Pages

Tuesday, May 17, 2011

Best ke mencarut?

Kenapa ye seseorang itu mencarut? Ada yang kata sebab bengang gila.Kononnya.Ada pulak kata saje suka2.Suka2 nak mencarut. Borak2 sikit..bla..bla..bla..pund*k! Bla..bla..sial..cam kim*k.Kira hobi lah tu mencarut2 tu. Heh! Style cakap gaya murahan.Borak ntah apa2 pun nak jugak mencarut. Ataupun mulut dia memang celupar? Kes tak kena ganyang cili dengan mak masa kecik2 dulu ni, sebab tu mulut pun dah sebati ngan mencarut. 


Apa kes bukak topik mencarut ni? Haa..kesnya hari ini aku tak pasal2 telah dicarut oleh seorang customer yang sangat "baik" ni. Alkisahnya petang tadi aku ke Fradoo, alang2 tengah cuti lama ni kan, tolonglah parents kita selagi ada peluang. Nak di jadikan cerita, masa tengah ramaiiiiiii sangat umat customer kat Fradoo tu (Alhamdullilah) sampai seat pun tak cukup + dengan super busynya aku (sila imagine keserabutan aku masa tu), datanglah 2 orang customer ni. Sorang rilek2 je, kawan dia sorang lagi ni pulak gaya brutal habis, dengan badan besarnya, dengan jambangnya, dengan spek mata hitamnya.Memang legend habis lah. Aku gelarkan dia sebagai B la ye. Datang2, order "Kak,nak order abc 3". "Duduk mana?".Aku tanya diaorang dengan maksud seat diorang kat mana. Si B jawab "Ntahlah, kitorang pun tak tahu  nak duduk mana". Aku cakap balik "Kena cari seat dulu, kalau tak macam mana kami nak hantar" dengan nada cakap biasa2 je. Tapi agaknya si B tu ingat aku semacam serius, tetiba tak pasal2 terus mengamuk. "Hak alah..K*makk betullah!! Tak nak hantar cakap la tak nak hantar!! Bla..bla..bla.." Mulut mencarut2, membebel2 terus blah. Yang si kawan tu terkebil2, senyum2 kambing terus blah jugak ikut kawan dia si B tu. Aku macam apehal mamat nih!Dalam hati ada sedikit panas lah.Terkejut pun ada jugak sebab yela tetiba je dia nak meroyan. Tapi sebelum si B tu blah aku sempat jugak sound dia "Perlu ke nak mencarut!!!?" 


Ye,persoalannya di sini.Perlu ke nak mencarut?? Kira cukup hebat la tu kalau mencarut. Badan besar, muka ganas lepastu marah2 mencarut tu kira gengster habislah tu.Ingat orang takut lah.Dik, kalau kau marah sangat sekali pun, tak payah la nak mencarut. Penat je kau belajar tinggi2, tapi bila kau dah mencarut, cakap ntah2 apa2, orang akan nampak kau macam orang cetek akal. Orang tak bijak. Yang cakap bukan guna otak.Paham? Nasihat akak, kalau datang ke Fradoo, time peak hour, cepat2lah cari seat dulu, lepas tu baru datang buat order ok. Takde lah nanti bila kami tanye seat kat mana,jawab tak tahu.Lepastu tetiba nak meroyan2 mencarut2. Kami tak buat service tunjuk tempat duduk macam Pizza Hut buat tu ye dik. Yang sambut customer, tanya berapa orang nak makan, lepastu tunjuk tempat duduk, "Silakan duduk".Takde.Apa2 pun, buat adik B yang sentap tadi,akak nak minta maap bebanyak kalau cara cakap akak tadi agak terrrkasarr sampai menyentapkan hati adik yang lembut tu. Tak pasal2 adik emo. Ye, akak tau..customer is always right kan? ( tangan di dada, mata ke atas)

Tak cukup dengan maki hamun tu, 40 minit lepas tu si B datang balik, lalu sebelah aku, jelinggg baik punya sambil mulut terkumat kamit. Aik? Tak habis lagi dia punya emo tu.Aku tengok je dia. Dalam hati nak tergelak pun ada.Sampaii tempat parking pun dia pandanggg je lagi. Lagak gengster habis. Betul2 tak puas hati dia ni. Haha. Lantak kau lah sana. Asal kau bahagia.Haihh~
















Ahhhhhhh..sejuk sikit hati  lepas makan ni;)
Adik gengster..nak sikit tak?
Muahaha.

12 comments:

  1. cedapnye Abc ni. lama dah tak mai kedai akak. hehehe.

    ReplyDelete
  2. apekejadahnya la mamat tu.. haihh macam2. dahla mencarut. mencarut depan perempuan pulak ..

    ReplyDelete
  3. hahahaha mula2 iza pun nk naik panas sama. sekali ujung2 Ena buat lawak, tak jadi nak joint marah budak tu sbb dia mencarut :P

    takpela yunk, anggap je la budak tu period time tu. Tu yang emosi sikit

    ReplyDelete
  4. aku nak komen sbgi pelanggan...ko kena pastikan meja yg layan fradoo ko tu, bila abeh cepat bersihkan meja tu..

    last aku dtg, aku kena dok kat meja yg depan kedai lain...bila dh abeh tu...abang kedai tu kata kat budak kedai lain nk lap meja

    "biar diorg yg lap"

    mmg meja situ bila aku perati kebykknya yg kotor yg makan abc la sbb dia melejeh apa sume kan..

    jadi ko kena cepat la bersihkan bila tgok meja ada gelas abc ko pelanggan dh blah..so peniaga lain takdela bengkek ngn ko

    yelah..kang kena bomoh la apa plak kan..=]

    ReplyDelete
  5. Liena:
    nanti mai la..pastu kalo mai,jangan lupa tegur akak ok ;)

    Kak Han:
    Tauuuuu xpe..x paham lelaki jenis camni.Dahla mulut cam puaka,pastu x hormat orang pulak..cis!!

    ReplyDelete
  6. Izza:
    ye la yunk..emo terlebeh.Malas nak layan orang camni.Buang masa.

    ReplyDelete
  7. Hemy:

    thank u for ur complaint ;) Memang kalau time peak hour, meja2 kami tak cukup. Lepastu customer terpaksa duduk kat meja lain, yang sebenarnya tak menjadi masalah pun. Tapi de sesetengah kedai yang buat rule sendiri yang kalau meja tu depan kedai dia, customer kena order air dekat dia je.

    Lepastu yang meja kotor tu, pekerja kitorang kekadang tak perasan kalau yang side belah lagi situ. Bila customer tu blah, jadinya tak sempat nak bersihkan meja. Ada juga yang kekadang kami dah angkat mangkuk abc kami awal2, tapi pinggan2 kedai lain still jugak atas meja tu,jadi kami x sempat nak lap.Denagan harapan, bila orang kedai tu angkat pinggan2 diorang, diorang akan sekali lap meja tu. Tapi tak. Yela, bayangkan nak kena cover 2 tempat.Memang tak menang tangan pekerja2 aku.

    Apa2 pun,lepas ni kitorang akan sedaya upaya untuk tingkatkan presatasi & kurangkan kontoversi.Haha

    P/s:Haihhh..orang melayu, biasalah. Dengki & hasad dengki je tau.Mintak dijauhkan perniagaan apak aku dari segala unsur bomoh2 segala tu. Huhu

    ReplyDelete
  8. tak perlulah kot nk mencarut ni...agaknye die kempunan nak makan abc fradoo...hhohoh

    ReplyDelete
  9. ena, masa meeting or perjumpaan peniaga2 x leh bring up ke isu ni. pasal lap meja n oder minuman di meja depan gerai saja.

    kalau dah penuh, tp org tu dtg ngan niat nk makan something else, kan ke kecewa sebab meja kat depan gerai tu dah penuh....

    ReplyDelete
  10. zonaku..skang ni mmg ok je nk makan meja depan kedai org len..so far takde plak suh order gak bende dia jual..

    cumenya komen aku tu nk smpikan apa yg peniaga tepi2 kedai erina tu mengeluh la...

    maybe pasni bila org nk byar leh tnya meja mana..so leh terus lap n agkt ke kan..

    ReplyDelete
  11. Lynn:
    tauuuuu xpeee..agaknya lah kan..haha

    Kak Zona:
    hmmm..kalau diutarakan pun pasal lap meja tu mesti ramai yang x akan follow. Diorang ni lain sikit lah kak, jiran2 ena alhamdullilah paham..xde masalah, yang jauh2 sikit dari gerai kitorang tu je..lagi satu customer ni, diorang duk meja depan kedai air orang lain,still jugak nak order air kat tmpat kitorang. Kitorang pun rasa serba salah gitu..

    ReplyDelete
  12. Hemy:
    yup..skrg mmg xde masalah tempat duduk, x macam dulu.masing2 ade territory..haih. Hmmm..idea bernas! Kami akan cuba wat camtu k..tula..kesian gak ngan jiran2 kan..hidup berjiran kena bertolak ansur ;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)