Pages

Tuesday, June 19, 2012

Wafa & Iyan wedding :)

Alkisah pada 2 Jun lepas (teddiiaaa..lama sungguh punya cerita baru nak update), kami sekeluarga dan juga keluarga Memuah yang lain telah ke majlis perkahwinan Wafa & Iyan a.k.a Ivan yang berlangsung di Bahau,  yang bak kata Hemy hanya 40 minit je dari KL. Paddiaaa 40 minit. 3 jam tau sebenarnya. Jadi lama disebabkan kami stuck di dalam jem yang amat panjang dan tersengguk2. Kami pulak terlupa nak bawak carseat Aqil, nah..memang tak selesa la dia sepanjang perjalanan tu. Huhu.

Seawal jam 9 pagi kami bertolak dan jumpa Memuah yang lain di exit Senawang. Hemy & family serta Jard satu kereta.Keri, Kak Zona, Kak Masy & Bella satu kereta lagi,kereta baru dak Keri,TBF:The Body Fat katanya.Pewitt!Jadinya kami semua 3 kereta berkonvoi terus ke Bahau. Kereta TBF tu awal2 lagi laju memecut macam cencurut! Memang laju sungguh budak Keri tu drive. Hemy pun drive boleh tahan laju (sebenarnya kami bawak yang slow), meninggalkan kami jauh tertinggal kat belakang. Lagipun Hemy ngan Keri official photographer Wafa, haruslah diorang pecut laju gila sebab takut terlambat.Hemy lah yang jadi GPS kami, kejap2 call suh masuk simpang ni simpang tu,bagi direction diselang selikan ngan carutan.Hahaha..mau tak cuak member,masa tu Wafa dah nak bersanding dah.

Alhamdullilah, sesampai nya kami kat sana, pengantin baru nak berarak bersanding.Just on time :D.Fiuhh..lega memasing.Memuah yang lain ikut berarak sekali tapi kami terus ke bawah khemah dulu sebab Aqil dah kepanasan. Cuaca haritu memang panas sungguh.Fuhhh. Mama si Aqil ni terus isi perut yang kelaparan sebab tak sempat breakfast pagi tu.Ingatkan nak breakfast kat R&R Seremban tapi jem tak hengat tu yang kami teruskan je perjalanan sampai ke Bahau takde berhenti2. Makanan dekat kenduri Wafa..memang SUPERB! Dengan daging masak lemaknya, gulai labunya, ayam masak merahnya. Memang sedappppp! Memang lauk orang nogori lah.First time gi kenduri hidang lauk gini.Terasa macam nak tambah lagi ;p

First time meet Xiyad yang ensem ;)
Humpty Dumpty bak kata Keri. Hohoho

Lepas abis makan Aqil start cranky2. Bilik pengantin dijadikan nursing room :D Jadi kami semua berlepak2 kan dalam tu kejap. Aqil dah nangis2.Mungkin sebab tak selesa, nak tido pun ye. Bukakan legging dia bagi sejuk sikit.

Gadis Memuah yang anggun berbiru2an. Kak Zona sorang je keunguan. Errr..takmo cerita banyak pasaipa dia pakai pepel.Hahaha.
Nampak Aqil tenang je dalam pelukan Kak Zona.


Ensem boy. 
Sorry kak, kehenseman Xiyad telah mencaras wajahmu yang ayu itu :p

Tudiaaa!! Aksi lengkungan badan bak duyung melibas ekor dari Hemy.
Hahaha


Gadis Memuah dengan pengantin comel :D
Meh nak kenalkan.Yang comel dari kiri tu Bella.Sumandak ayu sebelah dia tu Jard. Ayu2 dia pun boleh tahan kelakar jugaklah kalo sekali dia dah melawak tu.Hahaha.Pengantin comel lotey tu lah Wafa & hubbynya Iyan.Depan pengantin ialah Kak Zona yang cantik,sanggup tu turun dari Penang. Dan last sekali Kak Masy yang jelita.Yang kanan sekali tu tau la kan sape. Actually ada lagi sorang gadis Memuah, Kak Aima,dia sampai pukul 830 malam hokey, gigih harung jam segala dari Terengganu.Tak sempat nak jumpa beliau & anaknya Aiman. Huhuhu. Takpe, InsyaAllah kalau ada rezeki,kita jumpa ye kak :) Ye, kami semua ni berjumpa dalam blogging je 3 tahun lepas,lepastu terus lekat jadi geng sampai sekarang. Tu yang Memuah sangat tu :D

Nah, gambar Memuah yang happening untuk tatapan kalian. Hasil dari kamera Hemy

Actually masa ni Aqil tengah duduk dekat aunty Wafa dia, lagi beberapa saat kamera nak snap,dia menangis pulak.Tu yang kelam kabut ayah dia amik. Terus jadi candid.Haha


Serius betul ko Hemy. Aqil pulak macam ketawa tengok uncle Keri dia ;)


Nicee. Love this pic! :)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Seronokkk! Sebab dapat jumpa Memuah yang lain jugak.Lebih kurang pukul 4 petang kami bertolak balik.Xiyad, mama nya dan Jard ikut kami balik sekali. Yang lain tu stay sebab nak buat outdoor photoshoot. Sebelum balik sempat mintak izin Wafa nak tapau air soya yang sejuk2 kat kenduri dia buat bekalan perjalanan balik kami nanti. 3 botol tu tapau. Hahaha. Ko hado tapau air dari kenduri kawen?. Metacey Wafa & Iyan for the nyummilicios foods & drinks :)

On the way balik singgah stall itik salai kejap. Sepanjang perjalanan nak ke Bahau memang banyak stall2 yang jual itik salai, ikan salai,daging salai kat tepi2 jalan2 tu.Kat tempat lain tak pernah nampak jual salai2 macam ni. So singgah jap nak beli as buahtangan untuk mama & mak. Dah pilih itik salai sekor, daging salai 2kg, ikan keli salai 20 ekor,masa nak bayar baru perasan handbagnya tertinggal kat umah Wafa. Ya Ampunn.Dekat encek hubby pulak memang takde cash sebab semua dah disimpan dekat handbag. Terpaksalah patah balik. Mujur lebih kurang 15 minit je.Huhuhu. Mentang2 dah ada "handbag" yang lagi comel, handbag lama ditinggalkan nya.

Lai..lai..itik salai!!

Apapun memang satu pengalaman baru la bagi kami. First time bawak Aqil berjalan jauh :D Lepasni kami alert,kalau nak jalan jauh2 letakkan Aqil dalam carseat. Nak bagi dia biasa. Sebab kalau letak atas pangku memang dia tak selesa.Cranky2.


Bah,terserlah ciri2 keibuan ko Jard. Hehehe
Xiyad yang senyap je sepanjang perjalanan balik. Siap tertido sambil meniarap atas goodies bag lagi. Comel je. Dah penat sangat agaknya.Kami pulak berhibur dengan video yang Jard record. Makian dalam nyanyian dari Hemy.Kahkahkah. Lawak gila video tuh! 

Kepada pengantin Wafa & Iyan, tahniah sekali lagi dari kami. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Hasilkan baby yang comel2 ok. *Hasilkan tu tak tahan..hahaha*. Terima kasih untuk lauk yang sedap dan goodies yang banyak ituu! Mekasih jugak kat Keri untuk fridge magnet dari Singapora & Bandung dan Hemy, thanks for the gift :).Mekasey dekat Memuah yang lain juga sebab tolong belikan hadiah. Korang memang Memuahh lah. Jom, next gathering..naik Genting jom! :D


12 comments:

  1. Muka Aqil dengan Xiyad nak sama !! hihi meriah dan happening betul geng Ena ni..

    ReplyDelete
  2. tu diaaa!
    akhirnya update jugak.
    bwahahaha.

    "Nampak Aqil tenang je dalam pelukan Kak Zona."

    mana tak tenang, sofa empuk katanya.
    HAHA

    ReplyDelete
  3. seb baik dia menikmati keempukanku ini...... kalau dia layan bg muka krik krik krik, lagi haru......




    Memnuahh ye ena..... kena tukar pendaftaran ni....

    ReplyDelete
  4. Izza:
    Kannn..sama kan diorang :) Mmg happening kalo dah jumpa tu..sampai pening.hehehe

    Keri:
    akhirnya..kini pasti..ku merasai cinta yang suciii *betul ke gini lagunya?* Hahaha

    ko jangan nak derhaka sangat ngan kakak hokey..dia sumpah ko jadi sofa nanti baru tau..

    ReplyDelete
  5. Kak Zona:
    krikk..krikk..krikk tu kira ok kak..kalo dia jerit nangis lagi sadis..huhu

    Hahahha..ok, dah tukau. Cis betul, 3 kali check pun tetap hade typo nih. Sakit hati *gaya ropi*

    ReplyDelete
  6. hahaha...emel aku gambar duyung kacak tu weh..takleh nk save dari blog ko..

    ReplyDelete
  7. akhirnyaaaa hahahaahahah. aqil kemain garang lg muka dia dok seblah Xiyad hihi

    ReplyDelete
  8. 20 ekor ikan salai???? homaigodd ko wat kenduri ke erina? hahaha..

    ReplyDelete
  9. Hemy:
    duyung kacak pun boleh..hahaha.ok, nanti aku send..xpun aku pos kat geng memuah je hokey :)

    Kak Masy:
    Mau tak garang..panas time tu. Nak minum air sirap sjuk x boleh, tu yg marah tu.haha

    ReplyDelete
  10. Arabella:
    hahaha..dah jual 10 ekor 6 hengget,kami belilah lah 20 ekor..

    Jard:
    memang terserlah Jard..baby suka kat ko :D

    ReplyDelete
  11. yeah!!! update pun :D bam bam tul aqil. dah mcm kembar plak ngan xiyad.

    genting??wow!!!!

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)