Pages

Thursday, October 20, 2011

Kejam di tempat orang, kejam lagi di tempat sendiri.


Dunia semakin kejam. Sangat kejam. Semua pun dah sedia maklum tahu pasal kes si kecil Yuen dekat China yang kena gilis dengan van & lori sampai koma dan meninggal tu, peliknya 18 orang yang lalu lalang boleh buat bodoh je dekat Yuen yang terkulai dekat jalanraya tu. Buat tak nampak seolah2 yang kena gilis tu anak ayam. Aku masa tengok video macam tak tahu nak cakap apa, sedih ada, hairan ada,geram pun ada.Macam, "Eh..video ni prank ke apa? Budak dah nyawa2 ikan macam tu pun takde orang peduli?Kenapa diorang sangat hati kering macam tu?" Ok,maybe warga kat situ terlalu sibuk sampai tak nak amik tahu benda2 macam ni. Bagi diorang kes macam ni takde apa2.Haih..bagi aku ini adalah sangat kejam!

Itu kejam dekat sana, yang dekat Malaysia ni?Sama kejamnya. Malah boleh dikategorikan LAGI kejam mungkin. Memula kes pelajar kena bunuh & bakar oleh teman lelaki sebab ajakan seksnya ditolak, lepastu bapa tiri dera anak sampai meninggal waktu maknya dekat hospital baru lepas lahirkan anak.Lagi pulak kes bayi umur 23 hari kena liwat dengan ayah sendiri,bayi kena campak dari tingkat 2 masuk longkang, dan baru2 ni remaja 16 tahun kelar mati bayi sendiri sampai terburai isi perut (Ahhh..tak sanggup nak tengok gambar bayi ni dekat fb). Bila baca semua berita2 ni terfikir kenapa diorang sangat tergamak buat macam ni. Yang si pesalah laku ni pulak semuanya Melayu. Islam. Kenapa tergamak sangat ye? Kenapa menjadi sangat kejam? Salahkan mak bapak sibuk kerja? Alasan lapuk, even diorang sebagai mak bapak pun lagi sanggup dera, liwat anak sendiri.Tak cukup didikan agama? Kasih sayang? Terlalu bebas? Entahlah..pokok pangkalnya dari dalam diri sendiri. Tepuk dada, tanya iman. Iman.

Yang kes2 buang bayi ni, makin hari makin ganas. Dah tahap gila! Kerajaan? Dulu je gah ada kempen "Kami Prihatin", hari2 keluar iklan dekat tv pasal bayi kena buang. Tapi rasanya makin menjadi2 lagi ada. Mungkin kempen tu tak berkesan, jadinya buatlah sesuatu yang lain untuk banteras kes gila ni. Penatlah hari2 baca suratkhabar pasal kes buang bayi. Sedih tau tak,sedih! Meruntun jiwa keibuan ni.Kalau bebudak umur 7-12 tahun baca suratkhabar pasal kes liwat, buang anak semua ni, apa agaknya yang diorang fikir kan? Takut jugak nanti Allah terlalu murka dan turunkan bencana malapetaka dekat kita.Takut sangat.

Ya Allah, lindungi aku,keluargaku,sahabat2ku dari semua kekejaman ini :(

( Lepas baca blog Mazidul tadi, mahap..remaja 16 tahun yang kelar anak dia tu bukan beragama Islam)

P/s: Kegeraman yang tak boleh dibendung lagi, terus meletus pagi ni.



14 comments:

  1. dorg kata kat china takleh selamatkan org, sbb klau pape jd kat org yg diselamatkan tu, org yg menyelamatkan kene tanggung. tatau la betul ke tak

    tp mmg menakutkan laaaa. risau sgt2, sedih sgt2 T______T

    ReplyDelete
  2. yup,betol kata Masy tu..kat China kalau kita tolong orang yangcedera kita terpaksa menanggung segala kos perubatan orang tu.Itulah undang2 di China..langgar mati lebih senang nak kira daridapa langgar hidup.Kesimpulannya,di mana saja manusia semakin hilang pertimbangan diri...

    Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  3. Kak Masy:
    ena ada baca tu, diorang panggil istilah "Peng Yu",yang menolong akan dipersalahkan. Mebi kes macam ni dah banyak berlaku dekat sana cuma yang ini berjaya dirakam oleh cctv. Jadinya kita yg pertama kali tengok ni rasa terkejut but still, terlalu kejam!!

    Kan kak..sedihlah. Kita hanya mampu berdoa. tak putus2 berdoa

    ReplyDelete
  4. Asfiza:
    tulah kan..macam pelik pulak undang2 kat situ, mebi sebab diroang terlalu ramai sangat penduduk, kes langgar lari pula makin banyak, jadinya sesiapa yg menolong tu kenalah bertanggungjawab. Hmmm..

    ReplyDelete
  5. Gerammmmmmmm. Nak2 lagi pasal kes buang bayi kat Msia ni. Mcm2 kes, manusia sekarang mmg semakin kejam !!

    ReplyDelete
  6. sedih jugak bile bace n tgk semua tu..semoga kite semua dibawah lindungan Allah ye ena.. take care..

    ReplyDelete
  7. manusia diDUNIA makin kejam...

    *tapi org kat DUNIA PATIK x kejam..promo!!!!

    ReplyDelete
  8. izza:
    kan yunk..geramm! tapi kite x boleh nak buat apa.Hanya berdoa n terus berdoa..

    Lynn:
    Aminnnn..ok lynn. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  9. Pojie:
    Ahaha..kat dunia patik semua baik2 kan ;)

    *smpat promote lagi ;p

    Kak Zona:
    Takut kak :(

    ReplyDelete
  10. yg pembuat onar ni dh memang gampang dan kejam tak kira negara mana..

    tp aku rasa at least kalau negara kita nmpk ada budak terkapar mcm kat china tu..kompem ada yg tgok walaupun sekadar buat bulatan

    ReplyDelete
  11. Hemy:
    kalo kat negara kita mana sanggup wat camtu weh, even kucing kena langgar pun ada insan prihatin yg seboleh2nya nak alihkan bangkai kucing tu dari terus kena lenyek lagi ngan kereta2 lain.

    Syukur Alhamdullilah hidup kat Malaysia yg xde undang2 pelik yg buat manusia jdi tak bertamadun macam kat China tu.

    ReplyDelete
  12. yang kat china tu tak sengaja si pemandu tu langgar tayar depan. sebab sistem plak lah dilanggar skali lagi ngan tayar belakang.

    tp ni tikam budak? as if amik pisau,
    gunakan tenaga dan cucuk! dah cucuk, hiris plak tu sikit lagi.. apa dia mental ker apa?

    doa doa lah dimasa akan dantang nanti tak der la sebegini lagiii..

    ReplyDelete
  13. Pocket:
    kann..macam hilang langsung rasa sayang dalam diri tu, padahal 9 bulan dalam rahim dia..hmmm

    Aminnnn ;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)