Pages

Wednesday, June 16, 2010

Sushi King Haram?








Sabtu lepas, si cintahati buat permintaan nak pergi breakfast dekat Sushi King. Wahh! Amazing. Macam tak percaya sebab dia memanglah tak suka makan sushi. Tapi kali ni, dia nak pulak, katanya teringin. Aku layankan aje.Oh, sangat berselera dia makan. Paling tak tahan dia pergi bubuh wasabi bebanyak kat sos, pastu dia sendiri rasa nak muntah sebab kepelikan rasa wasabi tu. Haha. Apa dia ingat wasabi tu sedap? Sangat tak sedap.Rasa pudina pedas kelat2 adalah.Sambil2 makan, mata tengok sekeliling. Ramai jugak org Melayu suka makan sushi ni eh.Sekali sekala tukar selera jepun, apa salahnya ye dak ;)

Balik2, terus update status kat FB, pergi makan sushi king tadi. Biasalah, semua benda nak di update kat fb kan (eh, sukatilah nak update apa, fb aku.Hoho ;p). Sekali dapat satu komen dari Kak Ida, member sama2 gi camping dulu. Katanya Sushi King TAK HALAL. Aku terkejut & terkedu. Huhu. Betul ke ni? Dia sertakan dengan link ni sekali Jurnal Halal (Sila klik dan baca tuk mengetahui apa yang tertulis). Aku jadi bertambah cuak. Google lagi, tuk cari bukti yang lagi sahih. Jumpa ni OH! Sushi King Tidak Halal dan ini Forum: Sushi King Halal/ Haram.Semua mengatakan Sushi King adalah HARAM kerana sebahagian menu dia mengandungi Mirin.Sejenis alkohol yang diperbuat daripada beras, digunakan sebagai penambah perisa.Warna jernih seakan-akan cuka.Beras? Hmm..aku tertanya2,kalau nak diikutkan tapai yang kita makan tu pun mengandungi alkohol jugak dan diperbuat daripada beras. Tapi halal je. Aku gigih lagi menggoogle , dan aku jumpa ini dari website iLuvIslam berkenaan makanan halal dan haram

Soalan:
Tapai mengandungi alkohol jenis "Ethyl Alkohol" atau "Ethanol", ialah jenis alkohol yang sama dihasilkan menerusi process penapaian atau "fermentation". Ia itu proses yang sama untuk membuat minuman keras yang lain seperti 'Beer' 'Wine' 'Saki' dan air tapai [minuman orang iban atau sakai'].

Apa hukum tapai jika diminum dan adakah ia nya najis, kerana ianya:

1. Mengandungi Alkohol [ethyl alacohol atau ethnol] yang sama zatnya atau bahan kimianya seperti 'beer' 'wine' dan 'saki'.
2. Proses membuanya pun sama.
3. Tahap memabukkan juga sama [ Jika minum air 'beer' 3 glass [1.5 liter] akan mabuk begitu juga dengan air tapai jika diminum 4 glass kita akan mabuk.
4. Kandungan alkohol [ehnol] dalam tapai diantara 2% hingga 17 % [tertaluk jangak masa disimpan. Sama seperti kandungan 'beer' antara '4% hingga 17%.

Jawapan:
Arak yang diharamkan di dalam Islam adalah melalui proses dan jenis daripada buah anggur dengan niat menghasilkan satu jenis minuman iaitu arak. Manakala satu proses lain dengan buah atau bahan tertentu (yang halal )yang lain adalah satu hasil yang terjadi,
dan memang tidak ada niat membuat arak maka ia pada tahap makruh bukan haram. Walaubagaimanapun jika peminumnya mabuk maka haramlah minuman itu ke atas dirinya.

================================================


Sesiapa boleh tolong huraikan ayat yang aku bold tu. Aku kurang faham lah. Huhu.Ya Allah,selama ni aku main makannnn.. je. Tak pernah terfikir ianya tidak halal sebab berasaskan ikan & makanan laut. Terima kasih Kak Ida sebab bagitau pasal benda ni, kalau Kak Ida tak bagitau, sumpah aku tak tahu semua ni. (T_T)

Lepastu aku berborak2 ngan member pasal benda ni, dia cakap, nak ikutkan sekarang ni memang banyak restoran takda cop Halal dari Jakim pun, tapi pekerja2 semua ramai yang bertudung dan customer2 pun majority Melayu, camne tu? Mestilah automatik kita akan fikir restoran tu halal, sebab pekerja & customernya pun Islam. Asalkan kita yakin makan makanan tu, halal lah dia. Bila kita was2 je nak makan, tu yang akan jadi haram.Sama jugak kalau kita pergi certain restaurant besar atau tempat karaoke, dia akan hidangkan air kita dalam gelas tiger.Aku secara jujurnya memang tak kan minum air dalam gelas tu, tapi bila tengok orang yang lebih dewasa dengan slumber teguk air tu, pastu dia cakap "Alaa..gelas je tiger, tapi air dalam ni halal, jgn rasa was2. Perasaan was2 tu mainan syaitan.Haaaa..macam mana pulak tu?

Yang penting, lepas ni aku akan lebih berhati2 pilih tempat makan. You are what you eat. Lepas ni kalau mengidam nak makan sushi, beli sushi kat Tesco or Jusco jelah. Ehhh..jap2..sushi2 kat Tesco & Jusco tu halal tak? (T_T)Huhu.. 





P/s: Sesiapa yang ada info pasal Sushi King or mana2 lagi restoran famous yg tidak halal, share lah kat sini ye supaya kita sama2 tak termakan makanan yg tidak halal. 

13 comments:

  1. akak pun ade pi makan akhir bulan lepas kat sushi king. tp yg akak tau, dlm kicap manis dia tu yg ade bubuh wine, yg kicap masin tu takde. akak baca drpd email2 jugak dan drpd email tu, hal kicap manis tu disahkan sendiri oleh pekerja sushi king.

    so.. akak yakin jelah makanan kat situ sebenarnya halal tp kicap manis tu je yg takleh mamam..

    ReplyDelete
  2. elak je la mana yg mmg kompem mcm masy buat. then, kita tkleh sume tmpt sepanjang masa nak main yakin halal je..kena cari..boleh elak, elak laaa..kalau mmg was2 dan ada rasa memang tak halal..elak la selagi boleh

    mcm gelas tiger tu..memang dibsuh..arak tkyah samak, jadi bagi aku leh minum...

    tapai mmg tak memabukkan..kalau ko makan mabuk..mmg takleh la

    utk ayat bold tu mungkin situasi ko makan sushi la..makruh..sbb benda tu bukan niat buat arak..tp kalau makan sushi mabuk..jadi haram

    tp kena ingatttt..makruh tu mksud dia Yang DIbenci..Allah benci..tak haram tp Allah benci..so kalau boleh elak juge

    ReplyDelete
  3. haaa..nasib bait la mek x mkn sushi. bukan sbb x minat mkn, tp mahal ilak..hahaha :P

    ReplyDelete
  4. sebelum nie pun mmg ade dgr gak psl sushi king nie... tp, rasenya mmg tak halal la kot... baik amek langkah waspada daripada berprasangka sendiri... kan ??

    visit my latest entry:
    http://aidyshahiezad.blogspot.com/2010/06/pencuri-sembunyi-pencuri-bersiri.html

    ReplyDelete
  5. uii tak halal ekkk...erm tu arr kan susah arr kalau benda cam ni tak dijelaskan dengan betul & jelas...boleh confius dibuatnya..

    ReplyDelete
  6. Kak Masy:
    Tapiii kak, yg saya dapat email ni bukan kicapnye yg tak halal, some of the menu, dia bubuh arak called mirin. Tu yg depa kata tak halal..tapi tulah, pas ena google, mirin tu diperbuat dari cuka..lebih kurang cam tapai. Pastu email dari manager sushi king pun claimed yg dorg non-halal resraurant. Huhu. Pasni kena hati2 lah kak.(T_T)

    Hemy:
    oo..boleh minum ye kalo dari gelas tiger? Hmm..aku pun berpendapat cam ko gak kat ayat yg di bold tu..mirin tu sebenarnya jadik haram kalo kite mabuk. Bukan semua alkohol tu memabukkan, dalam ubat kite pun kekadang ade alkohol gak. Tula bro, nak yakin sokmo pun xbley, nak was2 pun lagilah x bley. terus haram..jadinya pasni kena lebih hati2. Bak kata pepatah..Sendri mau ingatlah!. Tol kan? ;)

    Iella:
    Aisehhh..pe yg karam nih? huhu

    Zie:
    Pastok terpaksalah polah sushi dirik pun jak yang..jimat, bersih & dijamin halal ;))

    ReplyDelete
  7. Bella:
    Nasib tak baik tuk pemakan sushi..huhu

    Aidy:
    Aku baru first time dengar ni. Sebelum ni mmg makan tanpa rasa was2. Tapi bila dah tau automatik rasa was2 kan..hmmm..redha jelah

    Stilla:
    tula yunk..benda tok xda xplaination yg jelas. Setengah org padah hala, setengah org padah x halal. Hmm..kesimpulanya, avoid jak mun rasa was2.

    ReplyDelete
  8. hmmm,,,jadi..lepas tok..hati2 la kita pilih makanan ho...huhu..anyway,,mok inform ktk yunk..ktk dpt award agik...hehe..refer to my latest entry k...

    ReplyDelete
  9. dgr2 org ckp x halal sbb kicap dia tu.. so klo pegi sushi king pun x mkn kicap dia.. saya suka sushi king jugakkk.. hmmm. nak sure, check website jakim.. tp kdg2 restoran neh x dpt cert sbb dia ada serve arak.. kan? kt sushi king xdelah, tapi restoran2 lain..

    ReplyDelete
  10. yup2..tol tu izza, kekadang retoran xde halal sbb they serve arak..tula, ena tau gak de dari kicap tapi some source ckap bukan kicap tapi mirin tuh.hmm..papepun yg penting kite yakin kan ;)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)