Pages

Monday, December 06, 2010

Ke kursus pra perkahwinan ;)

Sabtu dan Ahad lepas, kami ke
kursus pra perkahwinan dekat JAIS Shah Alam.
Bagunan depan Masjid Shah Alam tu.
(^_^)

Hari pertama, kursus start pukul 830 pagi sampai 5 petang tapi kena datang awal pagi tu, 730 sampai 8 kena buat pendaftaran. Lepas mendaftar dan bayar yuran RM80 sorang, setiausaha kat situ akan bagi 1 beg. Ada buku, risalah2 pasal perkahwinan dalam tu.  Dan ye, makanan disediakan. Breakfast, makan tengahari dan minum petang.


Buku gerbang perkahwinan yang di bagi
Dalam buku ni lengkap serba serbi pasal isu perkahwinan.
Dari prosedur pernikahan sampai ke isu cerai.

Hari kedua dari pukul 8 pagi ke 4 petang. Lepas habis kursus tu akan terus dapat sijil.Bila dapat sijil rasa happyyyyy je, mata siap bersinar2 (haha..over!),akhirnya sekeping sijil pre wed berjaya dimiliki. Alhamdullilah. Banyak ilmu yang dipelajari. Celik sikit mata ni.



Tadaaa!
Dah ada sijil da.Suka! ;p


2 hari berkursus kat sini memamg best.Best sebab ustaz2 yang bagi ceramah semua kelakar & sporting habis. Takde masa mata ni nak ngantuk.Lepas tu apa yang diceramahkan memang related dengan isu kahwin sekarang. Kiranya very up to date.Pasal kesihatan (penyakit kelamin semua tu, siap ada gambar2.Wuwu) pasal nak manage kewangan bila dah kahwin nanti, pasal nak tangani stress. Macam2 la. Tak tahan, dalam isu kesihatan keluarga, ada tunjuk video perempuan bersalin. Huhu. 3 video pulak tu, yang normal, yang kena gunting kat toooott dan yg ceaser. Insaf terus. Lepastu ustaz tu sound "Haa, yang bakal2 suami, tengok video ni, tengok macam mana susah & peritnya isteri awak nak melahirkan anak awak, jangan tahu nak buat anak je!". 

Bilik kuliah pun ok, dapat duduk sebelah encek tunang. Memanglah kena duduk asing  lelaki perempuan,tapi duduk sebelah2 antara gap lah. Mm..paham tak? tak paham ..takpelah, abaikan. Hehe. Tiap kali kalau ade point best je yang ustaz huraikan, nak2 pasal merokok, laju je bagi sms kat encek tunang. Nyakat dia. Hehehe.


 
Sijil  saya dalam bahasa jawi ;)
Eh..ke semua sijil pra kahwin dalam bahasa jawi eh?


Encek penunang & Cik petunang yang gembira ;) 
Sebab tu dua2 pun dah montel.


Habis je kursus semalam, encik tunang dengan baikhatinya membelanja cik tunangnya ini makan pizza yang terbaru tu.Yang ada 6 jenis cheese extreme dalam pizza tu.Dia saje je la tu nak bagi cik tunangnya ini lebih penuh lemak berkrim. Tapi aku suka je, orang dah belanja kan, mana boleh tolak.Hoho :D


Marvellous!!! Nyummayyy!
Terima kaseh encik tunang :D

Jadi, kepada sesiapa yang mahu ke kursus pra perkahwinan, aku cadangkan ke JAIS, Shah Alam. Dijamin puas hati. Syarahan menarik, tempat selesa, dekat pun dekat (for those yang duduk Shah Alam la).Kalau nak tau lebih lanjut pasal kursus pra perkahwinan..nah, klik website JAIS ni.




P/s: Majority yang pergi kursus ni haritu no ic start dari 88,87. Ada tu lagi pulak lahir tahun 90. Huhu. Aku umur 20 tahun tak penah terpikir pasal kawhin pun.Kursus kawen pun tak tahu.Budak2 zaman sekarang  ni memang advance.

10 comments:

  1. gile cepat budak2 skrg..haha..smpt update status fb masa tgh kursus ek...:p

    ReplyDelete
  2. dh tk sabar2 nie... ehehe...
    salam maal hijrah.. :D

    ------------------
    my new latest entry:-

    Life in Letters...
    http://aidyshahiezad.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. lynn:
    tau xpe..aku terasa tua pulak dalm bikil kuliah tu..huhu..
    heee..sempat jugak ;p

    Izza:
    thank u dear ;) nanti g kursus kat sini ok..hehe

    Aidy:
    jgn tangguh2..nanti kelam kabut

    N:
    haha..banyak step lagi N..

    ReplyDelete
  4. Salam... saya mohon izin ambil image dari blog ini....

    untuk blog saya:
    http://www.mananqayyim.com/2011/04/travelog-remaja-ketika-cinta-bertasbih.html

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)