Pages

Thursday, May 26, 2011

Cuti-cuti Terengganu :Jalan-Jalan ;)

Salam. Sambungan dari entry lepas lagi ;) Lepas penat mencandat sotong tu, sesampai je resort, kami terus kepengsanan.Tapiii..pukul 130 petang kami dah bangun dah, siap2 dan terus keluar berjalan2. Wehee. Tak kanlah nak bazirkan seharian dengan tido je kan, penat drive jejauh. Harus gunakan masa kat sini semaksimum nya.


Jom jalan-jalan! :D


Tempat pertama yang dituju oleh kami ialah Pasar Besar Payang. Sukalah pergi pasar kalau ke tempat orang ni sebab kat pasar tu lah kita boleh jumpa benda yang lain dari lain.Yang takda jual kat tempat kita pun.Tapi sebelum memulakan operasi tawaf pasar, kita basahkan tekak dulu.Cuaca masa ni teramatlah panas. Panah sang!! Bak kata orang ganu.Hee.




Cendol + pulut =RM1.50 je. Terbaekk!

Terus lah kami memulakan operasi.Jalan2 dalam pasar tu, cari2 apa yang patut. Yang rare2.Untuk dibeli sebagai buah tangan untuk family tersayang ;). Setakat beli belacan, kedai runcit depan rumah pun ada kan ;p Antara buahtangan yang kami beli ialah ini..


Ini lah yang paling rare.Telur penyu!
 Ganu kite. RM40 = 10 biji.
Sabah mari pun ada, tapi kecik sikit saiznya.


Semang! 
Kuih tradisi orang ganu. 
Rasanya manis cam gula2 kapas tapi ni versi keras. I loike ;)
Sekali makan habis berterabur tepung. Haha.

Lagi beli biskut sagu, biskut bijan, keropok2 ikan yang kering tu of coz la beli kan sebab murah.Tapi tak banyak, cukuplah untuk buat buahtangan.

Keluar2 je pasar tu kami jejalan kejap dekat waterfront tepi pasar. Tapi disebabkan panas, tak jadilah nak bergambar2 bagai. Tetiba, mata kami terpandang pulak dekat satu pondok atas bukit ni. Jalan lah ke situ, rupanya atas tu ialah Bukit Puteri. Kira macam salah satu tempat bersejarah dekat Kuala Terengganu.Kena bayar RM1 sorang untuk naik ke atas Bukit Puteri tu. Punyalah tinggi. Semput aku dibuatnya. Wuwu. Takpe2, exersice!



Atas ni ada kubu, singgahsana yang dibina oleh Sultan Baginda Umar sebagai tempat untuk baginda berbincang pelbagai strategi dengan pembesar2 lain. Ada pondok genta (loceng besar) yang beratnya 175 kg, kegunaannya pada zaman dulu,kalau ada kebakaran ke musuh menyerang ke, genta ni akan dibunyikan untuk memaklumkan kepada rakyat jelata supaya berjaga2. Sekarang genta ni digunakan pada bulan Ramadhan, untuk menandakan masuknya waktu berbuka. Dekat Bukit Puteri ni juga kubur Syed Yasin, salah seorang pembesar Negeri Terengganu.Itulah antara tarikan di Bukit Puteri ni. Dah boleh jadi cikgu sejarah dah lepas ni. Hee.





Nak bergambar berdua guna timer tapi ini hasilnya. Tak sempat!
Lol


View dari Bukit Puteri.

Ok, dah dapat sikit ilmu sejarah Terengganu, lokasi seterusnya kami nak ke Masjid Kristal pula. Sebelum tu kami tanyalah sorang pegawai MBKT ni, direction nak ke Masjid Kristal. Encik tu bagilah direction, encik hubby cuba untuk mengingat apa yang encik tu cakapkan. Yang pasti kena lalu atas jambatanlah kalau nak ke sana. 




On the way ke masjid tu, ikut apa yang encik pegawai tadi tu cakap plus ikut signboard lagi, akhirnya kami jumpa lah masjid kristal tu masa lalu atas jambatan. 


Masjid kristal di sana, kami di sini.

Tapi masalahnya lepas dari jambatan tu kami tak tahu nak lalu mana dah. Takde signboard.Kami uturn balik, tapi still jugak tak tahu nak guna jalan mana. Lost.Huhu. Akhirnya kami ambil keputusan untuk balik je sebab dah agak lewat, malam tu pun ada aktiviti bbq lagi. Takde rezeki nak masuk Masjid Kristal yang cantik itu, insyaAllah satu hari nanti.

On the way balik ke resort, kami singgah beli air nira ( air tuak) yang popular dekat Kuala Terengganu ni. Sepanjang perjalanan ada je nampak sign air nira yang dijual oleh peniaga2 kecil kat situ. Kami beli 2 botol. Memula encik hubby minum. Lepastu dia bagi aku, dia kata mesti aku suka air ni. Aku pun rasalah, tapi sebelum tu bau2 dulu, erk..lain macam je baunya ni.Sekali dah masuk tekak.errkkkk!!! Manihhh letinggg! Rasa air nira tu manis sangat dicampur rasa masam2 sikit. Err..memang sekali tu jelah aku minum. Can not go!


Yang pertama dan mungkin yang terakhir.
Air nira yang bukan kesukaan saya.
Tapi encik hubby suka pulak air ni. Habis sebotol diminumnya.
Wuwu. Lain orang lain ciatarasanya  kan.

Malam tu pukul 8, diorang start buat bbq, membakar sotong2 fresh dari laut hasil candatan kami semua. 

Sesi membakar sotong2 besaaarrr :D
Pic kredit to Mr Nik

Tapiii aku tak dapat join pun aktiviti bbq ni, tetiba mengalami masalah penghadaman. Sudahnya duk melepet (rehat2) dalam bilik je. Tapi dapat jugaklah rasa sotong, ayam & hotdog bakar yang encik hubby tapaukan. Hehe. Masalah penghadaman pun tetap jugak lalu makan ok. Dasar montel. Ngee.Oklah, sekian sahaja aktiviti hari kedua.Esok last entry CCT ok ;)

3 comments:

  1. kampung wife aku seberang takir. kalau dari laluan ko naik jambatan tu..sblum naik ada simpang kiri..ko masuk situ smpi selekoh jumpa la kopok lekor amik nombor tu

    ReplyDelete
  2. hahahaaa..... br nk ingatkan soh cari anul....

    ReplyDelete
  3. Hemy:
    haahla...ko cakap ni baru aku teringat pasal kopok lekor amik nombor tu..dem! Kat sana aku tak teringat langsung..huhu..xpe, next time kalau de rezeki ke sini lagi mesti pergi kopok lekor tu & masjid kristal!

    Kak Zona:
    Ala kakkk..dah selamat sampai KL dah pun..haha

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)