Pages

Monday, May 14, 2012

Selepas 2 bulan lebih menjadi mama..

1. Berat terkini ialah 64 kg. 18 kg penurunan sejak lahirkan Aqil Hamzah.Kalau boleh nak turunkan lagi sampai angka depan jadi 5. Tapi bukan secara paksa,bukan dengan diet segala..pakai mesin penyedut semulajadi je iaitu mestilah anak mama kesayangan tu :)
2. Garisan Linea Nigra dekat perut dah hilang. Kesan strecthmarks pun dah sayup2 je kelihatan.Bahagian2 gelap kat tempat2 tertentu masa mengandung pun dah kembali cerah.Yeay! Hasil gigih sental badan hari2.Hoho
3. Baju masa sebelum mengandung semua dah boleh pakai semula. Kasut pun sama.Badan dah kaki dah mengecut ke saiz asal.Syukur. Tak perlu nak nyusahkan encek hubby belikan baju & kasut baru lagi. Tunggu nak hari raya nanti kalau nak beli baru pun. Hehe
4.Still pakai seluar mengandung lagi sebabnya seluar tu ada kain kat bahagian perut kan, jadi rasa selamat.Tak berani lagi nak sarung jeans sebabnya walaupun luka czer dah sembuh, tetaplah rasa ngilu je kat bawah perut tu kekadang.
5.Kembali suka bermekap bila nak keluar jejalan. Lalalala :D.
6.Dan ye..suka betul bila nak keluar jejalan sekarang. Tapi bila fikir Aqil masih kecik lagi, jalan dekat2 je dulu. Paling jauh pun Jusco, setengah jam je dari rumah tapi tu pun dah sangat happy.Haha. 
7. Oh ye,sangat suka nursing wear dari Autumnz. Cantek2 belaka. I likeee.Nak buat koleksi banyak2.Eh eh..kata tadi taknak beli baju baru lagi? Err.*ni koleksi untuk baju raya* Hahaha.
8. Masih menyusukan Aqil secara ekslusif. Alhamdullilah rezeki Aqil masih tak putus :) 
9. Dah kembali aktif sebagai seorang housewife berjaya. Tapi sekarang dah ada Aqil maka berganda lagi keaktifannya. Bangun pagi mandikan Aqil, susukan Aqil,basuh baju, jemur baju, masak lunch,susukan Aqil lagi..bla..bla..bla..dan seterusnya. Siapa cakap housewife tak busy? Cer try jadi housewife dulu baru tahu busy ke tak. Tapi walaupun busy saya tetap happpppyyyyyy dan bersyukur dapat besarkan Aqil depan mata ;)
10. Dan ye..dah kembali datang bulan.Wehee. Oklah.Nanti update lagi. Bye


Mama & Aqil Hamzah :)


7 comments:

  1. untung aqil dpt exclusively bf dr mamanye...

    ReplyDelete
  2. Berat su pn 64kg! Br khamis lpas timbg..Huhu..Dah dpt pki bj sblm prgnant..Huhu..Ye! Kite housewife yg da pnh dgn jadualnye..Nk uruskn aqilah,hasben n rmh..

    ReplyDelete
  3. Yayyyy keduanya sama comel sama montel geram tengokkkk. Aqil dah pandai senyum ye, comel dia

    ReplyDelete
  4. ena sental2 tu guna ape eh, nak tau gak. akk nak mintak petua kurus cam x bole pakai je buat masa skrg hahahhaha

    ReplyDelete
  5. Lynn:
    Alhamdullilah..selagi ada susu akan terus susukan Aqil :)

    Sue:
    yeayy! smelah kita..betul2! Hanya surirumah je yg tau bz jadi surirumah ni cmane..mmg supermak! :D

    ReplyDelete
  6. Izza:
    montel n tembam Aqil dapat dari mama la ni..hehehe. Yela aunty Izza..murah senyuman dak kecik ni :)

    Kak Masy:
    Sental guna span badan tu je kak..pastu pas mandi, bubuh losyen kat tmpat2 tertentu tu..tonyoh2 sampai kering n tercabut daki2 kulit mati nya..berkesan! :D

    Hemy:
    Tauuu xpe...heaven! :D

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)