Pages

Thursday, June 28, 2012

Resepi Bubur Ayam McD

Siapa2 yang suka sangat makan bubur ayam mekdi macam saya ni boleh lah mencubanya. Resepi yang sangat simple dan sedap! Lagi sedap dari bubur ayam mekdi rasanya .Terima kasih kat Wafa untuk resepi ni :D

1 cup beras + 5 cup air + 1 inci halia yang dicincang halus.
Rebuskan sampai beras kembang.
Ni makan untuk 2 orang (sekali tambah :D)


Bila beras dah kembang, masukkan 3 sudu stok ayam pekat Maggi dan hirisan2 ayam. Adjust2 la kemasinan nya.Nak rebus ayam tu dulu boleh, nak masukkan mentah2 pun boleh. Saya rebuskan ayam & hiris2 dulu. Extra ayam! :D


Siapp!
 Masa nak makan boleh tabur daun bawang, bawang goreng dan sedikit minyak bijan. Saya tak suka semua tu jadi gantikan ngan daun sup. Hasilnya memang sedap! Sebab banyak ayam dan memang ala2 bubur McD tu. Selamat mencuba! :D 

Oh oh..semalam first time makan Cadbury Crunchie nih.Sedapnyaaaa! Dahla hantu Cadbury Dairy Milk, hantu cruchie jugak, bila dua2 bergabung, meletup! Nikmat tak terkata..suka suka! Tapi kat sini takde pon nampak coklat nih.Nak kena carik kat Langkawi gak nih beli (ingat Langkawi tu dekat).Hehehe. Ingat lagi dulu masa zaman duk hostel, coklat & crunchie adalah stok makanan wajib dalam locker ok.Walaupun crunchie ni manis tapi suka gak makan sebab keras bila nak menggigit tu tapi cair dalam mulut. I loike crunchie!



 with golden hokey pokey honeycomb pieces :D


Semalam jugak first time makan flaming crunch kepsi nih (banyak betul ko makan). Dalam iklan punyalah nampak sedap,sekali dah makan.Hampa!! Indah khabar dari rupa. Pedas memang pedas tapi macam ada rasa rempah pelik2 sikit. Ntah. Ke mulut saya je rasa macam tu.Kepsi original ngan ayam goreng spicy mekdi jugak tetap terbaek. Isk. Kes pengaruh iklan la ni.

Hampa2 pun tetap la abis jugak kepsi ni. Ate, dah rezeki..tak baik dibuang2 ye dok :)

Haa..tajuk bubur mekdi, diakhiri dengan ayam kepsi. Sekian.


18 comments:

  1. aarrgghhh..sedapnyer tengok..!!![sebab ngah lapo sangat nih]

    ReplyDelete
  2. aah kan..ayam kepsi tu ade rase mcm minyak gamat pon ade...he3..:)

    ReplyDelete
  3. oo akak plak suke keepsi yg baru ni. aaaaaa ni yg rasa nk lagi nehhh.. hepppppp

    ReplyDelete
  4. Kepsi yang baru ni better la dari yang tomyam ke apa ntah dulu :p Hihi.. Tapi sy makan macam sedap je, hahaha dasar kuat makan semua pun sedap :s

    ReplyDelete
  5. oksy, tgk je gmbr crunchy tu, ngidam cokelat crunchy pulak. adessss

    ReplyDelete
  6. hom ayam kepci tu tak sedap ah..tak kena selera i nih :(

    ReplyDelete
  7. tak suka jugaaaa ayam kepsi baru ituuuu. thanks resepi ayam mekdi nnt nk cuba. hihik

    izza tak suka crunchie sbb manis sgt rasanya hehe tp suka sangat cadbury mint. actually semua yg mint semua suka ;D

    ReplyDelete
  8. kalau ikut selera aku, yg ko buat tu blum tahap bubur..hehehehehe

    ReplyDelete
  9. Aty:
    terpengaruh tgk bubur ngan cadbury crunchie je tau Aty. Yang gambar last tu sila jgn terpengaruh.Hehehe

    Riny:
    yezzzaaa..itulah rasa yg kami tercari2 masa mkn ayam kepsi tu. Pelik mcm minyak gamat!

    ReplyDelete
  10. Kak Masy:
    tula..pelik la bila ada org kata sedap, mebi sedap sebenarnya tapi kepsi tmpat kitorang beli tu terover cooked agaknya ayam tu.nampak cam gelap semacam je.huhuu

    Nurul aziz:
    ayam tomyam tu lagi tak boleh diterima tekak.Macam rasa ayam serai pun ada.hehehe.

    ReplyDelete
  11. Sitihalisa:
    sila carik sekrang :)

    mommy cha:
    Seppp! sama kita..tak kena ngan tekak kan..

    ReplyDelete
  12. Izza:
    kannn..rasa pelik. Sila cuba ok resepi tu :)

    Ena suka crunchie..masa ngandung dulu lagila, suka gila tapi kena mkn sikit2 je.Tahan napsu.Takut gula naik tggi dlmm drah. Ena plak tak suka mint2 ni,kalo makan je yg mint2 terasa mcm mkn ubat gigi.Hahaha

    ReplyDelete
  13. Pojie:
    yeee..sume festime..ahaks

    Hemy:
    ikutkan aku pon bukan.Hahaha.Bubur aku tu dah terlebih masak sebenarnya, kuah dia semua dah meresap ke dalam nasik.

    ReplyDelete
  14. Whoaaa.. Thanks thanks... Esok nak try masak bubur. Eh, nasi tu awak masak guna apa ye? Kuali ke periuk nasi?

    ReplyDelete
  15. Tadi terbaca.. Kalau bubur, 1 cup bubur, 6 atau 7 cup air.. Huhu. Saya pun belum pernahnya jadi kalau masak bubur...huhu.suka jenis bubur yg berkuah banjir.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum, saya nak kongsi mcm mana nak masak bubur ayam McD 100% ikut SOP McD. Chicken stock dah betul cuma cara masak saya perbaiki.

    1. Guna beras yang hancur dia tinggi mcm beras nasional. Kalau kat Mcd guna beras Jasmine Broken Rice namanya.
    2. Masak beras sehingga mendidih dan mengeluarkan kanji. Bila air kanji dah keluar tapis dan buang air kanji.
    3. Masak semula beras td dgn menggunakan air mendidih. Dan barulah masukkan halia dan chicken stock tu.
    4. Masak sehingga bubur sebati dan pekat. Kalau dlm gambar tu kena masak lama lgi. Sebab tu senang kalau guna beras hancur mcm Jasmine broken rice tu.
    5. Untuk ayam... Guna bhg dada atau atau rusuk. Potong atau cincang halus dan masak sehingga sebati.
    6. Masa hidang bubur baru masukkan ayam yg direbus. Tak perlu gaul. Kemudian bolehlah ditabur daun bawang yang dipotong halus bersama lada merah , bawang goreng dan minyak bijan. Utk lebih umph bolehlah diletak lada sula atau putih Kat Mcd lada sula dibahagi asing.

    Selamat mencuba. Wasap 0125007970

    ReplyDelete
  17. Terima kasih untuk resepi ni..boleh cuba.. jmput singgah ke blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com8

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)