Pages

Tuesday, November 29, 2011

Checkup 26 minggu.



Harini telah berjaya pergi buat monthly checkup seorang diri tanpa ditemani encek hubby. Hoyeah! Bangga pada diri sendiri kerana berjaya menjadi seorang mama-to-be yang berdikari.Haha (orang lain pun pergi sorang2 la ;p). Kesian pulak encek hubby nak kena selalu amik cuti.Dahla sekarang tengah hujung tahun,jadinya kerja banyak di ofis nun.Kalau checkup swasta memang dia amik cuti, sebab boleh scan & dia pun boleh masuk sekali. Tapi kalau klinik kerajaan, kesian tengok para2 suami. Dah la kena menunggu lama,pastu takde scan pulak.Ciannya.Jadinya saya amik keputusan untuk pergi seorang diri je.Lagipun si khalifah kecil mama ni kan ada (gosok2 perut :D).

Pagi tadi seawal jam 8 pagi saya dah gigih keluar rumah nak ke klinik. Tapi sampai je kat sana..Ya Allah, ingatkan saya lah paling awal, rupanya ramaiiiii lagi yang datang lagi awal. Penuh klinik! Sampai takde seat. Bayangkan klinik kesihatan yang sebesar2 alam tu sampai takde seat. Uhuk huk.Demi kesayangan mama, diteruskan jugaklah agenda, amik nombor dan berdiri kat tepi2 dinding sementara tunggu nombor giliran. Bila nampak je orang bangun, cepat2 duduk kat seat tu. Fiuhh..lega!


Menunggu punya lama sampai kenyok2 kertas.

Dah lega dapat seat..tunggu punya tunggu, apesal nama saya tak dipanggil2 nurse ni. Sabar. Dah 1 jam, tak panggil2 jugak. Duduk mula tak selesa, sakit pinggang,tangan semua dah kebas. Bangun kejap regang2kan badan.Nak mengeluh pun tak baik, lagipun klinik kerajaan kan, dah la free, bersabar je la bayaran yang kita boleh bagi.Akhirnya sampai jugak giliran saya.Amik berat. Berat terkini 73.8kg (mantop bukan? Haha).Alhamdullilah sihat, takde masalah dengan berat badan.Naik secara normal. Lepastu amik BP, urine segala. Alhamdullilah, semuanya pun ok. Kena injection kancing gigi untuk kali kedua jugak tadi. Tak sesakit macam festime kena dulu la. Akhirnyaaa..setelah 3 jam lebih dalam klinik tu, settled semua!! Boleh balik dah. Wehuuu! Lenguh dah kaki2 ni.Perut pun memang sangat lapar!

Balik tu terus ke Secret Recipe, Ole-Ole untuk membelanja makan diri sendiri ini. Oh,I'm sooo in love with SR mee curry! Sedap tak terperi yo. Dahla portion besar! Sedappnyaa! Sekarang tak kesah pergi makan sorang2 pun sebabnya si khalifah kecil kan ada, dialah peneman setia mama ke mana2 jua sekarang. Sayanggg dia nih! (gosok2 perut..lagi :D)


Nyam nyam. Alhamdulilah. Kenyang ;)

Bila dah kenyang, pusing2 dekat kedai baby sebelah SR tu kejap, niat di hati nak cuci2 mata je tapi mana boleh tahan, mestilah tercuci poket sekali.Wihiihi. I bought some cute baby stuff :D

Terbeli topi baby comel, kasut baby comel & toiletries set Anakku. Ingat taknak beli toiletries lagi tapi sebabkan nak bekas bertutup tu, terus beli. Boleh macam gitu? Haha. Macam kan takde jual dah je nanti.

Balik tu terus simpan dalam bakul khas untuk barang2 baby.Kasi sumbat semua2 je dalam tu.Semua ada, dari towel, baju2 sampaikan hanger kecik pun bubuh dalam tu. Senang tak sepah2 dah.Nanti nak basuh baju2 tu semua baru keluarkan balik. Sekarang ni misi membeli & mengumpul dulu barang2 si comel :D

Almost full! Maksudnya udah2 la tu beli barang baby. Beli barang untuk mamanya pulak lah lepas ni. Set berpantang semua tu. Ngee..baiklah!(nasihat diri sendiri).

Simpan dalam picnic basket je pun. Hoho.Tapi senang nak bawak pergi mana2 nanti. Masukkan je semua barang baby dalam ni.Tak payah bawak beg2 dah :) Penat buat checkup tadi terus hilang bila tengok barang2 si kecil ni.Alahaiii anak mama, membesar dengan sihat ye sayang ;)


12 comments:

  1. kinik tuh dekat dgn umah mak mertua kita ar...hehehehe...barang baby kita pon dah penuh satu container..kuikuikuikuikui

    ReplyDelete
  2. su esok lusa baru nk pi beli brg baby..plan bulan 12 baru nk beli brg baby..

    nnti nk pi mkn abc tu lg...hehe

    ReplyDelete
  3. wah,,anti ena mmg berdikari,,mommy tidak la,,mesti nk dedi yg temankan,,seronokkan dh setel beli brg baby,,kiut2,,mommy tu baru beli 4 5 brg pon hr2 dok belek2 senyum2 sorang2 eksaited sgt,,tido pon brg baby letak sblh,,:)

    ReplyDelete
  4. j.e.l.e.s nyeeeeeee saya kat mama nih ;p

    ReplyDelete
  5. buat mase ni tak pernah pergi sorang lagi..bukan tak nak..tapi boring ar sorang2 kat kk tu..huhu..;p
    saye pon dah kumpul barang baby..besh shopping..!! ;p

    ReplyDelete
  6. mama pun kena jaga kesihatan gak.... :D

    ReplyDelete
  7. wah..bagusnye ena..berdikari gitu..makin sayangla amir :p

    ReplyDelete
  8. seronoknya baca perkembangan ena ni.. Tak sabar nak tengok khalifah kecil keluar pulak. Due bila yunk ?

    ReplyDelete
  9. Mommy Cha:
    ooo..yeke? kire cha selalu la g area2 sini eh..nanti ley la kite jumpa..laga2 perut..hehe

    Sue:
    Nanti shopping banyak2 tau Sue..nanti snang tak yah beli2 dah..Ena pun memula ingat nak beli lmbat sikit tp bila pk nanti semput, tu yg beli jugak awal sikit..

    nanti kalau terjumpa ena kt Fradoo, tegur eh ;)

    ReplyDelete
  10. Umie:
    yeahh! Takdelah..macam kesian pulak kan tgk encek hubby tercongok je..dah la lama..uhuk2..yeah!! pasni anti umie shopping banyak2 k ;)

    Pn Ibu:
    namo la jeles2 mar..nanti2 giliran Mar pulak. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  11. Aty:
    Barang2 baby Aty lagi macam dah complete kan..siap tersusun cantik dalam almari lari. Comell je. Ena pas basuh2 nanti baru susun..mmg besh! :D

    Linda:
    baik kak Linda..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  12. Lynn:
    kekadang kalau mampu nak wat sendiri, berusaha tuk wat sendiri lynn, kang terlalu bergantung kat dia, makin banyak lemak pulak..hehe :p

    Izza:
    Journey to be a mom mmg seronok! :) cepat2lah yunk..hehe..InsyaAllah ena due 5/3..less than 100 days!

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)