Jumaat lepas kami berdua ke kampung Muar. First time balik kampung dengan encik hubby lepas kawen ni. Perjalanan 2 jam terasa kejap je bila dengan encik hubby. Hee.Sampai kampung semua makcik2, atok pun tegur aku dah montel. Semua pun cakap macam dah ada "isi" ni. Senyum je la.Padahal memang tengah membesar bagaikan juara sekarang ni. Tapi mana tau kot2 masin mulut mereka tu kan. Aminnn ;)
Si montel yang bahagia..ohoii :)
Sekarang memang suka makan. Makan makan dan makan. Ayoyo.
Sabtunya tu ada majlis pertunangan sepupuku merangkap pengapitku masa wedding dulu,Cik Why kita.Haaa kan..dah kena berkat pengantin. Hee
Pengapit terbaik ku ;)
Beliau ketika tunang. Sangatlah gojes!
Berseri2 sangat ;)
With the hantarans ;)
Encik Tunang & Cik Tunang.
Sweet bangat. Bagai pinang dibelah 2. Dah la dua2 ni pun cikgu. Memang padanlah ;)
Alhamdullilah, majlis pertunangan beliau berjalan dengan lancar. To Cik Why, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke saat lafaz sakinah dan seterusnya ke akhir hayat. Masa bertunang ni darah manis, banyak2 kan bersabar ok.Majlis kawen mereka pun tak lama je lagi. Semoga dipermudahkan segalanya ;)
Malam tu bawak encek hubby makan mee bandung. Dah jadi orang Muar kenalah makan mee bandung, barulah Muar sejati.Tapi encek hubby tak minat mee bandung, nasi pattaya jugak diordernya. Haiya.Apa macam ini? Nanti nak pujuk beliau jugak supaya minat mee bandung. Sedaplah mee bandung. Kuah pekat, ada daging, udang.Me like it very2 much! Nyumaay~ (Ok, bercerita pasal makan aku memang excited. Haha. Dan secara otomatik menjadi lapar (T_T))
Esok paginya sebelum bertolak balik, kami ke kebun ayah belakang rumah, ayah pesan suruh amik nenas yang dah masak. Nenas dekat kebun tu memang lah super besar2 ok. Nenas Sarawak.
Encek hubby gigih menebas nenas.
Nenas gomok2. Sedapnyaaa!
Tapi encik hubby tak bagi makan.Baiklah, saya akur menurut perintah.
Tapi yang ini lagi lazattt..
Duriann beybeh!
Mengharapkan mereka ini gugur tapi sampai kesudah takde sebiji pun yang jatuh. Uhuk. Hampa.
Dan sempat beramah mesra dengan anak kambing belakang rumah atok juga.Comelnyaaa anak2 kambing ni, manja pulak tu. Rasa macam nak kendong sekor bawak balik Shah Alam. Haha
Dan begitulah aktiviti kami pada weekend lepas. Dan sekarang diri ini tersangatlah eksaited untuk aktiviti weekend ini pulak. Weheee. Penang, tunggu kami menyerang! :D
P/s: Misi hari ini, membuat 1000 pcs chos chips cookies. Wuhuuu!
haih sghonoknya wai :)
ReplyDeleteencik tunang nampak kiut. cik tunang jelita..
kakcik, kambing2 tu makin banyak tak?
hehe ni mmg betul2 sedang bersedia untuk baby ni :) ni mst bendera merah tak datang2 lagi ni. jeng3 ada tandaaaaa yayyy :D
ReplyDeleteklo ngan org tersyg, ke mana2 pun rasa happy je kannn
sila2.. buat dengan tekun dan gigih yer
ReplyDeletenenas...bestttt....durian pun..besttttttt
ReplyDeletemana2 pon sedap.. kambing yg comel tu klu dimasak jadi kari kambing pun sedap gaaaaakkk hahahaah
ReplyDeletehuhu...N ms baru kawen pon ade org bg nenas..hubby x bg mkn..kekeke...cpt2 ena..
ReplyDeleteHan:
ReplyDeletetulah..seronok sangat cik Y kite tu.Pas ni giliran kak han pulak kan ;p
anak2 kambing tu masa kacik tengok dah ada 6 ekor. Banyakk.kambingnya pun dah bertambah.
izza:
heee..mane dela yunk. Dont sepku2 ok. Ni pre caution ni namanya..
betul..betul..betul ;)
Kak zona:
ReplyDeletemmg sangat tekun kak, tapi sorrylah bawak sikit je masa gi Penang ritu. Huhu
Hemy:
kannnn..aku pun suka dedua nih!
Kak Masy:
ReplyDeletehahahah..betul tu kak, tapi ai tak makan kamben..assume sedap je la eh ;p
N:
tgh nak cecepat la ni yunk :)
wah..dah nak ada baby ker..dah bape weeks?
ReplyDelete