Rabu malam haritu kami, yakni aku dan kakak Masy kesayangan telah berjaya pegi menonton pilem terbaru anak pakcik Usop Haslam, yang dikabarkan sangatlah menseramkan dan menakutkan dan mensaspenkan.Cadangnya nak pergi menonton di JJ Bukit Raja je, sebab dekat kan, balik dari kerja aku terus lah pergi Bukit Raja nun, nak beli tiket, sekali tengok..amboihhhhh! Panjangnya orang beratur. Tengok kat skrin tv biru tu, Khurafat dari jam 7 pm, 845 pm, 1030 pm, 1215am adalah FULL! Betul2 hebat ni.Kalah fenomena pecah panggung 5 juta pilem DrRozmey ni.Haha (sindir)
Kami bukan model Jusmate. Sekian
Kemudian, plan bertukar nak ke OU pulak,tapi FULL jugak, last2 ke IOI Mall Puchong. Jadi lepas Maghrib bergegas lah kami ke sana. Terima kasih adik Keri sebab tolong belikan tiket. Sayang ko lebey2. Kalau tak beli tiket awal2, kompem memang kempunan kami nak tengok pilem tu. Sebabya..bayangkan pukul 920 pm pilem tu start tapi pukul 9 kami stuck kat dalam jam lagi.DEYM! Aku bawak Kak Masy lalu jalan Kesas, mana tahu kat situ sangat jem malam2. Haha. Sorry kakak. ;p Kak Masy dah mencicit2 comel dah dalam kereta.Lepas berjaya redah jem,masa tu dah pukul 910 pm,slumber parking kat shopping lot sebelah IOI tu, naik jejantas seberang jalan, jalan laju2 dengan kangkangan maksimum, sampai panggung,duduk2 je pilem pun terus start. Cun2! Very nice punya time management (padahal dah semput2 jalan lelaju kan).Pheww~
Start2 je pilem, anak pak Usop, selaku Johan, hero dalam pilem ni dah nangis2. Pe ke hey nye dia nangis kan? Lepas tu bermulalah ceritanya..10 minit pertama, ok lagi. 10 minit lepas tu dah start saspen. Ok. Ada adegan2 bukak tutup peti simpanan mayat pulak. 10 minit lepas tu aku dah start peluk beg kuat2.Tutup muka pakai shawl.Takuttt.Dan adegan seterusnya sangatlah omaigodd!! Why cerita ni sangat menterkejutkan. Whyy??!! Asal masuk scene malam je, aku mengendeng kak Masy.Serammm! Huhu. Sampai ada satu scene ni, 1 dewan termenjerit secara jemaah.Termasuk aku. Deymm betul! Terkejut gila antu nya.
Antu pulak pesen2 dari atas siling gini. Mau tak seram.
Deym!
Ada lagi satu scene yang lagi deym, scene dalam van jenazah, masa tu si Johan ni ditugaskan tuk kebumikan jenazah ex dia. Dalam van jenazah tu, kena kacau kaw2 sampai van tu terbabas masuk gaung, driver van nyawa tak panjang. Tinggal la si Johan bersama mayat ex dia tu. Boleh pulak dia gigih angkat mayat ex tu demi nak kebumikan dia. Dalam hutan, tengah malam, gigih angkat mayat? OMG!! Why tak tunggu pagi je? Whyyyy???!!
Tengah2 gigih dia angkat mayat ni, tetiba mayat tu terjatuh dalam lubang pulak.
Deyyymmmm! (lagi)
Apa jadi seterusnya? Sila lah pergi tonton sendiri ye.Dijamin seram sampai peluh2 dan termenjerit 3 harkat! Tapi ade 2-3 scene yang bikin pilem ni sedikit cacat. Watak makcik cleaner yang tak mantap. Kalau dia takde pun takpe.Lyana Jasmay a.k.a Aisyah macam terlalu muka budak2 untuk watak isteri Johan. Dan ex Johan , si Anna saiko tu,kenapa dia dah dihantar pergi sepital, esoknya dia mati bunuh diri kat rumah pulak? So tak paham. Tergantung disitu.Overall, bagi 4 bintang lah.Tapi ada jugak kata pilem ni tak best, bagi aku best je. Even antu2 dalam ni sangat menseramkan, tapi percayalah, diorang adalah antu yang penyayang.
Sebab suka peluk2 manja si Johan ni dari belakang.
D.E.Y.M!
cantiknya gigi korang bila senyum. jeles =p
ReplyDeletehi erina,
ReplyDeletethanks sebab bebetul mengulas sinopsis cerita ni. sblm ni sume blog asik suh pi tgk..aku pun mcm 50/50 sbb takde review..so thanx a lot..sure aku nak pi tgk pasni :)
penyayang???? maahp ler... mmg x tgk punya laaaaaaaa
ReplyDeletenak tengok !!!! tak leh tahan org dok kata best wpun selalunya x minat sgt nk tgk cite hantu :P
ReplyDeletebest ker citer cmnie ?? huhuhu.. :)
ReplyDelete---------
my latest entry:
Perempuan, Cukup-Cukuplah !!
http://aidyshahiezad.blogspot.com
nk tgk!! tp za x kasik...
ReplyDeletepenyayang katanya! HAHAHAHAHAAHHA
ReplyDeleteJard:
ReplyDeleteMaceh jard..x lame lagi ko pun ade senyuman cantik menawan ;)
Fatt:
hai fatt ;)
Same2..review sikit je ni. Tapi worth watching la sebab ade pengajaran dalam filem ni. G tgk nanti k..
Kak Zona:
ala kakkkkk..g la tgk kak..kompem seram punye ;p
Izza:
ReplyDeletecite ni seram gile nak..banyak terkejut2..huhu..gla tgk yunk..
Aidy:
for me..best la..xtaula tuk org len..
N:
Jangannnnn dear! Terperanjat nanti..huhu..x sesuai pun tuk ibu2 ngandung
Kak Masy:
HHAHAHAHAHA..tak eh? ;p
yeah.
ReplyDeleteterima kasih untuk aku.
jenuh nak check semua wayang penuh.
hahahaha
aku sgt penat crite ni...penat terkejut..tp sgt2 best!!!!!
ReplyDeletekeri:
ReplyDeleteyeeee..tocey2..nanti aku banje abc k..hehe
Pojie:
yezzaaa..penat kan cerita ni..huhu..tula..best!