Memandangkan saya bersalin secara czer, jadinya berpantang saya dengan berpantang orang yang bersalin normal lain sikit. Saya share kan serba sedikit pengalaman saya sewaktu berpantang dan juga penjagaan diri selepas bersalin..
1. Lepas pembedahan, kesan ubat bius tu tahan dalam 2 hari, jadinya dalam 2 hari tu saya tak rasa sakit dekat tempat jahit tu. Tapinya tetap terasa penat, lalok2 dan gatal2 satu badan lepas pembedahan tu. Kesan dari ubat bius. Masuk hari ketiga baru terasa denyut2 kat tempat luka tu. Huhu. Sakit sampai nangis2.Tapi Alhamdullilah, lepas makan pain killer sakit tu terus hilang.Tapi saya tak bergantung tiap2 hari dengan pain killer, selagi saya boleh tahan sakit tu saya tahan.
2. 5 hari tak basahkan tempat luka. Jadinya tak mandi beria2 pun. Cukuplah sekadar lap2 badan & tukar apa yang patut.
3. Cara saya merawat luka jahitan: Lepas mandi, lapkan tempat luka pakai tisu, lepastu nak pastikan yang luka betul2 kering saya anginkan pakai hair dryer. Dah betul2 kering saya sapukan alcohol swab dan sapukan cream antibiotik. Dalam masa 2-3 minggu,benang jahitan pun tertanggal sendiri sikit demi sikit.Alhamdullilah luka kering cepat tanpa infection :)
4. Saya memang tak boleh membongkok, jadinya 2 minggu lepas bersalin memang harapkan bantuan orang untuk ambilkan apa2 yang terjatuh ke atau apa2 yang dekat atas lantai. Nak pakai panties pun tak boleh.Encek hubby atau mama yg tolong pakaikan, sebab tak boleh membongkok kan. Dah lama2 tu, dah boleh pakai sendiri dengan cara duduk *terasa macam kanak2 balik*. Kalau pakai kain batik, sarungkan dari kepala je, senang. Hehe.
5.Masa baru2 tu, nak bangun daripada baring memang perlukan bantuan orang dan kena bangun secara sangat slow motion.Lepastu jalan pun membongkok je. Sebab ngilu nak jalan tegak2.
6. Saya menyusukan baby dengan bantuan nursing pillow. Memang sangat2 membantu.Even sampai sekarang pun still pakai nursing pillow kalau nak nyusukan Aqil, takde nursing pillow terasa kekok. Huhu.
7. 4 hari lepas bersalin saya nak mula mengurut dan bertungku selama 3 hari. Makcik yang mengurut tu adalah bekas bidan, jadinya dia tahu nak mengurutkan orang yang czer. Memang badan terasa segar bugar lepas mengurut. Susu pun terhasil dengan banyak Alhamdullilah. Jadinya kepada korang czer jangan takut2 untuk berurut ok.
8. 2 minggu saya pakai disposable panties sebab nak biarkan luka cepat kering (DP kan nipis je). Lepastu bila luka dah betul2 ok baru saya pakai panties biasa. Atas daripada tempat jahit sebab rasa selesa & menyokong perut.*Pasal pakai panties pun nak cerita? Bukan sesaja cerita, info jugak ni*
9. Memang setia dengan kain batik dan stokin tebal je sepanjang berpantang. Boleh sebenarnya nak pakai seluar tapi tak berani. Haha. Lepas mandi saya sapukan minyak mestika dekat tapak kaki sebelum pakai stokin untuk elakkan masuk angin.Pilis segala tu saya pakai seminggu je, lepas tu tak pakai dah.Rimas ngan baunya.
10. Menu berpantang tetap macam menu berpantang orang bersalin normal. 2 minggu saya makan ikan haruan hari2 sampai terasa muka ni pun dah macam ikan haruan, nak tak nak kena makan jugak. Alhamdullilah luka memang cepat sembuh :) Lepastu baru makan ikan2 lain.Ikan bilis, ikan merah,ikan selar.
Bila dah biasa makan makan ikan je, dah lepas 30 hari mama masakkan ayam, saya pulak yg takut nak makan. Takut gatal. Tapi lepas dah makan ok je.Sayur pulak,sawi, lobak putih, carrot ngan kentang.Dan saya tak amik pun jamu2, pil2 segala. Hanya makan vitamin je.
11. Memang elakkan diri dari angkat berat. Dukung Aqil masa berdiri pun sebulan lepas bersalin baru saya betul2 berani.Dan seboleh2nya tahan diri dari bersin & batuk. Wuu..seriau rasanya. Nak gelak pun kena cover2.
12. Orang czer pun boleh berbengkung tau tapi ada cara2 pakai & jenisnya.Bukanlah jenis yang lilit ikat2 tu. Huhuu.Saya pakai bengkung (yang jenis strap on bergetah) ,sebulan lepas bersalin. Memang selesa bila pakai bengkung ni sebab dia bantu menyokong perut dan buat kita jalan tegak. Tak bongkok2 dah.
Dan saya perasan, kulit muka saya masa berpantang memang suci murni bebas dari jerawat. Mungkin sebab faktor makanan yang dimakan, makan banyak ikan dan takde makan yang pedas2 dan berminyak.Lagi satu, terperap je dekat rumah kan,muka pun tak kena cahaya matahari, jadinya makin cerah. Makin cerah ke? hoho.Yang penting, kepada mommy2 yang dalam pantang tu, jangan risau, biar selekeh je time pantang, lepas pantang mesti muka berseri2 balik,tak lesu2 dah.
Muka lepas pantang nih.
Ececeh..suci mulus dari jerawat katanya. Berseri2.Haha
Ni lah antara serba sedikit tentang cara penjagaan diri saya masa berpantang. Alhamdullilah sekarang dah 2 bulan lebih, kesan parut czer pun dah kurang.Nampak macam 1 line je panjang sejengkal dekat bikini line tu. Dah boleh buat semua macam biasa. Tapi kekadang still terasa ngilu kat tmpat jahit tu.Kalau dukung Aqil lama2 pun terasa senak dekat perut.Tak boleh renyah2 sangat lagi..sayang woo badan ni. Nak guna lama.Lagi satu, makan pun still jaga..tak minum ais, tak makan makananan yang angin2. Sebabnya breastfeeding kan, cian kat baby nanti.Udang pun kena yang fresh, haritu tersilap makan udang..nah..mengenyam betul bekas jahit tu. Huhu.Kalau ada tips2 lain mommy2 sekalian, silalah share ok :)
Oh ye,tahniah diucapkan kepada
Ellina kerana telah selamat melahirkan baby sulungnya 13 Mei lepas. Baby Sophea yang comell :) .Dan juga tahniah kepada besfren tercinta, Puan Nazliah yang telah selamat melahirkan baby boy keduanya pada 16 Mei.Belum sempat lagi nak pergi melawat baby boy comel sayang tu, nanti aunty Ena & Aqil datang melawat baby ok. Wee..ramai kawan2 Aqil tahun ni.Baby dragon.Seronok! :D Dan tak kira lah bersalin normal ke czer ke, yang penting both baby & mommy selamat. Dan dua2 cara bersalin ni pun ada kelebihan dan kekurangan masing2. Semuanya ketentuan Allah,pasti ada hikmahnya di sebalik kejadian tu kan :)