Erina Asmawani

My photo
La Tahzan. Allah ada. Dia maha mengetahui, maha pengasih lagi maha penyayang :)

Your Friendly Coway Agent

Your Friendly Coway Agent

Tuesday, November 30, 2010

Orang tanya..

Masa single, orang tanya.. bila nak ada pasangan?
Bila dah ada pasangan, orang tanya..bila nak kahwin?
Bila dah kahwin, orang tanya..bila nak dapat anak? Dah mengandung?
Bila dah mengandung, orang tanya..bila nak bersalin?
Bila dah bersalin, pantang pun belum habis lagi, orang tanya..bila anak kedua pulak?
Seterusnya..dan seterusnya. Orang akan tanya.

Kesimpulannya, orang akan terus bertanya dan tanya dan tanya lagi. Kekadang naik pening dibuatnya. Tapi nak buat macam mana kan, lumrah manusia. Jadinya, kita sentiasalah bersedia dengan jawapannya. Nak tak nak, kenalah jawab jugak (jawab je apa2), asal jawab.

Monday, November 29, 2010

Dia tumbuh tang sini, tang situ, tang sini.

Jerawat bermaharajalela sekarang.Tumbuh cam cendawan selepas hujan.Why this happened to me? Why?? Why u must tumbuh wahai jerawat? How dare u!!! Jangan nak over boleh? Haha. Tengah stress dengan kondisi muka sekarang ni. Stress. Tapi..kalau lagi stress lagi la naik jerawat kan. Hmm..salah satu cara nak nak redakan stress ialah dengan memakan coklat. Jadi, lepas makan coklat, stress akan kurang, jerawat pun akan kurang kan? ;)


 See. See.
Muka kekonon stress.



Makan habis semua satu kotak. Boleh?
Terima kasih bakal mak metua syg sebab bagi coklat ni. 
Sangat membantu untuk meredakan stress.(dan juga jerawat. Harap2)

Coklat menyebabkan jerawat. Sape cakap? Nah..baca ini.



P/s: Mungkin sebab perubahan hormon? Or maybe ni jerawat yg baik hati takmo muncul sebelum majlis tunang. Jadi, dia muncul secara berjemaah lepas majlis tunang.(T_T)

Saturday, November 27, 2010

My wonderful engagement day~

Alhamdullilah, majlis pada 20/11/2010 berjalan dengan lancar. Majlis yang sangat simple tapi meriah dan indah. Even lebih kurang 2 minggu je persediaan dibuat untuk majlis pertunangan ni, tapi rasa bersyukur sebab everything went well ;).Hmm..nak start dari mana ye? Oklah, let's start from barang hantaran first. Hantaran aku untuk encik tunang (aww..sekarang dah tukar jadi encik tunang yu ;p)bertemakan putih biru.Tema hantaran dari dia pulak warna pink putih. Ikut perancangan 5 berbalas 7. Tapi di saat2 akhir, ramai yang bermurah hati untuk mensponsor barang2.Alhamdullilah, rezeki jangan ditolak kan ;), jadi hantarannya bertambah jadi 11. Jadinya 5 (dari pihak lelaki) berbalas 11 (dari pihak aku). Ni lah antara barang2 hantaran untuk pihak lelaki





Chocs & Cookies
Made it myself with full of love.
(^_^)
Bekas cookies tu mama tolong hiaskan.
Dan oh ye.. semua gubahan hantaran adalah hasil seni tangan mama & makcik2 tercinta.


 Coklat ini disponsor oleh my beloved bestie, Yah.


Dan kek super duper sedap nyummilicious (bak kata encik tunang) ini disponsor oleh kawan baik saya, Cik Umie Youmie.


Maceh banayk2 wahai kawan2 sayang ;)
Diapit oleh Cik Umie Youmie & Puan Yah.


Dan ini cupcake tercomel yang telah disponsor oleh kawan saya di JB, Nozee.Thank u so much dear ;).Cupcake comel ni telah ditempah di Jasmeen Home Delight. Serius memang puas hati ;)


Dan kek cantik ini disponsor oleh opah, jiran sebelah ;) . Terima kasih banyak2 kepada semua yang sangat baik mengsponsor barang2 ini. Semoga kalian dimurahkan rezeki. Aminn~



Me with the hantarans for him ;)

Dan barang2 hantaran lain ialah sireh junjung, sejadah dan senaskah terjemahan Al Quran, songkok dan sampin, baju nikah dan buah buahan.

Lebih kurang pukul 2 petang, rombongan pihak lelaki sampai. Masa ni aku dah tak senang duduk dalam bilik. Nervous gila ok. Dup dap dup dap.Lebih kurang 40 minit lepastu,kakak aku panggil suruh keluar. Masa untuk sarung cincin. Masa keluar bilik je, jantung rasa nak gugur bila tengok keluarga dan sedara mara encik tunang yang sangat ramai.Dan satu "insiden" bersejarah telah berlaku. Jeng..jeng..jeng..


Masa ni tengah contol debar.
Lagak cukup tenang padahal dalam hati siapa yang tahu.

Dan saat yang ditunggu2 telah tiba..saat cincin disarungkan.Hulur2 jari je tak semena2 tangan aku mengigil2. Bukan sikit2 punye gigil, ni gigil ibarat gempa bumi 5.6 sekala richter. Uhuuuu..

Tengok tu, punyalah badan aku membongkok sebab nak tahan gigil. Dahla dua2 tangan pulak tu.Ntah macam mana, dengan spontaneous nya mulut aku terrrrrrkeluar " Nervesssssssssssssssss!" dengan secara maha kuatnya. Apalagi, gamat sekejap ruang tamu dengan gelak tawa dari para tetamu.Sampaikan abang encik tunang tegur " Hai, janganlah cakap kuat sangat sampai satu rumah dengar". Homaigod!! Malunyeeee!! Rasa nak nyorok muka dengan bantal. Memang hari ini dalam sejarah betul (T_T). Takpe2, nanti ada jugak story best tuk diceritakan kat anak cucu nanti. (-_-")


Salam mintak berkat bakal mak mertua ;)
Terima kasih makcik. Mahaplah, saya ni ada angin nebes kus2 sikit.Huhu


 
Peluk cium.Mmuahhh ;)


Dan Alhamdullilah, selesai semuanya. Semoga segala perancangan berjalan lancar hingga ke saat lafaz sakinah. Amin Ya rabbal alamin~

Dan dengan ini, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersusah payah agar majlis berjalan dengan lancarnya. Terima kasih tak terhingga kepada keluarga & sedara mara pihak lelaki sebab sudi datang. Untuk keluarga tercinta terutama sekali.


Mama & Ayah


 
The siblings ;)


Kawan2 tersayang ;)


Atok & makcik2 yang banyak membantu. Dan semua para tetamu yang hadir. Tak lupa jugak kepada Kak Bib, jurusolek yang berjaya mentransformkan diri ini,dari biasa2 je ke luar biasa, dengan pakej yang sangat berbaloi2. Siapa berminat nak tahu, boleh email ok ;) dan tak lupa juga kepada Abg Boya a.k.a bakal tunang cik Umie Youmie selaku photographer terbaik pada hari itu. Gambar2 yang di snap memang super cun. Puas hati.Sesiapa yang berminat nak tahu tentang pekej harga atau untuk melihat hasil tembakan beliau, sila klik sini ye. NinjaSiam.Facebook beliau.


Dan akhir sekali terima kasih kepada encik tunang.

 Terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya.
Terima kasih kerana menjadikan saya sebagai bakal suri hidup awak
Semoga apa yang kita telah rancang di berkati oleh-Nya.


  
 Cik tunang & Encik tunang.
(^_^)


 
With the hantarans ;)

Ni antara hantaran dari pihak lelaki. Suka sangat dengan warna & deco nya. So sweet~


Baju nikah~
Kami beli yang dah siap je. Senang ;)


Telekung

And this is one of my favvy. Kek ni sangat comel kan? Sayang nak makan ;p

Alhamdullilah, syukur sangat sebab sekarang dah masuk fasa kedua. Rasa gembira & sangat bersyukur. Asik senyum je memanjang. Bangun2 pagi tengok cincin kat jari pun tersenyum.Lepasni kena prepare untuk fasa terakhir pulak.InsyaAllah awal bulan 4 tahun depan. Rasa macam tak lama je lagi. Dah boleh start buat to-do list & prepare sikit2 dari sekarang ;).18 weeks to go! Semoga segalanya berjalan lancar. Aminnnn~


P/s: Geng Memuah, nampak gayanya trip ke Penang nanti kena tambah lagi sorang ahli. Boleh kan? ;)

Sunday, November 21, 2010

20 November 2010






 


Selamat sudah diri ini menjadi cik tunang kepada Amir Fozy ;)
Alhamdullilah. Syukur. Majlis berjalan dengan lancar. 
Terima kasih tak terhingga kepada semua.
Semua kesayangan2 saya.
(^_^)


P/s: Nanti saya update banyak2 lagi ya;)

Wednesday, November 17, 2010

Menyambut Aidiladha yang terakhir...

.........sebagai single.
tahun depan dapat title lain pulak.
InsyaAllah~

(^_^)

Aidiladha tahun ni amatla simple, takde rendang ketupat semua di pagi raya.Sebab diri ini sorang2 je dekat rumah. Yang lain semua di rumah metua. Ayah, mama dan Caca balik kampung tapi aku tak dapat ikut, kerja. Tapi takde feeling sedih2 pun sebab petang raya nanti mereka semua dah balik sini semula.Rumah kembali ceria. Oklah,nak pergi buat coklat & cookies untuk "hari istimewa". Salam Aidiladha semua~


dup dap dup dap
menghitung hari..


Monday, November 15, 2010

Nilai 3

Biasanya kalau orang pergi Nilai 3 ni mesti nak beli2 barang untuk kahwin,tak pun untuk  bertunang.Betul tak? Nilai 3= Kahwin.Sinonim sungguh. Kenapa mesti nak  kena pergi Nilai 3 yang jauh boleh tahan instead of pergi je ke kedai2 pengantin berdekatan? Mungkin sebab kat situ semuaaaaa ada. Kira macam one-stop center.Cakap je nak apa, barang2 untuk hiasan hantaran, karpet, bunga2, kian ela,baju pengantin, baju bertunang,semua ada lah. Tapi tahu tak anda semua, yang barang2 kat Nilai 3 tu actually mahal gila berbanding kedai2 pengantin biasa yang berdekatan dengan rumah anda tu.Ok, takla smpai gila tapi bolehlah masuk kategori MAHAL. Aku cakap gini sebab dah terkena. Beli riben biasa dekat Nilai 3, 1 gelung harga rm1.20. Masa tu ingat memang standard harganya macam tu.Lepastu semalam pergi kedai pengantin area dekat rumah untuk beli riben yang sama.Warna yang sama, kualiti yang sama. Saiz yang sama.Panjang yang sama. Guess what? 1 gelung 40 sen je. What the fish! Bagi aku ini sangat MAHAL. Rm 1.20 boleh dapat 3  riben tu. Tapiiiii..haa..ada tapinya ni..taklah semua barang2 kat Nilai tu mahal, macam paper bag untuk buat goodie bag, bunga telur semua tu harganya rendah la bagi aku banding dengan kedai area sini. Dan mungkin jugak orang ramai pergi dekat Nilai 3 sebab kedai pengantin area rumah diorang lagi mahal dari Nilai 3 kot.Lepastu,  bekas2 hantaran kat Nilai 3 lagi banyak pilihan banding ngan kedai pengantin biasa. Nak bentuk labu,segala macam bakul, basikal, sangkar burung, sangkar kucing, semua jenis bentuk ada.Macam2 ada.

Sejak insiden tu barulah aku rajin pergi mensurvey barang2 tuk buat hantaran kat kedai2 pengantin lain area Shah Alam ni.Tak terus terjah Nilai 3. Syukur jugaklah haritu pergi Nilai 3 tak borong banyak even dah rambang2 mata. Haishh. Pengajaran disini ialah, kalau sayang duit, rajin2 lah pergi survey.


Sekadar hiasan
(untuk hantaran)



P/s: 4 hari je lagi? Dup dap dup dap

Thursday, November 11, 2010

Perlu cadangan & pandangan

Agak komfius disini. Kalau dalam majlis pertunangan, yang mana kalau merisik & bertunang dijalankan sekali, mestilah ada 2 bentuk cincin kan. Satu cincin merisik, dan satu cincin bertunang. Jadinya, yang mengkompiuskan aku disini ialah di jari mana patut cincin2 ini disarungkan? Adakah ianya begini....



1. Cincin merisik di jari manis kiri dan
 cincin tunang di jari manis kanan




2. Cincin merisik di jari tengah kanan dan
 cincin tunang di jari manis kanan



3. Ataupun kedua2 cincin merisik dan
cincin tunang di jari manis kanan




4. Cincin merisik di jari kelinking kanan dan 
cincin tunang ni jari manis kanan.


Haa..mana satu ni? Ke main sarung je, ikut bakal mak metua nak sarung jari mana? Hehehe.
Pandangan & cadangan plissss ;)


P/s: Gambar semua ihsan pak google ya 

Tuesday, November 09, 2010

Saya suka makan.Tapi...

























demi "10 hari yang akan datang ni"
saya terpaksalah berdiet.
adakah ini yang di namakan
beauty is pain?
uhuhuk
(T_T)

Monday, November 08, 2010

Kronologi hari minggu saya ;)

 Hari Sabtu gigih membuat coklat2 ini

 Khas untuk si cintahati sempena konvokesyen beliau.
Yes..I made it myself ;)

Hari Ahad, saya dan si cintahati ke Karnival Pengantin dekat SACC. Oh, sangat2 tak rugi pergi ke sana. Walaupun kami pusing2 kejap je untuk survey2 apa yang patut,tapi cukuplah pamphlet2 yang dibagi oleh warga2 penjaga booth dekat karnival tu buat tangan kami penuh.Bagus pamphlet2 ni semua, boleh buat rujukan untuk kami untuk masa akan datang :)

Seterusnya kami ke kedai emas. Untuk membeli pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti. Haha.Sudahla Erina. Jangan awak merepek pagi2 Isnin ni. Ye, kami ke sana untuk membeli barang kemas semestinya. Sempena hadiah birthday saya? Mungkin ;). Terasa sangat teruja sebab ini kali pertama memilih barang kemas dengan yang tersayang. Pengalaman yang sangat bahagia sebab saya selalu berangan macam mana agaknya perasaaan membeli barang kemas dengan si dia. Dan akhirnya anganan saya itu menjadi kenyataan. Sangat gembira tak terkira. Alhamdullilah ;)



Poh Kong menjadi pilihan hati saya berbanding dengan kedai emas lain sebab design kat sini sangattt cantik molek dan moden. Bagi saya lah. Dan yang penting harga pun sangat berpatutan. Tak macam kedai emas lain yang design so so je, tak pun tersangat mak datin lepastu harga tersangatlah pengsan. Saya tak nak menyusahkan kesayangan saya. Harga yang sederhana cukuplah, asal saya suka, dia pun suka. Kami sama2 suka. Eceh  ;)

Lepastu kami ke majlis perkahwinan kami di Meru, Klang. Minta berkat ;).Wedding yang simple tapi super duper meriah. Semua tetamu yang hadir sangat2 terhibur ngan persembahan artis jemputan. Ayu SitiNurhaliza. Ye..Ayu SitiNurhaliza. Lagi hot dari Siti Nurhaliza ;)

 
Ukie & Shira
Semoga berbahagia ke akhir hayat & dapat baby comel2 ok 
(^_^)

Dan akhir sekali kami ke PKNS Shah Alam untuk membeli barang2 penting dan saya sangat suka moment itu. Sangat lain. Memanglah selama ni selalu shopping sama2 ngan cintahati, tapi shopping kali ni memang terasa lain nya. Lebih indah dari biasa. Even letih seharian berjalan, tapi saya rasa sangat happy. Lain macam punya happy ;)








Copyright to ERINA ASMAWANI
Designed by UMIESUEstudio 2015