Pages

Tuesday, November 15, 2011

Kisah buah delima

Buah delima (pomegranate) atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia adalah antara pokok di syurga. Antara khasiat delima yang dinyatakan dalam surah Al-An'am ayat 99 ialah“Dan Dialah yang menurunkan hujan.Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” 

Secara jujurnya saya start kenal buah delima ni masa mengandung ni lah. Sebelum ni pernah dengar nama buah delima je tapi tak pernah tengok rupa bentuknya macam mana. Haha. Sadis sungguh. Sejak mengandung ni memang buah ni lah antara buah feveret saya. Ramai yang nasihatkan saya makan buah delima masa mengandung ni. Banyak khasiatnya. Antaranya (hasil google, copy paste je. Bahasa Indonesia) buah delima ni mengandungi potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah dan juga menguatkan jantung.Banyak khasiatnya untuk ibu mengandung & baby kan? ;) 

Dan alkisahnya Ahad lepas, saya ke MBG fruit shop. Mata ni terus terpandang buah delima  yang gemuk2 kat situ. Tengok tanda harga, tulis RM1.78. Wahhh..murah! Teruja ni.Selalu beli kat pasar pun tak semurah ni. Tangan pun terus capai 2 biji dan terus beratur bayar. Taknak pandang dah buah2 lain.Sekali masa bayar total harganya jadi Rm15.50. Terkejut mak yong! Rupanya RM 1.78 per 100 gram!. Hahaha. Itulah gelojoh sangat kan. Ingatkan RM1.78 sebiji, terus tak nampak tulisan per 100 gram tu.Adoyainye pun. Nasib amik 2 biji je, kalau terus amik 10 biji tak ke haru. Haha.Tapi berbaloi jugak lah bayar dengan harga tu sebab buahnya memang sangat la gemuk dan isinya sangat manis!! Saya suka buat jus..sedap!Masam2 manis gitu ;)

Si delima yg gemuk itu :D 




Puas hati. Hehe



12 comments:

  1. nak sikit :p

    aku mmg suke gile buah delima ni..
    tak yah tunggu pregnant pon...ekekeke

    ReplyDelete
  2. kalu dpt yg merah menyala isi dia tu..perghh..terliurrrrrrrr bebb

    ReplyDelete
  3. suke gak tapi.. macam leceh nk mkn sbb bijik kemain byk. akak dah la jenis nk gak buang bijik2 tu.. mmg bertahun laaaaa hahhahaha

    siannye br kenal buah delima ye? *lap peluh*

    ReplyDelete
  4. lynn:
    meh sini meh..

    aku barulah festime makan sejak mengandung ni..sebelum ni just tau peribahasa bibir merah bak delima je.hehe..

    Hemy:
    so far lom penah dapat yg merah menyala lg isinya..dapat pink2 cair je tapi manis boleh tahan!

    ReplyDelete
  5. Kak Masy:
    ena makan sekali ngan biji2 nye kak..kan halus je..kalo buat jus blend je ngan biji2 nye..hehe

    kann..kesian adikmu ini..dahla masa memula kenal dulu dah terkompius ngan buah markisa..haha..sadis

    ReplyDelete
  6. buah delima ni mmg sedap...En.Suami cyclist pon makan ni utk tenaga...

    Ade kawan mar mengandung nk makan buah delima, beli kat jusco kot...3 bijik rm73++... kiranya harga delima ena ni kira consider lagi la ;)

    ReplyDelete
  7. hehe.... mmg petua pun makan buah delima ni... mak akak pesan, makan sorang2 je sebijik. jgn share sebutir pun ngan sesiapa.



    so, adik akak mmg sakan ler time ngandung, semua org kalau jumpa delima mmg beli n hantar ke rumah. n Alhamdulillah, kali ni, walau bukan musim, rezeki dia mmg murah

    ReplyDelete
  8. Izza pun tak kenal buah delima sebelum ni. Tapi MIL rajin beli suruh makan. Eh sesuatu pulak taip mcm ni. Hehee

    Smoga makyong sihat2 selalu ye

    ReplyDelete
  9. Pn Ibu:
    woahhhh! Rm73..mahal gila!! mungkiin masa tu x musim lagi kan..ena penah beli kat pasar 3 biji RM10..tu yg ingat haritu RM1.78 sebiji tu dah murah sesangat..hehe

    Kak Zona:
    ena pun ade dgr petua tu..makan setiap biji..jgn bg jatuh pon sbb semua tu ada khasiat nye..

    tula..ada musim jugak rupanya delima ni kan kak..bukan senang dapat..tp Alhamdullilah ena pun ada je yg rajin belikan buah ni.tu pasal la kot harga jap mahal, jap murah..

    ReplyDelete
  10. Izza:
    hehehe..tettt! MIL ena pun selalu belikan delima ni yunk..izza pun kena makan selalu tau..persediaan awal ;)

    Aminnnn ;)

    ReplyDelete
  11. saye pon baru tau sejak ngandung ni..baru minggu lepas makan fes time..huhu...

    ReplyDelete
  12. Aty Fared:
    Orang mengandung mmg dinasihatkan makan..bayak khasiatnya ;)

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)