Pages

Friday, January 07, 2011

Lafaz Sakinah

Sakit perut. Lenguh kaki. Rasa nak demam. Rasa nak marah2 je. Emo. Sindrom yang wajib menyerang diri ini sebulan sekali. Kesian encik tunang, selalu kena tempiasnya. Adoii..bila dah sedar tercakap kasar, cepat2 mintak maap, takmo jadik tunang derhaka. Huhu. Kami kaum wanita ni bukan suka2 tau nak marah2,emo2 tak tentu pasal ni, tapi kalo dah kena sindrom ni, semuanya menjadi semulajadi. Hormon yang membuatkan kami bertindak sebegini. (Balik2 salahkan hormon ;p). Jadi, kaum lelaki, silalah pahami kami ye. Kalau dah tau time makwe, tunang, isteri, adik, kakak, dah terkena sindrom ni, elakkan lah buat perkara2 yang menyakitkan hati dia. Walau kesalahan tu hanya sekelumit zarah pun, tapi kesannya nanti, ya Ampun, ibarat gunung merapi meletussss!!



Tengah2 beremosi ni, ada member post pulak video Lafaz Sakinah ni kat wall fb dia. Untuk bakal2 pengantin katanya. Laju je tangan ni klik play. Hambikkkkk! Bila dengar je lagu ni terus berjujuran deras air mata macam Naiagra Falls. Alahai..syahdunya lagu ni. Masa dengar lagu ni, hayati tiap2 baris lirik dia, terus automatik rasa sebak melampau.Tak dapat imagine saat aku dinikah kan nanti (T_T). Ni baru dengar lagu. Belum kena buat betul2 Lafaz Sakinah ni. Tapi kalau nikah kat Johor,ikrar Lafaz Sakinah ni wajib. (Mama, nanti saya nikah kat Shah Alam kan? Lega kalau mama cakap ye). Kalau kat Johor, aaaaa..sedihnya sangat! Meraung nanti..huhuhu..




Nah, kepada semua especially bakal2 pengantin sekalian, silalah dengar lagu ni ye, hayatilah siap bait2 liriknya. Sama2 lah kita menangis renungkannya bersama.Sediakan tisu siap2. Sob sob.


Lafaz Sakinah:Nyanyian Far East

Selamat Hari Jumaat semua.
Assalamualaikum ;)



P/s : Sesiapa yang tak sebak lepas dengar lagu ni, mahapla ye, mungkin aku sorang je yang sebak melampau. Almaklumlah..tengah emo2 ni.

3 comments:

  1. hee.. nak dgr takde speaker lak pc ni. citt.. tp rsnya time nikah mmg syahdu kan. *ckp mcm ada pengalaman je. hihi.

    takpe, tgu ena dh ada pengalaman nnt, timba dr ena je :D

    ReplyDelete
  2. syahdu la yang........

    bagus juga kalau ada....

    ReplyDelete
  3. Izza:
    dengar kat laptop nanti ok yunk..syahdu..Masa nikah kompemlah sangat syahdu..uhuhu..x dapat imagine cane nanti

    Yee..semua2 ilmu2 rumahtangga akan di lanting kat kamu nanti ;P

    Kak zona:
    Syahdu kan kak..tapi tulah..bagus jugak, biar jadik lebih bertanggungjawab..bukan senang tugas seorg suami & jugak isteri

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)