mungkin menganggap dia orang yang biasa2 je, tak ada apa2 keistimewaan. Tapi bagi aku, aku sgt sanjung hasil karya2 dia. Sgt minat dan kagum dengan dia. Kehilangan ni betul2 terasa. Tak sangka, filem Talentime yang bagi aku, adalah karya terbaik dia merupakan filem dia yg terakhir. Al- Fatihah. Semoga dia tenang di sana dan semoga rohnya ditempatkan dengan orang2 yang beriman.







P/s: Tak mungkin ada lagi filem2 membuka mata dan minda dan juga iklan2 yang menyayat hati sempena hari raya nanti :(


Saturday, July 25, 2009

Hot FM Le Tour De Gerai Part 2

Memang mencabar kesabaran bila laptop kesayangan tiba2 kena virus2 mengong sampai laptop bile on je screen jadik warna biru. Biru semata2 without any icon. Semua hilang. Siap wallpaper ada tulis "Warning! Spyware detected on your pc! Bla..bla..bla..(terpaksa kena format baru!) Di tambah plak card reader yang rosak. Memang tertunda2 la entry yg sepatutnye di update 5 hari lepas. Sayang kan "Cerita Erina" punya pasal, gigih gak pergi cc malam2 camni.

Ok2, ni gambar2 haritu. Selamat cuci mata. Ngeh2 ;)


Encik Abu Bakar & Puan Hamidah di apit oleh AG & Tini


Sengih lebar2 semua ;D



Ok, AG dah tak sabar2 nak larikan abc.



Dah selamat gantung cantik2 kat Fradoo dah. Apa? Ingat Jalan2 carik makan je ke ade benda ni? Ngihihi ;p



Sunday, July 19, 2009

Hot FM Le Tour De Gerai 09


Malam semalam tanpa di duga dan tak disangka2 (sambil gosok2 mata), Hot Fm le tour de gerai krew ramai2 singgah Fradoo pekena Abc special. Cayalah!! Encik Abu Bakar selaku owner Fradoo sengih sampai ke telinga sepanjang dorang menghavockan Fradoo. Banyak gambar nak diupload, tapi card reader rosak plak. Mahaplah eh..next entry la aku letak gambar2 nye. Hehe. Thanx a lot Hot fm krew (AG & Tini), dan juga Maxis ;)

P/s: Malam tadi senyum2 bangga je.Wihihi ;p


Wednesday, July 15, 2009

Laku ke tak?

Aku komfius jap semalam, ada sorang customer ni, bayar Abc yg berharga Rm2.50 dengan menggunakan duit ni..


Yang duit kertas RM1 tu aku memang tak kesah, yang aku hairan duit syiling Rm1 tu. Masa aku dapat duit ni, aku pandang dia, dia pandang aku. Aku buat muka hairan sampai kerut2 kening, dia buat muka slumber tak tau. Huhu. Setahu aku duit syiling ni dah tak laku kan? Tapi malas nak banyak soal, aku bagi jela baki 50 sen balik. Haih~


p/s: Mybe adik tu baru lepas pecah tabung kot..huhu

Sunday, July 12, 2009

10 perkara best tentang Sarawak

1) Ada cat statue yang comel lagi besar gabak dekat tengah2 bandar Kuching








2) Ada waterfront yang indah. Siap ada bot tambang lagi








3) Ada cultural village yang sgt happening! Rugi kalau gi Sarawak tak pergi sini.

















Faris pakai baju tradisional kaum Iban. Kawaiiii!



4) Ada pantai Santubong yang seriously sgt cantik













5) Ada Taman Sahabat yang menarik lagi tertarik







6) Ada Singapore Chicken Rice yg super duper nyamannnn!







7) Tak lupa jugak ngan mee kolok. Mee kolok dekat Heritage cafe, Satok mmg terbaikla! Pergh!







8) Ada ikan terubok masin yang segar lagi murah. Tempat lain tak dapat punya.







9) Bersepah2 patung2 unik lagi pelik dan seksi. Kehkehkeh ;p











Ooopss! Budak kecik sila totop mata


10) Last sekali, paling best. Gambir. Lalala ;p




bagus tuk ubat sakit gigi ni.hihi


Sunday, July 05, 2009

Yeehaaa!


2 3 kucing berlari,

Mana nak sama dengan kucing kat Sarawak,

2 3 boleh ku cari,

Esok aku nak g cuti kat Kuching Sarawak
Tihihi..


Any pesanan? Tikar sarawak? Biskut sagu? Ulat mulong? Gambir? Lol ;p



P/s: Giler excited!!

Friday, July 03, 2009

Saya budak baru belajar..

Kalau salah tolong buat tak tau je. Boleh? Haha.Malam semalam ada 1 sesi bertemu bloggers. For the very 1st time.Unplan sebenarnya. Cam tak caye je dpt jumpa blogger2 otai kat Fradoo semalam. Sogan den. Terasa diri ini kerdil je. Hee. Al-maklumlah, baru setahun jagung je dlm dunia blogging ni. For Jard, Wafa, Masy, Kapten & Kuehbakar, thanx 4 coming. Nice to meet u guys. Selamat berkawan ;)

Senior2 blogger setelah konyang mkn ABC. Hee

P/s: Sis Aima, nanti dtg Fradoo k ;)

Wednesday, July 01, 2009

Proses pembersihan dijalankan

Perghh. Bersawang beb blog gua. Huhu. Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 7. Gila pantas masa berlalu. Terasa macam baru je semalam aku habis jawab paper final. Terasa cam baru 2-3 hari lepas je dapat tau result exam. Rasa cam tak caya je dah dekat 2 bulan aku dah jadik penanam anggur tanpa biji berjaya. Wahaha~


Baiklah, blog ini akan bersih dari segala sawang, habuk mahupun daki mulai hari ini. Azam bulan 7 namanya. Kehkeh. Hmm..nak start dari mana eh? Banyak gilaaa cerita tertunda. Tapi malas la nak update cerita yg dah basi. Meh aku update ngan cerita latest yg hot lagi sensasi.



Cerita hot lagi sensasi yg pertama




Aku bahagia ngan kehidupan sekarang. Heaven wehhhhh dapat cuti lama. Nak cuti puas2 sampai bosan tahap unta baru nak gi kerja boleh tak? Ngahaha. Yela. 7 tahun tonggang terbalik study, bagi can la nak feeling cuti lebih2. Dah dapat cuti ni, cuti la beb, kang bila dah kerja, ko gak yg bising2 nak cuti. Sepanjang cuti ni, mmg bahagia. Tak tau camne nak ckp bahagianya tu dan akibat terlalu bahagia, berat badan pun semakin bertambah. Hampirrr sipi2 nak cecah 60 kg sekarang. Hot kan? Kahkah..Kaki aku dah lupa dan makin malas nak menapak gi gym.


Cerita hot lagi sensasi yg kedua



Hensem tak beliau?? Ye..beliau ialah fruitbaby aku yag ketiga. Lahir 24/6 haritu bersamaan ngan 1 rejab.Nama diberi Izz Iman Dani dan ye, beliau seorang lelaki eh. Jgn tertipu ngan kecomelan beliau tu. Sgt comel sampai aku sanggup buang kucing manja tapi annoying kat rumah ni demi tuk menjaga kesihatan beliau (Btw, bukan kucing yg di bela pun, kucing tu suka dtg mintak makanan je.Huhu). Dah 3 org dah frutbaby aku weh. Semua lelaki lak tu. Siapa sangka gadis yg comel lagi hot ngan berat badan hampir mencecah 60 kg ni dah ada 3 orang friutbaby. Kahkah. Sebagai mamacik yg baik, tugas aku hari2 tak lain tak bukan ialah tuk mencuci uuk beliau. Haih~ (takpe2, pengalaman tuk masa depan ;p)



Cerita hot lagi sensasi yg ketiga





Aku dan Fradoo kan memang tak boleh berpisah. Ibarat air dicincang tak kan putus. Kahkah. Motip utama nak bagitau sebenarnya Fradoo dah berwajah baru. Sila datang ke Fradoo ye ;)


Ok, tu je cerita hot lagi sensasi sepanjang aku bercuti. Hot kan? Hahaha. OOo..baru perasan, follower cerita erina makin bertambah. Ni yg buat semangat tuk berblog balik ni. Hee.Tima kaseh follower ;)