Pages

Friday, April 30, 2010

Ladies Coach & new shawls beybeh ;)

Hari Rabu haritu pergi amik stock shawls. Biasanya aku gi naik komuter je.Save cost & time. Senang! Masa tengah duduk2 tunggu train tu terdengar satu announcemnet. Pasal Ladies Coach which is coach khas tuk ladies sahaja yg start pada hari ni (maksudnya hari Rabu haritu la). Ulang sekali lagi..Ladies sahaja.Wahhhh! Syoknya KTM berhad buat macam ni. Bagus sangat2.Takdelah kami warga hawa kena berasak2, berhimpit, berlaga2 ngan kaum Adam lagi. Best2. 

Also known as Pink Coach ;)

Ladies coach terletak kat tengah2 antara ketiga2 coach yang ada. So mmg khas tuk ladies ye.All the time. Kaum lain jgn menggatey nak masuk. Masa aku duk dalam tu, kata first day, siap ada org KTM check nak tengok ada tak warga Adam yg tersesat dalam tu. Bestlah duduk dekelilingi ladies je. Rasa tenang je & wangiiii senantiasa.Haha.Masa nak balik, aku rasa ramai lagi yg tak perasan pasal program ni, jadinya adalah dua tiga warga Adam meluru masuk kat ladies coach ni. Baru je duduk sekali ada sorg makcik ni sound."Awak ni tak malu eh? Ni ladies coach lah. Awak pergi duduk depan sana!". Terus laki2 tu wat muka terpinga2 pastu blah duk tmpat lain. Hihi. Kesian..maybe dia tak tau. Free2 je kena sound ;p

Jadi, ku sebagai pengguna komuter mmg berpuas hati lah dengan adanya Ladies Coach ni. Nasib kami terbela. Kalau time peak hour, nak bersesak2, berhimpit2, berlaga2 ngan kaum sendiri pun gua tak gentar. Tak payah nak bergelumang ngan warga2 asing yg err....(sila isi tmpat kosong).Yg penting coach kami wangi. Hoho. Terima kasih KTM Berhad :))) Oh ye, tuk yang kapel2 tu or yg suami isteri, janganlah panik, takdelah korang kena duk separate kan, korang duklah kat coach yg lain tu. Sbb yg tu laki n pompuan ley duduk. Takde plak ckp yg dua coach lg tu tuk Man Coach. Ladies je yg ada coach sendiri sbab kami kan special :)))

Ok, sekarang masuk bab Shawl pulak. Wewiiiitttt. Shawl baru dah ada. Kali ni sendiri jadik model. Sbb saje2 je nak cuba membiasakan diri pakai shawl ni.Taknak feeling Anita2 lagi. Even ada jerawat batu besar gila kat dahi pastu sunburn tak hilang lagi. Slumber je la ;p. Ni butik shawl, jadinya lebih tertumpu kepada shawl, bukan segmen pencarian gadis berwajah mulus. Wihihi.Ni lah sebahagian shawl2 cantik yg ada. Harga maintain RM10 je. Jom terjah jom ;)

Lovely Polka Dot Shawls~
Ni mmg hot in town lah ;)


Extravaganza Shawls~
Menarik, tertarik!


Sweety Simple Shawls~
Sweet & Simple ;)




Lovely FairyTales Shawls~
Ni cantik nih!! :)




Pretty LoveBox Shawls~
Simple yet very nice ;)




Gorgeous Burberry Shawls~
Ekslusif tau ;)


Extravaganza Shawls~
Superb ;)


Princess Shawls~
Lovely ;)


Lovely Merak Shawls~
Cantik & unik! ;)


Twinkle Little Star Shawls~
Comel nih ;)

Tuk lebih banyakkkkkk lagi shawl yg cantik2, gi melawat ok..
(sila klik)

Oklah,Selamat berhujung minngu semua & Selamat Bershopping di ShawLover
(^_^)


Tuesday, April 27, 2010

Storm yg EXTREME!!

Masa kat PD haritu, kazen ku si Y punyalah beria2 nak pergi naik banana boat. Gaya dah macam org mengidam, asik banana boat je. Jadi aku pergilah bawak dia. Kang kempunan pulak dia. Hehe. Masa sampai pantai tu lebih kurang kul 645 ptg. Mmg motip utama tuk naik banana boat je, pastu balik. Takmo mandi2 bagai. Jadi kami pun berjalan2 kat tepi pantai tu, tanya2 harga banana boat. Mmg rezeki kamilah kebetulan masa tu ada beradik nak naik banana boat jugak, so kami join sekaki. Lagi ramai, lagi jimat!


Sebelum menaiki banana boat


Dengan air pasang nye..mmg terbaiklah!! Terlambung2 aku atas banana boat tu. Jerit sakan tiap kali boat langgar ombak besar. Huish..semput dada. Pastu time nak jatuh, boatman bagi pusing baik punya. Tergolek2 lah kami di dalam laut. Tapi tak berape nak syok sbb tergolek kat tempat cetek.Tak thrill. Tapi layannnnn! Berbaloi lah tuk RM10 yg dibayar.


Semasa menaiki banana boat

Selepas menaiki banana boat. Dengan kawan2 baru yg tak sempat berkenalan pon

Dah puas hati naik banana boat, ingatkan nak balik rumah terus. Skali ada pulak beach boy ni offer tuk naik Storm. Perghh! Dahsyat tu Storm. Aku tgk org naik benda tu pun dah naik seram. Apa tah lagi kalo sendiri yg naik. Memandangkan offer beach boy tu amat menarik. RM 30 je means RM 15 sorg, kitorg pun on je! Mana nak dapat harga tu, selalu RM25 sorg. Haha.Jadinya,alang2 naik banana boat, naik jugak Storm sekali. Peribahasa baru ye kawan2 ;p

Pernah tak korang naik Storm? Bukan..bukan Blackberry Storm. Bukan juga Storm kilat tu. Ni Storm sejenis boat berani mati. Memang berani mati. Label 18SG!



Ye ini lah STORM!!!

Nampak cam biasa je, lebar ala2 ikan pari. Tapiiii..di sebalik kebiasannya tu, benda alah ini sememangnya thrill giler. 3 kali ganda lagi thrill dari Solero Shot Genting tu. Camne nak naik benda ni?? Senang je..sangat senang. Pakai life jacket, kemudian baring di atas storm tu sambil pegang pemegang yg disediakan. Ye..baring ye BARING! Korang dapat imagine kan tak?

Dalam keadaan jantung dah mula laju, berdebar2 gak aku ni, storm ni pun ditarik oleh boat. GEDEGANG! Langgar ombak! Terlambung kitorang. Maintan lagi. Sekali boat dah bawak lajuuuu..hambikkkkk! Ngan ombak besar. GEDEGANG! GEDEGUNG! Terlambung2 kitorg wehhhhh.. Serius macam terbang! Badan tak jejak dah. Mmg terapung2 je. Kami pun ape lagi Aaaahhhhh..aaahhhh!! jerit bagai nak gila! Mmg gila wehhh. Kalo pesen boat ni tarik staright je takpe, ni ke kiri ke kanan gaya orang mabuk. Pergh. Mmg mengucap aku dalam hati.Tangan da lenguh ni tahan tak nak bagi lepas. 


Kami yg sedang bertarung nyawa di atas Storm!
(maaf gambar tak berapa jelas)

Sekali boatman tu lap baik punya. KECEBUR!!! (bunyik jatuh dalam air). Aku tengok kazen aku dah hilang. Hahaha. Selamat dah dia terhumban ke laut. Gaya terhumban dia mmg best. Kaki dia boleh terpusing 360 darjah. Dari ke depan terus terbalik kebelakang ngan bdan2 dia sekali. Pastu boatman tu tarik kazen aku naik, duk atas storm balik. Masa ni dah letih gila dah badan.Ingatkan dah habis, nak bawak kami ke tepi. Sekali...

Dia gi bawak makan angin lagiiiii. GEDEGANG! GEDEGANG! Storm langgar ombak. Mmg dah macam superwoman dah kami. Bertebang terbangan. Aku siap jerit.."Dah! Dah! Cukup! Cukup! Stop!!!" .Punyalah dah tak larat, sekali storm kami langgar ombak paling besar sekaliiii!!

KECEBUR!!!

Sekelip mata aku dah ada kat alam lain.Pemandangan aku gelap gulita!Mata dah pedih2. Rasa terapung2. Rupanya aku dah terhumban dalam laut weh! Dah la dalam, kaki tak jejak dasar, terkapai2 aku dalam laut! Memang gila! Yang lagi gila..tetiba aku perasan skarf yang cover rambut aku dah tercabut.Hilang! Dengan getah2 rambut skali pun hilang! Memang hebat betul penangan Storm ni. Mereng kejap otak aku jadinya.

Pastu dah tak larat dah aku. Kazen aku pun sama. Dah lemah longlai dah kami. Kitorang pun di tarik ke tepi.Laut dah gelap, hampir maghrib, dua org pompuan ni terjerit2 kat pantai.Memang lah gila.

Kami yg menjadi mangsa Storm. Gile ting tong sampai keluar bintang2.

Kesimpulannya,memang thrill wa cakap lu!! Even penat, letih menjerit, sakit2 badan, skarf rambut hilang, tapiii mmg BERBALOI2! Gua tak serik beb..mau naik lagiiiii nanti! Hahaha.Korang gi lah try naik kalau pergi pantai Teluk Kemang. Serius mmg syok!! Sesuai sangat tuk org yg ada masalah tekanan, tension, jeritlah puas2 kat laut sana tu. Hehe. 

Monday, April 26, 2010

Cantiknya Corner ku ini ;)

Salam semua..minggu lepas ku senyap je kan. Ada bisnes maa.Tu yg kebizian tu. Minggu lepas dari hari Isnin smpai hari Jumaat aku di PD (baca: Port Dickson). Ada bukak booth tuk pesta konvo politeknik PD. Wihihi. Sudah pandai ada booth2 sekarang. Ni pun sbb akak aku yg encorage, dia lecturer poli tu, kebetulan dapat satu booth, so berjual jualan lah kami. Aku sudah tentu menjual shawl kan. Kata tokey shawl..hihik



~Cantiknya Corner~


Tu diaaa..Cantiknya Corner nama booth kami. Nape Cantiknya Corner? Sebab slalu customer datang cakap "cantiknya..cantiknyaa yg ni" sambil belek2 tudung2 & shawl kami.Hoho. Sambutan Alhamdullilah, habis semua shawlnya.Yay! Gerai sebelah pun jual shawl jugak, persaingan agak sengit di situ. Tapi takpe, persaingan secara sihat namanya. Best ah ade booth gini, secara automatiknya mengajar kite cara tuk berbisnes, camne nak tarik customer, nak layan kerenah diorang mase tawar menawar semua tu. Seronokk~ :) Tengok budak2 ni konvo, datang nagn ibu bapa, teringat zaman aku konvo dulu. Best kan time konvo, tapi kesian ar kat ibu bapa kena tunggu lama2. Huu.

Macam2 perangai customer aku jumpe spanjang kat sana. Ada yg sweet giler perangai, ada yg tak berape nak sweet. Yang sweetnya, ada laki yg call isterinya tanya nak tudung camne, belek2 tudung yg warna isterinya suruh beli. Da jumpe terus beli tanpa byk songeh. Sweet tau suami belikan tudung tuk isterinya, siap tau lagi isterinya suka tudung yg camne. Yang lagi sweet, anak belikan tudung & brooch paling mahal tuk ibunya sempena hari ibu. Holoh..holoh..so sweet. Ada gak student siap bawak lecturernya ke booth kami, suh lecturer nye plih nak shawl yg mana. Dia nak belikan. Hehe. Amboi dik..nak bodek lecurer suh bagi markah lebih ke ape ni? ;p

Yang tak sweetnya yg bile banyak sangat songeh. Dah belek2 tudung, dah kirai2 kain cotton dari dalam plastik, dah tawar menawar sampai sehabis tawar, last2 blah camtu je. Tak best la perangai camni.Yela..ko dah tawar menawar, dah kuarkan kain2 dalam pastiknya, then kte dah bagi the best price pastu takmo beli. Ape ke motip ko tawar harga tu? Ish..ish..not goodlah perangai camni.Kalau nak tgk2 je, cakap jelah nak tengok je, tak yah tawar2 harga. Dah confirm nak beli barulah tawar menawar. Sekian tips membeli kain dan tudung dari saya.Hehe. Customer lelaki gak yg best bab beli kain & tudung ni, pilih2, berkenan terus beli. Tak payah mintak tawar2 harga bagai. Senang cerita :)

Kat sane kami de jual tudung , brooch (sambutan paling hangat nih!), kain cotton dan semestinya shawl.Kata jual shawl kan, haruslah aku memperagakan shawl2 ku kat sana. Haha. Dari tak reti pakai, terasa cam Anita Sarawak bagai, terus expert dah, segala jenis shawl aku tibai. Senang pulak pakai shawl ni. 
  
Cececeh..yuna yuni plak dia. Kuikui


Shawl bunga2 ;) I loikeee..


Shawl lobang2 pun da pandai pakai. Kemajuan..kemajuan.
Haha..

Masa ni muka dah sunburn. Huhu. PD mmg panas ar, even aku duk bawah kemah je, tapi tetap surburn. Bahangnye tu lain macam sikit. Kena bertapa dalam umah sebulan la pasni nak cerah balik.Kuikui.Masa last day, acara meruntuhkan harga dijalankan. Harga runtuh a.k.a SALE la tu!! Siapa yg tak suka sale kan? Masyukk! Pastu sesi bergambar ngan jiran2 ;) Even baruuuu je kenal, semangat kejiranan kami sgt tinggi. Seronok melayan keletah student2 yg bukak booth kat sini. Semangat panggil customer, terjerit2  "Bang beli bang, kak beli kak!!" mcm nak carik gaduh pun ade. Takpela dik oi, asal ko ade semangat, yg penting pengalaman tu. Bukan senang muda mudi  nak berjual2 gini.


Dengan jiran2 tetangga
Dengan Ain si tokeh Tonna Shawl & adik2 menjual float ;)

Ngan adik2 menjual beger special :)

Oh ye, lupe nak gtau.. sepanjang aku kat sana menjaga booth ni, aku ditemani oleh kazen aku yg suwit muwit ni. Kebetulan dia dah abes study, aku ajak dia join sekali.Jgn memain, bakal cikgu math yg garang ni ;p

Si moncong & Miss Y yg berwarna warni :)

Nak cite gak, sepanjang kami kat sana selama 5 hari, kami lunch niiiii je, xdak makanan lain dah. Dah ketagih.Sodapp gilos!!

Nasik Ayam Dara.
 Secukup Rasa. Nyummy! RM4.80 je.

Sekian saje cerita aktiviti sepanjang minggu lepas. Nanti sambung cerita lagi.Cerita lebih extremmee! Sekarang nak blogjogging pula. Fuh..fuh..fuh..




Monday, April 19, 2010

Malang memang tak berbau..

Alkisahnya, pada tengah malam semalam, sedang nyenyak2 tido, tetiba terjaga sebab nak terkucil.Mmg kebiasaannya tiap malam aku tido tutup lampu semua. Jadi bilik mmg gelap gelita.Dalam keadaan mamai2, mata pun macam bukak tak bukak,jalan huyung hayang nak menghala ke pintu..

TIBA-TIBA...

Aku terpijak sesuatu! Erkkk! Sakitnya ibu jari kaki belah kanan ni.Huuuu..Sakit! Dalam keadaan mamai terus jadi segar bugar. Huuu..aku terpijak ape ni?? Gigih bukak lampu. Tengok apakah benda durjana itu.Sekali rupa2 nya..

Gigi2nya yg tajam itu! Huhu..

Sakit ok!! Unexpected tul la. Aku ingatkan kaca ke ape ke. Rupenya benda ni.Huu. Tapi mmg salah aku gak sbb tak letak balik tmpat asal lepas digunakan. Main letak atas lantai je. Haaa..kan.Padan muka diri sendiri. Akibatnyaaaaaa..

Pendarahan kecil telah berlaku.Huuuu

Terkoyak tapak ibu jari. Pedihh woo bile kena air. Nak jalan pun kena jungkitkan ibu jari kaki.Nasib badannn (-_-). Pengajarannya, jgn letak barang merata2. Uhuk


Thursday, April 15, 2010

NZa Wedding Contest~~

Contest dari bakal pengantin ni Princess N.Best contest ni, main edit2 gambar. Aku suka bab2 mengedit tapii takdelah pro.Peringkat amatur lagi. Hehehe. Main suka ati buat je.Asal cantik. Tapi tuk contest ni ku buat sehabis cantik sbb merangkap hadiah kawen beliau sekali gus lah. Kekonon nak buat awal2, tapi aseklah tak puas hati,buat baru, buat baru, last2 ni lah hasilnya.


Editkan gambar ini




Menjadi ini

Dan ini..

Nadiah tu tau yunk ;p


"Tuk Princess N pinky, Selamat Pengantin Baru in advance yunk. Semoga menjadi isteri yg solehah dan ibu mithali. Moga bahagia bukan takat sampai ke anak cucu, tapi sampaiiii ke akhir hayat ;) Moga dapat baby2 pinky yg comel lote juge. Hehe.Tak lama je lagi weddingnya, hope semua berjalan lancar. Hope u like the pics.Namo majuk2 lagi eh ;)"

Jom lah reramai join contest ni. Support her n buatlah bakal pengantin ni tersenyum happy. Hee. Hemy, ko kan pro bab2 edit nih. Join lah!! Syarat tuk contest ni senang je, tak payah kena jadik follower bagai, just editkan gambar yg first tu, buat satu entry khas pasal contest ni & promote kat blogger2 lain tuk join. Simple sgt! Hadiahnya still dirahsiakan, tapiiii yg pasti gambar terbaik akan dia print besar2 then buat frame cantik2 tuk hias bilik pengantin dia nanti. Haa..jgn memain, hasil seni kita akan dihargaiiii tau ;)  Tarikh tutup contest ni 16hb, tinggal esok je. Jom lah cepat2 join. Jom!


Wednesday, April 14, 2010

Pink itu seksi

Awww.Seksi tu tau. Dari pandangan mata aku lah.Ngape saya suke pink?? Hmm..ntah, pink dah memang sebati dalam hidup ini sejak azali lagi. Masa kecik2 tersangatlah obses pink, semua benda kalo boleh nak pink, pink, pink. Kalau sekolah kat Malaysia ni boleh berpakaian bebas mmg kasut n baju sekolah aku pink. Ahaks.Budget barbie la kan pink2 ni. Pernah sekali masa darjah 4 kalo tak silap, baju raya, kasut raya, stokin raya, beg duit raya, siap kan spek mata pun pink. Mmg terasa sgt bahagia time tu.Terasa cantik. Hahahaktuih. 

Tapi bila dah besar ni, perasaan cinta dekat pink dah kurang sket. Mybe 20% kurang.80% lagi still cinta. Hoho. Maksudnya aku takdelah nak obses sgt ngan pink. Idoklah lagi dari atas smpai bawah pink. Tapi still setiap tahun baju raya aku mesti wajib sepasang ade color pink. Kalo takde pink, terasa sgt dull kehidupan ku ini. Tak boleh lari dah color ni ngan aku. Pink is lovely. Pink is yummy!

Sampaikan kereta kesayangan berubah Pink. Ahaks. Pinky Lisa ;) Gilos pink btol.Sebenarnya mukadimah pepanjang ni nak cerita pasal Cik Lisa je. Hee. 

Ni Cik Lisa ku yg cantik berkilat2.

Lately ni aku malassss betul nak membasuh Cik Lisa (basuh ke cuci ha?). Ayoyo. Konon dari sehari ke sehari nak membasuh, last2 amik ko, 2 bulan tuuu tau tak basuh. Gila kan? Dari pink dah tukar pink kelabu asap sbb debu tebal dua inci. Huhu. Tapiiii..lepas pergi carwash feveret dia, Cik Lisa kembali bersinar2 ;)


Inilah carwash feveret Cik Lisa

Terletak kat seksyen 7, bersebelahan pasaraya Bintang. Warga Shah Alam tau la kot. Service kat sini mmg tip top. Bersih gila. Berbaloi bayar RM10. Kalau budget lebih, ku buat sekali ngan wax & polish ;).Mmg kat sini je lah aku basuh cik Lisa ni, tokey kdai pun dah knal dah. Slalu dpt diskaun baekk punya. Ngee.Bestnye tmpat ni, 5 kali basuh dapat 1 kali basuh FREE! Err..paham tak? Tetiba terasa macam percakapan ala bangla pulak. huu.

Pas dah mencantikkan Cik Lisa, mesti pastu aku round2 ke i-city. Kereta dah cantik haruslah pergi meronda2 kannn. Dah macam rutin plak pas basuh kete terus ke i-city. I luvvvv i-city. I-city cantek, cantek dan cantek. Saya suka tmpat yg cantek. Eh, tetiba je.Dah alang2 dekat je ngan carwash ni haruslah merewang sekali. 5 minit je pun dari carwash ni.Pergi waktu siang adalah seronok!! Dah la takde orang, ley bergambar sesuka hati. Nak berguleng2 pun buleh.Hohoho

Niceeee...very niceee ;)


Fewwwittt. Awak yg pink di sana tu. Ley saya ngurat?


I-City di waktu siang. Indah bukan?? ;)


Ohh..ingat lagi tak kes buntut Cik Lisa kena cium tu?? Haa..Alhamdullilah dah setel dah. Dah gebu mulus balik dah buntut dia. Tapi harammmm budak yg melanggar tu nk bayar balik gantirugi. Dulu beriya2 je ckp kalau aku cancel kan report, dia nk bayar balik la apelah. Last2 senyap.Nasib aku tak cancel kan report tu. Bayarlah ko duit saman tu dik oi.Good!  Aku malas nak kasi panjang2 cerita, hantar ketuk cat balik guna duit sendirian berhad je ( lebih spesifiknya duit incik ayah. Terima kasih incik ayah.I luv u~). Tak sanggup nak biarkan Cik Lisa nye buntut cacat lama2. Sedih mata melihatnya.

Sekian sahaja cerita Cik Lisa, sekarang masuk ke cerita makanan pula. Anda suka sushi?? Saya sukaaaa. tapi ikut mood, kalo mood mkn sushi tu mari, mmg cam org mengidam. Tak kira sushi apa asalkan dpt mkn sushi. Kalau takde mood, bagi 100 biji sushi depan mata pun tak terbukak selera aku. Alkisahnya hari Isnin haritu aku ke Tesco tuk mencari sushi (kes mengidam lah ni). Hasilnya..aku terjumpa sushi yg seksiii sekali. Awwww..


Nampak tak sushi yg seksi itu? Nampak tak??

Tadaaaaa..
Ini lah dia si seksi itu. Haha. 1st time aku jumpe sushi pink. Fishcake je tu tp yummmy!

Pink menceriakan kehidupanku. Sexiest color in the world. Ngeh! Tapi biasanya pink ni sinonim ngan ayu2 lemah lembut semua tu kan, but not me. Aku takdelah ayu lemah lembut bagai, stok ganas2 jugak, tapi derrr..ganas2 dalam hati ada taman jugak derrr.Hahaha . Korang plak suka color ape?


Babysitter bergaji degree kembali lagi~

Minggu ni jadik babysitter lagi. Hohoho. Suka! Tapi kali ni jaga baby Iman je..dia dikuarantin tuk seminggu, maksudnya aku pun kena kuarantin seminggulah jugak jaga baby Iman.Ni semua gara2 dia terkena penyakit misteri. Misteri??.Mula2 ingatkan penyakit kaki, tangan dan mulut yg selalu menyerang kekanak tu, tapi bila dah check, doktor ckp bukan. Ni maybe disebabkan alergic ubat ataupun terkena geget ngan binatang berbisa. Huh?? Tapi keadaan tangan n kaki dia sgt2 kesiaaann...melepuh2 dan air dalam tu. Huu.Tapi yg peliknya dia tak demam n tak menggaru2.Maksudnya tak gatal la tu kan.Hmm..pe yg geget baby Iman nih? kelawar? kala jengking? ulat gungguk (berbisa ke)? huhu..

 Kakinye yg tulus mulus terus berbintik2 air..huu

Huhuk..aku yg tgk pon dah sakit pe tah lagi baby Iman yg menanggungnya

Sekarang Alhamdullilah, lepas 2 hari mkn ubat yg doktor bagi, bintik2 ni dah mula mengering. Doakan baby Iman cpat sembuh ye. Huuu.Asek sakit je anak2 buah aku skrg ni. Kesiann.Kekadang duk taska ni lagi cepat penyakit merebak kan.


Si Comel yg wangi, cpat sembuh ye. Gerammm2!

Tuesday, April 13, 2010

Lodeh hai mak lodeh..

Uiks..dah lama rupenye aku tak update blog ni. I'm cowyyyy.Tihihi. Almaklumlah, kehidupan sekarg amat busy menghadap blog lagi satu tu. Alhamdullilah..jualan memberansangkan. Semua shawls dah SOLD OUT! :)) Happy yippie yay! Thanx kpd semua customer ShawLover sekalian. Memuahh korang!

Aku dapat idea jual shawl ni sbb aku suka tgk shawl yg cantik2, macam2 corak ada & aku sukaaa tgk org pakai shawl. Terbentuk je kat muka dorg tu. Shweet mweet je. Tapii..hakikatnya aku sendiri tak pernah pakai shawl (bercorak). Hohoho. Muka aku sgtlah tak sesuai memakai shawl. Tersangatlah bulat mcm cik siti wan kembang. 

Nak dijadikan cerita, haritu aku pon trylah satu shawl ni.Shawl ni teramatlah cantik.Kata tokey shawl, haruslah try2 tuk market kan shawl sendiri kan.Hehee. Lepas dah try, trus tergelak pada diri sendiri. Sooo tak boleh blah muka aku wehhh. Lain terus. Tapi aku still gak menggedik tgkap gambar, kekonon nak simpan gambar kenangan pakai shawl la kan. Kendian, aku pun merajinkan diri tuk edit gambar tersebut and upload kat facebook as profile pic. Masa lepas edit tu, tetiba aku terperasan yg muka aku de iras sikitttttt sorg diva ni. Hahahahahahahha. Mungkin mata aku agak blur time, so aku abaikan je lah perasan tu. Takkan lah sama pulak kan.Ni terlebih edit nih

Masa nak uplod gambar tu fikr 100 kali gak sbb muka aku lain bebenau, rasa kelaka je..tapi nak marketkan shawl nye pasal, aku gamble jelah. Tak sampai 24 jam, aku dah tukar profile pic lain. Tak sanggup nak bubuh lama2. Hahahha..so not me lah.


Awww..nilah ai memakai shawl..so makcik2 ;p
Errr..korang agak2 cam sape? hihi

Dan dalam masa 48 jam juga, gambar ni terus menjadi hot kat fesbuk ku. Mari kita ikuti komen2 mereka. Mari!


sila klik tuk elak mata rabun


sehinggalah si Lalan bg komen yg jujur lg ikhlas


dan ianya pun terusssss berlarutan..


dan lagi..


kesimpulannya..

Hakak nitaaa sayanggggg semua! Memmuahhh!
hahaha



P/s: Sorry kak nita.Takde niat pape pun.Hee


Thursday, April 01, 2010

ShawLover -Lovely shawls online boutique :)

Ni bukan April Fool ye, ini betul2.Hehe.Setelah hampir 3 hari berhempas pulas, bersengkang mata..dengan ini, saya ingin mengumumkan..saya sudah mempuyai blogshop sendiri!! ;)) Untuk pencinta2 shawl kat luar sana, ShawLover menjual shawl2 dengan corak paling latest yg sememangnya super duper cantik, menarik, tertarik dengan harga yg sgt berbaloi2. Tak percaya? Sila terjah.Saya budak baru belajar, kalau syg saya..silalah support saya. Ngee..


Sila klik link dibawah ;)

~Lovely Shawls Online Boutique~


Menjadikan cik Haizun yg shweet mweet ini sbgai model ShawLover, ni adalah di antara fabolous shawl yg dijual di ShawLover sekarang.

Lovely Stripy Chiffon~
Warna yg mmg unik dan menarik!


Adorable Rainbow Georgette~
Bergayalah dengan shawl jojet bercorak pula. Pasti memukau! ;)


Gorgeous Stripy Georgette~

Corak yg ekslusif & warna yg cun melecun!

Fabolous Stripy Georgette~
ShawLover loves this!

 Kesemua shawl2 di ShawLover, di jual dengan harga yg superb affordable, iaitu..

RM10 sahaja!! 
Berbaloi2 baloi ;)

Oh ye, sempena tuk mempromosikan dan tuk menghargai pelanggan2 & supporter ShawLover, dengan pembelian 2 shawl ke atas, anda akan dapat 1 mistery gift!! Wah! Menarik bukan? Untuk corak2 shawl yg lain, silalah ke ShawLover. Banyak pilihan menarik menanti anda.





Hope u'll enjoy shopping with us ;)