Alhamdullilah, selesai sudah majlis aqiqah Aqil yang diadakan pada hari Rabu lepas,11/4/2012. Majlis ni sekali dengan majlis khatam Al-Quran Caca dan majlis aqiqah Intan sekali.Majlis buat dekat kampung, jadinya memang meriah, dah macam kenduri kawin pun ada sebab ramai tetamu yang datang dari sebelum majlis untuk tolong2 sampailah majlis habis, memang penduduk kampung tak berat tulang untuk menolong :)
Suasana di pagi hari sebelum kedatangan tetamu.
My sis, Caca (macam pengatin tu tau..hehe), Me & Mama :)
Mama pun pakai baju polka dot.Comellll! Hehe.
Kak Ayu (sepupu) yang banyak membantu & juga Kak Long (my sis in law)
Caca tengah khatam Al-Quran :)
Hiasan belakang tu & babycot kami buat sendiri. Idea kreatif mama ;)
Lepas habis majlis khatam Al-Quran Caca, terus disambung dengan majlis Aqiqah & potong jambul Aqil & Intan :) Dimulakan dengan kami mengelilingi babycot sebanyak 5 kali.Jangan tanya kenapa..ni macam adat orang Johor lah rasanya.Hanya adat, bukan kepercayaan apa2.
Mama pusing keliling babycot sambil buat muka blur.Haha
Kemudian Aqil diletakkan dalam bouncer masa upacara berzanji & berendoi diadakan :)
Good boy anak mama nih, senyap je duduk dalam tu ;)
Lepas berselawat & berzanji, kemudian acara berendoi dimulakan.First time saya dengar & ikut majlis berendoi ni, best ayat2 yang mereka dendangkan (dendang?).Ayat berunsur nasihat untuk si anak.Lama jugaklah upacara berendoi ni, dekat 1 jam.Memang satu pengalaman yang baru bagi saya.
Kemudian,bermulalah sesi mencukur jambul (sebenarnya memotong rambut kan?) ;)
Aqil disuap dengan air zamzam sebelum rambutnya dipotong sikit.
Aqil yang kena suap,mama nganga lelebih tu apesal? hehe
Aqil & kakak Intan :)
Beloved family in law :)
Mama , Ayah & Aqil Hamzah :)
Masa ni Aqil dah tukar baju..panasss.
Lepas habis majlis,para tetamu semua dah balik, terus sesi membotakkan rambut Aqil sebab Aqil tengah nyenyak tido masa tu, senang sikit nak cukur.Rambut Aqil dicukur sendiri oleh ayah dia.
Posing kejap ngan mama sementara ayah pergi amik pisau cukur. Hehe
Wuishhh..masa ni mama Aqil yang saspen lebih.Aqil rilek je tido. Ayah pun steady je mencukur,mama yang berpeluh2 kecuakan.
Bila dah cukur kepala Aqil baru nampak kerak2 kepalanya yang banyak. Mencabar jugak nak membersihkan kerak2 tu.Ayah Aqil maintain steady, mama Aqil yang asik mengomel je.Huhu. Saspen2.
Dekat 1 jam jugaklah nak melicinkan rambut Aqil. 5 pisau cukur yang digunakan.Alhamdullilah sepanjang proses cukur tu Aqil tido nyenyak.
Dan akhirnya..botak sudah sayang mama nih :)
Mama, mana rambut Aqil? *sambil usap2 kepala*
Wajah baru Aqil, nampak makin bulat! :)
Terima kasih ayah sebab botakkan rambut Aqil, ayah memang berani. Nanti Aqil nak jadi berani macam ayah :)
Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada mama & ayah untuk majlis aqiqah Aqil yang meriah ni & juga kepada encek hubby & juga family tercinta yang banyak menolong dari awal sampai akhir majlis dijalankan. InsyaAllah, hujung minggu ni saya balik KL. Ishh..mesti sedih sebab lepas ni dah berjauhan dengan mama. Huhu. Dah2..taknak sesedih. Selamat Hari Jumaat semua :)
alolololo..tembamnya aqil ni..meh sini auntie kiss sikit meh... :D
ReplyDeletelagi comel aqil bile da botak....:) tambah tembammmm..hehehe
ReplyDeleteaqilll...dah botak macam aqilah la..hehee
ReplyDeletealoloooooo comelnya diaaaa pandai posing dah pulak tu. geramnya tengok
ReplyDeleteeh padanla caca mcm pengantin, dia khatam quran rupanya. hehe
phewww pandai dia dok tdo je masa tu ye, kot tak mau bersilat dak amir nk cukur kepala dia hehehehe
ReplyDeletemikha lom buat aqiqah lagi =( tapi dah buat cukur pale ritu..hehehehed..lain kan baby dah botak? comel je...muka pon nmpak innocent jek!
ReplyDeletecomey gile bila botakkkk....muahhh muahhh
ReplyDeleteBulaaaaatnyeeee muke lps cukur =D
ReplyDeletesuka tgk baby botak... br macam baby... si isha ni pulak spesis kemain lebat.... sehari lepas cukur je dah ijau2 kepala dia, skrg, bila tgk cam x penah dibotakkan je.....
ReplyDeletedh selamat dh majlis...
ReplyDeletebeso dh aqil tu haa...
Asfiza:
ReplyDeletemmmuahhh..mmmuahhh *Aqil yg kiss aunty..hehe*
Riny:
metaceh aunty Riny..mama pun suka tgk dia botak.nyomey je :)
Puan Sue:
ReplyDeleteKembar Aqil si Aqilah tu :D
Izza:
kekadang bila ena snap gambar dia kebetulan pulak masa tu dia posing2..pandai betul.Suka posing cam mama dia..hehe..
Yela..dah macam pengantin kan.hehe
Kak Masy:
ReplyDeleteuii kak..tau xpe.sedangkan dia tgh tdo nyenyak pun dah terluka sikit pe tah lagi kalo dia tgh bangun..oohh cuaknya!!
Mommy Cha:
xpe mommy cha, yang penting Mikha sihat :) betulllll..sgt innocent! hehe
Hemy:
ReplyDeletemetaceh uncle Hemyy..Muah..muahhh! Aqil dah ada rupa abg XIyad :)
Juliet:
kann..bulat bam bam :)
Kak zona:
ReplyDeletetula..rambut isha mmg cepat tumbuh kan kak..Aqil still kebotakkan lepas sminggu cukur..hehe
Pojie:
Alhamdullilah..membesar ngan sihat anak mama ni :)