Haa..tajuk tu tak menahan. Semalam ialah hari beriadah bersama keluarga tercenta di Sunway Lagoon. Wehuuu! Pagi2 bangun awal dengar mama dah masak2 pung pang pung pang kat dapur, sediakan breakfast. Aku pun dah semangat keluarkan baju swimming muslimah, dari dulu mama belikan tak pernah pakai2 lagi, jadi inilah masanyaa (hikhikhik..gedik!).Sekaliiiiii, tetiba semua harapan & impian tuk menjadi model swimming suit muslimah punah ranah berkecai. Boleh pulak bendera merah datang. Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Mengapakah ko datang time aku tgh eksaited ni (T_T). Nanges! Impian tuk naik gelongsor tertinggi di Asia dan juga berenang2 tenang di pantai buatan manusia terpaksalah dibatalkan. Redha jelah. Aku seorang perempuan sihat yg normal (eh..tetiba pulak kan.tihihi). Sebelum tu meh layan pic intro jap.
Peaceee!
Ngan Caca (adik bongsu) + Ammar ;)
Ngan mama sayang + my kakak. Ye..itu kakak saya. Memang kecik, tapi anak dua tauuuuu.Ala..mama buat muka serius pulak. Huhu
My sis happy fam. Baby Iman dah ngantuk2 dah ni. Ammar mmg eksaited lebih. Tak sabar dah dia
Happy us ;) Tu cubaan Ammar tu buat adik dia senyum tu. Hehe
Burung Sunway Lagoon ni cam burung twitter plak kan. hoho
Lama gilaaaa tak pergi Sunway Lagoon nih. Last rasanya 10 tahun lepas, masa aku Form 4. Zaman hingusan nerd2 lagik. Jadi, memang banyak perubahan lah kat sini.Antaranya ialah..
Wristband dia dah canggih. Ala2 jam. Takde dah jenis2 kertas tu. Pastu dalam ni boleh isi duit ala2 e-wallet lah, so senang. Wallet simpan je dalam locker, pakai wristband ni je kalau nak beli makanan ke bayar sewa pelampung ke. Boleh scan je. Tiiittt! (bunyik scanner). Lepastu rule kat sini dah strict. Tak boleh bawak makanan. Dia geledah beg sorang2. Masa ni kitorang dah saspen, sebab kitorg ada bawak bekal meehoon goreng mama yg sedap dari rumah. Apa lagi, before masuk tu, kasi balut tapau cantik2 dengan towel, pastu letak baju2 kiri kanan atas bawah. Orang tu check2. Akhirnyaaaa lepas! Wihihihi. Tak kantoi weh. Bagus2. Save budget. Dahla makanan kat dalam tu mahalllll gila. Standard international. Mee goreng secenonet harga RM11.Tak logik. Rela makan kat Sunway pyramid kalau camtu.
Masuk dalam tu mula2 terjah permainan kanak2 dulu. Bagi puas hati si Ammar & Caca yg eksaited. Paling tak boleh blah, si Caca rupanya penakut ya Rabbi. Boleh pulak naik kuda pusing2 tu dia jerit2 takut. Si Ammar steady je. Aku pun heran apa yg dia takut sangat. Mungkin gayat kot. Kelaka betul dak montel sorang tu. Ish..ish..
Haa..tengok Ammar. Steadyyy je..
Caca pulak beria peluk tiang kuda tu kuat2.Siap berpeluh2 bagai. Adehhhh..lawak betul la budak ni
Pastu naik burung raksasa ni pulak. Haha. Ammar maintan je. Ibu dia yg penakut.Huu
Pastu naik roller coster cowboy ni pulak. Mama pun join tau. Jangan memain. Habis je main,masa turun tgk muka mama pucat dah cam kering darah. Hahaha.Cian mama. Tapi mama saya berani!! Sayang mama. Pelok2! :)
Pastu aktiviti diteruskan ngan main gelongsor panjang & regata ape ntah (sumpah terkejut gila naik ni). Tapi aku, akak & suaminya je yg join. Yg lain duduk berehat saje.Bila dah puas pusing2 & main segala benda kat amusement park ni, kami berjalan ke wildlife park pula.Jumpalah segala jenis burung2, rerama segala. Ada petting zoo lagi. Banyak binatang2 berbulu yg comel yg buat aku geram! Rasa nak keronyok je sekor2..
Eh..eh..rabbit comel comolot ;p
Ni apa ntah name.Lupa. Tapi ada dog dog lah. Geram! Pijak kang!
Dah letih tengok binatang2, misi menyegarkan badan pula. Walaupun aku tak boleh mandi, seronok jugak tgk orang lain mandi. Apakah? Haha. Aku pasrah jelah duduk ngan mama sambil makan2 meehon goreng sedap mama sambil2 snap pic diorang.
Cuaca amat terik!
Baby Iman mandi tempat redup2 je ;)
Si hero nih, orang lain dah lembik..dia tetap energetic. Semua jenis gelongsor dia pergi naik.
Memang kanak2 Dutch Lady. Hehe
Pukul 4 camtu kami pun beransur balik. Tak larat dah. Penat. Sampai rumah semua fengsan.Walaupun penat tapi seronok babe. Seronok gila! Yang tak tahan,aku tetap sunburn, even dah tonyoh sunblock bagai & tak mandi pun. Dasar kulit manje. Ni dah merah2 idung & pipi cam udang bakar. Sabar je lah.Yang penting kita enjoyyy! ;)