Alhamdullilah, majlis pada 20/11/2010 berjalan dengan lancar. Majlis yang sangat simple tapi meriah dan indah. Even lebih kurang 2 minggu je persediaan dibuat untuk majlis pertunangan ni, tapi rasa bersyukur sebab everything went well ;).Hmm..nak start dari mana ye? Oklah, let's start from barang hantaran first. Hantaran aku untuk encik tunang (aww..sekarang dah tukar jadi encik tunang yu ;p)bertemakan putih biru.Tema hantaran dari dia pulak warna pink putih. Ikut perancangan 5 berbalas 7. Tapi di saat2 akhir, ramai yang bermurah hati untuk mensponsor barang2.Alhamdullilah, rezeki jangan ditolak kan ;), jadi hantarannya bertambah jadi 11. Jadinya 5 (dari pihak lelaki) berbalas 11 (dari pihak aku). Ni lah antara barang2 hantaran untuk pihak lelaki
Chocs & Cookies
Made it myself with full of love.
(^_^)
Bekas cookies tu mama tolong hiaskan.
Dan oh ye.. semua gubahan hantaran adalah hasil seni tangan mama & makcik2 tercinta.
Coklat ini disponsor oleh my beloved bestie, Yah.
Dan kek super duper sedap nyummilicious (bak kata encik tunang) ini disponsor oleh kawan baik saya, Cik Umie Youmie.
Maceh banayk2 wahai kawan2 sayang ;)
Diapit oleh Cik Umie Youmie & Puan Yah.
Dan ini cupcake tercomel yang telah disponsor oleh kawan saya di JB, Nozee.Thank u so much dear ;).Cupcake comel ni telah ditempah di
Jasmeen Home Delight. Serius memang puas hati ;)
Dan kek cantik ini disponsor oleh opah, jiran sebelah ;) . Terima kasih banyak2 kepada semua yang sangat baik mengsponsor barang2 ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Aminn~
Me with the hantarans for him ;)
Dan barang2 hantaran lain ialah sireh junjung, sejadah dan senaskah terjemahan Al Quran, songkok dan sampin, baju nikah dan buah buahan.
Lebih kurang pukul 2 petang, rombongan pihak lelaki sampai. Masa ni aku dah tak senang duduk dalam bilik. Nervous gila ok. Dup dap dup dap.Lebih kurang 40 minit lepastu,kakak aku panggil suruh keluar. Masa untuk sarung cincin. Masa keluar bilik je, jantung rasa nak gugur bila tengok keluarga dan sedara mara encik tunang yang sangat ramai.Dan satu "insiden" bersejarah telah berlaku. Jeng..jeng..jeng..
Masa ni tengah contol debar.
Lagak cukup tenang padahal dalam hati siapa yang tahu.
Dan saat yang ditunggu2 telah tiba..saat cincin disarungkan.Hulur2 jari je tak semena2 tangan aku mengigil2. Bukan sikit2 punye gigil, ni gigil ibarat gempa bumi 5.6 sekala richter. Uhuuuu..
Tengok tu, punyalah badan aku membongkok sebab nak tahan gigil. Dahla dua2 tangan pulak tu.Ntah macam mana, dengan spontaneous nya mulut aku terrrrrrkeluar " Nervesssssssssssssssss!" dengan secara maha kuatnya. Apalagi, gamat sekejap ruang tamu dengan gelak tawa dari para tetamu.Sampaikan abang encik tunang tegur " Hai, janganlah cakap kuat sangat sampai satu rumah dengar". Homaigod!! Malunyeeee!! Rasa nak nyorok muka dengan bantal. Memang hari ini dalam sejarah betul (T_T). Takpe2, nanti ada jugak story best tuk diceritakan kat anak cucu nanti. (-_-")
Salam mintak berkat bakal mak mertua ;)
Terima kasih makcik. Mahaplah, saya ni ada angin nebes kus2 sikit.Huhu
Peluk cium.Mmuahhh ;)
Dan Alhamdullilah, selesai semuanya. Semoga segala perancangan berjalan lancar hingga ke saat lafaz sakinah. Amin Ya rabbal alamin~
Dan dengan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah agar majlis berjalan dengan lancarnya. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga & sedara mara pihak lelaki sebab sudi datang. Untuk keluarga tercinta terutama sekali.
Mama & Ayah
The siblings ;)
Kawan2 tersayang ;)
Atok & makcik2 yang banyak membantu. Dan semua para tetamu yang hadir. Tak lupa jugak kepada Kak Bib, jurusolek yang berjaya mentransformkan diri ini,dari biasa2 je ke luar biasa, dengan pakej yang sangat berbaloi2. Siapa berminat nak tahu, boleh email ok ;) dan tak lupa juga kepada Abg Boya a.k.a bakal tunang cik Umie Youmie selaku photographer terbaik pada hari itu. Gambar2 yang di snap memang super cun. Puas hati.Sesiapa yang berminat nak tahu tentang pekej harga atau untuk melihat hasil tembakan beliau, sila klik sini ye.
NinjaSiam.Facebook beliau.
Dan akhir sekali terima kasih kepada encik tunang.
Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai bakal suri hidup awak
Semoga apa yang kita telah rancang di berkati oleh-Nya.
Cik tunang & Encik tunang.
(^_^)
With the hantarans ;)
Ni antara hantaran dari pihak lelaki. Suka sangat dengan warna & deco nya. So sweet~
Baju nikah~
Kami beli yang dah siap je. Senang ;)
Telekung
And this is one of my favvy. Kek ni sangat comel kan? Sayang nak makan ;p
Alhamdullilah, syukur sangat sebab sekarang dah masuk fasa kedua. Rasa gembira & sangat bersyukur. Asik senyum je memanjang. Bangun2 pagi tengok cincin kat jari pun tersenyum.Lepasni kena prepare untuk fasa terakhir pulak.InsyaAllah awal bulan 4 tahun depan. Rasa macam tak lama je lagi. Dah boleh start buat to-do list & prepare sikit2 dari sekarang ;).18 weeks to go! Semoga segalanya berjalan lancar. Aminnnn~
P/s: Geng Memuah, nampak gayanya trip ke Penang nanti kena tambah lagi sorang ahli. Boleh kan? ;)