Pages

Monday, October 29, 2012

Kita dah 8 bulan tau :)



Kita dah 8 bulan 23 haribulan lepas. Alhamdulillah. Terima kasih pada Allah. Kita membesar dengan sihat, aktif dan ceria. Berat kita sekarang dah 10.2 kg. Sama macam berat seguni beras. Hehehe. Mama dengan ayah memang kuat sebab boleh dokong kita hari2. Tapi diorang tak pernah mengomel ke, komplen ke kita ni berat. Atok mama kata, jangan sesekali komplen anak berat. Nak kata anak berat pun tak boleh,gemuk apatah lagi, cakap semangat. Ye..kita semangat dan comel. Eh eh :D

Kita suka makan. Bubur campur ayam atau ikan dengan labu tu memang feveret kita.Tapi kita suka makan yang blended je. Nak yang bebetul hancur. Taknak yang ada keras2. Kalau kita makan yang ada keras2 sikit, kita rasa macam ada something kat tekak kita pastu kita rasa nak termuntah. Huhuhu. Mama ada try bagi kita makan bubur blend yang tak berapa nak hancur sangat,kita makan pastu kita termuntah. Kita tak suka. Huhuhu.Sorry mama. Nanti kalau kita dah sedia, kita makan bubur yang tak hancur2 sangat eh. Kita still minum susu mama lagi..emmm..dapnyaa!! Baiknya Allah sebab masih bagi rezeki kat kita rasa susu mama lagi :) 

Kita sekarang suka main lari2 dalam walker. Kalau nampak ayah dah balik, cepat2 kita kejar ayah. Lepastu kalau mama tengah masak, kita suka diri tepi pintu dapur tengok mama masak. Kita tawaf, eplore 1 rumah. Kawan2 mama selalu tanya mama kita dah pandai apa sekarang. Mama cakap kita dah pandai mengaji, membaca ngan berlari. Hahaha. Mama dah boring asek kena tanya soklan yang sama je. Nanti kalau mama jawab, dah pandai meniarap. Diorang compare pulak ngan anak masing2 yang dah pandai merangkak lah,menyusur lah,bertatih lah. Yelah. Lain baby lain perkembangannya kan. Mana boleh banding2kan.Mebi kita ni lambat sikit sebab tengoklah badan kita, taf!!.Kita kalau boleh bercakap, kita nak cakap kat aunty2 tu "Whateverrr". Hehehehe.Kita tak kisah pun kalau kita pandai meniarap dan bergolek je, yang penting kita aktif dan sihat.Nanti2 kita pandai la. Ntah2 kita terus nak berjalan je kan ;)

Kita sekarang tido dah lasak. Pusing2. Pastu kita tak suka sempit2. Ada sekali tu kita ngamuk, tolak2..tendang2 ayah sebab kita tak selesa. Kita susah nak pusing2 masa tido. Last2 ayah tido bawah. Ahhh..barulah kita selesa tido.Huuu. Sorry ayah.Cian ayah kena tido bawah.Mama sekarang tengah nak ajar kita tido dalam babycot. Tapiiiii..susahla kita nak ngempeng memalam. Kalau kita tido ngan mama senang je. Kalau kita nak susu, kita pusing je dah dapat nenen Huhu..kita nak tido ngan mama!

Oklah, kita nak gi mamam ni. Nanti mama sambung tulis entyry pasal raya AidilAdha pulak ye. Boboi :D

15 comments:

  1. budak semangat ni! auuummmmmmm

    klu org tanye, kata je aqil dah pandai update blog. hahahahahah

    ReplyDelete
  2. budak semangat nih dh pandai taip n3 tau....gud!!! hehehehe......cepat betol membesar kan...dah 8 bulan..:)

    ReplyDelete
  3. ini budak semangat..goreng pun sodaappppp

    ReplyDelete
  4. aqil yg sgt semangat!
    comey...mcm org besar dah :)

    ReplyDelete
  5. hi budak kuss semangat..aiyaok tadi dah komen pastu leh ilang terdelete ke mana ntah. aqil dah berat seguni beras hihihi..comel je ayat mama dia centu! rindu kat aqil...comei jer jari montoks dia :)

    ReplyDelete
  6. Comelnya anak awak...badan pun semangat..salam kenal dari saya..

    ReplyDelete
  7. Alahai dak comey nih.... nk kena giget nih!! :D

    ReplyDelete
  8. Kak Masy:
    Aummm!! haah, betul jugak. Aqil terer update blog tau :D

    Ryn:
    betulll..memang terasa cepat je masa berlalu :,)

    ReplyDelete
  9. Hemy:
    Goreng tepung? Eh eh :p

    Lynn:
    Kannn..macam dah setahun.Hehe

    ReplyDelete
  10. MommyCha:
    Aqil pun rindu mommycha!! Jom la kite jumpe..Aqil nak jumpe Mikha..huuu.

    NIsa:
    Alhamdulillah :) salam kenal Nisa :)

    ReplyDelete
  11. Mrs Yana:
    Metacey aunty :D

    Puan Sue:
    I love u too Aqilah! Eh eh..Aqilah pulak :D

    ReplyDelete
  12. Iza:
    I lep u auntyyy!! Grrr grrr..hehee

    Ell:
    Janganla gigit kita..tiyum bley. Hehehe

    ReplyDelete

Sangat hargai segala komen mengomen anda.Sila jangan lupa letak nama.Terima kasih ;)