Pages

Tuesday, December 06, 2011

Garrett Popcorn!

Sedap sangat ke popcorn ni sampai orang ramai gigih beratur panjang sebab nak beli ni? Jawapannya memang sedapppp!! Sebabnya saya dah cuba. Nyamm! Hehehe.Gigih beratur (syukur masa tu tak berapa panjang sangat) semata2 nak rasa popcorn yang katanya nyummilicious sangat ni. Sebagai peminat popcorn, haruslah pergi cuba kan.Pergi ke KLCC semata2 nak pergi beli popcorn je. Haha. Nasiblah dekat je ngan umah mother-in-law ;)

Ada perisa Buttery/Plain, CaramelCrisp, CheeseCorn, CaramelCrisp with nuts (Almond, Cashew, Macadamia) & The Chicago Mix.Masa beratur tu dalam fikiran nak plih CaramelCrisp yang Large (punyalah tamak kan, terus nak yang large.Kata dah beratur lama, alang2 terus amik yang large la ;p), sekali bila dah sampai dekat kaunter tengok CheeseCorn tu sangat menggoda jiwa.Cheese dia sangat melimpah2. Jadi, kami pilih The Chicago Mix! (CaramelCrisp+CheeseCorn).Yeayy!


Dalam kereta dah tak sabar2 nak makan ok. Dalam hati keriangan.Hehe
Encek hubby geleng kepala je tengok perangai mak yong dia ni ;p


Introducing..The Chicago Mix!
Yang itam2 tu CaramelCrisp, yang kuning tu CheeseCorn.

Rasanya?? Emmmmm..kenikmatan sampai terpejam2 mata. Boleh gitu? Haha. 5 bintang untuk CaramelCrisp. Dahla manis,crispy pulak tu. Memang nyummy! Yang CheeseCorn tu bagi 4 bintang. Rasa cheese dia memang mantap, very cheezy2, masin nyum nyum tapi tula..agak lemau sikit, tak crispy macam CaramelCrisp. Tapi kalau makan dua2 sekali gus, enaknyaaa..gabungan manis dan masin, makan sampai terpejam2 mata (sekali lagi..ok, over disitu. Haha)

Yeahh! Memang messy.
Gara2 kecintaan dekat popcorn, habis jari pun comot2 kuning2 macam kena kunyit.Hebat betul penangan cheese dia tu. Harganya? Not bad lah, yang small RM16, medium RM21, large RM26. Untuk Plain/Buttery tu murah sikit harganya. Yang untuk CaramelCrisp with nuts tu haruslah mahal sikit harganya.Dekat mana nak beli? KLCC, Level C, dekat area2 surau & Maybank tu.

Sekian jalan-jalan cari makan untuk hari ini. Selamat mencuba ye.Nyumm!


9 comments:

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)