Pages

Sunday, January 30, 2011

Aktiviti 29.1.2011

Semalam adalah hari yang sangat padat. Padat dengan aktiviti. Selalu kalau weekend, lepas subuh terbongkang tido balik (apa buruk punya perangai ni ;p), tapi semalam, tak tido ok. Bersemangat waja berkobar2 untuk mengemas bilik yang telah siap direnovate. Wehuuuu!! Gigihla bersihkan stor semua, mop, bersihkan cermin segala. 

Lepastu tengahari ke wedding Nanie. Schoolmate masa sekolah menengah. Orang nye kecik comel lote je.Dah la pakai baju warna fuschia pink, lagilah nampak tersangat comel. Pelamin pun cantik, baju pun cantik, make up pun cantik. Serba serbi cantiklah ;)


Bergambar dengan schoolmate yang lain
Suka pelamin itu!.
Pelamin tiang roman & kerusi highback.
Just like mine nanti. ;p


Kami amik berkat pengantin ni. Hehe
(terserlah ke"giant" an kami & kekecik comelan pengantin)
Aiseh, pengantin lelaki tido plak.;p

Kemudian, aktiviti diteruskan dengan mencari barang2 hantaran ( aku paling suka aktiviti ni.Hoho). Kami pusing2 area Shah Alam je. Malas nak gi KL, jem gila pulak. Terus ke Plaza Masalam, masuk Clarks, belek dan try2 kasut yang berkenaan di hati dan selesa di kaki dan terus beli.Senang cerita ;). Dundon Bombay, kau kini milikku. :) :) :)

Sambung berjalan ke kedai jam pulak. Kami memang dah survey2 sebelum ni. So semalam terus try2 dan beli. Minat sangat dengan jam tu!! Rasa macam nak pakai sekarang je. Boleh? Dasar rakus.Haha

Ehem..ehem..sekarang lah masa untuk demand 
dengan encik tunang kan? Maceh sayang :) :)
(padahal lepasni encik tunang demand lagi high kan, 
siap sedia jela aku. Haha)

Dan aktiviti terakhir adalah makan makan ( ni pun aku suka gak. Hoho). Memula ingat nak pergi makan sate kat Hj Samuri PKNS nun, tapi alang2 dah kat Plaza Masalam, gi Laksa Shack sudey. Laksa Shack disitu yang ibarat hidup segan, mati tak mahu, kosong je semedang. Tapi nasib baik sedap.Nyam2!


Kami berdua makan laksa Sarawak!
Terbaikk wok!


Choc blended for him, soursop + peach blended for me

Eh cop cop, tu bukan aktiviti terakhir, aktiviti terakhir ialah aku jaga kedai a.k.a Fradoo malam tu (sebab ayah balik kampung sat), sampailah pukul 12 mlm. Sambil duduk jadik cashier, sambil tengok bola. Selangor kalah yo. Ape nak buat, KFCM ada. Bola Selangor kompem tak lepas punya. Sabar jelah ok wahai peminat Selangor. Dan pukul 11 malam macam tu, Fradoo dibanjiri oleh peminat2 Selangor yang hampa. Nak kasi sejuk hati balik, kenalah makan abc betul tak? Haha

Sekian, tamat sudah aktiviti aku semalam. Asik senyum2 je tak henti ni.
(^_^)



10 comments:

  1. hehe. yunk. owg kan ritu siap list nak apa.. pastuuuuuuu konon time ni la nk demand. sekali tgk brg yg dia nak, lagi high demand. pitamm

    jadi, masing2 pun pujuk masing2. kite beli takat yg mampu dulu.. nnt pas kawen bg lagi. hahahaha

    kalau pasangan mmg mampu tak apa :)

    ReplyDelete
  2. betul2..beli yang termampu..nanti pas kawen lagi banyak nak guna kan yunk..ena pun da cut off certain things dalam list..kalo tak, mak oi, list nye kalah hantaran anak datok..haha..

    ReplyDelete
  3. 1st time jumpe depan2 si tunang ena amir fozy~ sgt sweet ye kamu berdua! eh eh! saya ada dalam entry ni la...wahahaha...gedik siot~ nasib baik sempat jumpe korg..besh!!!!

    kemain ko berjalan sakan lepas tu ek ena~

    ReplyDelete
  4. akak kat masalam gak sabtu ritu, x nmpk ponnnnnnn heheh. kot tak bole pau jam seutas. eh?

    hahahahah

    ReplyDelete
  5. lynn:
    hehehe..maceh lynn..dua2 sama giant kan? lol..tula..seb baik sempat jumpe ko kan..aku terseramak ngan sha masa balik tu..huhu..x dapat nak jumpe dia..

    Xdela sakan sgt, pusing2 masalam je..haha

    Kak Masy:
    Alaa..nama x jumpe akak..kalo x ley bagi kalendar sekeping..kite dapat banyak kalendar..haha]


    Far east:
    iye..mmg penuh ;)

    ReplyDelete
  6. sila demand kaw2 ms bli hntrn...cz lps kawen..mmg byk komitmen len oke...jgn lepaskan peluang anda!

    ReplyDelete
  7. terliur aku nengok peach blended tu yunk...huhuhu

    ReplyDelete
  8. N:
    Baiklah! :) hehe

    Tilla:
    jgn tenung lelama yunk, t mengidam ;p

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)