Pages

Thursday, August 09, 2012

Aqil's first solid food :D

Aqil dah mula dibagi makan masa umur dia 5 bulan 4 hari. Dia memang dah ada semua ciri2 baby yang dah bersedia untuk makan. Makanan pertama dia selepas susu ibu ialah cerelac beras merah. Kenapa pilih cerelac instead of bagi bubur? Sebabnya cerelac ni halus dan nampak sedap je banding ngan bubur. Boleh jawap gitu? Hahaha. Actually nak tengok respon Aqil bila disuapkan makan. Masa pertama kali dia dibagi makan memang dia macam ala2 tak biasa, terkerut2 kening pastu tak berapa pandai mengunyah lagi. Kemam je cerelac tu kat mulut sambil buat muka blur2 kepelikan, hidung terkembang2. Hehehe. Tapi sekarang, hamboi2..dah pandai dah. Nampak je sudu nak disuakan ke mulut dia, ternganga2 macam anak burung. Aqil excited, mama dia  ni lagilah excited nak bagi dia makan :D


Mula2 bagi dulu buat cair2 je dan dicampurkan dengan susu ibu sikit. Dalam 3 hari tengok poopoo dia ok takde masalah (maksudnya makanan ni sesuai),tak campurkan dengan susu ibu dah. Lepastu dari cair2 buat kental2 sikit sebab nak bagi dia mengunyah. Kuantitinya pun masa awal2 bagi dulu sikit je dalam 1 sudu besar. Sekarang dah 2 sudu setengah. Tiap2 pagi mesti bagi Aqil makan, jadi lama2 dia dah biasa. Bila tau je dia dah diletakkan kat bouncer, mula lah kaki dia berjoget. Tak sabar nak makan. Sekarang bagi sekali sehari je.Masa makan haruslah diselang selikan dengan air suam :)



 Bila nampak sudu disuakan ke dia memang excited.Kaki berjoget2, tangan terkepak2.Hehehe


Aummmmm!


 Mmm..dapnya mama.


Nyummm! Memang feeling habis la Aqil masa makan. Lepastu kalau lambat sikit suap mulalah nak menjerit2. Tak sabar2


Alhamdullilah. Senang hati perut dah kenyang :D

Nampaknya so far Aqil takde masalah bila makan. Suka dan excited je dia. Next week nak mula dah bagi Aqil homemade foods. Bubur, puree semua tu. Oh tak sabarnya nak try resepi2 baby food. Nak try resepi Mommy Cha yang simple dan sedap tu.Hee. Harap anak mama ni berselera lah makan ye. Takut dah sedap makan cerelac taknak makan lain pulak. 


" Kita tak kisah lah mama, kita makan je semua"
Heee.harapnya begitulah ye anakku sayang.Jangan memilih2 makan, kena makan sayur banyak2 biar cepat membesar dan sihat. Muuahh!




P/s: Seronok betul tengok anak membesar :D



9 comments:

  1. eerrr..jangan kan kate aqil..aty yang tua bangke ni pon suker tau nastume carelac ni..;p

    ReplyDelete
  2. su bg dia rase kurma.carrot,kentang..selera semacam je aqilah..

    ReplyDelete
  3. Masya'allah Aqil.. Comelnya ena! Geramnyaaaa! Senyum manjang. Haish!

    Jeles laa.. Bila sophea nk besar nih.. Nak suap mkn jugakkk! Tak sabar dah nie ;D

    Mkn byk2 tau Aqil biar cepat besar and cerdik! ;)

    ReplyDelete
  4. hehehe. ade terselit nama momy cha. terkagum kejap. memula pon momy cha suap cerelac jugak. lani baru terlebih rajin buat itu ini. hehehehe..nak ganti jamie oliver boleh gitu? hahahahaha!

    ReplyDelete
  5. comelnye aqil! selera betul dia makan yeee

    ReplyDelete
  6. Aty:
    hahaha..tau xpe. Masa suapkan Aqil tersuaapppp mulut sendiri gak ;p

    Sue:
    memang dah masuk 5 bulan diorang geram je kan tengok kita makan. Aqil haritu bagi kurma, suka dia bukan main..manis kan.

    ReplyDelete
  7. Juliet:
    Thank u aunty Ell :)
    Tak lama je tu Ell..tup2 Sophea dah besar, masa tu u yang pening nak bagi dia makan apa. Kalau boleh semua makanan nak bagi kat dia :D

    Aminnn. InsyaAllah.

    Mommy Cha:
    mestilah terselit, suke hokey tengok resepi2 mommy cha tu.Boleh2, nak jadi chef wan versi pompuan pun buleh. Hehehehe

    ReplyDelete
  8. Amal:
    metaceyyy Amal. Aqil memang suka makan :D

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)