Pages

Thursday, January 19, 2012

Baked macaroni & cheese ;)

Sejak akhir2 ni rajin pula memasak. Teringin nak makan itu ini, tapi yang masak sendiri. Takmo yang beli2. Adakah ini sejenis mengidam jugak? Hoho.Jadinya hari2 gigih menggoogle resepi. Kali ni nak share resepi baked macaroni & cheese pula. Pertama kali buat. Thanks to kak Nannie for the recipe ;) Saya memang ikut bulat2 resepi dia.(Mintak izin copy & paste resepi ye kak Nannie) :D

Bahan-bahannya:


300 gm macaroni - direbus sampai kembang
500 gm ayam/daging cincang
2 cawan cheese mozarella/cheddar
30 gm butter
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cawan susu segar
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh oregano/italian mix herbs
1 kiub pati ayam
4 biji telur
Garam secukup rasa

Mixed vegetable (ikut suka banyak mana, saya letak sikit je.Hee)

* Rebus makaroni sampai kembang dan toskan airnya.

Cara memasak :


1. Panaskan butter dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang halus. Kemudian masukkan daging cincang dan biar sampai daging masak.

2. Masukkan lada sulah dan serbuk oregano , susu dan kacau , kemudian masukkan semua makaroni tadi bersama2 mixed vege dan kacau lagi supaya semua bahan sebati . Masukkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan jika masih kurang masin baru la ditambah garam.



Makaroni yang dah siap di masak :)

3. Bila dah masak tutupkan api dapur dan baru la dimasukkan telur sebiji demi sebiji sambil mengacau macaroni ini.

Saya pakai mozarella cheese ;)

4. Masukkan macaroni yang dah siap tadi kedalam bekas pembakar. Taburkan cheese di atasnya. Bakar dalam suhu 180 C selama 40 minit atau sampai keju bertukar ke warna golden brown . Dan hasilnya.. 



Tadaaaa! Siap!
Menggiurkan? Silalah mencuba..memang sedap ;)


P/s: Portion ni sesuai untuk 3-4 orang. Sangat banyak ;)


4 comments:

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)