Pages

Friday, September 17, 2010

Selamat sudah ;)

Alhamdullilah, pagi semalam selamat sudah the one & only adik lelaki ku menukar status nya dari bujang ke suami orang. Mari kita lihat serba sedikit kronologinya sebelum bertukar status..

Malam sebelum nikah, gigih pasang inai kat 3 jari ni.Inai kali pertama,dia tak puas hati, pastu dia inai sekali lagi bagi hitam likat..

Aksi2 (senget) bakal suami orang..haha


Lepastu semangat praktis lafaz akad nikah.."Aku terima nikahnya..Aku terima nikahnya..." Tak habis2. Sampai aku pun dah naik hafal. Nerveous katanya. Taknak kantoi esok hari.



Pagi 16/09/10 (Hari Malaysia)
Lokasi : Dewan nikah Masjid Shah Alam

My family sedondon gitu. 
Very nice ;)
Masa ni tengah menunggu ketibaan saudara mara.



Adik aku dah tak tenteram dah. Tak senang duduk. Muka pun dah naik pucat time ni. Darah gemuruh dia dah mari. Hahaha. Kelakar aku tengok dia masa ni. Aku pun apa lagi, masa ni memang dok sakat2 dia je.



Alhamdullilah. Selamat sudah ;)
Dengan sekali lafaz je. Good job bro!
Tak sia2 praktis dari malam sebelumnya tu.


Tahniah adikku
Mohd Aidil & Norlily Suliza
Moga berbahagia ke akhir hayat ok 
(^_^)


Ko tengok betapa excited nya aku nak amik berkat pasangan ni.
Biar lepas ni cepat2 sikit giliran aku.Hahaha.Gila tak sabar kakak dia sorang ni ;p


Majlis nikah adik aku memang sangat simple yet very meriah & happening. Kitorang happy2 je, takde setitis airmata pun jatuh dari mata semua orang. Banding masa majlis nikah kakak aku dulu, mama nangis, ayah nangis, aku jangan cakaplah..nangis sampai mata bengkak2. Hmm.maybe tok kadi adik aku ni takde bagi ceramah2 yang menyayat hati. Masa majlis nikah kakak dulu, tok kadi tu mula berceramah je, air mata kakak aku pun dah mula mengalir. Bila air mata kakak aku dah mula mengalir, secara otomatiknya air mata aku pun turut mengalir juga. Tapi yg tak tahan, aku lagi over dari pengantin time tu. Sebak gila rasa. Wihihi


Yeahhh. Lepas ni giliran kami pula. Yay! :)


Ok, sekarang mari bercakap pasal makeup adik ipar aku pulak. Aku dengan baik hatinya telah mensponsor makeup tuk majlis nikah beliau. Masa memula tu jenuh jugak aku pergi website2 make up artist & mak andam tuk pilih mana yang sesuai. Sekali terlompat kat satu website makeup artist ni. Terus teruja. Cun gila hasil makeup dia. Cantiks!! Terus booking beliau tanpa was2 lagi! Hehe..


Wajah adik ipar sebelum disolek.



Wajah selepas disolek.
Amazing bukan?
Gorgeousss!







Terserlah kecantikan si pengantin ;)
Aku amik Day Makeup = RM150 sahaja.
Sangat cantik & berbaloi. Puas hati! ;)

Mula2 ingat nak amik pekej makeup nikah, sekali adik aku kata tak mau makeup heavy2, so aku tukar pekej day makeup. Day makeup pun dah cantik gini, kalo makeup nikah mesti lagi meletups. 

Sesiapa yang berminat.Ley jenguk website Cik Amy Ameera ni. Confirm lepas tengok terus nak booking.Cantiks gila boombastik hasil makeup dia.Pakej dia tawarkan pun sangat berpatutan. Dapat tau website cik Amy ni pun dari cik Zie kita ni. Thanks Amy & Zie ;) 



P/s: Sesape tanye giliran aku pulak bila..meh sini aku geget telinga orang tu. Penat berbuih dah mulut ni menjawabnya. Save the best for the last lah ;)


6 comments:

  1. setiap majlis pasti berbeza suasananya

    ReplyDelete
  2. cngrate adk ririn..

    pas ni giliran tuan hamba ek jgn lupe plk jempt2 patik n kwn2 ek...

    ReplyDelete
  3. Kak Zona:
    Betul tu kak..setiap majlis mmg berbeza1..berbeza situasi..berbeza kengangan ;)

    Princess N:
    InsyaAllah~

    Pojie:
    InsyaAllah..of kos x lupe jemput tuan hamba & friends nanti ;)

    ReplyDelete
  4. cantik kan yunk? ena pun suka pic yg last tu ;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)