Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Monday, May 31, 2010

Walaupun sunburn, tetap jugak seronok!

Haa..tajuk tu tak menahan. Semalam ialah hari beriadah bersama keluarga tercenta di Sunway Lagoon. Wehuuu! Pagi2 bangun awal dengar mama dah masak2 pung pang pung pang kat dapur, sediakan breakfast. Aku pun dah semangat keluarkan baju swimming muslimah, dari dulu mama belikan tak pernah pakai2 lagi, jadi inilah masanyaa (hikhikhik..gedik!).Sekaliiiiii, tetiba semua harapan & impian tuk menjadi model swimming suit muslimah punah ranah berkecai. Boleh pulak bendera merah datang. Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Mengapakah ko datang time aku tgh eksaited ni (T_T). Nanges! Impian tuk naik gelongsor tertinggi di Asia dan juga berenang2 tenang di pantai buatan manusia terpaksalah dibatalkan. Redha jelah. Aku seorang perempuan sihat yg normal (eh..tetiba pulak kan.tihihi). Sebelum tu meh layan pic intro jap.

Peaceee!
Ngan Caca (adik bongsu) + Ammar ;)



Ngan mama sayang + my kakak. Ye..itu kakak saya. Memang kecik, tapi anak dua tauuuuu.Ala..mama buat muka serius pulak. Huhu



My sis happy fam. Baby Iman dah ngantuk2 dah ni. Ammar mmg eksaited lebih. Tak sabar dah dia


Happy us ;) Tu cubaan Ammar tu buat adik dia senyum tu. Hehe



Burung Sunway Lagoon ni cam burung twitter plak kan. hoho

Lama gilaaaa tak pergi Sunway Lagoon nih. Last rasanya 10 tahun lepas, masa aku Form 4. Zaman hingusan nerd2 lagik. Jadi, memang banyak perubahan lah kat sini.Antaranya ialah..




Wristband dia dah canggih. Ala2 jam. Takde dah jenis2 kertas tu. Pastu dalam ni boleh isi duit ala2 e-wallet lah, so senang. Wallet simpan je dalam locker, pakai wristband ni je kalau nak beli makanan ke bayar sewa pelampung ke. Boleh scan je. Tiiittt! (bunyik scanner). Lepastu rule kat sini dah strict. Tak boleh bawak makanan. Dia geledah beg sorang2. Masa ni kitorang dah saspen, sebab kitorg ada bawak bekal meehoon goreng  mama yg sedap dari rumah. Apa lagi, before masuk tu, kasi balut tapau cantik2 dengan towel, pastu letak baju2 kiri kanan atas bawah. Orang tu check2. Akhirnyaaaa lepas! Wihihihi. Tak kantoi weh. Bagus2. Save budget. Dahla makanan kat dalam tu mahalllll gila. Standard international. Mee goreng secenonet harga RM11.Tak logik. Rela makan kat Sunway pyramid kalau camtu.

Masuk dalam tu mula2 terjah permainan kanak2 dulu. Bagi puas hati si Ammar & Caca yg eksaited. Paling tak boleh blah, si Caca rupanya penakut ya Rabbi. Boleh pulak naik kuda pusing2 tu dia jerit2 takut. Si Ammar steady je. Aku pun heran apa yg dia takut sangat. Mungkin gayat kot. Kelaka betul dak montel sorang tu. Ish..ish..



Haa..tengok Ammar. Steadyyy je..



Caca pulak beria peluk tiang kuda tu kuat2.Siap berpeluh2 bagai. Adehhhh..lawak betul la budak ni



Pastu naik burung raksasa ni pulak. Haha. Ammar maintan je. Ibu dia yg penakut.Huu



Pastu naik roller coster cowboy ni pulak. Mama pun join tau. Jangan memain. Habis je main,masa turun tgk muka mama pucat dah cam kering darah. Hahaha.Cian mama. Tapi mama saya berani!! Sayang mama. Pelok2! :)

Pastu aktiviti diteruskan ngan main gelongsor panjang & regata ape ntah (sumpah terkejut gila naik ni). Tapi aku, akak & suaminya je yg join. Yg lain duduk berehat saje.Bila dah puas pusing2 & main segala benda kat amusement park ni, kami berjalan ke wildlife park pula.Jumpalah segala jenis burung2, rerama segala. Ada petting zoo lagi. Banyak binatang2 berbulu yg comel yg buat aku geram! Rasa nak keronyok je sekor2..



Eh..eh..rabbit comel comolot ;p



Ni apa ntah name.Lupa. Tapi ada dog dog lah. Geram! Pijak kang!

Dah letih tengok binatang2, misi menyegarkan badan pula. Walaupun aku tak boleh mandi, seronok jugak tgk orang lain mandi. Apakah? Haha. Aku pasrah jelah duduk ngan mama sambil makan2 meehon goreng sedap mama sambil2 snap pic diorang. 



Cuaca amat terik!



Baby Iman mandi tempat redup2 je ;)



Si hero nih, orang lain dah lembik..dia tetap energetic. Semua jenis gelongsor dia pergi naik.
Memang kanak2 Dutch Lady. Hehe

Pukul 4 camtu kami pun beransur balik. Tak larat dah. Penat. Sampai rumah semua fengsan.Walaupun penat tapi seronok babe. Seronok gila! Yang tak tahan,aku tetap sunburn, even dah tonyoh sunblock bagai & tak mandi pun. Dasar kulit manje. Ni dah merah2 idung & pipi cam udang bakar. Sabar je lah.Yang penting kita enjoyyy! ;)


Saturday, May 29, 2010

Movie+ wedding+ jenjalan= Happy kuasa 23 ;)


Malam Sabtu, masa dihabiskan di panggung wayang menonton 2 movie secara marathon. Wohoho. Ye kami memang tamak. Kami yg dimaksudkan ialah aku dan adik lelaki ku ;) Best! Lama tak buat movie marathon gini. First tengok movie Prince of Persia!! Kami dah tengok dah. Lalalala.Sila jangan jeles ok. Errr..tak payahlah cerita sipnosis movie ni eh. Kang potong stim pulak tuk mereka2 yg belum tonton lagi.Movie yg jalan ceritanya simple..direct je, santai.Seronok lah. Ditambah lagi ngan Prince Dastan yg manis habis..bukan macho, aku tengok dia manisss je. Alahaii..bikin cair 15 minit. Princess Tamina pun sangatlah comel ala2 Angelina Jolie. Bagi aku cerita ni memang best la, tak boring sebab banyak unsur2 lawak & padat ngan action. Part burung unta & taxes memanglah kelaka (eh..eh..terrrbagitau pulok ;p). Tapi scene lawan2, gaduh2 la paling best.Perkasa sungguh Prince Dastan tu! Hehe. Bagi aku cerita ni best! Banyak pengajaran leh dapat dari movie ni.Overall bagi 4.5/5 stars! Memang wajib tonton ye semua ;) 

Prince Dastan: Ok..lepas ni aku boleh jadik model ShawLover nih. Confirm laris!
Princess Tamina:Hmmm..hensem jugak si Dastan ni ye.

Lepastu kami tgk cerita hantu pulak. Konon nak tgk movie dR Rozmey yg tiap2 hari canang kat suratkhabar Kosmo tu kan, katanya dijangka ada 5 juta penonton tu. Hahaha. Takdelah. Tak nak tgok movie tu pun. Memanglah aku supporter filem local tapi tuk filem 2 Alam tu. Errr..fikir 10 kali dulu lah nak gi tengok. Tak minat.Kami tengok movie ni..

-Nightmare on Elm Street-
Haiii adik2..hensem kan abang?
Huhuhuhu

Filem ni..errrr..bagi aku tak bestlah. Boring.Huhu. Even penuh scene terkejut2 tahap gaban. Tapi tetappp jugak boring. Ingatkan seram macam movie hantu Freddy Kruger zaman aku kecik2 dulu. Seram gila movie yg dulu tu smpai aku takut nak tido malam. Tapi yg ni kurenggg.Mungkin sebab Freddy Kruger yg ini adalah pedophile (pencabul kanak2), jadinya cerita ni ada keji sikitlah. Yek..yek! Bazir duit je tau. Ingatkan seram. Kecewa. Disarankan untuk tidak menonton filem ni. Nak tgk jugak, beli pirate cd sudeyyy. 

Aktiviti hari ni pula diteruskan dengan menhadirkan diri ke majlis persandingan sahabat aku masa sama2 study kat Sarawak dulu. (pehal ayat skema plak nih).Ditemani oleh cik Bubud kesayangan.Pengantin perempuan adalah sgt cantik, ditambah lagi dengan pelamin yg cantik, jadinya wedding yg super duper cantik. Simple but cantik ;)

Cantik bukan? 
Semoga berbahagia ke akhir hayat
Adzha & Adila
(^_^)

Masa on the way balik ingat nak singgah kejap dekat Bukit Jalil, nak register tuk event "Relay for Life" anjuran Persatuan Kanser Malaysia. Tapi ayahanda dah call tuk jaga kedai ditambah pulak ngan hari hujan, jadi terpaksa dibatalkan hasratnya itu. Tapiii..dah mintak Kak Zona tolong daftarkan. Thanks again kak ;) Dah berjaya menyumbangkan sedikit bakti tuk mereka2 yg memerlukan. Happy buat kerja amal. Ingat kalau sempat nak pergi jugak event malam ni. Event ni 2 hari, harini dan esok. Jomlah ramai2.Lets show some support ;) 

Dan hari esok semestinya hari yg paling seronok. Sebabnya, dapat meluangkan masa ngan family tercenta di sini..

Weeeehuuuuuuuu~

Oklah, nak pergi carik losyen sunblock sekarang. Lalala.

Friday, May 28, 2010

Selamat Bercuti ;)

Happy :)

Masa tuk spend time ngan family tercenta, pergi jenjalan & tak lupa jugak tuk attend kenduri kahwin member2.Heee.Sekarang mood dah kembali normal happy bunga2 ;). Oh, perempuan mmg unpredictable. Sekejap moody tahap unta, kejap mood happy gila2. Sementara datang mood happy ni, daku nak mintak maaf kat semua yg pernah terasa pada diri ini ;). Sesungguhnya ku hanya insan biasa yg tak lari dari buat silap. Jadinya, sementara masih hidup ni, bermaaf maafan & berbaik2 lah kita sesama manusia. Kekadang kita tak sedar kita buat silap kan, tak sedar dah sakitkan hari orang lain.Alih2 ada org membenci kita. Haishh. Tak bestlah kalau hidup dibenci orang. Oklah, selamat bercuti semua & selamat Hari Wesak tuk yg bergama Buddha :)




P/s: Sekarang suka gila dengar lagu Fight for this  by Cheryl Cole. Best!Anything that worth having,Is sure enough worth fighting for. Yeahhh!



Thursday, May 27, 2010

Salahkan hormon..

Dua tiga hari kebelakangan ni emosi aku agak tak stabil. Perasaan sentap menjadi2. Biasalah, pms. Tapi kali ni lain macam dia punya pms. Semua benda aku nak makan hati. Benda kecik jadik besar. Benda besar jadik makin gabak. Padahal takde apa yg serius pun. Sampaikan si cintahati bercakap gurau2 pun (seperti selalu), aku naik suara marah2 dia. Ya Allah. Apahal ni? Aku tetiba tak pandai nak kawal perasaan pulak.Haish! Sangat bahaya bersikap camni.Kesian kat mereka2 yg menjadi mangsa. Sorry (T_T)

Paling tak tahan, aku jadi tersangatlah ciwek.Sikit2 nak nangis. Tak dapat kuar rumah, nak gi pos ofis sebab nak pos barang kat customer pun aku boleh bantai nangis.Bongok kan? Kalah emo orang mengandung. Yang lagi tak tahan, petang tadi aku baca paper Kosmo, pasal kucing kena paku kat kepala, tengah baca2, tenung gambar kucing tu lama.Rasa kesiannnn sangat, tetiba terus mengalir air mata sedih. Huhu. Ciwek gila.Kesian gila tau ngan kucing tu, bodoh piang org yg paku kepala kucing tu.Kalau kucing tu terus mati, takpela jugak, ni kucing tu hidup lagi. Terseksa!


  Poor Cat (T_T) Nak baca lebih lanjut, kat sini.

Sambil2 emo, selak lagi suratkhabar, kali ni kat bahagian hiburan. Tengok gambar, baca tajuk.Aku terdiam. Emo lagi, kali ni pasal artis feveret aku sejak zaman hingus meleleh lagi. Rasa tak percaya.


Ingat gimik tajuk filem ke, cerai dalam cerita drama ke apa, sekali rupanya betul.Sah bercerai. Dah la tgh mengandung 4 bulan, dicerai lagi dengan talak tiga terus. Yg paling sedih, masa suami dia lafaz cerai tu, dia tahu yg isterinya ni tgh mengandung. Sedihlaaaaa.Kenapa tergamak seorg suami buat kat isteri cam ni. Memanglah kita tak tau apa2 yg terjadi kat rumahtangga diorang, tapi sebagai suami, takkanlah sangggup cerai isteri yg tengah mengandung benih dia sendiri.Kekadang macam tak paham, si perempuan nampak cantik je, almost perfect di mata kita, tapi alih2 kena cerai.Ishhh.Tapi Anne macam tenang je jawab soklan2 yg wartawan tanya.Redha je. Aku pulak yg emo.Lepas habis baca semua, tak semena2 air mata aku laju je turun sampai menitik2 atas paper.Gilo! Rasa sedih melampau. Tetiba teringat kes kawan aku yg baru bercerai hari tu. Terngiang2 lagi ape yg dia ckapkan kat aku. "Marriage is like a gamble". 

Suatu masa dulu. Teringat Sehati Berdansa. Huhu

Ya Allah, jauhkan lah aku dari perkara yg buruk,sesungguhnya ajal maut ,jodoh pertemuan di tangan Mu.Sekarang ni mood mmg macam tsunami. Nangis..nangis..nangis.Dari cerita kucing sampai perihal artis pun aku tangkap nangis.Haiyohh! Hormon..hormon.(T_T)


P/s: Pasal gath geng memuah tak jadi kat Fradoo smalam pun bikin aku emo.Haih~

Wednesday, May 26, 2010

Pengumuman..

Kehidupan amatlah busy sekarang. Kembali menjadi babysitter di saat2 akhir,kehidupan bertukar menjadi seperti lebah secara tetiba. Tatkala si adik baby Iman dah pandai menjadi aktif, asal aku nak mula menaip je dia datang, ketuk2 dashboard lappy secara dahsyat sampai tercabut huruf2. Segala kerja taip menaip dijalankan terpaksa ditunda (T_T). Konon nak menaip time mereka tido, tak berjaya jugak sbb bila mereka tido, aku pun tertido sekali. Haiyohhh! Banyak cerita best tertunda2 hingga akhirnya menjadi basi.Huhu. Kepada Geng Memuah sekalian, kalau berkesempatan malam ni, kita berjumpa ye, kalau tak, mmg takde rejeki nak bertemu. Aku akan pikirkan taktik camne nak pergi berjumpa kamu semua ni.Kang kalo bawak diorang kang, meroyan plak aku nak kena kejar sorang2. Bukan boleh duduk diam budak2 kecik nih. Hmmm.(Wafa, simpan souvenir kat aku tau kalau aku tak dapat jumpe korg mlm ni ;p)

Okla, masa sekarang adalah emas. Kena taip laju2 sebelum mereka bangun dan mengacau. Saja je nak buat pengumuman, blogshop ku dah ade stock baru. Hehhehe. Kali ni lebih variety sebab ada tudung syria & tudung awning jugak. Cantik2 wooooo. Tak percaya gi la terjah. Kepada Frodo Baggins, sorry gua tak smpat buat tutorial pakai kain pelikat. Next time ok. Haha. 

Ni anatara tudung2 cun & shawl2 cantik tuk batch kali ni. 


~English Style~
Tudung Lycra dengan Awning Cotton
Memang the bomb!
Made in Korea.

~Sweety Style~
Cute sgt ni!!

Tudung Lycra Syria.
Cantikkkk kan? ;)

 
Shawl yg superb cantik

Gorgeous Cotton Shawl

Memang cantik menarik tertarik lah.Gi lah melawat blogshopku ok ;)


Ok, kagum!Aku menaip entry ni dalam masa 15 minit saja. Rekod baru. Yesss!


Wednesday, May 19, 2010

Mari! Mari!

Haritu aku bukak akaun formspring kan? Sempat jawab satu je soklan, "Berapakah ukuran bentuk badan?". Aku syak mesti Hemy yang tanye ni.Hahaha. Pastu semalam satu hari busy gi interview, malam baru bukak blog, masa nak log in formspring,(konon2 nak tengoklah berapa "banyak" soklan orang tanye kan), sekali aku lupa username ngan password aku weh. Kahkahkah. Dah cuba 10 kali ngan macam2 nama username & password, tak boleh2 jugak. Jadinya, berkuburlah akaun formspring aku ye. Tak payahla korang nak tanya2 dalam tu.Kalau ada apa2 soklan, tanye direct sudeyy. Nak buat balik akaun. Tak koser lah aku. Nampak sangat bukak akaun ni secara tak ikhlas kan? Hahaha

Hari ni baru ada masa nak update blogshop ngan stock2 baru. Padahal dari hari Sabtu lagi dah beli stock2 ni. Kesuntukan masa. I'm a very busy woman lately. Hee.Jadinya..terimalah sebahagian dari stock baru ShawLover ye. Selamat mencuci mata ;)

~Lovely Batik Shawls~
Cantikkkk kan? ;)

~Fantabulous PolkaDot Shawls~

~Sweety PolkaDot Shawls~

~Fabolous Graffiti Shawls~
Ingat kat dinding je ley but grafiiti? Kat shawl pun boleh lah.
Hehe. Very2 nice!

~Inner 3 tones~
Cam ustazah Erina ;)

Banyaaaaakkkkk lagi shawls yg super cantik, tertarik, menarik kat ShawLover. Sila2 lah menjenguk ye. Terima kasih daun keladi, kalau baik hati, silalah order sekali. Wihihi ;)



Monday, May 17, 2010

Nak jugakk..

Memang jenis taknak kalah.Tengok org lain ada, dia pun nak jugakkkk. Padahal tak tahu pun apa yang best sgt benda ni.Lantaklah.Janji tak outdated.Haha.Maybe sesuai digunakan tuk stalker2 kot.Haaa..apa tunggu lagi. Tanyalah!.(Kalau jawab dapat duit takpe jugak ;p)



Awww...pink gitu ;p

Friday, May 14, 2010

Habis sudah~

Tamat sudah fenomena Adamaya. Last episod semalam memang terkesan kat hati tisu ku ini. Nangesss weh (T_T). Part Lisa mintak maaf kat Adam. Betul2 menyentuh perasaan.Adam hati kering time tu, ingat tak nak maafkan si Maya dah.Bagi aku overall cite ni mmg best. Bak kata kakak aku, kisah rumahtangga zaman sekarang.Tapiii...nak di ikutkan Adam tu sebenarnya dah masuk kategori dayus lah kan?? sbb dia biar je isteri dia curang dulu. Tapi baguslah Adam ni, sanggup tolak tepi ego seorg lelaki,sabar gila n guna psychology tu ajar isteri dia.Bagus2..mmg patut dipraktikkan dalam diri semua suami2 di  dunia.Hehe. Tapi rasanya Adam ni sorg je kot kat Malaysia ni (yg berlakon tu je), yg sebenar2nya wujud tak laki cam ni? Yg penyabarrrr gila. Haish..kalau cam Dani tu aku taulah ramai. Kawen ngan org lain pastu bajet boleh bagi lebih dari apa yg Adam dah bagi kat Maya. Chet! Anak bini pun tak terjaga,  menagih cinta dari org lain pulak.Tapi baguslah dia jadik mereng pastu. Haha. B..B..semua dia panggil B.Aku suka ending itu! 

Ada gak yg memback up watak Dani cakap kesian kat dia, dia sebenarnya pencinta yg setia. Setia ke? Kawen ngan org lain pulak. Maya pun ada salah gak, sapa suh melayan si Dani, abai anak suami (eh, pantun 2 kerat?). Tu ketagori curanglah tu kan, not good.Not good. Apa2 pun, cerita ni mmg best. Suka! :) Maybe sbb pelakon pon main peranan penting kot, kalo watak Maya tu bagi kat Fasha Sandha sumpah cerita ni jadik tak best.Hahhaha (sorry, saya tak minat dia).Dan juga sebab ada Amani, excited tgk Adamaya sebab ada dak kecik comellll tu ;). Scene paling best semalam masa dia geget kaki si Dani. Haha. Comel2.Oh, tapi sedikit keciwa sbb Mika takde semalam ;p


Dani: B..pliz B..jgn tinggalkan i B, i cintakan u sgt2! 
Maya: Err..sorry Dani, cinta i hanya tuk suami i,Adam, papa kepada Amani.Tolong lepaskan i.
Adam: Get a life Dani. Ur such a LOSER! Heh..Maya aku punya selamanya.Pigidahhh!LOSER! LOSER! LOSER! 

Aku ingat aura Adamaya ni dah abis, sekali dan2 malam tadi dapat mms dari sorg kawan aku ni. Bukak2 mms tu ada tulis..My new girlfrend

Amani comel!!

Cisss..rupanya dia dapat tangkap gambar ngan Amani. Amani datang opis dia jemput mama dia balik. Mama Amani ngan member aku tu satu tmpat kerja. Berebutlah org bergambar ngan dia semalam.Saje je nak buat aku jeles. Tapi Amani ni betul2 comel la..petah ckp pulak tu. Oh, baru ku tahu si Mia ni (Amani) berumur 5 tahun. Kecik comel loteh la kamu :))) 

Siapa tengok movie I'm not single?? Adamaya ni lebih kurang cerita tu lah kan. Pasni slot akasia cerita apa pulak eh??

Thursday, May 13, 2010

Dari Cik Lisa kepada JJ

Bila terlalu excited sangat nak parking..cara parking pulak nak gopoh je, konon ada style la..bawak laju2 pastu terus lap masuk parking, stereng pusing 180 darjah.Sekali tiba-tiba.. 


GEDEGANGGGG!
(bunyi mmg kuat gila)


Lokasi kejadian dekat tmpat parking asrama pelajar pompuan politeknik PD.Dua tiga orang pelajar yg kepochi meluru kuar nak tengok apa yg berlaku, tak kurang jugak yg intai2 dari tingkap. Semua excited nak tau apa yg jadik..

Hallaaa adik2 sekalian, takde apela..akak terrrrrlanggar tiang je sikit. Muka cover nebes, padahal dlm hati dah cuak2 takut bumper runtuh ke lampu pecah ke. Seriussss tak perasan ada tiang penghadang kat bawah tu. Tmpat parking tu pon satu, buatlah tiang penghadang tinggi2 sikit, ni buat pendek2, manalah nak nampak (tak pasal2 salahkan tmpat parking. sungguh tak relevan. Haha). Haishhhh! Marah ni..marah ni!

Sekali belek2..syukurlah kondisi Cik Lisa stabil.Hanya kecederaan ringan.Takde kemek2. Meraung gak kalau cedera parah sebab aritu Cik Lisa baruuuu je masuk hospital repair bumper blakang. Cuma ada sedikit calar balar dan juga nombor platnya berkecai. Tapi ade style jugak caranya berkecai tu..dari nombor plat murah terus rasa cam no plat harga RM200k. Hahaha..




 Hai..Nama saja JJ
(sambil buat muka macho)

Betul kata Kak Zona, malang memang tidak berbau, hanya berbunyi je.
Ish..ish..ish..

Apa pengajaran yang anda semua dapat dari kisah ini?

Wednesday, May 12, 2010

Movie + makan2 + moment capturing = Best kuasa 23!

Wehuuuu~ Semalam adalah hari yg amat seronok! Baca title kat atas pun dah tau kan kenapa. Bersama2 ngan kawan tercenta aku ni telah menggembirakan diri ke Pyramid semalam. Tujuan utama tuk berjimba2 tgk movie & makan2 smpai fengsan. Hoho.Lama tak berjumpa beliau, jadi perasaan happy berganda2 ;))

Bersama Cik Bubud ;) Bakal pharmacist ni. InsyaAllah~

Semalam masa tgh bersukaria sambil2 berfikir2 nak tgk movie apa, boleh pulak kasut aku buat lawak weh. Yee..kasut pun dah pandai buat lawak sekarang. Lawak samdol! Tercabut pulak tapak dia. Masa memula tercabut sikit je, budget nak gi carik gam gajah pastu lekat, sekali on the way nak carik gam tu..boleh pulak tapaknya tercabut semua! Sadiss.Nasib dekat2 ngan kedai kasut..terus masuk carik sandal baru. Yang murah2 sudeyy.Huhu


Tengok! Samdol tak samdol lawak wedges ni, dahla baru beli. Haihh~


Nasib ada sandal RM10 ni. Save budget..hihihi
Ala2 Ipanema gitu kan..jadilah..sandal emergency nih ;)

Since movie yg kami nak tgk tu start pukul 6, jadi kami berjalan2 carik makan dulu. Memacam dalam otak ni, nak makan TGIF la, Bubba Gump la, Ayam Penyet Ria la, Tony Romas la..sambil2 tu meronda2.Selera kami mmg besar masa ni. Last2 kaki stuck dekat depan Chicken Hartz. Haha. Mmmg sesuaiii sgt tuk kami yg tgh lapar gila ni kan.RM20. All u can eat beybeh.Mmg berbaloi. Yeahh2~


Nom..nom..nom..food heaven~

My favvy!!! Potato chips kat sini mmg cedap!

Kenyang perut, suka hati ;)))

Then kami pergi tgk wayang. The Losers. OMG! Movie ni mmg bestttt. Best kuasa 23! Cerita pasal revenge. Taknak cerita banyak. Pergi sendiri tengok, siapa kata tak best aku bagi 1 shawl free. Haha. Boleh gitu? Dahla hero2nye kiut2 & kental2 belaka, nasib aku tengok ngan Bubud, kalau tgk ngan cintahati ni, mesti dok selalu cover mata aku taknak bagi tengok lebih2. Hahaa.


My feveret heroes dlm movie ni ialah

Muke cam Adam ;)

The coolest dude. Watak dia boleh bikin jatuh centa tau ;p

"Don't stop believing
Hold on to that feeling
Streetlight people "

Habis movie, mulut asek nak nyanyi lagu ni je..hehe.Lagu tema movie ni. Lagu feveret dalam Glee nih! ;p

Pas tgk wayang, kami menyinggah pula dekat FULLHOUSE.Lifestyle store & cafe. Ohh..cafe ni mmg cantik! Kami terpikat ngan deconya. All white. Ownernya ialah Korean & dia amik nama Fullhouse ni sempena cite korea Fullhouse tu. Yg Rain jadik hero tu. Kami minum2 sambil teruja. Hehe

Chocolate mint & Vanilla Strawberry. Nyummy ;)
Foods & Drinks kat sini pun mmg affordable. 
Lebih kurang Secret Recepi je.

Ada jual baju2 & accesories juga. Kawaiii~

Putih itu suci ;)

Lovelyy~ 
Waiter & waitress kat situ pun sgt ramah. Volunteer tuk snapkan gambar kami ;)

With Thomas the tuan rumah ;)

Mmg jatuh centa ngan cafe ni ;)
Anda semua sila terjah ok.
Sunway Pyramid level LG1

Wahhh..such a great day lah! Ok, itu saja aktiviti pada hari semalam. Masa tuk kemaskini ShawLover plak. Lalalala~









Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015